Anda di halaman 1dari 12

Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSS BAHAGIAN


MUKAH KALI KE- 16 TAHUN 2019

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) 2017 / 2018,
Peraturan – Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan
Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan peraturan-peraturan
Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) terkini.

2. ACARA, UKURAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT GANTI PERTANDINGAN

2.1 Sila rujuk jadual berikut:


KOD LELAKI PEREMPUAN
ACAR 18 15 14 12 11 18 15 14 12 11 TKB
ACARA
A TKB TKB TKB THN TKB TKB TKB TKB THN
01 100 M X X X X X X X X X X
02 200 M X X X X X X X X X X
03 400 M X X X - - X X X - -
04 800 M X X X - - X X X - -
05 1500 M X X X - - X X X - -
06 3000 M X TERBUKA
07 5000 M X TERBUKA
- - - X X - - X X
80 M LARI
08 0.762 0.762 0.762 0.762
BERPAGAR
M M M M
- - - - - X X X - -
100 M LARI
09 0.762 0.762 0.762
BERPAGAR
M M M
X X X
110 M LARI
10 0.914 0.838 0.838 - - - - - -
BERPAGAR
M M M
- X X X X
200 M LARI
11 0.838 0.838 - - - 0.762 M 0.762 - -
BERPAGAR
M M M
X X
400 M LARI
12 0.838 - - 0.762 - - - -
BERPAGAR
M M
13 LOMPAT X X X X X X X X X X
TINGGI
14 LOMPAT JAUH X X X X X X X X X X
15 LOMPAT X X X - - X X X -
KIJANG

1
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

X X X X X X X X X X
MELONTAR
16 5.00 4.00 4.00 2.72 2.72 3.00 3.00 3.00 2.72 2.72
PELURU
KG KG KG KG KG KG KG KG KG KG
X X X X X X
MELEMPAR
17 1.50 1.00 1.00 - 1.00 1.00 1.00 - -
CAKERA
KG KG KG KG KG KG
MEREJAM X X X X X X -
18
LEMBING 700 G 600 G 600 G - 500 G 500 G 500 G -
19 4 X 100 M X X X X X X X X X X
20 4 X 200 M - - - X X - - - X X
21 4 X 400 M X X X - - X X X - -

2.2 Kod 07 : Acara 80 METER LARI BERPAGAR

BIL. TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR 8 KE


PAGAR KE PAGAR
PAGAR PAGAR GARISAN PERMULAAN GARISAN PENAMAT

8 0.762M 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER

2.3 Kod 10: Acara 200 METER LARI BERPAGAR

PAGAR 1 DARI
BIL TINGGI PAGAR KE PAGAR 10 KE
KATEGORI GARISAN
PAGAR PAGAR PAGAR GARISAN PENAMAT
PERMULAAN

LELAKI 15 TKB 5 0.840 M 20 METER 35 METER 40 METER


PEREMPUAN 15
5 0.762 M 20 METER 35 METER 40 METER
TKB

2.4 Kod 22: Acara 4 X 200m


2.4.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti
pelari pertama dalam acara 4 X 400 M
2.4.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
2.4.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M ).
Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing –
masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong
pertama.
2.4.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut ” start list ”, dan menerima
baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.

2
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

3 HADIAH-HADIAH
3.1 Acara individu sehingga 2000M – pertama, kedua, dan ketiga
3.2 Acara individu 3000M dan jarak lebih daripadanya serta pentathlon dan heptatlon –
pertama, kedua,ketiga, keempat, kelima, dan keenam.
3.3 Acara Pasukan – empat pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya
menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.
3.4 Hadiah keseluruhan: Piala untuk Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga bagi setiap
Peringkat Umur sahaja. Johan Keseluruhan adalah pasukan yang mendapat mata
terbanyak daripada gabungan semua peringkat umur.

4 KELAYAKAN DAN PENYERTAAN


4.1 Semua pelajar yang mengikut kursus penuh di sekolah-sekolah rendah dan menengah
yang berdaftar dan menjadi ahli MSS Sarawak layak untuk mengambil bahagian.
4.2 Setiap sekolah yang menyertai adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada
dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara Lari
berganti-ganti.
4.3 Bilangan maksima penyertaan seseorang adalah seperti berikut:

KUMPULAN UMUR INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI


18 TKB 3 (Termasuk acara terbuka) 2
15 TKB 3 (Termasuk acara terbuka) 2
14 TKB 2 2
12 TKB 2 2
11 TKB 2 2

4.4 Acara terbuka hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 12 tahun
atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan.

5 PELAJAR PRA UNIVERSITI


5.1 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Malaysia hanya layak mengambil 2 acara individu sahaja dan
tidak layak untuk mengambil acara lari berganti-ganti.
5.2 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Malaysia boleh mewakili bahagian dalam Kejohanan MSS
Sarawak. Tetapi tidak boleh mewakili negeri dalam Kejohanan MSSM.
5.3 Salinan surat lantikan ke Tingkatan 6 dan Keputusan akhir Tahun 2018 peserta jemputan yang
disahkan oleh Pengetua Sekolah berkenaan diperlukan sebagai dokumen pengesahan.
5.4 Segala pencapaian yang mengatasi rekod kejohanan yang dibuat oleh pelajar Pra Universiti juga
tidak akan direkod.

6 PENDAFTARAN PESERTA

3
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan pendaftaran secara online di www.smis.my
yang kata pengguna dan kata laluan disediakan oleh jawatankuasa pengelola. Semasa
membuat pendaftaran atlet, sila pastikan TARIKH LAHIR dan JANTINA peserta adalah
betul. Sekiranya silap, kontigen akan menghadapi masalah semasa pendaftaran acara,
iaitu peserta akan termasuk dalam acara bagi kategori yang salah. Butir-butir peserta
hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengetua/Pengurus pasukan masing-masing.
6.2 Pihak kontigen juga diminta untuk mencetak KAD PESERTA untuk SEMUA KATEGORI
di atas kertas warna PUTIH 160gsm ke atas.
6.3 Tarikh tutup : 22 Februari 2019 (11.59 PM)
6.4 Peserta-peserta yang menyertai acara lari Berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga
6.5 Peserta-peserta Kategori 18 Tahun Ke Bawah, 15 Tahun Ke Bawah dan 14 Tahun Ke
Bawah WAJIB membawa Kad Pengenalan asal atau setaraf dengannya sebagai
Pengesahan Rasmi, Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN
DITERIMA (Rujuk Peraturan Am 4 MSSM).
6.6 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran peserta, sila hubungi Pengerusi
Teknik Olahraga Bahagian Mukah.

7 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
7.1 Mesyuarat Pengundian
7.1.1 Mesyuarat pengesahan dan undian. Pengerusi Teknik Olahraga Bahagian Mukah
atau wakilnya diminta hadir untuk menyaksikan pengundian tersebut.
7.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara
hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala
pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.

7.2 Taklimat dan Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan


7.2.1 Semasa taklimat dan mesyuarat ini, hanya penarikan diri dan penggantian
peserta dibenarkan. Pendaftaran acara baru tidak dibenarkan. Selepas ini, segala
pertukaran dan penggantian tidak akan dilayan.
7.2.2 Semua pasukan diminta untuk mengemukakan borang penyertaan rasmi yang
telah dikemas kini semasa mesyuarat ini sebagai rekod.
7.2.3 Pengesahan kad peserta: Semua adalah diminta untuk menyediakan semua
dokumen yang diperlukan untuk pengesahan peserta pada mesyuarat ini.

7.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan


7.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus
Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan
Kejohanan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.
7.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil
bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara
seterusnya yang didaftar atas namanya.

4
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

7.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai
Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara
yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada
Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan
.
7.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti
7.4.1 Penggantian bagi acara berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang yang
didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di
pusingan separuh akhir dan akhir.

8 MELAPORKAN DIRI PESERTA


8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi
acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi
ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta
8.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan
8.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN
DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat
Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara
atau program kejohanan
8.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin
pada setiap penjuru di baju lari masing-masing
8.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan “ Tag Pengenalan
Rasmi “ kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan
TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
8.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN
DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri

9 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN


9.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi
oleh Penyelia Peserta
9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-
masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan
balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang

10 KELAYAKAN
10.1 Semua peserta yang menghadiri kursus pengajian penuh sekolah-sekolah di negeri
Sarawak layak menyertai pertandingan ini.
10.2 Had umur peserta

KUMPULAN LAHIR PADA @ INDIVIDU LARI

5
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

BERGANTI-
UMUR SELEPAS
GANTI
3 ( termasuk acara
18 TKB 1 Januari 2001 2
terbuka )
3 ( termasuk acara
15 TKB 1 Januari 2004 2
terbuka )
2 ( termasuk acara
14 TKB 1 Januari 2005 2
terbuka )
12 THN 1 Januari 2007 2 2
11 TKB 1 Januari 2008 2 2

10.3 Untuk tujuan pengesahan had umur peserta, dokumen berikut MESTI dikemukakan
bersama dengan kad peserta kepada Penyelia Peserta semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan.
10.3.1 Kad Pengenalan asal
10.3.2 Salinan Kad Pengenalan asal
10.3.3 Gambar berukuran Pasport
10.3.4 Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
10.3.5 Sijil Beranak/Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan sekolah peserta yang berkenaan.
10.3.6 Kad peserta yang lengkap dengan maklumat peserta.

10.4 Semua peserta harus mempunyai borang Deklarasi (Ibubapa /penjaga).

11 MEMANASKAN BADAN
11.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang tertentu.

12 BLOK PERMULAAN
12.1 Bagi acara-acara tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 tahun ke bawah, 15 tahun
ke bawah, 14 tahun ke bawah dan 12 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan) blok
permulaan MESTI DIGUNAKAN. Acara: 100M, 200M, 400M, 400M lari berpagar, 4 X
100M, 4 X 200M, dan 4 X 400M.

13 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN


13.1 Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima
paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam
Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.
13.2 Peralatan : Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok Permulaan
13.3 Baju : bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang sama
mengikut pasukan masing-masing.

6
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

14 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN


14.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya
untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan
pita yang disediakan oleh peserta sendiri.

15 UKURAN TINGGI PERMULAAN


Bagi acara-acara tersebut di bawah. Ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:

15.1 Lompat Tinggi

15.1.1 Lelaki 18 tahun .


1.50m, 1,55m, 1.60m, 1.64m, 1.68m, 1.72m, 1.75m, 1.78m, 1.81m, 1.84m, 1.86m, 1.88m,
1.90m, 1.92m, dan seterusnya.

15.1.2 Perempuan 18 tahun


1.20m, 1.25m, 1.30m, 1.35m, 1.39m, 1.43m, 1.47m, 1.50m, 1.53m, 1.55m, 1.57m, 1.59m,
1.61m, 1.63m, 1.65m, 1.67m, 1.70m dan seterusnya.

15.1.3 Lelaki 15 tahun


1.40m, 1.45m, 1.50m, 1.55m, 1.59m, 1.63m, 1.67m, 1.70m, 1.73m, 1.75m, 1.77m, 1.79m,
1.81m, 1.83m dan seterusnya.

15.1.4 Perempuan 15 tahun


1.10m, 1.15m, 1.20m, 1.25m, 1.29m, 1.33, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.45m, 1.47m, 1.49m,
1.51m, 1.53, 1.55, 1.57m dan seterusnya

15.1.5 Lelaki 14 tahun


1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.45m, 1.49m, 1.53m, 1.57m, 1.60m, 1.63m, 1.65m, 1.67m, 1.69m,
1.71m, 1.73m dan seterusnya

15.1.6 Perempuan 14 tahun


1.10m, 1.15m, 1.20m, 1.25m, 1.29m, 1.33, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.45m, 1.47m, 1.49m,
1.51m, 1.53, 1.55, 1.57m dan seterusnya

15.1.7 Lelaki 12 tahun/Lelaki 11 Tahun


1.10m, 1.15m, 1.20m, 1.25m, 1.29m, 1.33m, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.46m, 1.49m, 1.51m,
1.53m, 1.55m, 1.57m dan seterusnya

15.1.8 Perempuan 12 tahun/ Perempuan 11 Tahun


1.00m, 1.05m, 1.10m, 1.15m, 1.19m, 1.23m, 1.27m, 1.31m, 1.34m, 1.37m, 1.40m, 1.43m,
1.45m, 1.47m, 1.49m, 1.51m dan seterusnya.

7
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

16 PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANG


Jarak papan lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara lompat kijang adalah seperti berikut:

PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN


18 TKB 9/11/13M 7/9M
15 TKB 9/11M 7/9M
14 TKB 7/9M 7/9M

17 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


17.1 Penentuan peserta terbaik
17.1.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta berdasarkan pemecah rekod
baru berstatus (ikut ranking kejohanan) KOM, Kejohanan MSS Asean, MSSM, MSS
Sarawak dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambilkira bilangan pingat
emas, perak dan gangsa. Sekiranya kedudukan sama usia rekod diambil kira. .
17.1.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau perak atau
gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
17.1.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa
dalam acara individu akan diambil kira.
17.1.4 Sekiranya pungutan emas masih sama, maka peserta berkenaan akan diisytiharkan
sebagai peserta terbaik bersama.
17.1.5 Bagi kelas 3 (14 TKB), untuk tujuan pemilihan peserta terbaik, segala pencapaian yang
mengatasi rekod-rekod kejohanan kelas 2 (15 TKB) juga diambil kira.

17.2 Kiraan Mata Johan Setiap Kumpulan Terbaik


17.2.1 Untuk kejohanan kali ini, kiraan mata akan digunakan.

Tempat Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima


Mata 6 4 3 2 1

17.2.2 Pemenang untuk setiap kategori peringkat umur akan ditentukan berdasarkan pungutan
mata terbanyak.
17.2.3 Johan keseluruhan ditentukan berdasarkan pungutan mata terbanyak gabungan
kesemua peringkat umur yang dipertandingkan.

18 SEPARUH AKHIR
18.1 Tiga (3) separuh akhir
Lapan (8) peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir layak
ke peringkat akhir.
18.2 Dua (2) Separuh akhir
Lapan (8) peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada kedua-kedua separuh akhir
layak ke peringkat akhir.
18.3 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih baik daripada
bilangan yang dihadkan pada para 18.1 dan 18.2, maka penentuan kelayakan akan

8
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan
undi akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
18.4 Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan
dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan
pengawas/ penyeliaan Pegawai Teknik dan Pembangunan Olahraga.

19 HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN SEKOLAH/PPD


19.1 Semua Sekolah/PPD diminta untuk menyediakan nombor peserta dan pin sendiri mengikut
agihan berikut untuk kelas, jantina dan gabungan. Nombor-nombor tersebut mesti dicetak
di atas kain putih yang berukuran 20cm x 14cm dengan tulisan BERWARNA HITAM (Arial
Narrow Bold). Nombor dibenarkan dicetak di atas baju atau singlet, tetapi warna tulisan,
ukuran dan bentuk tulisan mestilah bersamaan dengan yang dinyatakan.

19.2 Pembahagian Bib nombor


Peringkat umur 18 tahun ke bawah
Peringkat umur 15 tahun ke bawah
Peringkat umur 14 tahun ke bawah Nombor warna hitam atas kain putih
Peringkat umur 12 tahun ke bawah
Peringkat Umur 11 tahun ke bawah

19.3 Huruf dan nombor peserta

19.3.1 Sekolah Menengah

NO PESERTA
BIL SEKOLAH HURUF L18TKB P18TKB L15TKB P15TKB L14TKB P14TKB
[9] [8] [7] [6] [5] [4]
1 SMK AGAMA IGAN A A901- A801- A701- A601- A501- A401-
2 SMK BATANG IGAN B B901- B801- B701- B601- B501 - B401-
3 SMK BELAWAI C C901- C801- C701- C601- C501- C401-
4 SMK DALAT D D901- D801- D701- D601- D501- D401-
5 SMK MATU E E901- E801- E701- E601- E501- E401-
6 SMK MUKAH F F901- F801- F701- F601- F501- F401-
7 SMK OYA G G901- G801- G701- G601- G501- G401-
8 SMK ST. PATRICK H H901- H801- H701- H601- H501- H401-
SMK TPDPH NORMAH J
9 J901- J801- J701- J601- J501- J401-
DARO

9
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

10 SMK THREE RIVERS K K901- K801- K701- K601- K501- K401-


11 MRSM MR MR901- MR801- MR701- MR601- MR501- MR401-
12 SMK SEMOP S S901- S801- S701- S601- S501- S401-

19.3.2 Sekolah Rendah

NO PESERTA
BIL SEKOLAH HURUF L11TKB P11TKB
L12TKB P12TKB
[3] [2] [3] [2]

1 MSSR DALAT L L301- L201- L101- L001-

2 MSSR MATU-DARO M M301- M201- M101- M001-

3 MSSR MUKAH R R301- R201- R101- R001-


Contoh: A914 bermakna Agama Igan, Lelaki 18tkb, peserta berdaftar no. 14.
L202 bermakna Daerah Dalat, Perempuan 12tkb, peserta berdaftar no. 2

19.4 Ukuran Nombor Peserta

20cm

14cm
A901 14cm

20 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara berikut:
20.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest) dan perkara
tersebut akan dikemukakan kepada MSSM kelak.
20.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendak
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada:

10
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

20.2.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan acara-acara
pusingan awal
20.2.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan acara-acara
pusingan akhir
20.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang
Pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja)
21 PANEL JURI RAYUAN
21.1 Panel Juri Kejohanan terdiri daripada ahli-ahli berikut :
Pengerusi : Pengarah Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Tahun 2019
Setiausaha : Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga MSSB Mukah
: Setiausaha Pertandingan
Ahli-ahli : Referi Balapan
: Referi Padang

22 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


22.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSS Bahagian,
berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, pengurus-
pengurus pasukan akan diberitahu.
22.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat
dalam undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-peraturan Am MSSM atau
peraturan-peraturan pertandingan kejohanan Olahraga MSSM. TERMASUK TIDAK
MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

23 HAL-HAL LAIN
23.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta lain dan pegawai-
pegawai.Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas
tersebut.
23.2 Selain daripada pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang
mengambil bahagian,TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
23.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan
anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:
23.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke stadium
23.2.2 Semasa kejohanan berlangsung
23.2.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium
23.2.4 Di tempat-tempat penginapan

23.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah.

11
Kejohanan Olahraga MSSB Mukah Kali Ke-16 2019

12

Anda mungkin juga menyukai