Anda di halaman 1dari 3

S E L A S A , 2 3 J U N 2 0 0 9

Gejala Ponteng Dan Lepak


Sejak akhir-akhir ini, gejala ponteng dan lepak semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar dan
membimbangkan masyarakat. Pelajar merupakan modal insan dan bakal menjadi pemimpin
negara pada masa akan datang. Jadi isu ini haruslah diberi perhatian dan langkah-langkah
sewajarnya hendaklah dilaksanakan dengan segera sebelum menjadi lebih parah dan tidak dapat
diselamatkan lagi ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Terdapat pelbagai punca gejala tidak sihat ini berlaku dan salah satunya pelajar kekurangan kasih
sayang daripada ibu bapa. Kesibukan ibu bapa di tempat kerja untuk mengumpul wang demi
masa depan anak mereka memakan diri sendiri dan hanya tinggal impian semata-mata. Mereka
tidak mempedulikan diri anak-anak mereka yang memerlukan perhatian dan kasih sayang
daripada seorang insan yang menjaga mereka semenjak kecil. Akhirnya apabila pelajar berasa
bosan dengan kehidupan keluarga, mereka akan mula mencari rakan-rakan yang tidak berakhlak
mulia yang suka ponteng dan lepak. Kadang-kala sikap ibu bapa yang suka menyalahkan anak
mereka membuatkan jiwa pelajar memberontak dan bertukar menjadi seorang yang suka
ponteng dan lepak. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin hendaklah menasihati dan menjaga
perasaan pelajar dengan sebaiknya.

Pengaruh rakan adalah punca utama kepada gejala ponteng dan lepak. Pelajar tidak pandai untuk
memilih rakan yang baik dan buruk. Apabila tersalah pilih rakan, agak susah untuk pelajar
kembali kepada sikap asal kerana sikap buruk rakan akan secara perlahan-lahan meresap dalam
jiwa pelajar dan menjadi sebahagian daripada diri pelajar.Pelajar haruslah tahu membezakan
rakan yang membawa kepada jalan yang benar atau salah. Apabila berkawan dengan pelajar yang
suka ponteng dan lepak, seseorang pelajar itu pada mulanya hanya mahu mencuba tetapi lama
kelamaan akan menjadi tabiat dan tidak takut untuk melakukannya.

Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala ponteng dan lepak. Ada
juga sekolah yang tidak mempedulikan gejala yang semakin berleluasa ini walaupun telah diberi
amaran oleh pihak kementerian agar segera membendung gejala ini daripada terus merebak
dalam kalangan pelajar-pelajar yang lain. Apabila nama sekolah tercemar barulah mereka sedar
betapa pentingnya menangani gejala ponteng dan lepak ini.Walaupun begitu , terdapat juga
segelintir dalam kalangan ibu bapa yang menyerang pihak sekolah kerana telah bertindak tegas
dengan mengenakan hukuman terhadap anak mereka yang didapati bersalah dan mereka seperti
ular dikutik ekor disebabkan ketegasan pihak sekolah menghukum terhadap anak mereka.

Selain itu, sikap masyarakat juga menjadi salah satu punca kegiatan pontenga dan lepak semakin
berleluasa. Masyarakat bertindak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
kerana enggan menjaga tepi kain orang. Masyarakat tidak melaporkan kepada pihak sekolah
dan pihak berkuasa apabila melihat pelajar-pelajar ponteng dan lepak Mereka sepatutnya
menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah dengan terus melaporkan sebarang aktiviti
pelajar yang mencurigakan.Keprihatinan dan kerjasama mereka amatlah penting bagi menangani
gejala ini dengan membantu pihak berkuasa memusnahkan tempat-tempat yang menjadi sarang
untuk pelajar-pelajar melepak dan ponteng.Sesetengah masyarakat enggan bekerjasama dan
lebih suka mendiamkan diri kerana tidak mahu menyusahkan diri sendiri untuk membantu
menangani gejala tersebut. Sebagai masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin,
mereka perlulah bersama mencegah gejala tersebut demi kebaikan dan kepentingan pelajar
keranabersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan
ceramah-ceramah kesedaran dan motivasi kepada semua pelajar di sekolah , antaranya sempena
Minggu Disiplin dan Minggu Penghayatan Islam. Penceramah tersebut mestilah orang yang
berpengalaman dan dapat menarik minat pelajar secara berkesan seperti penceramah daripada
pihak berkuasa iaitu polis.Melalui ceramah kesedaran tersebut, diharap para pelajar menyedari
akan keburukan ponteng dan lepak yang boleh mengundang kepada gejala sosial yang lain.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk membimbing anak-anak kejalan yang
betul .Mereka hendaklah sentiasa menghadirkan diri ke sekolah untuk bersama-sama berbincang
akan sebarang masalah yang timbul berhubung anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu sentiasa
memantau dan mengambil tahu akan perkembangan anak-anak mereka baik dalam aspek
pendidikan mahupun pergaulan seharian anak-anak. Hal ini pasti akan menghindarkan anak-
anak mereka daripada terjebak dalam gejala ponteng dan lepak.

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama dan saling membantu dalam usaha untuk
membanteras gejala ini daripada terus menular dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar harus
bijak membezakan yang mana kawan ataupun lawan agar mereka tidak terpengaruh dengan
gejala yang buruk ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing , itulah peribahasa yang perlu
diamalkan oleh semua pihak dalam menangani gejala negatif daripada terus menjadi duri dalam
daging yang akan merosakkan generasi akan datang yang bakal menjadi pemimpin negara nanti.

Anda mungkin juga menyukai

  • Sebagai Warganegara Malaysia Yang Tercinta
    Sebagai Warganegara Malaysia Yang Tercinta
    Dokumen2 halaman
    Sebagai Warganegara Malaysia Yang Tercinta
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Sebagai Warganegara Malaysia Yang Tercinta
    Sebagai Warganegara Malaysia Yang Tercinta
    Dokumen2 halaman
    Sebagai Warganegara Malaysia Yang Tercinta
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • 、
    Dokumen1 halaman
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • TAJUK
    TAJUK
    Dokumen5 halaman
    TAJUK
    WY0729
    Belum ada peringkat
  • DOC
    DOC
    Dokumen2 halaman
    DOC
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • TAJUK
    TAJUK
    Dokumen5 halaman
    TAJUK
    WY0729
    Belum ada peringkat
  • Modul Penilaian
    Modul Penilaian
    Dokumen14 halaman
    Modul Penilaian
    zulkiply yaakob
    100% (1)
  • Borang Sinopsis Buku
    Borang Sinopsis Buku
    Dokumen1 halaman
    Borang Sinopsis Buku
    Enzo Maresca
    Belum ada peringkat
  • P
    P
    Dokumen1 halaman
    P
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Fokusnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
    Fokusnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
    Dokumen3 halaman
    Fokusnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Suma
    Suma
    Dokumen2 halaman
    Suma
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Biblio
    Biblio
    Dokumen1 halaman
    Biblio
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B5D5E1
    B5D5E1
    Dokumen2 halaman
    B5D5E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B6D5E1
    B6D5E1
    Dokumen2 halaman
    B6D5E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • 活动卷 pm tahun-4
    活动卷 pm tahun-4
    Dokumen7 halaman
    活动卷 pm tahun-4
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B1D5E1
    B1D5E1
    Dokumen1 halaman
    B1D5E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Soalan Moral T3 2013
    Soalan Moral T3 2013
    Dokumen6 halaman
    Soalan Moral T3 2013
    Lim Pui Ling
    Belum ada peringkat
  • B2D5E1
    B2D5E1
    Dokumen1 halaman
    B2D5E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Pendidikan Moral Soalan
    Pendidikan Moral Soalan
    Dokumen8 halaman
    Pendidikan Moral Soalan
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Band 2 Dan 3
    Band 2 Dan 3
    Dokumen2 halaman
    Band 2 Dan 3
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B1D1E1
    B1D1E1
    Dokumen1 halaman
    B1D1E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B6D1E1 Tambahan
    B6D1E1 Tambahan
    Dokumen1 halaman
    B6D1E1 Tambahan
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Contoh Laporan Ajk Updated
    Contoh Laporan Ajk Updated
    Dokumen2 halaman
    Contoh Laporan Ajk Updated
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B5D1E1
    B5D1E1
    Dokumen1 halaman
    B5D1E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Motivasi Atau Kuasa Dalaman Akan Membangkit
    Motivasi Atau Kuasa Dalaman Akan Membangkit
    Dokumen3 halaman
    Motivasi Atau Kuasa Dalaman Akan Membangkit
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Lampiran 2
    Lampiran 2
    Dokumen1 halaman
    Lampiran 2
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • B4D1E1
    B4D1E1
    Dokumen1 halaman
    B4D1E1
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Min, Mod
    Min, Mod
    Dokumen15 halaman
    Min, Mod
    Fangmei Lee
    Belum ada peringkat
  • Kecerdasan Emosi
    Kecerdasan Emosi
    Dokumen21 halaman
    Kecerdasan Emosi
    Norazira Arifin
    Belum ada peringkat