Anda di halaman 1dari 4

Nama program

Lawatan sambil belajar



Tarikh
8 April 2014

Masa
8.00 pagi hingga 9.00 malam

Tempat
AQUARIA
PETROLSAINS


TUJUAN
Memberi pengalaman sebenar dan bermakna kepada kanak-kanak dengan mengikuti lawatan
anjuran sekolah.

RASIONAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lawatan ini juga diharapkan dapat memberi nilai tambah iaitu memupuk sikap
kerjasama, nilai persahabatan dan pemuafakatan antara murid selaras dengan konsep 1
Malaysia.
Semua aktiviti dan kegiatan yang dirancang akan memberi tumpuan merealisasikan falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Lawatan ke Kuala Lumpur yang dirancang kali ini merupakan salah satu cara untuk
meningkatkan motivasi murid di samping mempraktikkan ilmu yang dipelajari di sekolah dengan
harapan semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji, semangat yang kental dan mendekatkan
diri mereka kepada Tuhan serta dapat mengembangkan daya pemikiran murid terhadap sains
dan teknologi terkini.
Program lawatan yang sedang dirancang juga mempunyai matlamat ke arah pengisian jasmani
dan rohani ke arah perkembangan minda murid-murid dengan mempraktikkan ilmu yang
dipelajari semasa lawatan nanti.

MATLAMAT
Melahirkan murid yang dapat memahami,menghargai dan menhayati sains dan teknologi
Program lawatan ini diadakan dengan matlamat menyuburkan potensi murid-murid
dalam semua aspek perkembangan serta memupuk sikap positif agar mereka menjadi seorang
ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. Di samping itu lawatan ini juga bertujuan untuk
memupuk sikap hormat- menghorrmati antara sesama kaum di Malaysia.

OBJEKTIF
Mengembangkan daya pemikiran murid-murid.
Menambah ilmu, pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid tentang cara sesuatu
produk dihasilkan.
Memberi kesedaran di kalangan murid kepada kepentingan menjaga sumber semulajadi.
Murid dapat pengetahuan mengenai pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.



KERTAS KERJA LAWATAN TAHUN 5
Kumpulan Sasaran
Murid Tahun 5
Lelaki dan Perempuan
Jumlah murid: 40 orang
Jumlah guru pengiring: 4 orang

Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi : Pn Noor Shamsiah Maarof
( Guru Besar SK Lubok Redan)

Naib Pengerusi : En Shuhani Hassan
( GPK Pentadbiran)
: Pn. Rohani Abd Manap
(GPK HEM)
: Pn Hjh Dalilah Bt Harun
(GPK Koku)
Penyelaras : Roszaidi Bin Mohd
Setiausaha : Ustaz Amirizal Awang Chik
Bendahari : Pn Zatil Amni
Dokumentasi : Cik Noor Faizah Bt Nasruddin



Anggaran Kos

Bil Perkara Unit Jumlah
(RM)
1 Pengangkutan - Bas 1 X RM 1000 1000.00
2 Makan dan Minum
Pagi
Tengahari
Petang
40 X RM20 800.00
3 Tiket 40 X RM 37 1480.00
Jumlah 32800.00


Sumber Kewangan
Kutipan murid
Sekolah
Sumbangan PIBG
Sumbagan wakil rakyat







Langkah-langkah keselamatan
Taklimat lawatan
Surat persetujuan ibu bapa
Taklimat penuh sebelum bertolak
Peralatan Perubatan (First Aid Kit)

Atur cara

Masa Perkara
7.30 pagi Berkumpul disekolah dan taklimat keselamatan
8.00 pagi Bertolak dari sekolah
9.00 pagi Sarapan
10.00 pagi Lawatan di AQUARIA
12.00 tengah hari Makan tengah hari/Solat
1.00 petang PETROLSAINS
6.30 petang Makan Malam
7.30 petang Bertolak pulang
9.00 malam Dijangka sampai di sekolah






Disediakan oleh:


-----------------------------------
(ROSZAIDI BIN MOHD)
PENYELARAS LAWATAN



























Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKLR 700-02/07
Tarikh : 1 April 2014

Tuan Pengarah Pelajaran Melaka,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,
Jalan Istana,
Peti Surat No. 62,
75902 Melaka
( u.p : Unit Perhubungan Dan Pendaftaran )

Tuan,

PERMOHONAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa kami memohon kebenaran daripada tuan untuk membuat lawatan
sambil belajar ke Selangor dan Kuala Lumpur.

3. Bersama-sama ini disertakan butir-butir yang dikehendaki untuk tujuan di atas. Kerjasama
tuan amat dihargai.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...........................................



Cop Rasmi Sekolah:


Kod : MBA0011
Telefon : 06-3877185
Fax : 06-3877185
E-mail : wargasklredan@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai