Anda di halaman 1dari 11

Peraturan Kejohanan Olahraga

MSS Melaka Kali Ke-39,2011

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN.


Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM), Peraturan-Peraturan Am MSSM, Peraturan-peraturan Am
MSS Melaka dan Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga
MSSM.
2.0. ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT – ALAT
PERTANDINGAN
KOD ACARA LELAKI PEREMPUAN
Acara 18 15 12 10 18 15 TKB 12 10
TKB TKB TKB TKB TKB TKB TKB
1 100 m X X X X X X X X
2 200 m X X X - X X X -
3 400 m X X - - X X - -
4 800 m X X - - X X - -
5 1500 m X X - - X X - -
6 3000 m - - - - X - - -
Terbuka
7 5000 m X - - - - - - -
Terbuka
8 80 m Lari - - X - - - X -
Berpagar 0.762 0.762m
m
9 100 m Lari - - - - X X - -
Berpagar 0.840 0.762 m
m
10 110 m Lari X X - - - - - -
Berpagar 0.992 0.914
m m
11 200 m Lari - X - - - X - -
Berpagar 0.840 0.762 m
m
12 400 m Lari X - - - X - - -
Berpagar 0.914 0.762
m m
13 2000 m Lari - X - - - - - -

Berhalanga
n
14 3000 m Lari X - - - - - - -

Berhalanga
n
15 1000m - - X - - - X _
Jalan Kaki
16 3000 m - - - - - X - _
Jalan Kaki
17 5000 m - X - - X - - _
Jalan Kaki
18 10000 m X - - - - - - _
Jalan Kaki
19 Lompat X X X X X X X X
Tinggi
Peraturan.olahraga 1
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

20 Lompat X X X X X X X X
Jauh
21 Lompat X X - X X - -
Kijang
22 Lompat - - - - - - -
Bergalah
Terbuka
23 Melontar X X X X X X X X
Peluru 5.45 kg 4.55 kg 2.72 1.0k 4.00 kg 4.00 kg 2.72 kg 1.0kg
kg g
24 Melempar X X 1.0kg X X 1.0kg X 1.0kg X -
Cakera 1.5kg 600g 600g
25 Merejam X X - X X - -
Lembing 700 g 600 g 600 g 600 g
26 Baling Tukul X - - X - - -
Besi 5.0 kg 4.0kg
41 4 X 100 m X X X X X X X X
42 4 X 200 m - - X - - X -
44 4 X 400 m X X - X X - -
JUMLAH 19 17 10 5 18 16 10 5
(Nota: Semua acara di atas dipertandingan diperingkat Negeri MSS Melaka. Bagi
acara dipertandingankan diperingkat MSS Kawasan, sila rujuk Pengerusi
Teknik Olahraga MSS Kawasan )

2.1. Kod 08: Acara 80 METER LARI BERPAGAR


PAGAR 8 KE
BIL. PAGAR 1 DARI PAGAR KE
TINGGI PAGAR GARISAN
PAGAR GARISAN PERMULAAN PAGAR
PENAMAT
8 0.762 m 12.00 m 8.00 m 12.00 m

2.2. Kod 11 : Acara 200 LARI BERPAGAR


PAGAR 1 DARI PAGAR 10 KE
BIL TINGGI PAGAR KE
KATEGORI GARISAN GARISAN
PAGAR PAGAR PAGAR
PERMULAAN PENAMAT
LELAKI 15 TKB 10 0.840 m 16.00 m 19.00 m 13.00 m
PEREMPUAN
10 0.762 m 16.00 m 19.00 m 13.00 m
15 TKB

2.3. Kod 13: Acara 2000 METER LARI BERHALANGAN


2.3.1 Lompat Pagar : 18 kali
2.3.2 Lompat Air : 5 kali
2.3.3 Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan
kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang
berikutan

2.4. Kod 27: Acara 4 X 200 M

Peraturan.olahraga 2
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

2.4.1 Pelari Pertama akan guna lorong sendiri dan akan bermula di
garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X
400 m
2.4.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan
disediakan
2.4.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari
kedua dalam acara 4 X 400 m ). Selepas menerima baton
daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong
masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan
kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
2.4.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut
kedudukan pelari asal dan memotong masuk ke lorong pertama
3.0. HADIAH.
3.1. Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang PERTAMA, KEDUA dan
KETIGA.
3.2. Acara Individu yang jaraknya lebih daripada 1500m:
(Pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam).
3.3. Acara berpasukan: Enam (6) pingat akan diberi kepada setiap pasukan
yang berjaya di tempat pertama, kedua dan ketiga.
3.4. Bagi acara 1000m J/kaki sekolah rendah, hadiah akan disediakan 6
buah pingat.
(Pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam).

3.5 Semua Pengurus Pasukan hendaklah menghantar peserta-peserta yang


menang / wakil kepada Pengurus Hadiah sebaik-baik sahaja upacara ini
diumumkan.
3.6. Piala Individu disediakan seperti berikut:
Peserta Terbaik LELAKI Peserta Terbaik PEREMPUAN
A. BAWAH 18 TAHUN A. BAWAH 18 TAHUN
B. BAWAH 15 TAHUN B. BAWAH 15 TAHUN
C. BAWAH 12 TAHUN C. BAWAH 12
TAHUN
E. OLAHRAGAWAN E. OLAHRAGAWATI
F. OLAHRAGAWAN HARAPAN F. OLAHRAGAWATI HARAPAN
(Sek. Rendah) ( Sek. Rendah )

3.7. Piala Pusingan Keseluruhan juga disediakan seperti berikut:


3.7.1. JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH
3.7.2. JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH
3.7.3. JOHAN KESELURUHAN ANTARA KAWASAN
3.7.4. JOHAN PERBARISAN

Peraturan.olahraga 3
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

4.0. CARA PERTANDINGAN


4.1. Setiap MSS Kawasan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH
daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu ( 1 )
pasukan sahaja bagi setiap acara Lari Berganti-ganti.
4.2. Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti
berikut:-

Kumpulan
Individu Lari Berganti-ganti
Umur
18 Tahun 3 (termasuk acara terbuka) 2
15 Tahun 3 (termasuk acara terbuka) 2
12 Tahun 3 2

4.3. Acara ‘Terbuka’ hanya dibenarkan untuk disertai oleh peserta-peserta


yang berumur 12 tahun atau lebih pada 1 Januari tahun pertandingan
(sekolah menengah sahaja).
4.4. Sesuatu acara hanya akan dijalankan jika menerima minimum 3
penyertaan daripada 2 buah pasukan yang berlainan.
5.0. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA.
5.1. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat satu minggu sebelum kejohanan
dengan menggunakan hanya BORANG PENYERTAAN RASMI yang
dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang
peserta hendaklah lengkap dan disahkan oleh Setiausaha MSS
Kawasan masing-masing.
5.2. Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Lari
Berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.
5.3. Peserta-peserta bawah 12 tahun, hendaklah disertakan salinan Surat
Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah yang berkenaan.
5.4. Peserta-peserta 18 tahun dan 15 tahun diwajibkan membawa Kad
Pengenalan asas atau yang setaraf dengannya sebagai pengesahan
rasmi sekiranya terdapat masalah.
5.5. Umur peserta setiap bahagian dikira bermula 1 Januari tahun
pertandingan.

6.0. PENYERTAAN PELAJAR SEKOLAH SUKAN DAN SEKOLAH PROJEK.


6.1. Pelajar-pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil / Bandar Penawar dan
Sekolah Projek Khas Olahraga (SSAAS) akan mewakili Sekolah Asal ke
peringkat MSS Kawasan; dan

Peraturan.olahraga 4
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

6.2. Pelajar-pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil / Bandar Penawar dan
Sekolah Projek Khas Olahraga (SSAAS) juga dibenarkan terus mewakili
Sekolah Asal / Pasukan MSS Kawasan ke peringkat negeri (MSS
Melaka) TANPA mengurangkan bilangan peserta MSS Kawasan yang
sedia ada.

6.3 Bagi pelajar “Program Sukan” Olahraga yang ditempat di sekolah-


sekolah
projek akan mewakili MSS Kawasan ASAL di kejohanan MSS Melaka
TANPA mengurangkan bilangan peserta MSS Kawasan yang sedia ada.
Pada peringkat MSS kawasan, peserta ini akan mewakili sekolah projek
masing-masing. Peraturan ini berkuatkuasa 1 Januari 2008.

6.4 Pelajar-pelajar projek MSS Melaka yang tidak dapat bertanding di


kejohanan peringkat MSS Kawasan dengan bersebab dan diakui oleh
doktor juga dibenarkan bertanding mewakili kawasan TANPA
mengurangkan bilangan peserta MSS Kawasan yang sedia ada.

7.0. PENARIKAN DAN PENGGANTIAN.


7.1. Mesyuarat Pengundian
7.1.1. Undian Lorong akan dilakukan oleh Pengurus Pasukan /
Pengerusi Teknik Olahraga MSS Kawasan.
7.1.2. Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam
semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada
mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam
mesyuarat tersebut. SELEPAS ITU, SEMUA PERTUKARAN /
PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN.

7.2. Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan


Semasa taklimat ini, hanya PENARIKAN DIRI KESELURUHAN dan
PENGGANTIAN KESELURUHAN acara sahaja yang dibenarkan .

7.3. Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan


7.3.1. Jika didapati seseorang peserta telah disahkan pada Taklimat
Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam
sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat
pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, peserta
berkenaan tidak dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.
7.3.1. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara
selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat
pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, adalah
dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.
Peraturan.olahraga 5
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

7.3.2. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara


atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil
bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas
namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada
Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

7.4. Penggantian dalam Acara Lari Berganti-ganti


Penggantian bagi acara Lari Berganti-ganti dihadkan kepada dua ( 2 )
orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi.
Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan Separuh Akhir dan Akhir.
8.0. MELAPORKAN DIRI PESERTA
8.1. Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit
bagi acara-acara balapan dan 45 minit bagi acara-acara padang,
sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu,
mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
8.2. Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada
Pegawai Tekn ik dalam arena pertandingan.
8.3. Hebahan tentang panggilan peserta-peserta bagi acara mereka TIDAK
AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri akan hanya
disiarkan di papan kenyataan yang disediakan di tempat Penyelia
Peserta. Hebahan hanya dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran
dalam susunan acara atau program kejohanan.
8.4. Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor
mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari
masing-masing.
8.5. Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara
mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian
untuk acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.
9.0. PERATURAN MASUK DAN KELUAR GELANGGANG.
9.1. Semua peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar
daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.
9.2. Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan
menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor-nombor
mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta-merta tanpa
memasuki padang.

10.0. MEMANASKAN BADAN


Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang
ditentukan.
11.0. BLOK PERMULAAN ( Starting Blocks )
11
Peraturan.olahraga 6
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

11.1. Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk Peserta Bawah 18


tahun, 15 tahun (Lelaki dan Perempuan), permulaan dekam (Crouch
Start) dan blok permulaan (starting block) MESTI DIGUNAKAN:-

100 meter 100 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter


200 meter 110 meter Lari Berpagar 4 x 400 meter
400 meter 400 meter Lari Berpagar
11.2. Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk Peserta Bawah 12 tahun
(Lelaki dan Perempuan), permulaan dekam (crouch start) MESTI
DIGUNAKAN, tetapi penggunaan blok permulaan (starting block)
tidaklah wajib dan terpulang kepada peserta itu sendiri.
100 meter 80 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter
200 meter 4 x 200 meter
12.0. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN
12.1. Paku Kasut: Kejohanan ini akan dijalankan di atas balapan jenis
sintetik. Panjang maksimum paku spike tidak boleh melebihi 09mm
kecuali untuk Lompat Tinggi dan Merejam Lembing.Untuk acara –acara
tersebut,paku kasut tidak boleh melebihi 12mm
12.2. Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan semua
peralatan termasuk blok permulaan (starting blocks).

13.0. CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN


Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapor atau lain-lain bahan
sepertinya untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka
hendaklah menggunakan pita yang disediakan oleh pihak pengelola.

14.0. UKURAN TINGGI PERMULAAN

Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti


berikut:-
14.1. Lompat Tinggi :

Kelas Lelaki Perempuan


18 tahun 1.50 meter 1.20 meter
15 tahun 1.30 meter 1.10 meter
12 tahun 1.00 meter 0.90 meter

Peraturan.olahraga 7
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

15.0. PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG

15.1. Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang
seperti berikut:-

Kelas Lelaki Perempuan


18 tahun 9/11 meter 7 meter
15 tahun 9/11 meter 7 meter

16.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTU


KEDUDUKAN

16.1. Keputusan kejohanan ditentukan dengan cara PUNGUTAN PINGAT


keseluruhan seperti berikut:

PERTAMA - EMAS
KEDUA - PERAK
KETIGA - GANGSA

16.2. Penentuan Peserta Terbaik

16.2.1. Pemilihan adalah berdasarkan rekod tertinggi yang dipecahkan.


Urutan mengikut hirakinya adalah seperti berikut;

a. Rekod peringkat tertinggi

b. Rekod klasik (melebihi 10 tahun)

c. Rekod terbanyak

d. Jumlah pungutan pingat emas

e. Kutipan mata mengikut skor dekathlon

f. Kutipan pingat acara berpasukan

g. Penyertaan dalam acara berpasukan

16.2.2 Bagi sekolah rendah, jika berlaku seri punggutan pingat emas,
keutamaan akan diberikan kepada peserta acara balapan.

17.0. SEPARUH AKHIR


17.1. Empat ( 4 ) Separuh Akhir:
Pemenang setiap separuh akhir dan empat pencatat masa terpantas
akan layak memasuki peringkat akhir.
17.2. Tiga ( 3 ) Separuh Akhir:

Peraturan.olahraga 8
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

Dua (2) peserta pemenang dan dua (2) peserta yang mendapat masa
terbaik bagi ketiga-tiga Separuh Akhir layak memasuki peringkat Akhir.
17.3. Dua ( 2 ) Separuh Akhir:
Tiga (3) peserta pemenang daripada setiap Separuh Akhir dan dua (2)
lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua Separuh
Akhir ini layak memasuki peringkat Akhir.

17.4. Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih
dari bilangan yang dihadkan di 16.1., 16.2., dan 16.3. maka penentuan
kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku
kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri Rayuan.
17.5. Semua pengundian untuk Separuh Akhir / Akhir dan lorong, semasa
kejohanan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan
dengan pengawasan / penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan.

18.0. HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS KAWASAN


18.1. Nombor Pengenalan Peserta mengikut MSS Kawasan:-

BIL MSSNM Kawasan HURUF NOMBOR


1 ALOR GAJAH AG 100,200,300.....
2 AYER KEROH AK 100,200,300.....
3 BUKIT CHINA BC 100,200,300.....
4 JASIN JN 100,200,300.....
5 MASJID TANAH MT 100,200,300.....
6 MERLIMAU MM 100,200,300.....
7 TANJONG TG 100,200,300.....

18.2. Warna Kain Nombor Peserta

18.2.1.1. Lelaki & Perempuan

Kategori Peringkat Umur Warna Kain Nombor


Kelas 1 Bawah 18 Tahun Putih 100 -199
Kelas 2 Bawah 15 Tahun Kuning 200 – 299
Kelas 3 Bawah 12 Tahun Pink 300 - 399

* Ukuran Nombor / Huruf - 75mm x 15mm (3” x 1/2”).


* Warna nombor / huruf - HITAM.

19.0. BANTAHAN

19.1. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM


KECUALI perkara-perkara yang di bawah:
Peraturan.olahraga 9
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

19.1.1. Jika masalah berkenaan berkaitan dengan kelayakan (status)


seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes), dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSS Melaka.

19.1.2. Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang


sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan
tidak lewat daripada:

a. Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi


diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.

b. Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi


diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

19.1.3. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan


dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia
Dua Ratus).

20.0. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

20.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola, dengan persetujuan
Pengerusi Teknik Olahraga MSS Melaka, berhak meminda susunan
acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, Pengurus-pengurus
Pasukan akan diberitahu.

20.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang


tidak tercatat dalam Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM serta Undang-
Undang KOAM terkini.

21.0. HAL-HAL LAIN

21.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan


pegawai-pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke
tempat-tempat khas tersebut.

21.2. Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-


peserta yang mengambil bahagian TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN
MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN
KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

21.3. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,


kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda
atau sebarang kecederaan lain berlaku:

Peraturan.olahraga 10
2011
Peraturan Kejohanan Olahraga
MSS Melaka Kali Ke-39,2011

21.3.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat


pertandingan.

21.3.2. Semasa kejohanan dijalankan.

21.3.3. Di dalam dan di luar stadium.

21.3.4. Di tempat-tempat pertandingan.

21.4. Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk


mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

Peraturan.olahraga 11
2011

Anda mungkin juga menyukai