Anda di halaman 1dari 9

Peraturan Kejohanan Balapan & Padang

MSS Melaka Kali Ke-44,2017

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN.

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatu an Olahraga Malaysia


(KOM), Peraturan-Peraturan Am MSSM, Peraturan-peraturan Am MSS Melaka
dan Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan & Padang MSSM.
2.0. ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT – ALAT
PERTANDINGAN
KOD ACARA LELAKI PEREMPUAN
Acara 18 15 12 18 15 12
TKB TKB TKB TKB TKB TKB
01 100 m X X X X X X
03 400 m X X - X X -
05 800 m X X - X X -
06 3000 m X X - X X -
08 80 m Lari - - X - - X
Berpagar 0.762 m 0.762m
09 100 m Lari - - - X X -
Berpagar 0.840 m 0.762 m
10 110 m Lari X X - - - -
Berpagar 0.992 m 0.914 m
11 200 m Lari - X - - X
Berpagar 0.840m 0.762m
12 400 m Lari X - X
- 0.762 m
Berpagar 0.914m
15 1600 m Jalan - - X - - - X
Kaki
16 3000 m Jalan - - - - X -
Kaki
17 5000 m Jalan - X - X - -
Kaki
18 10000 m Jalan X - - - - -
Kaki
19 Lompat Tinggi X X X X X X

20 Lompat Jauh X X X X X X

21 Lompat Kijang X X - X X -

23 Melontar X X X X X X
Peluru 5.00 kg 4.00kg 2.72 kg 4.00 kg 3.00 kg 2.72 kg
24 Melempar X X X X
Cakera 1.5kg 1.0kg 1.0kg 1.0kg
25 Merejam X X - X X -
Lembing 700 g 600 g 600 g 600 g
26 Baling Tukul X - X -
Besi(T) (TERBUKA) (TERBUKA)
5.00 kg 4.0kg
JUMLAH 14 13 6 14 13 6
(Nota: Semua acara di atas dipertandingan diperingkat Negeri MSS Melaka)

Peraturan Balapan & Padang 1


2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

2.1. Kod 04: Acara 800m


Acara ini akan dijalankan secara “mass start”. Tiada acara separuh akhir
dijalankan untuk acara ini. Semua peserta akan dilepaskan secara serentak.

2.2 Kod 08: Acara 80 METER LARI BERPAGAR


PAGAR 8 KE
BIL. PAGAR 1 DARI PAGAR KE
TINGGI PAGAR GARISAN
PAGAR GARISAN PERMULAAN PAGAR
PENAMAT
8 0.762 m 12.00 m 8.00 m 12.00 m

3.0. HADIAH.
3.1. Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang PERTAMA, KEDUA dan
KETIGA.
3.2. Acara Individu yang jaraknya lebih daripada 1500m:
(Pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam).
3.3 Semua Pengurus Pasukan hendaklah menghantar peserta-peserta yang
menang / wakil kepada Pengurus Hadiah sebaik-baik sahaja upacara ini
diumumkan.
3.4. Piala Individu disediakan seperti berikut:
Peserta Terbaik LELAKI Peserta Terbaik PEREMPUAN
A. BAWAH 18 TAHUN A. BAWAH 18 TAHUN
B. BAWAH 15 TAHUN B. BAWAH 15 TAHUN
C. BAWAH 12 TAHUN C. BAWAH 12
TAHUN

3.5 JOHAN KESELURUHAN ANTARA KAWASAN

4.0. CARA PERTANDINGAN


4.1. Setiap kawasan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada
dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu
4.2. Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti
berikut:-

Kumpulan
Individu
Umur
18 Tahun 3 (termasuk acara terbuka)
15 Tahun 3 (termasuk acara terbuka)
12 Tahun 3

4.3. Peserta tidak dibenarkan bertanding dalam kategori umur yang lebih
tinggi jika kumpulan umur tersebut ada dipertandingkan kecuali acara
‘Terbuka’.
4.4. Acara ‘Terbuka’ hanya dibenarkan untuk disertai oleh peserta-peserta
yang berumur 12 tahun atau lebih pada 1 Januari tahun pertandingan
(sekolah menengah sahaja). Jumlah peserta acara tidak melebihi 4
peserta setiap kawasan.
Peraturan Balapan & Padang 2
2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

5.0. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA.


5.1. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat satu minggu sebelum kejohanan
dengan menggunakan hanya BORANG PENYERTAAN RASMI yang
dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang
peserta hendaklah lengkap dan disahkan oleh Setiausaha MSS
Kawasan masing-masing.
5.2. Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Lari
Berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.
5.3. Peserta-peserta bawah 12 tahun, hendaklah disertakan salinan Surat
Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah yang berkenaan.
5.4. Peserta-peserta 18 tahun dan 15 tahun diwajibkan membawa Kad
Pengenalan asas atau yang setaraf dengannya sebagai pengesahan
rasmi sekiranya terdapat masalah.
5.5. Umur peserta setiap bahagian dikira bermula 1 Januari tahun
pertandingan.

6.0. PENYERTAAN PELAJAR SEKOLAH SUKAN NEGARA (SSBJ & SSBP) DAN
SEKOLAH SUKAN NEGERI MELAKA .
6.1. Pelajar-pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil , Sekolah Sukan Tunku
Mahkota Ismail ,dan Sekolah Sukan Pahang akan mewakili MSS
Kawasan masing-masing berdasarkan sekolah terakhir dan terus ke
peringkat negeri (MSS Melaka) TANPA mengurangkan bilangan peserta
MSS Kawasan yang sedia ada.

6.3 Pelajar Sekolah Sukan Negeri Melaka SMK Seri Kota akan mewakili
MSS Kawasan di peringkat MSS Melaka berdasarkan sekolah terakhir
pelajar tersebut TANPA mengurangkan bilangan peserta MSS Kawasan
yang sedia ada.Peraturan ini berkuatkuasa 1 Januari 2016.

7.0. PENARIKAN DAN PENGGANTIAN.


7.1. Mesyuarat Pengundian
7.1.1. Undian Lorong akan dilakukan oleh Pengurus Pasukan /
Pengerusi Teknik Olahraga MSS Kawasan.
7.1.2. Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam
semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada
mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam
mesyuarat tersebut. SELEPAS ITU, SEMUA PERTUKARAN /
PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN.

7.2. Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan

Peraturan Balapan & Padang 3


2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

Semasa taklimat ini, hanya PENARIKAN DIRI KESELURUHAN dan


PENGGANTIAN KESELURUHAN acara sahaja yang dibenarkan .

7.3. Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan


7.3.1. Jika didapati seseorang peserta telah disahkan pada Taklimat
Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam
sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat
pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, peserta
berkenaan tidak dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.
7.3.1. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara
selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat
pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, adalah
dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.
7.3.2. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara
atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil
bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas
namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada
Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

7.4. Penggantian dalam Acara Lari Berganti-ganti


Penggantian bagi acara Lari Berganti-ganti dihadkan kepada dua ( 2 )
orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi.
Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan Separuh Akhir dan Akhir.

8.0. MELAPORKAN DIRI PESERTA


8.1. Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit
bagi acara-acara balapan dan 45 minit bagi acara-acara padang,
sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu,
mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
8.2. Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada
Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.
8.3. Hebahan tentang panggilan peserta-peserta bagi acara mereka TIDAK
AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri akan hanya
disiarkan di papan kenyataan yang disediakan di tempat Penyelia
Peserta. Hebahan hanya dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran
dalam susunan acara atau program kejohanan.
8.4. Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor
mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari
masing-masing.

Peraturan Balapan & Padang 4


2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

8.5. Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara
mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian
untuk acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

9.0. PERATURAN MASUK DAN KELUAR GELANGGANG.


9.1. Semua peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar
daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.
9.2. Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan
menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor-nombor
mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta-merta tanpa
memasuki padang.

10.0. MEMANASKAN BADAN


Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang
ditentukan.

11.0. BLOK PERMULAAN ( Starting Blocks )


11
11.1. Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk Peserta Bawah 18
tahun, 15 tahun (Lelaki dan Perempuan), permulaan dekam (Crouch
Start) dan blok permulaan (starting block) MESTI DIGUNAKAN:-

100 meter 100 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter


200 meter 110 meter Lari Berpagar 4 x 400 meter
400 meter 400 meter Lari Berpagar
11.2. Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk Peserta Bawah 12 tahun
(Lelaki dan Perempuan), permulaan dekam (crouch start) MESTI
DIGUNAKAN, tetapi penggunaan blok permulaan (starting block)
tidaklah wajib dan terpulang kepada peserta itu sendiri.
100 meter 80 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter
200 meter 4 x 200 meter
12.0. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN
12.1. Paku Kasut: Kejohanan ini akan dijalankan di atas balapan jenis
sintetik. Panjang maksimum paku spike tidak boleh melebihi 09mm
kecuali untuk Lompat Tinggi dan Merejam Lembing.Untuk acara –acara
tersebut,paku kasut tidak boleh melebihi 12mm
12.2. Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan semua
peralatan termasuk blok permulaan (starting blocks).

13.0. CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN

Peraturan Balapan & Padang 5


2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapor atau lain-lain bahan


sepertinya untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka
hendaklah menggunakan pita yang disediakan oleh pihak pengelola.

14.0. UKURAN TINGGI PERMULAAN


Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti
berikut:-
14.1. Lompat Tinggi :
Kelas Lelaki Perempuan
18 tahun 1.60 meter 1.20 meter
15 tahun 1.60 meter 1.10 meter
12 tahun 1.20 meter 1.00 meter
Kenaikan palang sebanyak 5cm...5cm....5cm ....5cm ....4cm.....4cm
4cm..... 3cm..... 3cm.....2cm....2cm ...dan seterusnya...

15.0. PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG


15.1. Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang
seperti berikut:-
Kelas Lelaki Perempuan
18 tahun 9/11 meter 7 meter
15 tahun 9/11 meter 7 meter

16.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTU


KEDUDUKAN
16.1. Keputusan kejohanan ditentukan dengan cara PUNGUTAN PINGAT
keseluruhan seperti berikut:
PERTAMA - EMAS
KEDUA - PERAK
KETIGA - GANGSA
16.2. Penentuan Peserta Terbaik
16.2.1. Pemilihan adalah berdasarkan rekod tertinggi yang dipecahkan.
Urutan mengikut hirakinya adalah seperti berikut;
a. Rekod peringkat tertinggi
b. Rekod klasik (melebihi 10 tahun) – usia rekod akan
diambilkira
c. Rekod terbanyak
d. Jumlah pungutan pingat emas
e. Kutipan mata mengikut Jadual Mengira Mata IAAF
16.2.2 Sekiranya berlaku seri punggutan pingat emas,perak dan gangsa
Peraturan Balapan & Padang 6
2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

keutamaan akan diberikan kepada peserta acara balapan.


17.0. SEPARUH AKHIR
17.1. Empat ( 4 ) Separuh Akhir:
Pemenang setiap separuh akhir dan empat pencatat masa terpantas
akan layak memasuki peringkat akhir.
17.2. Tiga ( 3 ) Separuh Akhir:
Dua (2) peserta pemenang dan dua (2) peserta yang mendapat masa
terbaik bagi ketiga-tiga Separuh Akhir layak memasuki peringkat Akhir.
17.3. Dua ( 2 ) Separuh Akhir:
Tiga (3) peserta pemenang daripada setiap Separuh Akhir dan dua (2)
lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua Separuh
Akhir ini layak memasuki peringkat Akhir.

17.4. Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih
dari bilangan yang dihadkan di 16.1., 16.2., dan 16.3. maka penentuan
kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku
kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri Rayuan.
17.5. Semua pengundian untuk Separuh Akhir / Akhir dan lorong, semasa
kejohanan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan
dengan pengawasan / penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan.

18.0 SARINGAN
18.1 Lapan ( 8 ) Saringan
Tiga ( 3) pemenang daripada setiap saringan akan layak ke TIGA (3)
Separuh Akhir.

18.2 Tujuh ( 7) Saringan


Tiga ( 3 ) pemenang daripada setiap saringan dan tiga (3) masa terbaik
antara semua saringan akan layak ke TIGA (3 ) Separuh Akhir.

18.3 Enam (6) Saringan


Dua (2) pemenang daripada setiap saringan dan empat ( 4 ) masa
terbaik antara semua saringan akan layak ke Dua ( 2 ) Separuh Akhir.

18.4 Lima ( 5 ) Saringan


Tiga ( 3 ) pemenang daripada setiap saringan dan satu ( 1 ) masa
terbaik antara semua saringan akan layak ke Dua ( 2) Separuh Akhir.

18.5 Empat ( 4 ) Saringan


Tiga pemenang daripada setiap saringan dan empat ( 4) masa terbaik
antara semua saringan akan layak ke Dua ( 2 ) Separuh Akhir.

19.0. HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS KAWASAN


19.1 Nombor Pengenalan Peserta mengikut MSS Kawasan:-
Peraturan Balapan & Padang 7
2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

BIL MSSNM Kawasan HURUF NOMBOR


1 ALOR GAJAH AG 100,200,300....
2 MELAKA TENGAH MT 100,200,300....
3 JASIN JN 100,200,300.....

19.2 Warna Kain Nombor Peserta


19.2.1.1 Lelaki & Perempuan
Kategori Peringkat Umur Warna Kain Nombor
Kelas 1 Bawah 18 Tahun Putih 100 -199
Kelas 2 Bawah 15 Tahun Kuning 200 – 299
Kelas 3 Bawah 12 Tahun Pink 300 – 399

* Ukuran Nombor / Huruf - 75mm x 15mm (3” x 1/2”).


* Warna nombor / huruf - HITAM.
20.0. BANTAHAN

20.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM


KECUALI perkara-perkara yang di bawah:

20.1.1 Jika masalah berkenaan berkaitan dengan kelayakan (status)


seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes), dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSS Melaka.

20.1.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang


sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan
tidak lewat daripada:

a. Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi


diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.

b. Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi


diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

20.1.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan


dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia
Dua Ratus).

21.0. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

21.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola, dengan persetujuan Pengerusi
Teknik Olahraga MSS Melaka, berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, Pengurus-pengurus Pasukan
akan diberitahu.

21.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang


tidak tercatat dalam Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
Peraturan Balapan & Padang 8
2016
Peraturan Kejohanan Balapan & Padang
MSS Melaka Kali Ke-44,2017

peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM serta Undang-


Undang KOAM terkini.

22.0. HAL-HAL LAIN

22.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan


pegawai-pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke
tempat-tempat khas tersebut.

22.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-


peserta yang mengambil bahagian TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN
MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN
PENGURUS KEJOHANAN.

22.3 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,


kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda
atau sebarang kecederaan lain berlaku:

22.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat


pertandingan.

22.3.2 Semasa kejohanan dijalankan.

22.3.3 Di dalam dan di luar stadium.

22.3.4 Di tempat-tempat pertandingan.

22.4 Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk


mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

Peraturan Balapan & Padang 9


2016

Anda mungkin juga menyukai