Anda di halaman 1dari 27

MTE 3112

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK



1

TAJUK 1 PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1.0 Definisi Istilah Pengujian dan Penilaian

1.1 Sinopsis
Tajuk ini memperkenalkan tentang definisi istilah pengujian, pengukuran dan
penilaian.

1.2 Hasil Pembelajaran
Menjelaskan istilah serta dapat membezakan tujuan pengujian,
pengukuran
dan penilaian.

1.3 Kerangka Tajuk







MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

2

1.4 Definisi dan Istilah

Pengukuran, penilaian dan pengujian adalah salah satu bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran
yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan rapat
dengan proses pelaksanaan. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam
pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.


1.4.1 Pengujian
Umumnya, pengujian digunakan untuk melihat darjah kemahiran matematik yang
dicapai melalui pembelajaran matematik. Oleh kerana proses pembelajaran itu
penting di dalam sistem pendidikan, maka soalan pengujian haruslah diberi perhatian
yang sewajarnya Pengujian juga merupakan suatu cara yang sistematik untuk
mengukur perubahan tingkahlaku seseorang individu.

Prosedur pengujian di katakan sistematik kerana:
Soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu.
Prosedur untuk mentadbirkan ujian ditentukan.
Prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci.


1.4.2 Pengukuran
Proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen
sebelum ukuran itu dapat di nilai atau di interpretasi. Ianya merupakan satu proses
atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara
atau keadaan. Dalam pendidikan, pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan
nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam
pembelajaran.


MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3



1.4.3 Penilaian
Istilah penilaian ini merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau
hasil sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran matematik dengan memeriksa dan
menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan,
tercapai atau tidak.





Perkaitan Antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian




Latihan pengukuhan


Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.



MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4




2.0 Rekabentuk Pentaksiran


2.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan rekabentuk pentaksiran dari segi prinsip pembinaan item,
taksonomi Bloom dan huraian sukatan pelajaran serta jadual spesifikasi ujian.

2.2 Hasil Pembelajaran

Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU
Membina ujian berdasarkan taksonomi Bloom berpandukan Jadual
Spesifikasi
Ujian (JSU)

2.3 KerangkaTajuk





2.4 Prinsip Penyediaan Item

Penyediaan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan jadual spesifikasi
ujian, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Langkah
Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU)
Kepentingan JSU Definisi
Langkah
Pembinaan JSU
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

5
seterusnya setelah guru mengetahui tentang tujuan ujian dan merancang ujian ialah
menyenaraikan item mengikut aras kesukaran.

2.5 Taksonomi Bloom

Analisis dan penyediaan tem perlu dibuat terhadap objektif pendidikan yang
diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom.
Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan
pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang
mendasari klasifikasi.

Aras kognitif taksonomi Bloom ditunjukkan dalam Rajah 2.1 sementara huraian
mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 2.1









Rajah 2.1 : Aras Kognitif taksonomi Bloom
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

6
TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.



Nyatakan,
terangkan,
namakan,
labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu
bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.



Pilih, terangkan,
tulis semula.

Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi
yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula. Bina graf daripada
data, dll.



Selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina
alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan
kepada yang kecil, bezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara bahagian,
kenali struktur organisasi.



Bezakan, pasti,
pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi
satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.



Bina, hasilkan,
susun,
kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik


Pilih, berikan
alasan, kritikan,
buktikan.


Jadual 2.1 : Tahap Taksonomi Bloom
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

7
2.6 Huraian Sukatan Pelajaran dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran
yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Huraian Sukatan Pelajaran menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan
secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,
konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat
yang mengaitkan objektif pengajaran dan aras kognitif yang hendak diuji seperti dalam
contoh Jadual 2.2. Carta ini juga menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar
dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya
item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal
hingga akhir.
Antara kepentingan penyediaan JSU ialah:
Kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item
dibina oleh pembina lain.
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

8
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu:
1. Menyediakan JSU
2. Menulis item ujian
3. Menyemak item ujian
4. Menilai item ujian, dan
5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

9


Aras Jumlah
Kandungan
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian %
M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S
Kaedah
Penghapusan
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10
( 20% )
Kaedah
Penggantian
1 1 1 1 1 1 2 2 2 1 1 1 15
( 30 % )
Kaedah Gauss-
Jordan Method
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 11
( 22 % )
Aplikasi Sistem
Persamaan
Linear
1 1 1 1 1 1 2 2 1 2 1 14
( 28 % )
1 2 1 2 3 2 4 3 2 6 4 1 6 4 2 4 3
Jumlah % 3
( 6 % )
6
( 12 % )
9
( 18 % )
12
( 24 % )
11
( 22 % )
9
( 18 % )
50
( 100% )
M =Mudah Sd =Sederhana S =Sukar

Jadual 2.2 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

10


Latihan menghasilkan JSU


Anda dikehendaki menyediakan kertas Matematik Peperiksaan Semester yang
telah ditetapkan. Kertas anda mengandungi 20 soalan objektif.

a) Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut
aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

b) Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.































MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

11
3.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Bilik Darjah

3.1 Sinopsis
Tajuk ini melihat maksud dan perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian
sumatif, jenis-jenis penilaian formal dan penilaian tak formal.

3.2 Hasil Pembelajaran
Membanding dan membezakan bentuk penilaian formatif dan sumatif
Memberikan contoh penilaian formal dan penilaian tak formal

3.3 Kerangka Tajuk



3.4 Penilaian Formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran
guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian
formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.


Pentaksiran
berasaskan sekolah
dan bilik darjah
Penilaian Formal
Sumatif Formatif
Penilaian Tak
Formal
Pentaksiran
Alternatif
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

12

3.5 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir
penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun,
yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh ujian
sumatif ialah penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR,PMR dan
SPM.

Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif ditunjukkan dalan
Jadual 3.1


















MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

13

Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Konsep Penilaian yang boleh dibuat
secara formal/tidak formal
untuk mengesan
penguasaan/ kelemahan
pelajar bagi setiap tajuk
pengajaran.
Penilaian yang dijalankan
secara formal bagi
menentukan pencapaian
pelajar di akhir
pengajaran,seperti pada
hujung penggal/akhir tahun.
Waktu Sepanjang proses
pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Pada akhir penggal atau akhir
tahun persekolahan.
Kaedah Formal : Ujian pensel kertas
Tidak
formal:Pemerhatian,soal
jawab,tugasan,latihan.
Dibuat secara individu/
kumpulan.
Formal :Ujian pensel ke atas,
ujian lisan.
Ditadbir secara berkumpulan
Tujuan Selepas tahap kemajuan/
penguasaan pelajarr
ditentukan,
tindakan susulan perlu
diambil
untuk mengatasi kelemahan
pelajar.
Selepas pencapaian pelajar
ditentukan bagi tempoh
persekolahan tertentu,gred
pencapaian diberikan kepada
pelajar.
Selepas
penilaian
dijalankan
Mengatasi kelemahan pelajar
dengan mengulang semula
topik atau mengadakan
pemulihan.
Menjalankan aktiviti
pengayaan
bagi pelajar yang tiada
masalah.
Menempatkan murid
mengikut
pencapaian.Memberi
pengiktirafan sijil,hadiah
dan sebagainya.Membaiki
kurikulum.

Jadual 3.1 : Perbezaan Antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif





MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

14

3.6 Penilaian Formal dan Tak Formal

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan
penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan
sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur
perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit
pelajaran yang kecil. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir
suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop
ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan
pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang
menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan
penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia
tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap
kemajuan pelajar.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
Pemerhatian
Senarai semak
Kaedah lisan
Kaedah penulisan
Kaedah portfolio










MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

15

3.7 Pentaksiran Alternatif

Pentaksiran alternatif merupakan mana-mana cara untuk mengetahui apa yang
pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan
pengajaran terurus sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional. Pelbagai cara
digunakan untuk menjalankan penilaian alternatif iaitu :

3.7.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian
dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh
seseorang dan orang- orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya.

3.7.2 Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh pelajar yang telah ditentukan terlebih
dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku
yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai
semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan
oleh murid-murid.

3.7.3 Kaedah Lisan

Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod
apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang
lain yang berkenaan tentangnya.

3.7.4 Kaedah Penulisan

Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan
untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan
teknik penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian atau satu set
pernyataan soal selidik.
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

16

3.7.5 Kaedah Portfolio
Penilaian potfolio (portfolio evaluation) ialah kaedah kaedah pengumpulan
maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio
melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan
pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai.



Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.

Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-


PERBANDINGAN

PENILAIAN FORMAL

PENILAIAN TIDAK FORMAL

Fungsi





Kelebihan



Kelemahan





Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya




MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

17

4.0 Pentafsiran Pentaksiran

4.1 Sinopsis

Tajuk ini menganalisis dan membuat penafsiran item soalan ujian berdaskan
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

4.2 Hasil Pembelajaran

Menilai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
Melaporkan kesesuaian item berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks
Diskriminasi

4,3 Kerangka Tajuk






4.4 Analisis dan Pentafsiran Item

Selepas item ujian dibina dan digubal, analisis item perlu dijalankan untuk
memastikan bahawa item ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis
dijalankan untuk menghasilkan indeks yang dinamakan indeks kesukaran item
dan indeks diskriminasi.





Pentafsiran Pentaksiran
Analisis dan Pentafsiran
Item
Indeks Kesukaran
dan Indeks
Diskriminasi
Pemantauan
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

18

4.5 Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran ialah kadar pelajar yang dapat menjawab item dengan betul.
Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka
pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab
item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

Jika jumlah pelajar yang menjawab item ialah J dan bilangan pelajar yang dapat
menjawab item dengan betul ialah B;
Indeks Kesukaran (p) = B/J

Contoh:

Sekiranya daripada 50 pelajar yg menjawab Item X itu, 30 pelajar dapat
menjawab dengan betul, maka Indeks Kesukaran Item X ialah:

Indeks kesukaran (p) = 30/50
0.60

Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0;
Nilai p adalah sentiasa positif;
Nilai p yang tinggi menunjukkan item lebih senang;
Nilai p yang rendah menunjukkan lebih sukar (lihat Jadual 4.1)



MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

19

Jadual 4.1 : Aras Kesukaran dan Pengelasan Item

4.6 Indeks Diskriminasi
Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon
yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya).
Sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila
kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan
calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa
diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus
D = U - L


D = indeks diskriminasi,
U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya
yang menjawab soalan dengan betul,
L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya
yang menjawab soalan dengan betul,
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan
kumpulan rendah.
N
2
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

20
Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi :
30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan bawah
mengikut markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 15 pelajar;
Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q dengan betul;
manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan bawah yang menjawab item itu
dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:

PA = 12/15 = 0.80; PB = 6/15 = 0.40;
D = PA - PB
= .80 - .40
= 0.40
Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.





Rajah 4.2 : Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item





MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

21
4.7 Pemantauan

Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik
dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti
pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan
bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan
objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar dan merekod
pencapaian pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar
seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar
berkenaan.



Latihan untuk mengira indeks diskriminasi


Seramai 40 daripada 50 orang pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab
satu soalan objektif dengan betul, sementara 20 daripada 50 orang pelajar
berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul. Kira indeks
diskriminasi soalan ini dan jelaskan kesesuaiannya.










MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

22
5.0 Pentadbiran Pentaksiran

5.1 Sinopsis
Tajuk ini melihat langkah-langkah mentadbir ujian, moderasi ujian dan skema
pemarkahan, membuat laporan dan pelaporan serta proses pembinaan item
ujian dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.

5.2 Hasil Pembelajaran
Menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa
mentadbir ujian.
Mengamalkan langkah-langkah dalam pembinaan dan mentadbirkan ujian
dengan betul


5.3 Kerangka Tajuk

5.4 Pentadbiran Ujian
Semasa mentadbirkan ujian, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti
berikut
i. Tempat pelaksanaan (psychological setting). Ketua pengawas dan
pengawas perlu menberian arahan yang jelas sebelum mula
peperiksaan, semasa peperiksaan, sebelum tamat peperiksaan,
selepas tamat peperiksaan.

Pentadbiran
Pentafsiran
Pentadbiran Ujian
Moderasi Ujian
&
Skema Pemarkahan
Penilaian Laporan &
Pelaporan
Kebolehpercayaan
&
Kesahan Ujian
Bank Item
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

23
ii. Suasanal fizikal tempat peperiksaan (physical setting) perlu selesa.
Susunan meja kerusi calon perlu ada jarak antara tempat duduk
yang sesuai untuk mengelakkan calon meniru.
iii. Kawalan masa (keeping track of time). Sediakan jam dinding yang
cukup jelas. Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi. Arahan untuk
mula peperiksaan dan arahan sebelum tamat peperiksaan dan
tamat peperiksaan

5.5 Moderasi Ujian dan Skema Pemarkahan
Selepas mentadbirkan ujian, guru akan memeriksa skrip jawapan. skema
pemarkahan perlu disediakan semasa menggubal kertas peperiksaan
sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa jawapan ujian. Moderasi
dilaksanakan untuk memastikan ada keadilan dan ketekalan bagi semua
pemeriksa dan situasi pemeriksaan. Skema pemarkahan digunakan untuk
moderasi.

i. Skema pemarkahan mestilah menepati kehendak soalan dan
mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah
yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal (konsisten ) bagi
semua pemeriksa dan situasi pemeriksaan.

ii. Untuk menjamin keobjektifan, skema pemarkahan perlu
menyatakan peraturan-peraturan memberi markah secara
terperinci.






MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

24
5.6 Penilaian Laporan dan Pelaporan
Penilaian boleh dinilai dalam beberapa bentuk laporan seperti:
a. Pemerhatian
b. Projek
c. Lisan
d. Tugasan
e. Penulisan

Bentuk-bentuk laporan ini adalah penting kerana ia dapat menilai murid-murid
daripada pelbagai segi. Murid-murid yang kurang mencapai dalam peperiksaan
bertulis diberi ruang untuk menonjol keupayaan mereka dan seterusnya ini dapat
membina keyakinan diri mereka.

Selain daripada itu, bentuk penilaian laporan ini dapat memberi maklumat
tentang kekuatan dan kelemahan setiap murid dan seterusnya memberi peluang
kepada guru untuk memberi bimbingan yang lebih berkesan kepada murid-
murid.

Pemilihan kaedah penilaian laporan adalah bergantung kepada beberapa faktor
seperti:
a. Hasil pembelajaran yang hendak dinilai
b. Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai

Penilaian boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:

a. Penilaian secara lisan guru dapat melaporkan penilaian melalui aktiviti
murid-murid seperti perbahasan, bercerita, nyayian, mendengar soalan dan
memberi respon.

b. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid-murid seperti karangan, laporan projek,
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

25
latihan, ujian bertulis dan lain-lain. Ia boleh digunakan untuk mengesan
kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid-murid.

Pelaporan merupakan aktiviti seperti merekod, mencatatkan maklumat dengan
sistematik di mana catatan ini melaporkan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid-murid. Ia memudahkan guru untuk membuat rujukan dan
memantau perkembangan pembelajaran murid-murid. Maklumat dalam rekod
perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan yang
lebih terperinci.

Rekod-rekod boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti membuat pernyataan,
memberi markah atau memberi gred. Ia boleh dibuat dalam dokumen-dokumen
seperti buku rekod mengajar, buku latihan murid, buku laporan kemajuan murid,
rekod prestasi murid atau rekod profil murid.

Aktiviti pelaporan ini harus dilakukan dari masa ke semasa supaya maklumat
menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah
dibuat rujukan apabila diperlukan.

Pelaporan adalah sangat penting kerana ia adalah satu proses penyampaian
maklumat penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan,
kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Ia membolehkan murid, pihak
sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Dalam
pelaporan, guru boleh melaporkan beberapa perkara yang releven berkaitan
dengan murid seperti prestasi akademik, pernyataan tentang minat, sikap dan
perlakuan murid serta cadangan untuk memperkembangkan potensi seseorang
murid.

Pelaporan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dalam bentuk markah,
pernyataan dan gred. pelaporan bertulis boleh dibuat dalam bentuk seperti buku
MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

26
laporan kemajuan murid, rekod profil murid, laporan ringkasan oleh guru mata
pelajaran atau guru kelas.


5.7 Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan
item ujian harus memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan
sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan .Item-item yang dikemukakan perlu
akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari
segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.




5.8 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan
ketepatan. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali
kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap
memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama

Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap ujian untuk dijadikan piawaian
yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan
ujian.


Fikir

Terangkan bagaimana anda menyediakan satu ujian pencapaian matematik
yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.


MTE 3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

27
5.9 Bank Item
Bank Item diwujudkan bagi menyelaras dan memastikan kualiti item yang
dihasilkan adalah sah, bolehpercaya dan cukupcakup. Fungsi bank item ini
adalah untuk membina, menilai, mengumpul dan menyelaras item ujian.yang
berkualiti. Item-item yang baik akan digunakan sebagai stok dan digunakan
apabila perlu umpamanya untuk tujuan peperiksaan utama, peperiksaan
percubaan, peperiksaan ulangan dan sebagainya.

Proses membuat penilaian atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina
berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang berkualiti. Panel
penilai perlu membuat penilaian dan memastikan item yang telah dibina adalah
berasaskan kepada ciri-ciri item berkualiti seperti berikut:

i. Keakuran Keakuran terhadap Standard, spesifikasi dan peluang;
ii. Ketepatan dan Kejelasan tepat keterampilan, tepat kandungan dan jelas;
iii. Kesesuaian Sesuai mengikut aras kesukaran, kepentingan dan keadilan.
Proses ini berakhir dengan membuat keputusan tentang item sama ada diterima,
ditolak atau dalam perhatian (KIV).




Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.



Tamat

Anda mungkin juga menyukai