Anda di halaman 1dari 107

Copyright (C) 2004 Dr.

Habsah Ismail
MAZHAB FALSAFAH PENDIDIKAN
BARAT
Mazhab
Tradisional

Idealisme
Realisme
Scholasticisme
Perennialisme
Essentialisme
Mazhab
Progresif
Humanisme
Progresivisme
berteraskan
Pragmatisme
Naturalisme
Existentialisme
Analisis Falsafah
Falsafah Holistik
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Idealisme dan Pendidikan
Mazhab falsafah paling tua dalam falsafah Barat

Berkembang pada zaman Socrates dan Plato
Meta fizik Idealisme
Percayai bahawa realiti sebenar adalah alam
idea; World of Perfect Ideas; World of Forms
(Alam Dunia Syumul)
Percayai bahawa alam fizikal sentiasa berubah;
tidak tetap, oleh itu bukan realiti muktakhir
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Idealisme dikaitkan dengan fahaman
Hinduisme percayai baahawa alalm
jagat ditadbir oleh kuasa kosmik yang
mencipta tetapi tidak dicipta

Alam Idea Syumul ilmu tertinggi; sumber
nilai mutlak; hanya dapat ditaakul bukan
difahami melalui deria; bersifat unggul;
kekal; tidak binasa


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Manusia yang tidak berupaya memahami alam
ini diibaratkan terperangkap di dalam gua
(Allegory of the Cave)

Dari segi ontologi, manusia sebelum dilahirkan
berkomunikasi dengan alam ini tetapi
komunikasi ini terputus sewaktu kelahiran

Setiap manusia mempunyai potensi; yang
terputus perlu dicungkil semual melalui proses
pendidikan yang bersifat dialectic
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Epistemologi Idealisme
Menenekan ilmu pengetahuan a priori kerena
kebenarannya yang diperoleh oleh taakulan semata-
mata

Dalam karyanya, The Republic, Plato percaya bahawa
golongan ahli falsafah mempunyai tahap ilmu paling
tinggi kerana mereka menaakul

Ilmu pengetahuan paling tinggi tahapnya adalah ilmu
yang berteraskan prinsip matematik

Ilmu paling tinggi sumber segala nilai kebaikan dan
kebenaran
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu pengetahuan yang rendah
tahapnya menekanakan kemahiran
asas yang tidak banyak elemen taakulan

Proses mengetahui bagai mendapatkan
sumber ilmu ialah melalui proses
mengembalikan idea sedia ada;
terpendam; recollection of innate ideas
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Aksiologi Idealisme
Nilai bersifat sejagat; nilai paling tinggi berada
dalam Alam Idea Syumul seperti kebaikan,
kebenaran, keindahan, keadilan sejagat (kekal
dan unggul; mutlak)

Nilai-nilai ini perlu diterap dalam kehidupan
manusia melalui etika/moral; peraturan
masyarakat; kesusasteraan; agama; falsafah
dan estetika

Nilai mencerminkan konsep yang seimbang dan
harmonis
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Prinsip Pendidikan Idealisme
Matlamat

Tumpuan kepada pembinaan minda; pendidikan
untuk matlamat pencapaian sesuatu yang
bersifat kekal (yang tidak terdapat di alam
fizikal); mind over matter; menguasai ilmu
pengetahuan bersifat abstrak

Pendidikan untuk mencari erti kebenaran
sejagat; pembentukan peribadi mulia
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Proses Pengajaran-Pembelajaran
Berusaha menimbulkan kesedaran secara
berperingkat bukan mendadak kerana
setiap individu dididik berbeza dari segi
potensi

Berusaha untuk mencapai kebenaran dan
pemahaman sejagat

Kaedah p&p yang dialectic (kaedah yang
digunakan oleh Socrates)



Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Kurikulum
Menekankan pemahaman dna penguasaan
konsep; menekankan kandungan; penguasaan
mata pelajaran bersifat knosep dan simbol

Mengutamakan mata pelajaran seeprti
matematik, logik, falsafah, bahasa klasik, drama,
kesenian dan kesusasteraan

Tidak mementingkan disiplin vokasional dan
jasamni
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Mata pelajaran yang ditekankan mempunyai
nilai intrinsik bukan nilai kegunaan dan ekstrinsik

Guru dan Pelajar

Guru manusia unggul; role model; mempunyai
hikmah; penyebar ilmu dan kebenaran;
dihormati; pakar; berusaha membentuk aspek
kerohanian dalam diri pelajar
Murid/pelajar perlu berusaha gigih; dianggap
oleh guru sebagai unik dan berbeza dari segi
potensi dan penguasaan ilmu
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Tokoh-tokoh Idealisme
Socrates dan Plato mewakili Idealisme
tradisional

Rene Descartes mewakili Idealisme
moden
falsafah Skepticisme; Butler; Mortimer J.
Adler (tokoh pendidikan Idealisme);
Immanuel Kant

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
REALISME DAN PRINSIP PENDIDIKAN
Mazhab tradisional selepas Idealisme; wujud
pada zaman Yunani purba

Realisme klasik, Realisme Agama, Realisme
Saintifik; Realisme Rasional, Realisme Natural

Metafizik

Menolak metafizik Idealisme bahawa realiti
sebenar wujud hanya dalam bentuk idea;
menolak Teori Alam Idea Syumul
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Realiti sebenar wujud di alam nyata/fizikal; realiti
sebenar bersifat materialistik atau merujuk kepada obejk
atau benda yang disah oleh deria

Reality is objective and is composed of matter and form;
matter is ultimate reality; a world of things

Realisme Klasik (Aristotelian Realisme)

Aristotle (384-322)

Pelajar di Academy (pusat pengajian ditubuh oleh Plato)
selama 20 tahun; kemudian menubuhkan pusat
pengajian sendiri LYCEUM


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Aristotle berpendapat bahawa idea atau forms seperti
idea tentang tuhan atau pun idea tentang pokok, batu
dsbnya boleh wujud tanpa jirim, tetapi tidak akan wujud
jirim tanpa
bentuk (jisim)

Setiap objek yang mempunyai jirim mempunyai ciri
universal dan khusus (universal and particular). Sbg cth
manusia dari ciri sejagatnya adalah sama; yang berbeza
dari sifat khususnya (warna kulit; rambut dsb)

Konsep sejagat manusa ataupun kemanusiaan tidak
berubah; yang berubah ialah ciri khususnya
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Aristotle ialah seorang saintis dan juga ahli falsafah

Bagi Aristotle, setiap benda yang wujud mempunyai
tujuan/ matlamat. Cth matlamat atau tujuan kewujudan
ikan ialah untuk berenang; burung terbang. Manusia
yang dianugerah akal tujuannya ialah menggunakan
akal tersebut

Realiti bagi Realisme adalah objektif (saintifik) dan
merujuk kepada objek fizikal yang mengandungi elemen
jirim dan jisim

Hukum alam tidak tertakluk kepada persepsi manusia
mengenainya
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Konsep keseimbangan (balance) adalah teras
kepada prinsip Realisme oleh Aristotle. Jirim
dan jisim tidak terpisah dari sesuatu objek fizikal

Jika falsafah Idealsime menekankan elemen
idea dan bentuk (forms), Realisme Aristotle
berusaha menyepadukan alam fizikal dendgan
alam idea

Konsep actuality dan potentiality; actuality
merujuk kepada bentuk yang lengkap dan
sempurna manakala potentiality merujuk kepada
keupayaan atau potensi sesuatu objek untuk
menukar atau berubah keoada bentuk yang
lengkap dan sempurna
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Perkara ini dijelaskan lagi oleh Aristotle melalui
konsep 4 Penyebab yang menggerakkan objek
berteraskan prinsip potentiality dan actuality

1) Penyebab Material jirim yang menghasilkan
sesuatu objek
2) Penyebab Formal bentuk/rekabentuk yang
membentuk sesuatu objek
3) Penyebab Cekap (efficient) agen yang
menghasilkan sesuatu objek
4) Penyebab Muktakhir hala tuju/matlamat
proses perubahan sesuatu objek
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth. Objek rumah (penyebab material kayu, besi dsb;
penyebab Formal rekabentuk sesebuah rumah;
penyebab Cekap tukang rumah; buruh membina
rumah; penyebab Muktakhir rumah sebagai tempat
tinggal)

Jirim melalui satu proses ke arah pencapaian sesuatu
matlamat (prinsip Aristotle ini = konsep evolusi

Kuasa yang mencipta segala yang wujud bagi Aristotle
ialah tuhan. Tuhan adalah realiti muktakhir; Pencipta
Pertama; Penggerak yang Tidak Digerakkan (Unmoved
Mover) yang melampaui semua jirim dan jisim.

Bagi Aristotle, konseo tuhan adalah penjelasan logikal
tentang peraturan alam jagat, pengstukturan dan
pentadbirannya
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Metafizik kewujudan/ontologi manusia

Menurut Realisme manusia adalah rasional kerana
dianugerah akal di samping roh dan juga
jasad.(dualisme)

Jika kedua-dua akal dan roh seimbang, maka
kewujudan manusia juga seimbang; matlamat
kehidupan mnausia akan menjadi sempurna jika
akal digunakan; aktiviti pemikiran adalah aktiviti
paling penting dalam kehidupan manusia
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Manusia berbeza dari haiwan kerana haiwan tidak ada
elemen intelek; manusia tidak berbeza dari haiwan
kerana kedua-dua manusia dan haiwan ada
deria/sensasi(lower appetites) iaitu kecenderungan
kepada tuntutan nafsu, proses pembiakan, pemakanan
dan pernafasan

Manusia sebagai haiwan intelek berupaya
menggunakan akal dalam pemikiran secara simbolik,
logik, abstrak

Manusia yang cemerlang dari segi moral ialah manusia
yang menekankan elemen akal /intelek
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Epistemologi Realisme
Ilmu pengetahuan yang benar ialah ilmu tentang
realiti alam fizikal yang bersifat objektif

Proses mengetahui sesuatu mestilah berkaitan
objek fizikal yang wujud di alam nyat dan dikaji
melalui deria

Proses mengetahui melibatkan dua tahap iaitu
(1) peringkat sensasi/deria (peringkat rendah)
(2) taakulan (peringkat tinggi)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Di peringkat taakulan, objek-objek yang
mempunyai ciri persamaan diletakkan
dalam kategori tertentu; proses ini
memerlukan pengasingan objek-objek
fizikal berdasarkan ciri-ciri perlu dan
mencukupi (necessary and sufficient
condition)

Aristotle memperkenalkan silogisme (logik
deduktif) untuk memahami alam jagat
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Aksiologi Realisme
Matlamat dan nilai kehidupan paling tinggi ialah
kebahagiaan. Kebahagian bergantung kepada
jiwa yang seimbang dan sifat peribadi mulia
dalam diri seseorang. Peribadi mulia (virtues) ini
dapat diwujudkan melalui kebiasaan dan
dibentuk melalui proses pendidikan.

Peribadi mulia dapat dibentuk melalui prinsip
Jalan Tengah (Golden Mean).
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah Pendidikan Realisme
Matlamat
1) Memupuk aspek intelek yang merupakan
aspek paling tinggi lagi mulia dalam diri
pelajar melalui pengajaran mata
pelajaran yang berstruktur.

2) Mengembangkan potensi pelajar ke
tahap paling maksima ke arah pemikiran
dan aktiviti rasional
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Kurikulum Realisme
Mata pelajaran yang mengikut kategori dan struktur masing-
masing; perkaitan antara mata pelajaran dari segi kaitan konsep.
Sbg. Cth. Mata pelajaran sains menekankan proses inkuiri dan
penemuan

Tumpuan kepada kandungan (sains; sastera dan kemanusiaan;
logik); 3M di peringkat rendah

Proses P&P

1) Mengajar kemahiran tertentu kpd pelajar; Guru pakar dalam ilmu
pengetahuan; dapat kaitkan antara mata pelajaran secara konsep
2) Pelajar perlu memberi tumupan kpd ilmu yang diajar; perlu gigih
dan berdisiplin tinggi. Cth. Pelajar yang mempelajari sejarah perlu
gunakan pendekatan sejarah dalam prose pembelajaran

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Scholasticisme/Realisme Agama
Pengasas St. Thomas Aquinas (1225-1274)

Falsafah Realisme Aristotle mempunyai impak yang
besar ke atas agama Kristian

Aquinas merupakan tokoh terkemuka dalam
mengembangkan prinsip Realisme pada Zaman
Pertengahan di Eropah

Dalam penulisan beliau,Summa Theologica, Aquinas
gunakan kaedah rasional dalam menghurai persoalan
berhubung agama Kristian
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Penganut agama Kristian Roman Katolik
menganggap Thomisme/Scholasticisme sbg
prinsip falsafah penting mereka

Aquinas percaya bahawa tuhan bersifat
sempurna dan pencipta alam dan semua bentuk
kehidupan

Nabi Isa diiktiraf sebagai penyelamat manusia
yang mewarisi dosa warisan asal (original sin)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Aquinas menyepadukan keimanan dan
kerasional/taakulan untuk memahami prinsip
ajaran agam Kristian

Manusia dikurniakan tuhan dengan roh yang
bersifat kekal dan jasad yang tidak kekal;
elemen intelek/akal dalam aktiviti pemikiran
manusia

Kehidupan manusia yang dianggap sempurna
adalah sentiasa berdamping dengan tuhannya
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Tuhan adalah Pencipta Utama (First Cause)

Prinsip Pendidikan Scholasticisme

1) Di pengaruhi oleh metafizik, epistemologi dan aksiologi
Realisme

2) Thomisme prinsip falsafah yang paling berpengaruh
ke atas sistem pendidikan agama Roman Katolik

3) Matlamat Pendidikan menerapkan kasih sayang
manusia sejagat; Bible sumber ilmu pengetahuan
mutlak
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
4. Menolak nilai bersifat relatif
5. Pendidikan juga melibatkan gereja;
pendidikan sepanjang hayat
6. Kurikulum Scholasticisme bersifat hirarki;
disiplin penting ialah disiplin berteraskan teori
dan konsep (matematik, logik, falsafah. Sejarah,
sains); disiplin kurang penting disiplin yang
menekankan jasmani dan kemahiran

7. Guru role-model; murid berdisiplin tinggi
dan gigih dalam proses pembelajaran
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Prinsip Pendidikan Essentialisme
Gripping and enduring interest grow out of initial learning
efforts that are not appealing or attractive
- William Bagley

- Prinsip pendidikan Essentialisme berteraskan prinsip
falsafah Realisme, Idealisme dan Scholasticisme

- Essentialisme dikaitkan dgn essentials atau perkara
asas yang diperlukan dalam pendidikan

- Essentialsime memperjuangkan prinsip penguasaan
kemahiran asas (3M) dalam pendidikan; mahu kembali
kepada penguasaan kemahiran asas sebelum
menguasai kemahiran lebih tinggi (back to basics)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Perlu menekankan elemen disiplin dan
kegigihan dalam proses p & p;kemabli kpd
prinsip pendidikan tradisional (Realisme,
Idealisme, Scholasticisme kerana aliran
Progresif dianggap telah tidak berjaya
menghasilkan kecemerlangan dalam pendidikan

Pentingkan pencapaian intelek dan akademik

Essentialisme menjadi popular dalam tahun
1938; diasas oleh WILLIAM C. BAGLEY (1874-
1946) seorang tokoh pendidikan dari Amerika
Syarikat
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail


Bagley berpendapat bahawa krisis utama dalam sistem
pendidikan di USA adalah masalah di peringkat sekolah
menengah yang merupakan lanjutan drp pendidikan
rendah

2 faktor utama yang mybbkan masalah ini:

1. Prinsip pendidikan Progresif tidak berkesan kerana
mengabaikan nilai-nilai tradisional dalam pendidikan
(pendidikan progresif tidak menekankan disiplin dan
kegigihan; tidak menekankan kandungan ilmu; lebih
tumpukan proses p& p yang berpusatkan pelajar
dan activity-based; kurikulum yang flexible; terlalu
menekankan kebebasan dan minat pelajar dalam
p&p
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Taraf pencapaian akademik di kebanyakan
sekolah dan universiti di USA terlalu longgar

Seorang tokoh Essentialisme, ARTHUR
BESTOR berpendapat taraf pendidikan di USA
merosot kerana falsafah pendidikan
progresifnya tidak menekankan disiplin sains
dan liberal arts dan kesarjanaan (scholastic)

Sistem pendidikan di US juga ketika itu tidak
menyediakan peluang pendidikan bagi kanak-
kanak luar biasa (gifted)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Di peringkat awal penubuhannya, Essentialisme
dikritik hebat di USA kerana amalan dan prinsip
pendidikannya dianggap terlalu kaku (rigid);
tidak menyediakan pengalaman pembelajaran
ke arah alam kedewasaan untuk pelajarnya

Bagaimanapun, minat terhadap prinsip
pendidikan Essentialisme kembali semula
selepas penubuhan, A Nation At Risk (1983)
oleh Commision on Excellance in Education

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Prinsip pendidikan Essentialisme
Matlamat
Penguasaan 3M adalah matlamat terpenting;
penyibaran dan penghayatan prinisp
pendidikan kesarjanaan; kecemerlangan
dalam pendidikan (ilmu dan nilai)

Kurikulum
Mata pelajaran kesarjanaan diutamakan;
sains; sastera; matematik; logik; falsafah;
moral; 3M; tamaddun (Amerika Syarikat);
tumpuan kepada kandungan; kurikulum
bersifat hirarki



Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Proses P & P
Mengutamakan disiplin dan kegigihan;
penguasaan konsep diutamakan; banyak
elemen latihan dan latihtubi; kaedah teacher-
centered

Guru-Murid
Gurutokoh berwibawa dari segi ilmu dan
teladan moral; pakar; reflektif; ahli fikir
Murid disiplin tinggi; gigih berusaha untuk
capai kecemerlangan dalam pendidikan

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Prinsip Pendidikan Perennialisme
Teori pendidikan Perennialisme menekankan prinsip
falsafah Realisme. Scholasticisme dan Idealisme

Dari sudut metafizik, Perennialisme berpegang kepada
prinsip bahawa alam jagat diwujudkan oleh kuasa
sempurna yang perlu difahami oleh akal manusia yang
rasional.

Perennial bermaksud bahawa prinsip penting dalam
pendidikan merupakan sesuatu yang tidak berubah,
kekal dan sentiasa berulang kembali
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Bagi penganut Perennialisme, tugas utama seorang ahli
falsafah pendidikan ialah mengkaji ciri semula jadi
manusia untuk menentukan program pendidikan yang
mengambil kira ciri manusia secara sejagat

Antara ciri manusia:
- elemen rasional/intelek manusia menjadikan
manusia bebas memilih sesuatu progrma pendidikan
yang sesuai dengan ciri seseorang manusia

- elemen kerasionalan yang mendefinisikan individu
sebagai manusia
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Oleh kerana ciri manusia sesuatu yang agak tekal,
prinsip pendidikan juga merupakan sesuatu yang agak
kekal dan berulang dari masa ke masa

Matlamat Pendidikan
Oleh kerana prinsip pendidikan Perennialisme ialah
menekankan aspek intelek manusia, maka matlamat
sejagat pendidikan ialah menyibarkan kebenaran
sejagat yang bersifat kekal dan mutlak

Kurikulum

Paparan tema kehidupan dan kemanusiaan sejagat yang
diperoleh melalui mata pelajaran sastera, falsafah,
moral, estetika, matematik, logik , sains dan
kemanusiaan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Kesemua disiplin ini dianggap sebagai sumber
utama untuk melahirkan manusia yang
bertamadun tinggi

Idea falsafah Plato, Aristotle dan John Stuart Mill
sbg cth akan sentiasa dihayati dan diulang dari
masa ke masa

Tokoh Perennialisme, ROBERT M. HUTCHINS
berpendapat bahawa sesuatu pendidikan yang
unggul mempunyai ciri-ciri berikut:
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
1) Menekankan elemen intelek/minda - hanya
pendidikan sahaja yang mampu laksanakan
matlamat ini

2) Tidak bersifat ad hoc (tergesa-gesa; tanpa
perancangan rapi)

3) Tidak bersifat pra-professional dan utilitarian

4) Menekankan sastera liberal (liberal arts)

5) Menerapkan nilai dan idealisme dunai sejagat

6) Mengambil kira bahawa ciri(tabii) manusia yang
dididik pada asasnya adalah sama

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Menekankan pendidikan yang berasaskan
meritokrasi (selektif)

Menolak prinsip pendidikan yang berteraskan
konsep kesamaan peluang

Pendidikan menghasilkan kebijaksanaan bukan
penguasaan kemahiran dan himpunan
maklumat/fakta yang tidak dapat ditafsirkan

Menganggap sistem pendidikan di USA
berkecamuk; keliru kerana pengaruh aliran
Progresif yang mengabaikan nilai sejagat
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Prinsip utama Perennialisme terkandung
di dalam Paideia Proposal yang ditubuh
oleh Mortimer J. Adler. Paidea (Yunani)
bermaksud upbringing of children
menganjurkan prinsip pendidikan
sepanjang hayat

Paideia Proposal pada prinsipnya adalah
berteraskan kurikulum Realisme.
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Mazhab Falsafah Progresif dan
Prinsip Pendidikan
Menjelang abad ke 17 perkembangan sains moden;
kemerosotan kuasa gereja ortodoks Roman Katolik
permulaan era Pertengahan (Medieval Age) dan
permulaan era progresif

Peralihan drp tumpuan kpd metafizik ke epistemologi
dalam falsafah

Rene Descartes ahli falsafah Barat pertama
menganalisis konsep dan proses berfikir dan
mengubah keseluruhan paradigma falsafah Barat

Jika falsafah tradisional mencari pengertian tentang
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Kehidupan sempurna; realiti mutlak, alam jagat, roh,
tuhan, mulai Descartes ciri pemikiran falsafah Barat
bertukar kepada proses berfikir secara matematik dan
deduktif untuk memahami ilmu

Descartes masyur dengan Cogito Ergo Sum (I think,
therefore I am) yang bermaksud kewujudan diri
seseorang ialah satu kepastian yang tidak diragukan.

Falsafah moden dan prinsip pendidikannya
menekankan teknik dan kaedah saintifik dan berubah
daripada prinsip falsafah tradisional. Jika prinsip
falsafah tradisional dikekalkan, penyesuaian dibuat
dalam konteks era progresif.
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Era progresif menyaksikan kemunculan beberapa aliran dan
fahaman falsafah dan prinsip pendidikannya. Antara lain:

1. skepticisme (Descartes dan David Hume)

2. empiricisme ( John Locke dan Francis Bacon)
menolak ilmu a priori dan idea terpendam falsafah
dealisme; pengalaman sebagai sumber pembentukan
dan pemerolehan semua idea

3. Naturalisme (Jean JacquesRousseau 1712-1778)

5. materialisme (Karl Marx)
6. existentialisme (Jean Paul Sartre)
7. pragmatisme (John Dewey, William James)


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Naturalisme(Realisme Moden)
realiti difahamkan sebagai apa yang dilihat di alam fizikal;
ditentukan oleh hukum tabii

Manusia sebagai sebahagian daripada alam jagat dan perlakuannya
mengikuti hukum tabii atau nature

Tokoh terkemukan fahaman iniJean Jacques Rousseau yang
dikenali sebagai Bapa Progresivisme Moden

Prinsip Pendidikan Naturalisme

1. Ciri dan hukum alam tabii seharusnya dikekalkan melalui
prinsip pendidikan





Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

2. Kefahaman asa dan utama tentang hukum tabii ialah
melalui deria yang merupakan sumber ilmu utama

2. Peraturan dan pergerakan alam semula jadi adalah
mengikut peringkat melalui proses evolusi (pengaruh
Teori Evolusi Charles Darwin) proses pendidikan
perlu juga mengikut corak perkembangan ini; tidak
boleh mendadak, kaku dan tergesa-gesa

3. Pengalaman sewaktu kanak-kanak amat bermakna
dan berharga kpd inidividu yang mempengaruhi
pembentukan konsep kendiri dan kehidupan individu
pada masa akan datang
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

5. Proses pendidkan unggul berlaku dalam
persekitaran paling semula jadi dan terpelihara
daripada gejala yang mempunyai pengaruh
merosakkan di persekitaran

6. Mengutamakan konsep kesediaan dalam diri
individu yang dididik; tidak mendesak kerana
sifat kanak-kanak tidak boleh disamakan
dengan orang dewasa (miniature adult)

7. Menolak doktrin Kristian dosa warisan asal
kerana kanak-kanak dianggap sebagai clean
slate (fahaman John Locke) dalam konsep
beliau, tabula rasa
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

6. Locke berpendapat kanak-kanak ketika dilahirkan tidak
mempunyai apa-apa pengertian. Mindanya kosong.
Kekosongan ini kemudiannya diisi dengan idea yang ia
bina apabila ia membesar

7. Idea yang dibinanya ditentukan oleh proses interaksi
akalnya dengan apa yang ia perhatikan
disekelilingnya. Oleh itu, apa yang diperhatikannya
tidak bersifat abstrak

8. Pendidikan mestilah bertujuan memelihara individu
daripada pengaruh liar yang boleh merosakkan naluri
semula jadi manusia yang dilahirkan baik
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
9. Dari segi epistemologi, penggunaan dan
pengalaman deria dianggap sebagai sumber
ilmu paling benar dan sahih

10. Pendidikan yang memberi tumpuan kepada
kanak-kanak ( child-centered education) dari
segi minat, kesediaan dan bakat

11. Kurikulum menolak kurikulum tradisional
kerana dianggap kaku; tidak flexible; hanya
menghasilkan pelajar pasif kerana tidak
mengaplkasikan ilmu secara praktis; kurikulum
yang tidak bersifat hirarki


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
12. Proses p &p interaksi dengan persekitran
secara aktif; activity-based learning

13. Guru lebih membimbing drp mengarah;
pendorong utama prose pendidikan; galakkan
penemuan; autoriti guru lebih bersifat
demokratik; utamakan pertumbuhan dan
perkembangan sahsiah murid menyeluruh dan
bersepadu

14. Aksiologi nilai dibentuk dlm diri individu
berdasarkan pemerhatian di persekitaran yang
sesuai dgn naluri semula jadi seseorang
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
15. Karya Rousseau berjudul, Emile (berdasarkan cerita
Robinson Crusoe) mengandungi prinsip pendidikan
Naturalisme menentang prinsip pendidikan
tradisional yang tidak menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan diri kanak-kanak (nature and nurture)

16. Corak pendidikan dlm Emile menumpukan kpd proses
mendidik seorang kanak-kanak yang dipisahkan drp
arus tamadun untuk mendapat pendidikan di kawasan
perkampungan dan persekitaran semula jadi

17. Prinsip pendidikan Rousseau berteraskan konsep
bahawa individu memiliki ciri semula jadi yang baik;
prinsip pendidikan Naturalisme mempengaruhi
falsafah pendidikan Pragmatisme

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah Pendidikan Pragmatisme

Teori Evolusi Charles Darwin mempunyai pengaruh kuat ke atas
pragmatisme

Karya Darwin On the Origin of Species (1859) menggugat prinsip
falsafah tradisional Barat

Prinsip utama teori Darwin ialah alam tabii mengalami proses
perubahan yang menentukan penghidupan organisme dalam
persekitarannya; kepupusan sesuatu specie dan digantikan dgn
specie lain mengikut peredaran masa

Prinsip perubahan yang menentukan proses perkembangan dan
pertumbuhan menentang idealisme Plato tentang Alam Idea Syumul
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Bagi Pragmatisme, realiti merupakan sesuatu yang
bersifat terbuka bukan ditentukan oleh sesuatu
kuasa/autoriti

Tumpuan falsafah Pragamatisme ialah di Amerika
Syarikat dan berkait rapat dengan tokoh-tokoh: Charles
Sanders Peirce, William James dan John Dewey

Peirce percaya bahawa ilmu pengetahuan sebenar
bergantung kepada proses pengesahan atau verifikasi;
idea ini tidak dipisahkan drp perlakuan manusia kerana
mempunyai idea bermaksud sedar tentang kesan dan
kegunaannya dalam kehidupan manusia
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

William James (1842-1910)

idea yang benar ialah idea yang dapat digunakan;
diaplikasi; kebenaran tidak bersifat mutlak dan terpisah
drp alam nyata; kebenaran tidak bersifat objektif

Pengalaman manusia sbg data/sumber ilmu sebenar

John Dewey (1859-1952)

Menganggap pemikiran ke arah memperoleh ilmu
sebenar ialah melalui sesuatu situasi bermasalh yang
memerlukan penyelesaian masalah (problem-solving)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
pemikiran kreatif penting dalam proses
penyelesaian masalah

Menganggap pengalaman dan alam tabii tidak
boleh difaham secara sempit dan berstruktur

Menganggap kaedah experimental mengatasi
kekaburan prinsip metafizik falsafah tradisional

Dewey menganggap bahawa alam tabii bukan
setakat mengandungi elemen fizikal tetapi juga
perlu mengambil kira perhubungan sosial antara
individu dalam masyarakat
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Menekankan kaedah saintifik dan ujikaji
yang dipercayai dapat mencapai sesuatu
matlamat; proses berfikir ke arah
mencapai ilmu pengetahuan yang dapat
membantu kehidupan manusia adalah
aspek penting

Proses berfikir tidak terpisah daripada
aspek sosial kehidupan, masyarakat dan
pendidikan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Dewey berpendapat proses berfikir bermula
dengan sesuatu situasi bermasalah

Situasi ini memerlukan kesedaran seseorang
secara terperinci tentang punca masalah
yang perlu diselesaikan melalui pemikiran
kreatif (berbeza drp falsafah tradisional
bahawa sesuatu masalah perlu diselesaikan
dgn mengambil kira proses penyesuainnya
dgn sesuatu prinsiop yang diterima secara
sejagat)


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Setiap masalah adalah unik dan perlu
diselesaikan secara tersendiri melalui ujikaji dan
beberapa percubaan

Penyelesaian masalah Dewey menunjukkan
bahawa pengalaman dan ciri semula jadi alam
jagat tidak difahami secara rigid

Dewy menekankan perkaedahan saintifik
daripada jawapan yang bersifat abstrak dalam
proses penyelesaian masalah.
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Dewey berpendapat bahawa kebanyakan
agama mempunyai kesan negatif kerana
memisahkan manusia mengikut kategori
prinisip kepercayaan bertentangan dgn
prinsip demokrasi

Prinsip agama dapat dijalinkan apabila
individu dlm masyarakat memahami diri
dan hubungan sosial antara individu serta
mematuhi norma masyarakat
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Prinsip Pendidikan Pragmatisme
Dewey dipengaruhi oleh prinsip naturalisme Rousseau
dan berpendapat bahawa pendidikan perlu bersifat
semual jadi dan dikaitkan dgn perkembangan diri
manusia yang bersifat kompleks

Matlamat Pendidikan pendidikan satu keperluan
dalam kehidupan kerana ia sentiasa menggerakkan
pemikiran dan aktiviti manusia utk menyelesai masalah
dlm persekitaran dan kehidupan mereka; matlamat
pendidikan pengembangan proses menyusun
semula pengalaman sedia ada ke arah membina
pengalaman yang lebih bermakna
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Pendidikan tidak disempitkan kpd proses penyampaian
kandungan ilmu semata-mata, tetapi pendidikan ialah
kehidupan itu sendiri

Pendidikan pada asasnya merupakan satu seni di mana
guru dapat memgekalkan proses p & p drp bersifat
bosan dan kaku

Pendidikan adalah sesuatu kajian saintifik yang dapat
membantu individu yang dididik dlm menyelesaikan
masalah harian

Proses penyelesaian masalah harian perlu diajar kpd
pelajar untuk menyediakan mereka menghadapi
masalah yang mungkin wujud dlm kehidupan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Dewey menolak metafizik kerana terlalu abstrak; tidak
dapat dibuktikan secara saintifik; moral dlm pendidikan
dibina melalui proses penyesuaian diri dgn masyarakat
dalam persekitaran yang demokratik

Pengalaman- mempengaruhi ilmu dan nilai individu dan
mempengaruhi fikiran dan tindakan individu

Perubahan- tidak ada sesuatu realiti, ilmu dan nilai yang
ditetapkan kerana kesemua ini mengalami perubahan.
Sbg cth masyarakat yang teknologi tinggi (spt. USA)tidak
menganggap sistem nilai penting
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Persekitaran sosial- pendidikan sbg proses interaksi
individu dgn persekitaran sosial; melibatkan banyak
institusi sosial lain spt rumah kebajikan, gereja

Pendidikan sbg proses penyusunan semual masyarakat
(Social Reconstructionism)

Kaedah P&P kaedah yang flexible yang banyak cara
atau teknik ; mengutamakan kemudahan fizikal yang
functional ( kerusi dan meja mudah alaih)

Kaedah penemuan dan explorasi digalakkan; pemikiran
kreatif; menggalakkan aktiviti penyelesaian masalah;
masalah harian banyak diakitkan dgn p&p




Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Mengutamakan minat pelajar; menggunakan byk media
pengajaran realistik

Pragmatisme pendidikan sbg satu bidang yang broad-
based tidak bersifat khusus (specialized);
mengutamakab perspektif holistik dan humansitik

Dewey menubuhkan Laboratory School di Chicago
banyak jalankan aktiviti penyelidikan tentang pendidikan

Kaedah experimental; pendidikan menghasilkan
penemuan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
KurikulumPragtimisme menolak kurikulum hirarki
falsaafh tradisional yang memisahkan pengalaman
sebenar kehidupan indivdu drp perkara yang diajar;
kandungan ilmu yang bersifat experiential; functional dan
memenuhi minat individu yang berbeza

Kurikulum tradisional dianggap kaku dan terlalu
mengkhusus; menganggap kurikulum vokasional penting
kerana dapat membantu manusia gunakan kemahiran
dlm menyelesaikan masalah kehidupan

Pragmatisme menekankan proses drp matlamat kerana
matlamat tidak seharusnya terpisah drp proses

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Guru sbg resource person yang
membimbing proses p&p yang
menekankan kerja kumpulan, projek dan
field work

Sumber p&p selain buku, jurnal,
rakaman temubual dan pelbagai sumber
lain
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah Pendidikan Mazhab
Existentialisme
Latar Belakang

Prinsip falsafah exitentialisme berteraskan prinsip
falsafah Sophists; berkembang pada abad 19 bermula
dgn karya Soren Kierkegaard dan Friederich Wilhelm
Nietzsche

Pada abad 20 prinsip existentialisme dan juga
phenomenology (banyak persamaan) dikembangkan
oleh Martin Buber, Karl Jaspers, Jean- Paul Sartre dan
juga Martin Heideggar

Falsafah yang mempunyai tafsiran yang luas tentang
perasaan dan kehidupan manusia


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah yang tidak mempunyai prinsip yang
berstruktur tentang metafizik, epiastemologi dan
aksiologi

Falsafah yang menenekankan perasaan
manusia yang terpisah dan terperangkap dalam
penderitaan hidup di dunia yang dianggap tidak
bermakna

Tema falsafah existentialisme digambarkan
melalui karya Nietzsche (ahli falsafah Jerman)
yang menganggap kemoralan tradisional telah
melemahkan manusia. Oleh itu, beliau
memasyrukan konsep superman
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Existentialisme menjadi begitu popular di Barat
akibat Perang Dunia 1 dan 2 penderitaan
hidup manusia

Existentialisme berpusat di Copewnhagen,
Denmark; menolak fahaman tradisional tentang
realiti, ilmu dan nilai mutlak

Prinsip ulung Existentialisme ialah kewujudan
mendahului zat (existence precedes essence)
yang menekankan sifat dan perasaan diri
manusia yang subjektif dan berbeza antara
satuv dengan lain
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Setiap manusia setelah dilahirkan memulakan
proses mengenali diri sebenar dan kesedaran
inilah yang menjadikan manusia memahami sari
pati kewujudannya sendiri tanpa dipengaruhi
oleh orang lain

Kewujudan diri setiap individu ini tidak
bergantung kepada realiti alam jagat, nilai dan
persepsi manusia lain; manusia yang dilahirkan
TIDAK bertanggung jawab kepada mana-mana
peraturan atau autoriti kecuali kpd diri dan
KEWUJUDANNYA sahaja
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ini bererti prinsip utama exist. Ialah kebebasan
dalam menentukan kehidupan dari segi nilai dan
aspek lain adalah bebas, agung dan mutlak
bagi setiap individu

Manusia yang tunduk kpd peraturan dan sistem
nilai yang ditentukan ke atas dirinya akan hilang
ketulenan ( authenticity) sifat dirinya (perasaan.
kehendak, naluri)

Manusia adalah individu unik dan bertanggung
jawab sepenuhya atas sesuatu pemilihan yang
dibuatnya
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Penganut fahaman exist. tidak terikat kpd
peraturan /norma masyarakat atau apa-apa
bentuk peraturan

Kehidupan yang tidak menentu dan penuh
cabaran telah memaparkan pelbagai tema
kehidupan yang mewarnai falsafah exist.

Prinsip falsafah exis banyak terkandung dalam
bidang psikologi humanistik termasuklah bidang
kaunseling (Abraham Maslow; Carl Rogers;
Arthur Coombs)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Pandangan Tokoh Tokoh Existentialisme
Soren Kierkegaard (1813-1855)
berusaha memahami agama dari sudut
yang begitu peribadi; penganut teguh
agama Kristian; menentang prinsip agama
Kristian yang abstrak; agama sbg
hubungan dan pilihan peribadi antara
manusia dan tuhan tanpa perlu melihat
bentuk/rupa tuhan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Pemilihan untuk beragama adalah peribadi bukan
ditentukan oleh sesiapa; beliau menyuarakan konsep
leap of faith dalam beragama

Kewujudan individu adalah sunyi kerana terperangkap
dalam arus dunia sians dan teknologi/IT yang bersifat
terlalu objektif


Kierkegaard menggambarkan tiga peringkat dalam
kehidupan manusia:

1. peringkat estetik manusia mengalami
keseronokan kehidupan
2. peringkat etika mulia peringkat manusia
memahami kewujudan dirinya dari perspektif
sejagat
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
3. Peringkat keagamaan peringkat paling tinggi di
mana individu berhadapan dengan tuhannya; antara
tuhan dengan individu tiada pemisah; manusia perlu
memahami dirinya sebagai makhluk ciptaan tuhan

Martin Buber (1878-1965)

Ahli falsafah-teologi Yahudi; dilahirkan diEropah tetapi
kembali ke Palestine utk berjuang bersama kaum
Yahudi utk mendapatkan tanah jajahan mereka

Prinsip falsafah beliau berteraskan konsep persamaan
saling hormat menghormati sesama manusia; karya
beliau paling masyur ialah, I and Thou yang
mencerminkan perlunya hubungan baik sesama
manusia/individu
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
I and Thou kesedaran bahawa dalam jiwa setiap
orang wujudnya perasaan yang begitu peribadi dan
penuh makna. Jika perasaan dalaman ini diabaikan,
akan berlakunya pelbagai bentuk tekanan ke atas jiwa
manusia ( hasad dengki dsbnya)

Buber percaya bahawa manusia tidak boleh dianggap
sebagai objek dalam dunia materialistik; hubungan
interpersonal perlu diwujudkan

I and thou--. Jalinan peribadi yang mesra antara klien
dan kaunselor; menekankan elemen humanistik dlm diri
manusia ( rasa bersalah; kemaafan; mengenali diri
sebenar)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
I and Thou juga bermaksud bahawa diri manusia
sentiasa berhubung dgn tuhan

Humanisme Buber kesan ke atas psikologi,
psychiatry, kesusasteraan dan pendidikan

Martin Heidegger (1889-1976)

Falsafah beliau berpusat kpd konsep memahami
kewujudan(being) diri seseorang dalam dunia

Falsafah beliau memberi tumpuan kpd persoalan asas,
Siapa diriku sebenar?yang perlu dijawab oleh diri
individu sendiri tanpa diarah atau ditentukan oleh autoriti
lain
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah beliau memberi kesan kpd pendidikan dalam
memahami aspek person kewujudan atau peribadi
seseorang

Jean-Paul Sartre (1905-1980)

Ahli falsafah exis paling terkemuka; dilahirkan di France;
professor bidang falsafah; menulis novel dan drama
yang terkemuka di Eropah

Menyertai tentera Perancis dalam Perang Dunia Kedua
dan ditawan oleh tentera Jerman dlm perang tersebut

Kezaliman Nazi mendorong Sartre untuk melahirkan
pemikiran dan falsafah tentang kehidupan dan
kewujudan individu yang tidak mempunyai erti

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Dalam karya masyur beliau, Being and Nothingness
(1943) beliau percayai bahawa kewujudan dan
kesedaran dalaman individu sebenarnya adalah bebas;
kesedaran diri seseorang berkaitrapat dgn makna yang
dibina tentang sesuatu perkara

Sartre melihat kehidupan manusia sebagai sunyi dalam
arus kehidupan dunia yang tidak menentu; dalam
mengharungi penderitaan ini manusia terpaksa
membuat pilihan sama ada untuk meneruskan
kehidupan yang tidak mempunyai apa-apa makna atau
meninggalkannya sama sekali

Sebagai seorang atheis, Sartre percaya bahawa
individu sendiri yang memberi makna kpd kehidupannya

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Beliau percaya bahawa tuhan tidak wujud untuk
memberi makna kpd kewujudan; tidak wujud juga realiti
muktakhir di luar drp alam fizikal

Kemanusiaan dan keindividualan hanya wujud jika kita
sendiri yang memberi makna dan justifikasi
mengenainya

Intisari falsafah Sartre ialah seseorang bebas memberi
pentafsiran tentang kehidupannya di dunia ini
sepertimana ia kehendaki

Menurut Sartre, jika tidak ada tuhan atau Pencipta
Pertama, maka tidak wujudnya kuasa yang boleh
menghalang seseorang drp melakukan apa yang ia
inginkan kerana tidak wujudnya sesuatu peraturan azali
yang telah ditentukan oleh tuhan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Jika tidak ada peraturan azali, maka tidak ada
penentuan tentang perkara yang boleh
dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Oleh
itu, segalanya adalah bebas bagi manusia;
kemanusiaan adalah dalam ertikata sebenarnya
atau menurut Sartre, man is condemned to be
free

Bagaimanapun, kerana kebebasan manusia
adalah mutlak, perkara ini kadang-kala
menakutkan manusia. Manusia yang bebas
mutlak juga perlu bertanggung jawab secara
mutlak atas pilihan yang mencerminkan
kebebesannya.

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Sarte berpendapat bahawa maksud
perkataan seperti, alam tabii, sains
dan undang-undang adalah ciptaan
manusia. Oleh itu, kesemua ini
sebenarnya adalah tafsiran yang
diberi oleh manusia tentang
kehidupan yang di alaminya

Sartre kemudiannya bergabung dgn
fahaman teori Marxisme

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Falsafah Pendidikan Existentialisme

Matlamat
oleh kerana exis merupakan falsafah yang
bersifat menentang, maka tidak ada sesuatu
matlamat sistem pendidikan yang berstruktur
dan sistematis

Tidak menumpukan kepada aspek kesarjanaan
seperti falsafah tradisional tetapi kpd proses
pemikiran kreatif yang sesuai dgn jiwa yang
wujud bebas


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Kata-kata Sartre, kewujudan mendahului
zat bermaksud kewujudan individu
mengatasi segala yang lain dan ini diikuti
dengan idea yang individu dapat lahirkan
(idea tentang syurga, neraka dan tuhan
adalah ciptaan manusia

Kerana idea ciptaan manusia amat
penting, pendidikan perlu menjawab
persoalan tentang proses mengenali diri
sebenar pelajar yang dididik.


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Matlamat pendidikan perlu mengutamakan ciri
unik setiap individu di dunia ini; manusia dalam
ertikata sebenar kewujudannya

Matlamat pendidikan mengarah kpd mencari
jawapan kpd persoalan spt. Siapa diriku
sebenar? Apakah matlamat hidupku,
Mengapa aku berada di sini?

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Untuk menjawab persoalan ini, proses mendidik
perlu mengambil kira aspek emosi pelajar yang
kadang kala tidak rasional

Pendidikan yang baik memberi tumpuan kpd
aspek keindividualan. Proses mendidik juga
perlu melihat perspektif negatif di samping
aspek positif kehidupan seseorang; dlm proses
mendidik perkara ini adalah satu realiti

Kaedah P&P melihat pelajar sbg individu yang
berbeza dan unik; membimbing mereka mencari
halatuju dan matlamat mengenali diri sebenar
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Sistem pendidikan yang tidak berstruktur
tidak ada peperiksaan; tidak ada gred kecuali
jika pelajar minta dinilai; pelajar memilih apa
yang ia minat; pelajar bebas menentukan
kaedah p&p yang sesuai dgn jiwa mereka

Exis menentang kaedah yang mengawal pelajar
melalui disiplin dan dendaan atau kaedah lain
yang rigid

Kurikulum bebas; mata pelajaran humanistik
diutamakan (sastera, drama, dialog)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Konsep I and Thou dlm pendidikan
guru adalah pelajar dan pelajar adalah
guru; guru dan pelajar saling memahami
dan mempelajari antara satu sama lain;
guru-pelajar hubungan akrab; lebih
merupakan seorang sahabat drp seorang
guru

Kurikulum yang banyak mengandungi
elemen afektif
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah Analitik (Analytic Philosophy)
Falsafah analitik bukan merupakan falsafah yang
sistematis seperti idealisme, realisme atau pragmatisme

Tumpuan utama falsafah analitik ialah menjelaskan
fungsi bahasa( semantik, sintak dan analisis bahasa),
konsep melalui kaedah saintifk dan logik (hujah, simbol)

Berpendapat bahawa kebanyakan masalah dalam
falsafah bukan berkaitan realiti muktakhir, kebenaran,
nilai tetapi adalah berkaitan dgn bahasa yang kabur
tidak berupaya mengemukakan idea/pandangan jelas


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu pengetahuan sebenar bukan ditentukan
oleh bidang falsafah tetapi bidang sains

Oleh itu, tugas utama falsafah ialah menghurai
dgn kritis maksud ayat, istilah dan konsep dalam
idea atau pemikiran

Pergerakan Analitik (Analytic Movement)
dikaitkan dengan ahli falsafah seperti G.E
Moore, Bertrand Russell, Ludwig Wittgenstein
dan juga Noam Chomsky (keduanya tokoh
analisis bahasa)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah ini juga mewakili golongan ahli falsafah/ahli
logik dan matematik Vienna Circle

Tokoh lain seperti seperti A.J. Ayer dan Gilbert Ryle

G.E. Moore (1873-1958)- ahli falsafah di Cambridge
University, England memberi tumpuan kpd perkara
yang terdapat di alam nyata dan berpendapat bahawa
kefahaman tentang apa yang wujud ini dijelaskan
melalui bahasa yang tepat

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Moore menulis buku, Refutation of
Idealism in Mind (1903) dan Principia
Ethica (1903). Kedua buku ini menolak
menolak prinsip metafizik kerana dianggap
berunsur emosi dan sentimen seseorang;
hujah.ayat moral, agama, estetika yang
preskriptif dianggap tidak mempunyai nilai
kebenaran dari segi logik dan juga bersifat
subjektif (cita rasa dan perasaan)



Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Bertrand Russell (1872-1970)

Dlm karya beliau, Principia Mathematica,
Russell dan Alfred North Whitehead matematik
dikategorikan sebagai ilmu yang semata-mata
logikal (tiada nilai)

Falsafah Russell memberi tumpuan kpd
pernyataan bersyarat (conditional) Jika A,
maka B

Russell berpendapat bahasa juga mengikut
struktur matematik (disjungsi, konjungsi, negasi)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ludwig Wittgenstein (1889-1951)

Dlm karya beliau, Tractatus Logico-
Philosophicus (1922) sains tabii/ tulen
merupakan sumber proposisi benar dan juga
sumber utama kpd sesuatu fakta. Oleh itu,
falsafah tidak dianggap sbg ilmu yang
mendapatkan kebenaran tetapi lebih merupakan
proses/kaedah untuk menjelaskan kekaburan
idea dan konsep

Ahli falsafah perlu menumpukan nilai kebenaran
sesuatu pernyataan/proposisi berkaitan sesuatu
data/fakta drp mengesahkan data/fakta itu
sendiri

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Golongan Vienna Circle dan Berlin Circle
Prinsip falsafah berteraskan sains
(Postivism/Empiricism)

Berpegang kpd prinsip bahawa semua
pernyataan/proposisi disahkan melalui logik deduktif
atau induktif ( analytic, a priori, synthetic)

Logik deduktik, apriori matematik; logik induktif dan
synthetic sains tulen

Cth. Ayat analitik Semua bapa adalah
lelaki(necessarily true)
Cth ayat synthetic Semua bapa pekerja
pejabat (not necessarily
true)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Menolak prinsip falsafah tradisional
tentang metafizik, aksiologi dan kaedah
spekulasi kerana tidak dapat dibukitkan
dgn tepat melalui sains dan logik

Falsafah Analitik tidak mengemukan apa-
apa pemikiran tentang alam, ilmu, nilai
kerana tugas falsafah ini hanya penjelasan
makna melalui analisis bahasa, saintifik
dan logik

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Prinsip Pendidikan Falsafah Analitik
Mazhab falsafah yang baru tidak
mengemukakan pandangan tentang metafizik,
epis dan aksiologi. Sebaliknya hanya
menumpukan kepada fungsi analtik iaitu
menjelaskan makna istilah dan pernyataan
berhubung dgn pendidikan

Tidak mengemukankan ism atau ideologi baru

Menumpukan kpd penjelasan makna istilah dan
konsep pendidikan melalui penggunaan bahasa
secara sistematis
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Matlamat Pendidikan menjelaskan maksud konsep
dan bagaimana sesuatu konsep dikaitkan dgn
pendidikan. Cth. Mempelajari bagaimana X berbeza dgn
mempelajari bahawa X

Analisis konsep pendidikan oleh R.S Peters contoh
fungsi falsafah ini

Kurikulum menekankan prinsip epistemologi struktur
ilmu; makna setiap disiplin ilmu; kaitan antara ilmu yang
pelbagai struktur; perbezaan maksud fakta. konsep;
teori dan nilai dalam ilmu

Tokoh R.S Peters; Israel Scheffler; Gilbert Ryle
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Falsafah Holistik (Integratif,
Bersepadu)
Tokoh seperti Frtijof Capra pengarang buku,
The Tao of Physics; David Bohm, John Miller
dan David Peat

Berpusat di Ontario, Kanada; prinsip holistik
telah wujud pada era progresif (Montessorie,
Pestalozzi dan Froebel) yang melihat aspek lain
dalam diri individu perlu disepadukan (intelek,
emosi, rohani dan jasmani)

Manusia sbg sebahagian drp alam jagat; konsep
keseimbangan; konsep potensi

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu bukan bersifat terpisah (atomistic) tetapi
boleh diintegrasikan

Nila melibatkan emosi, rohani, intuisi, imajinasi
individu

Menekankan konsep berikut:

- realiti saling kaitan (interconnected
reality)
- perspektif menyeluruh tentang alam jagat d
dan manusia (principle of wholeness)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
nilai kasih sayang sesama manusia;
keadilan, kesamaan peluang; kerjasama

- ilmu pengetahuan yang multi-
disciplinary; inter-disciplinary
- globalisasi
- systems thinking
- kurikulum bersepadu/integratif

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ecosystem Context
Time Context
Symbolic
Context
What does
it mean to
be human?
How do
humans
know?
What is our
relationship to
the planetary
system?
W
h
e
r
e

d
i
d

w
e

c
o
m
e

f
r
o
m
,

a
n
d

w
h
e
r
e

a
r
e

w
e

g
o
i
n
g
Where
did we
come
from,
and
where
are we
going?
Who am I?
Subjective Context
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Anda mungkin juga menyukai