Anda di halaman 1dari 7

1

Soalan Objektif

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

1. Kerjaya yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan _______________

A. cita-cita dan kelayakan akademik.
B. kemahiran dan harapan keluarga.
C. potensi diri dan minat.
D. kelayakan akademik dan harapan keluarga.

2. Individu yang bercita-cita untuk berkarya perlulah memiliki ciri-ciri yang berikut, iaitu

A. rajin membaca dan menghayati idea sastera.
B. meminati kerja-kerja seni halus
C. mempunyai minat dalam penyelidikan sains.
D. mahir mengendalikan data, pengiraan, dan tugas-tugas perkeranian.

3. Apakah kemahiran asas yang perlu ada pada seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan?

A. Kemahiran mengarang
B. Kemahiran berkomunikasi
C. Kemahiran mengendalikan mesin
D. Kemahiran menyelidik








4. Ciri-ciri peribadi di atas sesuai dengan pekerjaan sebagai_____________.

A. guru
B. wartawan
C. kaunselor
D. jururawat

5. Antara berikut, kerjaya yang manakah memerlukan kelayakan akademik SPM?

A. Renjer hutan
B. Pembantu dapur
C. Pegawai veterinar
D. Pengendali kargo







6. Kerjaya-kerjaya di atas adalah sesuai dengan individu yang mempunyai minat dalam bidang__________

A. perubatan
B. saintifik
C. geografi
D. kesenian

7. Apakah yang dapat membantu anda untuk memilih kerjaya yang sesuai?

A. Cita-cita dan usaha
B. Cita-cita dan keazaman
C. Pendidikan dan pengalaman
D. Pendidikan dan latihan


Gemar mengambil berat tentang
kebajikan masyarakat
Prihatin dengan masalah orang lain
Bertimbang rasa
Ahli geologi
Ahli zoologi
Ahli bakteriologi
Ahli agronomi
2

8. Apakah peranan ibu bapa semasa anda membuat keputusan dalam sesuatu situasi?

A. Memberi dorongan kepada anda
B. Membuat kata putus untuk anda
C. Memberi cadangan dan nasihat
D. Menyediakan bantuan kewangan

9. Kemahiran Y digunakan untuk membantu anda membuat sebarang keputusan. Apakah kemahiran Y?

A. Kemahiran membuat keputusan
B. Kemahiran menjejaki keputusan
C. Kemahiran menaakul keputusan
D. Kemahiran menjejaki kesan dan akibat

10. Antara berikut, situasi yang manakah sukar untuk anda membuat keputusan?

A. Memilih aliran di tingkatan empat
B. Memilih lokasi yang sesuai untuk memancing
C. Memilih menu kegemaran anda
D. Memilih destinasi pelancongan

11. Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh individu agar keputusan yang dibuat ialah keputusan yang bijak
dan tepat?

A. Individu yang berpengetahuan luas
B. Pendirian yang tidak tetap
C. Fikiran yang mudah dipengaruhi oleh orang lain
D. Bersikap pilih kasih dalam sesuatu perkara

12. Apabila berhadapan dengan pelbagai pilihan, kita perlu membuat___________

A. pertimbangan
B. perbincangan
C. penilaian
D. keputusan

13. Anda dalam dilema untuk membuat keputusan dalam satu situasi. Akhirnya, ibu bapa anda telah
membuat keputusan untuk anda. Apakah reaksi anda?

A. Menolak keputusan ibu bapa
B. Menangguhkan keputusan ibu bapa
C. Meminta peluang untuk membuat pertimbangan
D. Menerima keputusan ibu bapa

14. Apakah tanggungjawab seorang ayah terhadap keluarganya?

I. Mencurahkan kasih sayang terhadap semua ahli keluarga
II. Memberi perlindungan kepada seisi keluarga
III. Menyediakan keperluan asas berdasarkan kemampuan
IV. Memberi pendidikan kepada anak-anak yang pandai

A. I, II dan III C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

15. Bagaimanakah caranya seorang ayah menunjukkan kasih sayang terhadap anak lelakinya?

A. Membelikan segala permainan yang diminatinya
B. Mendorong anaknya bermain bola tanpa had masa
C. Mengehadkan kebebasan pergaulan
D. Menasihati anaknya yang pulang lewat malam


16. Aspek ___________ dalam pergaulan dengan anak-anak adalah penting bagi membina kebahagiaan
keluarga?

A. kemesraan
B. kelembutan
3

C. sopan-santun
D. bertimbang rasa

17. Antara berikut, yang manakah bukan tanggungjawab anda terhadap keluarga.

A. Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran
B. Menjaga maruah diri dan keluarga
C. Membersih dan mengemas rumah
D. Memberi wang saku kepada adik-beradik

18. Sambutan hari lahir anggota keluarga patut disambut setiap tahun bersama-sama dengan keluarga
untuk__________

A. menjamu selera bersama anggota keluarga
B. mewujudkan kemesraan dalam kalangan anggota keluarga
C. menjemput jiran tetangga meraikan bersama
D. berhibur dan bersuka ria bersama keluarga

19. Apakah tanggungjawab anda terhadap ibu bapa?

I. Bertutur sopan dengan guru
II. Bergaul sopan dengan orang lain
III. Menjaga keselamatan diri apabila di luar rumah
IV. Mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat apabila kita

A. mengambil berat antara anggota keluarga
B. ingat-mengingati sesama anggota keluarga
C. masing-masing menunaikan tanggungjawab
D. bertegur sapa sesama anggota keluarga

21. Bagaimanakah langkah mengitar semula kertas dapat memelihara hutan?

A. Mengurangkan sampah sarap
B. Menjimatkan kos memelihara hutan
C. Dpat mengurangkan penebangan pokok
D. Dapat menyelamatkan penebangan pokok

22. Pemuliharaan alam sekitar dapat dilakukan dengan cara

I. mengekalkan kehijauan tumbuh-tumbuhan
II. menanam semula pokok-pokok
III. mengembalikan kejernihan sungai
IV. melupuskan sampah secara sistematik

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV







23. Maklumat di atas merujuk kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar oleh

A. Jabatan Alam Sekitar
B. Tabung Alam Malaysia
C. Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Menanam semula pokok-pokok hutan
Mewartakan taman negara, hutan
simpan, dan taman marin
4

D. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

24. Apakah kepentingan pemeliharaan alam sekitar?

I. Menjamin sumber alam tidak pupus
II. Menggalakkan penerokaan hutan
III. Mengekalkan keseimbangan ekosistem
IV. Mengelakkan pencemaran alam

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

25. Antara berikut, yang manakah menyebabkan punca pencemaran udara?

A. Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
B. Penebangan hutan yang tidak terkawal
C. Pelepasan gas, habuk dan asap ke udara
D. Sistem pembentungan yang tidak diselenggara dengan baik

26. Pencemaran udara akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif, kecuali

A. penipisan lapisan ozon
B. penyejukan global
C. gangguan kesihatan
D. kesan rumah hijau

27. Apakah maksud prihatin terhadap masalah berkaitan dengan alam sekitar?

A. Peka terhadap isu alam sekitar
B. Membantu orang menjaga alam sekeliling
C. Mengenakan kompaun terhadap individu yang mencemarkan alam sekitar
D. Menjatuhkan hukuman berat terhadap seseorang yang mencemarkan alam sekitar

28. JAS merupakan singkatan bagi

A. Jabatan Alam Sekitar
B. Jabatan Alam Semulajadi
C. Jabatan Alam dan Sumber
D. Jabatan Anugerah Semulajadi


29. Yang manakah peranan JAS?

I. Memantau kegiatan orang ramai yang menyebabkan pencemaran
II. Menerbitkan bahan bacaan tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar
III. Memantau operasi World Wildlife Fund
IV. Melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara

A. I, II dan III
B. III sahaja
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

30. Yang manakah cara-cara untuk menghargai alam sekitar?

I. Menjalankan program penanaman pokok di peringkat sekolah
II. Memusnahkan hutan dengan sewenang-wenangnya
III. Menggalakkan penebangan pokok di hutan
IV. Tidak membuang sampah merata-rata

A. I dan III
B. II dan III
C. I dan IV
D. I, II, IIII dan IV

5


Soalan Subjektif

1. Isikan tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang tepat. ( 10 Markah )

environmentalisme Pemuliharaan kualiti diperbaharui tanggungjawab Pencemaran
fauna alternatif flora memelihara Alam sekitar

a) _______________ alam sekitar bermaksud mengembalikan keadaan asal alam semula jadi yang mengalami
perubahan akibat tindakan manusia.

b) _______________ alam sekitar berlaku akibat tindakan manusia yang lalai untuk menyeimbangkan kehendak
pembangunan dan pengekalan alam sekitar.

c) Memelihara dan memulihara alam sekitar adalah______________________ bersama.

d) Tenaga angin ialah sumber tenaga_____________________.

e) Pembalakan yang tidak terhad akan mengancam kehidupan _______________ dan ________________ pada
masa depan.

f) Petroleum dan gas asli ialah sumber yang tidak boleh_____________________.

g) Pendidikan alam sekitar ialah cara yang terbaik untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat
terhadap kepentingan menjaga____________________________.

h) Ideologi ___________________merupakan satu ideologi baharu yang meletakkan nilai alam sekitar sebagai
matlamat kepada sebarang tindakan manusia.

i) _________________alam sekitar semakin menurun selari dengan kepesatan projek-projek pembangunan yang
dilaksanakan.

j) Kempen-kempen yang berkaitan dengan alam sekitar di sekolah ialah langkah yang baik untuk melibatkan
diri pelajar dalam ________________ dan memulihara alam sekitar.


2. Tandakan ( ) pada pernyataan yang benar dan ( X ) pada pernyataan yang salah. ( 8 Markah )

a) Kesemua sumber-sumber alam tidak boleh diperbaharui. ( )

b) Pemuliharaan alam sekitar melibatkan usaha mengekalkan sumber-sumber dengan cara
mengurus, memelihara, dan mengawal alam sekitar dengan cekap. ( )

c) Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu sistem mengukur tahap kualiti udara. ( )

d) Berjalan kaki, menunggang basikal atau menggunakan pengangkutan awam boleh
memelihara alam sekitar. ( )

e) Kawasan hutan paya bakau perlu dipelihara kerana kawasan tersebut penting sebagai
tarikan pelancong. ( )

f) Amalan kitar semula akan menyelamatkan manusia daripada timbunan sampah. ( )

g) Penjualan surat khabar lama kepada syarikat kitar semula kertas akan dapat memelihara
hutan kita. ( )

h) Secara umumnya, semakin banyak projek pembangunan dilaksanakan, semakin baik kualiti
alam sekitar. ( )






6

Jawab semua soalan yang berikut. ( 2 Markah )


1. Senaraikan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang boleh dijalankan oleh
pihak sekolah.


a) Aktiviti pemeliharaan:
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________


b) Aktiviti pemuliharaan:
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________




- Soalan Tamat -

Selamat MAJU JAYA













7

JAWAPAN PPT SIVIK FORM 3
1. C
2. A
3. B
4. C
5. C
6. B
7. D
8. C
9. D
10. A
11. A
12. D
13. C
14. A
15. C
16. A
17. D
18. B
19. D
20. C
21. C
22. D
23. D
24. B
25. C
26. B
27. A
28. A
29. C
30. C
SOALAN SUBJEKTIF
1. a) pemuliharaan b) pencemaran c) tanggungjawab d) alternatif e) flora dan fauna
f) diperbaharui g) alam sekitar h) environmentalisme i) kualiti j) memelihara

2. a) salah b) salah c) betul d) betul e) salah f) betul
g) betul h) salah

3. a) Aktiviti pemeliharaan
1. membuang sampah di tempat yang disediakan
2. tidak menggunakan enjin diesel
3. menjaga tumbuh-tumbuhan hutan
(Jawapan yang munasabah, boleh diterima)

b) Aktiviti pemuliharaan
1. Program kitar semula
2. Menanam pokok-pokok
3. Membersihkan sungai
(Jawapan yang musabah, boleh diterima)

Anda mungkin juga menyukai