Anda di halaman 1dari 3

REFLEKTIF

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan rahmat-Nya menganugerahkan nikmat kesihatan


anggota dan kecerdasan minda kepada diri saya untuk menyelesaikan tugasan ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Siti Romlah
bt Yahya kerana telah membimbing saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tugasan
yang dijalankan ini telah mendedahkan saya kepada pelbagai ilmu dan pengetahuan
khususnya berkenaan dengan bidang asas kepimpinan dan perkembangan
professional guru.
Tugasan ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang
mendalam tentang asas kepimpinan dan perkembangan professional guru kepada
guru pelatih khususnya kepada pelajar semester lapan sebagai persiapan terakhir
sebelum ditempatkan disekolah yang telah ditetapkan. Kekuatan pertama dalam
tugasan ini adalah saya telah mendalami subjek ini sebaiknya. Jika sebelum ini
kefahaman saya kurang tentang subjek ini, namun melalui tugasan mencari nota,
membuat penghuraian dan sebagainya membantu saya dalam membina kefahaman
dalam subjek ini secara menyeluruh.
Kepimpinan adalah satu bidang yang berkaitan rapat dengan sesuatu organisasi.
Kepimpinan yang baik mampu untuk mengerakkan organisasi yang dipimpin dengan
baik. Berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengetahuan berkaitan kepimpinan. Meskipun sebelum ini saya pernah
beberapa kali menjadi ketua atau pemimpin untuk sesuatu organisasi namun saya tidak
pernah mengaplikasikan sebarang teori atau gaya kepimpinan yang sesuai dalam
memastikan kelancaran organisasi yang saya pimpin. Berdasarkan tugasan inilah saya
memperoleh pelbagai pendedahan dan ilmu berkaitan kepimpinan.
Profesion perguruan adalah satu profesion yang menuntut golongan yang terlibat
dalam profesion ini untuk menguasai palbagai kemahiran. Seorang guru bukan sahaja
perlu menguasai kemahiran pedagogi sahaja, malah turut merangkumi kemahiran-
kemahiran lain seperti kepimpinan. Hal ini adalah kerana selain daripada menjadi
pemimpin dalam sebarang organisasi di sekolah. Guru juga turut terlibat dalam
organisasi luar seperti persatuan penduduk dan sebagainya. Hal ini menuntut kreabiliti
guru untuk memimpin organisasi tersebut seterusnya mencerminkan profesion
perguruan dimata masyarakat.
Berdasarkan isu yang dibincangkan dalam tugasan ini, saya telah memperoleh
pengetahuan yang mendalam berkaitan teori atau gaya kepimpinan. Tugas sebagai
seorang sememangnya tidak lari daripada asas kepimpinan. Pemilihan teori atau gaya
kepimpinan yang sesuai dapat membantu saya untuk mengerakkan organisasi yang
dipimpin dengan baik secara konsisten. Sebagai seorang pemimpin yang bijak,
seharusnya pemimpin tersebut tidak hanya berfokus kepada satu gaya kepimpinan
sahaja. Gaya kepimpinan yang diaplikasikan haruslah bersesuaian dengan situasi yang
dialami, berbeza situasi yang dialami maka berbezalah gaya kepimpinan. Perkara ini
menuntut pemimpin untuk menjadi lebih kreatif.
Bukan itu sahaja, saya juga telah meningkatkan ilmu dalam bidang sains dan
teknologi, iaitu kemahiran berkomputer dan kemahiran mencari maklumat. Saya lebih
berdikari untuk mencari sendiri maklumat daripada pelbagai sumber dan tidak hanya
menunggu atau di suap oleh pensyarah. Bagi mencari dan mengumpulkan maklumat,
saya telah mencari maklumat berdasarkan beberapa bahan seperti buku-buku rujukan
yang terdapat di Pusat Sumber Al-Ghazali, IPG Kampus Pendidikan Islam. Selain itu,
dalam arus pembangunan dunia yang serba canggih ini, pelbagai maklumat boleh
diperoleh daripada internet atau lebih dikenali dunia di hujung jari.Dengan ada
kemudahan Sistem Opact di pusat sumber, dapat memudahkan saya untuk mencari
buku-buku berkaitan yang diperlukan. Saya juga turut mengumpulkan maklumat dan
bahan-bahan daripada sumber internet .
Setelah kefahaman ini berjaya diperoleh sepenuhnya, perkara ini dilihat mampu
menjadi faktor penyumbang kepada lonjakan saujana pendidikan di Malaysia. Selaras
dengan usaha kerajaan dalam memartabatkan profession perguruan di negara ini.
Diharapkan produk guru keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia khususnya di IPG
Kampus Pendidikan Islam dapat menjadi medium utama dalam merealisasikan impian
murni kerajaan dalam usaha melahirkan generasi yang telah digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Selain itu, saya akui bahawa tugasan ini mampu mempertingkatkan
kefahaman saya dalam mata pelajaran ini dan seterusnya diharapkan saya tidak
mengalami kesulitan untuk berhadapan dengan peperiksaan yang akan tiba tidak lama
lagi.
Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia mempunyai kelemahannya. Hal ini
kerana manusia tidak memiliki kesempurnaan dalan setiap perkara. Kelemahan yang
terdapat dalam tugasan ini adalah dari pengurusan masa. Saya akui bahawa saya
kurang bijak dalam menguruskan masa dengan baik. Menangguh kerja merupakan
faktor utama perkara ini berlaku. Namun, perkara ini tidak dijadikan alasan kepada
saya. Penambahbaikan akan saya lakukan untuk tugasan akan datang. Saya sedar
bahawa pengurusan masa yang baik sangat penting dalam kehidupan manusia
malahan agama Islam turut memberi penekanan dalam pengurusan masa yang bijak.
Secara kesimpulannya, pada pendapat saya, tugasan ini telah memberi banyak
manfaat kepada saya. Pengalaman yang telah saya tempuhi semasa menyiapkan
tugasan ini sangat berguna dan akan saya aplikasikan dalam kehidupan sebagai
seorang bakal pendidik yang bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat negara
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan oleh


(Mohd Ridzwan Bin Borhan)

Anda mungkin juga menyukai