Anda di halaman 1dari 14

KEJOHANAN OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SABAH 2019

1.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2018-2019, Peraturan-
Peraturan Am MSSM dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Sabah 2019

2.0 ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT YANG


DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT MSS SABAH 2019.

LELAKI PEREMPUAN
BIL ACARA
18TKB 15TKB 12TKB 18TKB 15TKB 12TKB
01 100 Meter X X X X X X
02 200 Meter X X X X X X
03 400 Meter X X - X X -
04 800 Meter X X - X X -
05 1500 Meter X X - X X -
06 3000 Meter (Terbuka) X* - X* -
- - X - - X
07 80 Meter Lari Berpagar
0.762m 0.762m
- - - X X -
08 100 Meter Lari Berpagar
0.762m 0.762m
X X - - - -
09 110 Meter Lari Berpagar
0.914m 0.838m
- X - - X -
10 200 Meter Lari Berpagar
0.838m 0.762m
X - - X - -
11 400 Meter Lari Berpagar
0.838m 0.762m
X X - X -
12 2000 Meter Lari Berhalangan
0.914m 0.762m 0.762m
13 3000 Meter Jalan Kaki - - - - X -
14 5000 Meter Jalan Kaki - X - X - -
15 10000 Meter Jalan Kaki X - - - - -
16 Lompat Tinggi X X X X X X
17 Lompat Jauh X X X X X X
18 Lompat Kijang X X - X X -
X X X X X X
19 Melontar Peluru
5.00kg 4.00kg 2.72kg 3.00kg 3.00kg 2.72kg
X X - X X -
20 Melempar Cakera
1.50kg 1.00kg 1.00kg 1.00kg
X X - X X -
21 Merejam Lembing
700g 600g 500g 500g
X X
22 Baling Tukul Besi
5.00 kg 3.00 kg
22 4 X 100 Meter X X X X X X
MSS Sabah 2019 Page 6
23 4 X 200 Meter - - X - - X
24 4 X 400 Meter X X - X X -
25 Heptathlon (Terbuka) - - - X* -
26 Oktathlon (Terbuka) X* - - - -
J U M LA H 20 20 8 19 19 8
*Peserta di kategori ini boleh menyertai acara 3000m(T) sebagai salah satu acara individu manakala Peserta-
peserta yang mengambil acara Heptathlon dan Oktathlon hanya boleh menyertai 2 acara berpasukan.

2.1 Kod 07 : Acara 80 meter Lari Berpagar

Pagar 1 dari Pagar 8 Ke garisan


Bil Pagar Tinggi Pagar Pagar ke Pagar
garisan permulaan Penamat
8 0.762 meter 12.0 meter 8.0 meter 12.0 meter

2.2 Kod 08 : Acara 100 meter Lari Berpagar

Garisan Pagar ke Pagar akhir ke


Kategori Bil.Pagar Tinggi Pagar permulaan Pagar Garisan penamat
ke Pagar 1
P18TKB 10 0.762 meter 13.0 meter 8.50 meter 10.50 meter
P15TKB 10 0.762 meter 13.0 meter 8.50 meter 10.50 meter

2.3 Kod 09 : Acara 110 meter Lari Berpagar

Garisan Pagar ke Pagar akhir ke


Kategori Bil.Pagar Tinggi Pagar Permulaan Pagar Garisan penamat
Ke Pagar 1
L 18TKB 10 0.914 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter
L 15TKB 10 0.838 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

2.4 Kod 10 : Acara 200 meter Lari Berpagar

Garisan Pagar ke Pagar akhir ke


Kategori Bil.Pagar Tinggi Pagar Permulaan Pagar Garisan penamat
Ke Pagar 1
L15TKB 5 0.838 meter 20.0 meter 35.0 meter 40.0 meter
P15TKB 5 0.762 meter 20.0 meter 35.0 meter 40.0 meter

MSS Sabah 2019 Page 7


2.5 Kod 11: Acara 400 meter Lari Berpagar

Garisan Pagar ke Pagar akhir ke


Kategori Bil.Pagar Tinggi Pagar permulaan Pagar Garisan penamat
Ke Pagar 1
L18TKB 10 0.838 meter 45.0 meter 35.0 meter 40.0 meter
P18TKB 10 0.762 meter 45.0 meter 35.0 meter 40.0 meter

2.3 Kod 12 : Acara 2000 METER LARI BERHALANGAN

2.3.1 Ketinggian pagar Halangan: 0.914m (L18 ), 0.762m ( PTT / L15 )

2.3.2 Lompat Pagar : 18 kali

2.3.3 Lompat Air : 5 kali

2.3.4 Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannya
lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan

2.4 Kod 25 : Acara 4 X 200 M

2.4.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger –
seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M

2.4.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan

2.4.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X
400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari
di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh
memotong masuk ke lorong pertama.

2.4.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut ” start list ”, dan
menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.

2.5 Kod 27 : Acara HEPTATHLON ( PEREMPUAN TERBUKA)

2.5.1 Hari Pertama : 100m Lari Berpagar, Lompat Tinggi Melontar Peluru & 200M

2.5.2 Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing & 800m

2.6 Kod 28 : Acara OCTATHLON (LELAKI TERBUKA)

2.6.1 Hari Pertama :100m, Lompat Jauh, Melontar Peluru & 400m

2.6.2 Hari Kedua : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Merejam Lembing & 1500m

MSS Sabah 2019 Page 8


3.0 HADIAH-HADIAH

3.0.1 Acara Individu sehingga 1500 meter – Pertama, Kedua dan Ketiga

3.0.2 Acara Individu 3000 meter dan jarak lebih daripadanya serta Heptathlon dan Oktathlon –
Pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam.

3.0.3 Acara Berpasukan – Enam pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat
Pertama, Kedua dan Ketiga.

4.0 ACARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada
dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan sahaja bagi setiap acara
Lari Berganti-ganti.

4.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut:-

Kategori Individu Lari Berganti-ganti


18 TKB 3 (termasuk acara terbuka) 2
15 TKB 3 (termasuk acara terbuka) 2
12 TKB 2 2

4.3 Peserta-peserta Heptathlon dan Oktathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian


dalam acara individu yang lain kecuali acara lari berganti-ganti.

4.4 Acara ‘ Terbuka ‘ hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 12 tahun atau
lebih pada 1 Januari tahun pertandingan.

5.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah pada laman sesawang http://www.mssj.edu.my/daftar3/msss


pada 08 Mac 2019 (Jumaat) iaitu dua minggu sebelum Kejohanan dengan mendaftarkan
peserta dalam laman sesawang pendaftaran dan mencetak Borang Penyertaan Rasmi dalam
sistem pendaftaran atas talian. Butir-butir tentang seseorang hendaklah dilengkapkan dan
disahkan olah Setiausaha Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah masing-masing.

5.2 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari Berganti-ganti sahaja juga dikehendaki
mendaftar.

5.3 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu ( Borang R01 / M01 )
secara individu beserta gambar berukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan
/ sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta
berkenan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Sukan Bahagian.
(Peraturan Am 4.8)

MSS Sabah 2019 Page 9


5.4 Peserta-peserta 12 tahun ke bawah WAJIB membawa sijil lahir asal, manakala peserta-
peserta15 dan 18 tahun ke bawah WAJIB membawa Kad Pengenalan Asal atau setaraf
dengannya sebagai pengesahan rasmi semasa pemeriksaan dokumen. Kad pengenalan
kejohanan (ID) juga perlu dibawa bersama dan merupakan dokumen pengenalan rasmi semasa
peserta mendaftar diri di bilik panggilan. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK
AKAN DITERIMA (Sila rujuk Peraturan Am 4 MSSM dan Lampiran C.)

5.5 Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09
dengan gambar ukuran passport dari Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala peserta yang
sedang memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN
KPII/KPPK II dengan gambar ukuran passport dari Jabatan Pendaftaran Negara.

6.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

6.1 Mesyuarat Pengundian

6.1.1 Mesyuarat pengesahan akan diadakan pada 21 Mac 2019 (Khamis). Pengurus Pasukan
atau wakilnya diminta hadir. Untuk pusingan pertama penentuan lorong akan dibuat
berdasarkan kepada computer generated.
6.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah
disahkan selewat-lewatnya dalam mesyuarat tersebut. SELEPAS ITU, SEMUA
PERTUKARAN/PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN. (TIADA
PENAMBAHAN PESERTA BARU)

6.2 Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan

Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA pengganti dibenarkan.

6.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan.[Peraturan 142. 4-Failure to participate]

6.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan penyertaannya pada Taklimat
Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya,
KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada
Pegawai Perubatan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara
seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil
bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai
Perubatan, adalah dianggap sebagai telah menarik diri daripada semua acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.

6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai
Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang
didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai
Perubatan kepada Pengurus Kejohanan.

MSS Sabah 2019 Page 10


6.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti

6.4.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, komposisi pasukan boleh dibentuk daripada senarai
peserta yang telah didaftarkan dalam borang pendaftaran rasmi pasukan sahaja.
Walaubagaimanapun, sebaik sahaja pasukan telah mula bertanding, hanya dua (2)
orang atlet tambahan boleh digunakan sebagai pengganti dalam komposisi pasukan
tersebut. Komposisi empat orang pelari termasuk 2 orang pengganti dan susunan larian
atlet-atlet wajib diistiharkan secara rasmi tidak lewat daripada satu jam sebelum masa
panggilan saringan pertama setiap pusingan menggunakan borang rasmi lari berganti-
ganti yang disediakan JK Teknikal dan Pertandingan MSS Sabah 2019.

6.4.2 Seseorang peserta (berdaftar) yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil
bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan
hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri seperti jadual di bawahsebelum waktu acara berkenaan
dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh
Penyelia Peserta

ACARA MASA AKHIR LAPOR DIRI MASA BERGERAK KE ARENA


Balapan 20 minit sebelum acara bermula 10 minit sebelum acara bermula
Balapan ( Lari Berpagar) 25 minit sebelum acara bermula 15 minit sebelum acara bermula
Lontaran, L. Jauh, L.Kijang 30 minit sebelum acara bermula 20 minit sebelum acara bermula
Lompat Tinggi 55 minit sebelum acara 45 minit sebelum acara bermula

7.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, sebelum acara mereka dimulakan, Referi Bilik
Panggilan boleh membatalkan penyertaan dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai
telah menarik diri.

7.3 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam
arena pertandingan

7.4 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka
TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan
dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat
sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan

7.5 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan
dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

7.6 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan Tag
Pengenalan Rasmi kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,
peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

MSS Sabah 2019 Page 11


8.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan
diiringi oleh Hakim Bilik Panggilan.

8.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong
masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan
nombor mereka (Jika diberi arahan).

9.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

10.0 BLOK PERMULAAN

10.1 Bagi acara-acara yang disebut di bawah untuk peringkat umur 18,15 dan 12 tahun ke bawah
Lelaki dan perempuan, mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN:-

100 meter 80 meter lari berpagar 400 meter lari berpagar


200 meter 100 meter lari berpagar 4 x 100meter
400 meter 110 meter lari berpagar 4 x 400meter

NOTA: Peserta balapan yang menggunakan blok permulaan tidak dibenarkan mendapat
bantuan dari mana-mana pihak untuk menahan blok permulaan kecuali blok tersebut betul-betul
bermasalah dan pengelola tidak mempunyai ‘spare’ untuk menggantikannya.

11.0 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

11.1 Spikes : Kejohanan ini akan diadakan atas balapan ‘Sintetik’. Panjang maksimum paku spike
tidak boleh melebihi 6mm kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk
acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm

11.2 Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan sediakan semua peralatan termasuk blok permulaan.

11.3 Baju : bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang
sama mengikut pasukan masing-masing.

12.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN.

Peserta-peserta tidak dibenar menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menanda di
tempat-tempat pertandingan. Mereka haruslah menggunakan pita (masking tape) yang disediakan oleh
pasukan masing-masing. Peraturan 163.4 peserta tidak dibenarkan meletak tanda/penanda bantuan di
atas / dalam atau di sisi lorong larian untuk membantu mereka.

MSS Sabah 2019 Page 12


13.0 UKURAN TINGGI PERMULAAN.

Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:-

13.1 Lompat Tinggi – Ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya

13.1.1 Lelaki 18 tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.65 meter. Untuk pertandingan ketinggian
palang akan bermula 1.70 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut :

1.70m, 1.75m, 1.80m, 1.84m, 1.88m, 1.92m, 1.95m, 1.98m, 2.01m, 2.04m,
2.06m dan seterusnya

13.1.2 Perempuan 18 tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan ketinggian
palang akan bermula 1.30 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut :

1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.44m, 1.48m, 1.52m, 1.55m, 158m, 1.61m, 1.64m
1.66m, dan seterusnya

13.1.3 Lelaki 15 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.55 meter. Untuk pertandingan ketinggian
palang akan bermula 1.60 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut :

1.60m, 1.65m, 1.70m, 1.74m, 1.78m, 1.82m, 1.85m, 1.88m, 1.91m, 1.94m
1.96m, dan seterusnya

13.1.4 Perempuan 15 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan ketinggian
palang akan bermula 1.30 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut

1.35m, 1.39m, 1.32m, 1.34m, 1.36m, 1.38m, 1.40m, 1.42m, 1.44m, 1.46m
1.48m,dan seterusnya

13.1.5 Lelaki 12 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan ketinggian
palang akan bermula 1.30 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut

1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.44m, 1.48m, 1.52m, 1.55m, 158m, 1.61m, 1.64m
1.66m, 1.68m, dan seterusnya.

MSS Sabah 2019 Page 13


13.1.6 Perempuan 12 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.15 meter. Untuk pertandingan ketinggian
palang akan bermula 1.20 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut

1.25m, 1.29m, 1.32m, 1.34m, 1.36m, 1.38m, 1.40m, 1.42m 1.44m, 1.46m, dan
seterusnya

13.1.7 Oktathlon

1.50m, 1.53m, 1.56m, 1.59m, 1.62m, 1.65m, 1.68m, 1.71m, 1.74m, 1.77m
1.80m 1.83m dan seterusnya

13.1.8 Heptathlon

1.25m, 1.28m, 1.31m, 1.34m, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.46m, 1.49m, 1.52m
1.55m, 1.58m dan seterusnya.

14.0 PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG

14.1 Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti
berikut.

Kategori Lelaki Perempuan


18 11 meter 9 meter
15 11 meter 9 meter

15.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN.

15.1 Acara Oktathlon dan Heptathlon

15.1.1 Pemenang ialah peserta yang dapat mengumpulkan jumlah mata yang terbanyak dalam
tujuh atau lapan acara mengikut keadaan, berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF,
walaupun ukuran berat bagi acara Melontar Peluru dan Merejam Lembing tidak sama
dengan kehendak IAAF.

15.1.2 Jika sekiranya seri, kekal seri. (P200.12)

MSS Sabah 2019 Page 14


15.2 Penentuan Peserta Terbaik

15.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 18TKB,
Lelaki 15TKB, Lelaki 12TKB, Perempuan 18TKB, Perempuan 15TKB dan Perempuan
12TKB. Pemecah rekod baru berstatus [ikut ranking kejohanan] Rekod Kejohanan
Olahraga peringkat Kebangsaan (KOM),Rekod Remaja Kebangsaan (KOM), Rekod
Sekolah-sekolah Asean, MSSMdan MSS Sabah dan jumlah rekod yang di perbaharui
dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas,perak dan gangsa.

15.2.2 Sekiranya tiada rekod diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara
individu akan diambil kira.

15.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan gangsa dalam
acara individu akan diambil kira.

15.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan di buat berdasarkan
Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta

15.3 Johan Keseluruhan

Johan Keseluruhan ialah Kontinjen Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian


yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak
terbanyak akan diambil kira, jika masih seri, kiraan pingat gangsa terbanyak akan
diambil kira.

16.0 SARINGAN / KELAYAKAN / SEPARUH AKHIR

16.1 Enam (6 ) Saringan

Hanya tiga (3) peserta dari setiap saringan dan enam (6) lagi peserta yang mencatat masa
terbaik dari keenam-enam larian adalah layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

16.2 Lima (5) Saringan

Hanya empat (4) peserta dari setiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang mencatat masa
terbaik dari kelima-lima larian layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

16.3 Empat (4) Separuh Akhir

Hanya Satu (1) peserta ( pemenang ) dari setiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang
mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat Akhir.

16.4 Tiga (3) Separuh Akhir

Hanya dua (2) peserta ( pemenang pertama dan kedua ) dari setiap separuh akhir dan dua (2)
lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari Ketiga-tiga, Separuh Akhir adalah layak
memasuki peringkat Akhir.

MSS Sabah 2019 Page 15


16.5 Dua (2) Separuh Akhir

Hanya Tiga (3) peserta ( pemenang pertama , kedua dan ketiga ) dari setiap separuh akhir dan
dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari Kedua-dua Separuh Akhir adalah
layak memasuki peringkat Akhir.

16.6 Pertandingan Kelayakan.

Dalam peraturan 180.9 Sekiranya bilangan penyertaan untuk acara padang terlalu ramai, satu
pertandingan kelayakan akan dijalankan dan semua prosedur pelaksanaan pertandingan akan
mengikut peraturan KOM 180.10 hingga 180.16. Standard kelayakan akan mengguna pakai
kelayakan seperti di bawah ini

LELAKI PEREMPUAN
ACARA
18TKB 15TKB 12TKB 18TKB 15TKB 12TKB
Lompat Tinggi 1.95m 1.74m 1.52m 1.48m 1.51m 1.34m
Lompat Jauh 6.52m 6.06m 5.38m 5.33m 4.89m 4.28m
Lompat Kijang 14.69m 13.15m 11.31m 10.63m
Melontar Peluru 14.39m 12.52m 10.97m 11.08m 10.34m 8.47m
Melempar Cakera 42.68m 38.71m 26.48m 25.17m
Merejam Lembing 53.94m 46.21m 34.76m 27.69m
Baling Tukul Besi
17.0 PEMBAHAGIAN LORONG

17.1 Semua pembahagian lorong adalah tanggung jawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Olahraga MSS Sabah 2019.

17.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan disusun dengan computer generated untuk
menentukan lorong masing-masing.

17.3 Penentuan pusingan / saringan seterusnya adalah berdasarkan peraturan 166.3 (Pusingan dan
saringan)

17.4 Bagi penentuan lorong, tiga (3) undian akan dibuat seperti berikut:-

17.4.1 Satu kumpulan empat peserta atau pasukan yang menduduki ’rangking’ teratas bagi
memutuskan tempat mereka di lorong 3,4,5 dan 6. [diundi]

17.4.2 Satu lagi untuk peserta atau pasukan tempat ke lima dan enam bagi menentukan tempat
di lorong 7 dan 8, dan [diundi]

17.4.3 Satu lagi untuk dua orang peserta atau pasukan tempat terakhir bagi menentukan tempat
di lorong 1 dan 2.[diundi]

MSS Sabah 2019 Page 16


18.0 PENGADIL/PEGAWAI PERTANDINGAN

18.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
untuk bertugas di sepanjang pertandingan berlangsung.

18.2 Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

19.0 HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS DAERAH

19.1 Warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas, jantina

17.1.1 Peserta 18 TKB : Nombor warna HITAM atas kain warna putih
17.1.2 Peserta 15 TKB : Nombor warna MERAH atas kain warna putih
17.1.3 Peserta 12 TKB : Nombor warna BIRU atas kain warna putih

19.2 Setiap nombor hendaklah berukuran 5cm (lebar) x 10cm (tinggi) dengan ketebalan huruf /
nombor 1 cm. atas kain berukuran 28cm X 18cm

19.3 Huruf dan Nombor Peserta

BIL BAHAGIAN NO DAERAH KOD RELAY


1 1000-1150 KUDAT KDT
2 1200-1350 KOTA BELUD KBD
UTARA
3 1400-1550 KOTA MARUDU KMU
4 1600-1750 PITAS PTS
5 2000-2150 TUARAN TRN
6 2200-2350 KOTA KINABALU KKU
BARAT
7 2400-2550 RANAU RNU
8 2600-2750 PENAMPANG PNG
9 3000-3150 SANDAKAN SDN
10 3200-3350 TELUPID TLD
SANDAKAN
11 3400-3550 BELURAN BLN
12 3600-3750 KINABATANGAN KNB
13 4000-4150 PAPAR PPR
14 4200-4350 BEAUFORT BFT
SELATAN
15 4400-4550 SIPITANG SPT
16 4600-4750 KUALA PENYU KPU
17 5000-5150 SEMPORNA SPN
18 5200-5350 TAWAU TWU
TENGGARA
19 5400-5550 KUNAK KNK
20 5600-5750 LAHAD DATU LDU
21 6000-6150 KENINGAU KGU
22 6200-6350 TENOM TNM
KENINGAU
23 6400-6550 NABAWAN NBW
24 6600-6750 TAMBUNAN TBN

MSS Sabah 2019 Page 17


20.0 BANTAHAN

20.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara
seperti di bawah:-

20.1.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah


dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:-

i. Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara
pusingan awal.

ii. Tiga Puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara
peringkat akhir.

20.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan Wang Pertaruhan
bagi acara individu sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) dan acara
berpasukan RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus).

20.1.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

21,0 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB

21.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah
mengikut yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

21.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-
mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

21.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib Olahraga MSS Sabah
2019 adalah muktamad

22.0 KAWASAN PERTANDINGAN

Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja
dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan

23.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

23.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan. Tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSS Sabah, berhak
meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus
Pasukan akan diberitahu.

23.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
undang-undang Balapan dan Padang KOM terkini, Peraturan-Peraturan AM MSSM atau
Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah.

MSS Sabah 2019 Page 18


24.0 HAL-HAL LAIN

24.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai .Orang-orang
yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

24.2 Selain dari Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK SESIAPA PUN YANG DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

24.3 Kelayakan umur peserta:

18 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2001


15 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2004
12 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2007

24.4 False start (Salah Mula) peraturan 162.7: Berkuat kuasa 1 Januari 2010, kecuali dalam acara
bercampur, mana-mana peserta yang melakukan salah mula akan dibatalkan.

Dalam acara bercampur peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi amaran. Hanya
satu salah mula dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan. Mana-mana atlet yang
melakukan salah mula seterusnya dalam perlumbaan itu akan dibatalkan.

24.5 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan


anggota, kehilangan anggota badan/harta atau sebarang kecederaan lain berlaku:-

24.5.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat Kejohanan dan
sebaliknya.

24.5.2 Semasa Kejohanan dijalankan.

24.5.3 Di dalam dan luar kawasan Kejohanan.

24.5.4 Di tempat-tempat penginapan.

24.6 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-
langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat
mana yang munasabah.

MSS Sabah 2019 Page 19

Anda mungkin juga menyukai