Anda di halaman 1dari 16

KEJOHANAN OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH–SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR DAERAH SENTUL 2022
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------
Tarikh : 18 - 22 julai 2022 ( Isnin - Jumaat )
Tempat : Stadium Mini SMK Seri Permaisuri
Masa : 7.30pg – 4.30ptg

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) 2007/2008, Peraturan–
Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan ( MSSWP ).

2. ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT–ALAT PERTANDINGAN

LELAKI PEREMPUAN
KOD
ACARA ACARA 18 TH 15 TH 12 TH 18 TH 15 TH 12 TH
01 100 M X X X X X X
02 200 M X X X X X X
03 400 M X X - X X -
04 800 M X X - X X -
05 1500 M X X - X X -
X X
06 3000 M TERBUKA TERBUKA TERBUKA
X X
80 M LARI BERPAGAR -
07 - 0.762 M - - 0.762 M
X X
100 M LARI BERPAGAR - - -
08 0.762 M 0.762 M
X X
110 M LARI BERPAGAR - - - -
09 0.914 M 0.838 M
X X
200 M LARI BERPAGAR - - - -
10 0.83 M 0.762 M
X X
400 M LARI BERPAGAR - - - -
11 0.838 M 0.762 M
X X X (TERBUKA)
2000 M L. BERHALANGAN - -
12 0.914 M 0.762 M 0.762M
13 1600 M JALAN KAKI - - X - - X
14 3000 M JALAN KAKI - - - - X -
15 5000 M JALAN KAKI - X - X - -
16 10000 JALAN KAKI X - - - - -
17 LOMPAT TINGGI X X X X X X
18 LOMPAT JAUH X X X X X X
19 LOMPAT KIJANG X X - X X -
20 1200M - - TERBUKA X - TERBUKA
X X X X X X
21 MELONTAR PELURU 2.72 KG 2.72 KG
5.00 KG 4.00 KG 3.00 KG 3.00 KG
X X X X
- -
22 MELEMPAR CAKERA 1.50 KG 1.00 KG 1.00 KG 1.00 KG
X X X X X X
23 MEREJAM LEMBING
700 G 600 G 400 G 500 G 500 G 400 G
BALING TUKUL BESI X X
24 - -
TERBUKA 5.00 KG 3.00 KG
27 4 X 100 M X X X X X X
28 4 X 200 M - - X - - X
29 4 X 400 M X X - X X -
30 4 X 200 M MIX RELAY - - 1L - - 1P
31 4 X 400 M MIX RELAY 1L 1L - 1P 1P -
JUMLAH 21 21 10 21 21 10

2.1. 80 / 100 / 110 METER LARI BERPAGAR

BIL. TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR KE PAGAR 8 KE


KATEGORI
PAGAR PAGAR GARISAN PAGAR GARISAN PENAMAT
PERMULAAN
L/P 12 TKB 8 0.762 M 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER
PEREMPUAN
15 TKB 10 0.762 M 13.00 METER 8.5 METER 10.5 METER
18 TKB
LELAKI 15
0.838 M
TKB 10 13.72 METER 9.14 METER 14.02 METER
0.914 M
18 TKB

2.2 200 METER LARI BERPAGAR

BIL TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR KE PAGAR 10 KE


KATEGORI
PAGAR PAGAR GARISAN PAGAR GARISAN PENAMAT
PERMULAAN
LELAKI 15
5 0.838 M 20.00 METER 35.00 METER 40.00 METER
TKB
PEREMPUAN
5 0.762 M 20.00 METER 35.00 METER 40.00 METER
15 TKB

2.3 400 METER LARI BERPAGAR

BIL TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR KE PAGAR 10 KE


KATEGORI
PAGAR PAGAR GARISAN PAGAR GARISAN PENAMAT
PERMULAAN
LELAKI
10 0.838 M 45.00 METER 35.00 METER 40.00 METER
18 TKB
PEREMPUAN
10 0.762 M 45.00 METER 35.00 METER 40.00 METER
18 TKB
2.4 : Acara 2000 METER LARI BERHALANGAN
2.4.1 Lompat Pagar : 18 kali
2.4.2 Lompat Air : 5 kali
2.4.3 Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan
kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan.

2.5 Acara 4 X 200 M


2.5.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di
garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M.
2.5.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan
disediakan.
2.5.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua
dalam acara 4 X 400 M). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari
di lorong masing–masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong
masuk ke lorong pertama.
2.5.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut
kedudukan pelari yang datang, dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak
peserta lain.

2.6 Kod 30 : Acara HEPTATHLON ( PEREMPUAN TERBUKA)


2.6.1 Hari Pertama : 100m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan
200M
2.6.2 Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 800m

2.7 Kod 31 : Acara OCTATHLON (LELAKI TERBUKA)


2.7.1 Hari Pertama :100m, Lompat Jauh, Melontar Peluru dan 400m
2.7.2 Hari Kedua : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Merejam Lembing
dan
1500m
2.8 Acara yang tidak dipertandingkan di peringkat zon.
2.8.1. Acara-acara Heptathlon, Octatlon, dan Lompat Bergalah tidak dipertandingkan di peringkat zon,
hanya dipertandingkan di peringkat MSSWPKL/MSSM. Sekolah yang mempunyai peserta bagi acara
tersebut hendaklah menyatakan perkara tersebut dalam borang penyertaan atau memaklumkan kepada
J/K Pertandingan/Pengerusi Teknik Olahraga Zon. Peserta ini boleh menyertai acara lain semasa
pertandingan zon.
3.0 KUMPULAN UMUR
3.1. 18 Thn Ke bawah Lelaki dan Perempuan – ( lahir pada 2003 [kecuali pelajar
Peralihan 2004] ). Pelajar lepasan SPM atau Senior Middle 3 yang masih menunggu keputusan
peperiksaan awam KPM tetapi terus menyambung pengajian di sekolah swasta tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam kejohanan.
3.2. 18 Thn Ke bawah Lelaki dan Perempuan – (lahir pada 2004 & 2003 )
3.3. 15 Thn ke bawah Lelaki dan Perempuan _ (lahir pada 2005 & 2006 )
3.4. 13 Thn ke bawahLelaki dan perempuan _ (lahir pada 2007)
3.5. 10 Thn Lelaki dan Perempuan - (lahir pada 2010 )
3.6. 12 Thn Lelaki dan Perempuan - (lahir pada 2008 )
3.7. Peserta–peserta Heptatlon dan Octatlon TIDAK DIBENARKAN mengambil
bahagian dalam acara individu yang lain.
3.8. Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta–peserta yang
berumur 13 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan. ( Sekolah Menengah sahaja ).
3.9. Umur dikira pada tarikh 1 Januari tahun pertandingan.

4.0 PENYERTAAN ATLET SEKOLAH SUKAN NEGERI (SSN) TITIWANGSA


4.1 Atlet dari Sekolah Sukan Negeri (SSN) Titiwangsa akan mewakili pasukan SSN
sendiri mengikut zon masing-masing di mana sekolah terakhir mereka didaftarkan.

5.0 ACARA PERTANDINGAN

5.1 Sekolah Menengah


5.1.1. Setiap sekolah dibenarkan menamakan DUA (2) orang peserta untuk
setiap acara individu dan SATU (1) pasukan untuk acara pasukan ( 4 X 100M, 4 X 400M,
4 X 400M MIX RELAY TIDAK TERMASUK).
5.1.2. Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam TIGA (3) acara
individu termasuk acara terbuka dan DUA (2) acara berpasukan.
5.1.3. Peserta 15 Thn dibenarkan mengambil bahagian dalam acara terbuka.
Pungutan pingat peserta ini akan diambil kira dalam pungutan pingat dalam kategori 18 thn.

5.2 Sekolah Rendah


5.2.2. Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam DUA (2) acara individu termasuk acara
terbuka dan DUA (2) acara berpasukan.( 4X100M & 4X200M 4 X 200M MIX RELAY TIDAK
TERMASUK ).

5.3. Jika terdapat kurang dari tiga (3) peserta atau pasukan yang mengambil bahagian
dalam satu- satu acara, maka acara itu akan dibatalkan.
5.4. Jika terdapat seorang peserta yang mengambil bahagian dalam 2 acara pada
masa yang sama, peserta tersebut (dengan bantuan pengurus pasukan) harus memaklumkan kepada
Ketua Penyelia Peserta dan Referi berkenaan.
5.5 Catatan Rekod Kejohanan
5.5.1 Catatan rekod kejohanan yang digunapakai adalah berdasarkan catatan
tangan
(Hand Timing) dalam kejohanan MSSWP DAERAH SENTUL.
6. PERATURAN MENGISI BORANG PENYERTAAN
6.1. Pendaftaran peserta secara sistem ONLINE. https://sentul2022.snn2u.com/
6.2. Isikan NO PESERTA yang telah ditetapkan bagi setiap peserta.
6.3. Sila taip/tulis dengan jelas NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN / NO. SIJIL
LAHIR.
6.4. Sila tandakan ‘X’ di ruang acara yang diambil oleh peserta.
6.5. Semua peserta mestilah didaftarkan termasuk peserta Acara Lari Berganti-ganti
dan Peserta Simpanannya.
6.6. Pihak pengelola berhak menolak borang masuk yang tidak diisi mengikut
peraturan yang ditetapkan.
6.7. Semua peserta yang hendak bertanding hendaklah disahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan. Sertakan Bersama Salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir yang telah
disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing. Pihak pengelola berhak menolak
penyertaan peserta yang tidak menyertakan salinan dokumen berkenaan.
6.8. Tarikh akhir pendaftaran ialah pada atau sebelum 14 JULAI 2022
6.9. Kemasukan lewat peserta tidak akan dilayan.

7. PENGESAHAN PESERTA – PESERTA


7.1 Pengundian
7.1.1 Undian lorong pusingan pertama dilakukan oleh J/k Pertandingan
secara on line.
7.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua
acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada 14 JULAI 2022. ( SELEPAS ITU SEMUA
PERTUKARAN / PENGGANTIAN / BANTAHAN TIDAK AKAN DILAYAN )
7.1.3 Pusingan seterusnya adalah dilakukan oleh J/K Perangkaan dan J/K
Pertandingan. Susunan peserta adalah mengikut Peraturan 166 MAAU.

8. PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN


8.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus -
Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet
berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
8.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas
mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang
didaftar atas namanya.
8.3. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan
Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas
namanya dengan mengemukakan Surat Pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada
Pengurus Kejohanan.

9. PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN


9.1 Penarikan diri selepas tarikh tutup adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku, dikira
tiada peserta untuk penggantian.
9.2 Penukaran acara di antara peserta yang berdaftar adalah tidak dibenarkan tetapi
tambahan peserta dibenarkan atas persetujuan semua pengurus pasukan jika tidak mengganggu jadual
pertandingan / saringan atau separuh akhir. Perkara ini harus dilakukan semasa taklimat pengurus
pasukan. Selepas itu tidak dibenarkan.

10. LARI BERGANTI-GANTI


10.1. Semua peserta yang didaftarkan layak menyertai acara lari berganti-ganti.
Walaubagaimanapun, sekolah harus mendaftarkan penyertaan dalam borang penyertaan terlebih
dahulu. Nama, nombor dan kedudukan peserta lari berganti-ganti ini haruslah didaftarkan sejam sebelum
acara berlangsung kepada Ketua Penyelia Peserta.
10.2. Penggantian acara berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang
didaftarkan dalam Borang Khas Lari Berganti-ganti.
10.3. Apabila peserta memulakan pertandingan pada pusingan pertama
ditukarkan dengan seorang peserta lain, peserta yang diganti itu tidak boleh kembali kepada pasukan
tersebut.

11. MELAPOR DIRI PESERTA


11.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara
Balapan dan 45 minit bagi acara Padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.
Peserta akan dihantar ke tempat permulaan acara 5 ke10 minit lebih awal dari waktu acara berkenaan
dijadualkan berlangsung.
11.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai
Teknik dalam arena pertandingan.
11.3 Hebahan oleh penyelia peserta tentang panggilan peserta-peserta untuk
melaporkan diri bagi acara-acara mereka hanya dibuat dua (2) kali sahaja. Peserta yang layak ke
pusingan seterusnya akan ditampal di papan kenyataan.
11.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka
mesti disematkan dengan 4 pin pada setiap penjuru di baju (dada dan belakang kecuali acara Lompat
tinggi). Peserta yang tidak mematuhi arahan dan peraturan ini tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam acara yang disertainya.
11.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 10 minit sebelum acara meraka
dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap
sebagai telah menarik diri.

12. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN


12.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada
arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.
12.2 Untuk acara Balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk
menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.

13. MEMANASKAN BADAN


13.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan sahaja.

14. BLOK PERMULAAN


14.1 Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah, 15 Tahun
Ke Bawah dan 12 tahun ke bawah ( Lelaki dan Perempuan ) blok permulaan WAJIB DIGUNAKAN Acara
: 100m, 200m, 400m, 80m Lari berpagar, 100m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar, 200m lari
berpagar, 400m Lari Berpagar, 4 X 100m , 4 x 200 m dan 4 X 400 m.

15. PAKU KASUT ( SPIKES ) DAN PERALATAN


15.1 Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik.
Panjang maksima paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi
dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.
15.2 Peralatan : Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk
Blok Permulaan, kecuali galah berlombol untuk acara Lompat Bergalah di mana peserta dibenarkan
menggunakan galah sendiri dengan syarat ia diserahkan kepada Pengurus Teknik terlebih dahulu untuk
disahkan. Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah orang lain kecuali dengan mendapat
kebenaran dari pada tuan empunya.

16. CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN


16.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk
menandakan di tempat–tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita yang disediakan
oleh Pihak Pengelola.
17. UKURAN TINGGI PERMULAAN
Bagi acara-acara tersebut di bawah. Ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut :
17.1 Lompat Tinggi
Lompat Tinggi – Ketinggian permulaan dan ketinggian palang.
17.1.1 Lelaki 18 tahun.
1.65m, 1.70m, 1.75m, 1.80m, 1.84m, 1.88m, 1.92m, 1.95m, 1.98m, 2.01m, 2.03m,
dan seterusnya.

17.1.2 Perempuan 18 tahun.


1.35m, 1.40m, 1.45m, 1.50m, 1.54m, 1.58m, 1.62m, 1.65m, 1.68m, 1.71m, 1.73m,
dan seterusnya.

17.1.3 Lelaki 15 tahun.


1.55m, 1.60m, 1.65m, 1.70m, 1.74m, 1.78m, 1.82m, 1.85m, 1.88m, 1.91m , 1.93m,
dan seterusnya.

17.1.4 Perempuan 15 tahun


1.25m, 1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.44m, 1.48m, 1.52m, 1.55m, 1.58m, 1.61m, 1.63m,dan seterusnya

17.1.5 Lelaki 12 tahun


1.25m, 1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.44m, 1.48m, 1.52m, 1.55m, 1.58m, 1.61m, 1.63m,
dan seterusnya.

17.1.6 Perempuan 12 tahun


1.00m, 1.15m, 1.20m, 1.25m, 1.29m, 1.33m, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.46m, 1.48m,
dan seterusnya.

18. PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANG


18.1 Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut :

PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN


18 TKB 9 / 11 m 7/9m
15 TKB 9 / 11 m 7/9m

19. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


19.1 Acara Octatlon dan Heptatlon
19.1.1 Pemenang ialah peserta yang dapat mengumpul jumlah mata yang
terbanyak dalam lima atau tujuh acara mengikut keadaan, berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF,
walaupun ukuran berat bagi acara Melontar Peluru dan Merejam Lembing tidak sama dengan kehendak
IAAF.
19.1.2 Sekiranya seri, maka pemenang ialah peserta yang memperolehi mata
tertinggi dalam lebih acara antara peserta-peserta yang seri. Jika ini juga tidak dapat memutuskannya,
pemenang ialah peserta yang mendapat mata tertinggi di dalam mana-mana acara tertentu. Keadaan ini
digunakan untuk memutuskan seri bagi sebarang tempat dalam pertandingan ini.
19.2 Penentuan Peserta Terbaik / OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI
19.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki
18TKB, Perempuan 18TKB, Lelaki 15TKB, Perempuan 15TKB, Lelaki 13TKB, Perempuan 13TKB, Lelaki
12TKB, Perempuan 12TKB, Lelaki 10TKB dan Perempuan 10TKB berdasarkan pencapaian individu
dalam jumlah pungutan pingat Emas, Perak dan Gangsa di samping catatan rekod baru. Kelebihan usia
sesuatu rekod boleh mempengaruhi keputusan pemilihan.
19.2.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas
atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
19.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan
pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
19.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat
berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.
19.2.5 Olahragawan dan Olahragawati diberi kepada peserta terbaik
keseluruhan (Lelaki dan perempuan).

19.3 Piala pusingan yang dipertandingkan.


19.3.1. Johan Lelaki Rendah
19.3.2. Johan Lelaki Menengah
19.3.3. Johan Perempuan Rendah
19.3.4. Johan Perempuan Menengah
19.3.5. Johan Keseluruhan Menengah
19.3.6. Johan Keseluruhan Rendah

19.4. Penentuan sekolah yang menjadi johan ialah berdasarkan pungutan pingat emas terbanyak.
Jika seri kiraan pingat perak terbanyak dan jika masih seri kiraan pungutan pingat gangsa.

20. PERATURAN KELAYAKAN

Bil peserta Bil saringan Bil Separuh Akhir


105 – 112 14 3
97-104 13 3
89-966 12 3
81-88 11 3
73-80 10 3
65-72 9 3
57-64 8 3
49-56 7 3
41-48 6 3
33-40 5 2
25-32 4 2
17-24 3
9-16 2

20.1 Saringan.
Jika 14 Saringan.
1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 10 peserta yang mencatat masa terbaik dari 14
saringan layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 13 Saringan.
1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 11 peserta yang mencatat masa terbaik dari 13
saringan layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 12 Saringan.
1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 12 peserta yang mencatat masa terbaik dari 12
saringan layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 11 Saringan.
1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 13 peserta yang mencatat masa terbaik dari 11
saringan layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 10 Saringan.
2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 4 peserta yang mencatat masa terbaik dari 10
saringan layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 9 Saringan.
2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 6 peserta yang mencatat masa terbaik dari 9 saringan
layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 8 Saringan.
2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 8 peserta yang mencatat masa terbaik dari 8 saringan
layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir) .
Jika 7 Saringan.
3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 3 peserta yang mencatat masa terbaik dari 7 saringan
layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 6 Saringan.
3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 6 peserta yang mencatat masa terbaik dari 6 saringan
layak memasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).
Jika 5 Saringan.
3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 1 peserta yang mencatat masa terbaik dari 5 saringan
layak memasuki peringkat separuh akhir (2 separuh akhir).
Jika 4 Saringan.
3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 4 peserta yang mencatat masa terbaik dari 4 saringan
layak memasuki peringkat separuh akhir (2 separuh akhir).

20.2 Separuh Akhir


Jika 3 separuh akhir
2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 2 peserta yang mencatat masa terbaik dari 3 separuh
akhir peringkat akhir.
Jika 2 separuh akhir
2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 2 peserta yang mencatat masa terbaik dari 2 separuh
akhir peringkat akhir.
20.3 1500 M
Jika bilangan peserta melebihi 16 hingga 24. 2 separuh akhir, 4 peserta pertama setiap separuh akhir
dan 4 peserta yang mencatat masa terbaik memasuki peringkat akhir. Bilangan peserta 25 hingga 36, 3
Separuh akhir. 3 peserta pertama setiap s/akhir dan 3 peserta yang mencatat masa terbaik layak ke
peringkat akhir.

20.4 2000 M L/B, 3000M


Jika bilangan peserta melebihi 16 hingga 30.2 separuh akhir, 4 peserta pertama setiap separuh akhir
dan 4 peserta yang mencatat masa terbaik.

20.5 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih dari bilangan
yang dihadkan pada 19.3, dan 19.4 maka peserta yang terlibat tidak layak ke peringkat berikutnya.

20.6 SUSUNAN RANKING PUSINGAN BERIKUTNYA


20.6.1 Peserta yang layak ke peringkat separuh akhir / akhir akan disusun mengikut
ranking berikut:

20.6.1.1 Pemenang tempat pertama saringan terpantas


20.6.1.2 Pemenang tempat pertama saringan kedua terpantas, dan seterusnya
20.6.1.3 Tempat kedua saringan terpantas
20.6.1.4 Tempat kedua saringan kedua terpantas, dan seterusnya
20.6.1.5 Tempat ketiga saringan terpantas
20.6.1.6 Tempat ketiga saringan kedua terpantas, dan seterusnya
20.6.1.7 Catatan masa terbaik berdasarkan kepantasan, dan seterusnya

20.6.2 Peserta-peserta kemudiannya disusun mengikut susunan pilihan dalam bentuk


zig-zag seperti berikut:
Jika 3 Separuh Akhir
KUMPULAN SUSUNAN PESERTA MENGIKUT RANKING
A 1 6 7 12 13 18 19 24
B 2 5 8 11 14 17 20 23
C 3 4 9 10 15 16 21 22
Cataatan: Undian lorong berdasarkan: Ranking 1 hingga 12, diundi di dalam lorong 3,4,5 dan 6; ranking
13 hingga 18 diundi di dalam lorong 7 dan 8, ranking 19 hingga 24 diundi di dalam lorong 1 dan 2.
Jika 2 Separuh Akhir
KUMPULA SUSUNAN PESERTA MENGIKUT RANKING
N
A 1 4 5 8 9 12 13 16
B 2 3 6 7 10 11 14 15
Catatan: Undian lorong berdasarkan : ranking 1 hingga 8, diundi di dalam lorong 3,4,5 dan 6; ranking 9-
12 diundi di dalam lorong 7 dan 8; ranking 13 hingga 16 diundi di dalam lorong 1 dan 2.

20.6.3 Sekiranya terdapat 2 peserta dari sekolah yang sama di dalam separuh akhir
yang sama, maka, tukarkan salah seorang ke separuh akhir yang lain.
20.6.4 Undian dijalankan oleh J/kuasa Statistik.

21. NOMBOR PESERTA SEKOLAH

21.1 Nombor peserta tidak disediakan oleh pihak pengelola dan menjadi tanggungjawab pengurus
pasukan.

21.2. No peserta adalah 4 angka. 2 angka pertama adalah Nombor Pigeon Hole
sekolah. Contoh seperti di bawah :

21.2.1. Sekolah Menengah


HIJAU
HITAM MERAH BIRU HIJAU HITAM
BIL Sekolah pigeon
hole P 15 ( 2P ) L 15 ( 2L ) P 18 ( 1P ) L 18 ( 1L ) P 13 ( 3P ) L 13 ( 3L )

1 KEPONG 04 0400 - 0424 0425 - 0449 0450 - 0474 0475 - 0499 04100 - 04125 04126 - 04149
BARU

2 SMK ........ 10 1000 - 1024 1025 - 1049 1050 -1074 1075 - 1099 10100 - 10125 10126 - 10149

21.2.2. Sekolah Rendah

OREN UNGU OREN UNGU


BIL Sekolah No. pigeon hole
P 12 L 12 P 10 L 10

1 SK Kiaramas 32 3200-3224 3225 - 3250 3251-3274 3275 - 3299

2 XXXX 17 1700-1724 1751 - 1750 1751-1774 1775 - 1799


20

045
0
15CM

10Peraturan MSSWP DAERAH


SENTUL
22. BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara berikut :
22.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut
boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan
kepada MSSWP kelak.
22.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada
22.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-
acara pusingan awal.
22.2.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-
acara peringkat akhir.
22.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan
wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ).

23. HAK–HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


23.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan
Olahraga Zon, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-
Pengurus Pasukan akan diberitahu.
23.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak
tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSWP.

24. HAL–HAL LAIN


24.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-
pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
24.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta
yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
24.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku :
24.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium
24.3.2 Semasa kejohanan dijalankan
24.3.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium
24.3.4 Di tempat-tempat penginapan.
24.3.5 Tanggungjawab sekolah memberikan surat kebenaran ibu/bapa penjaga
kepada peserta sekolah masing-masing.
24.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah- langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah.

25. YURAN PENYERTAAN


Sekolah yang ingin menyertai perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM50 satu kategori (lelaki
dan perempuan)

11Peraturan MSSWP DAERAH SENTUL

Anda mungkin juga menyukai