Anda di halaman 1dari 12

1.

0 UNDANG-UNDANG

1.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga


Malaysia (KOM) 2022, Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan
sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan
Kejohanan Olahraga MSS Sabah 2023 serta Peraturan MSSD
Telupid/Tongod 2023.
2.0 JENIS PERTANDINGAN
2.1 Kejohanan Berpasukan dan Individu
2.2 Jenis acara untuk kejohanan adalah seperti berikut:

LELAKI PEREMPUAN
BIL
ACARA 18TKB 15TKB 12TKB 18TKB 15TKB 12TKB

1. 100 METER X X X X X X
2. 200 METER X X X X X X
3. 400 METER X X - X X -
4. 800 METER X X - X X -
5. 1500 METER X X - X X -

6. 3000 METER (TERBUKA)* X - X -

X X
7. 80 METER LARI BERPAGAR - - - -
0.762M 0.762M

X X
8. 100 METER LARI BERPAGAR - - - -
0.762M 0.762M

X X
9. 110 METER LARI BERPAGAR - - - -
0.914M 0.838M
X
X
10. 200 METER LARI BERPAGAR - - - -
0.762M
0.838M
X X
11. 400 METER LARI BERPAGAR - - - -
0.838M 0.762M
12. 3000 METER JALAN KAKI - - - - X -
13. 5000 METER JALAN KAKI - X - X - -
14. 10000 METER JALAN KAKI X - - - - -
15. LOMPAT TINGGI X X X X X X
16. LOMPAT JAUH X X X X X X
17. LOMPAT KIJANG X X - X X -

X X X X X X
18. LONTAR PELURU
5.00KG 4.00KG 2.72KG 3.0KG 3.00 KG 2.72KG

X X X X
19. LEMPAR CAKERA - -
1.50 KG 1.00KG 1.00 KG 1.00 KG

X X X X
20. REJAM LEMBING - -
700GM 600 GM 500 GM 500 GM
21. 4 X 100 METER X X X X X X
22. 4 X 200 METER - - X - - X
23. 4 X 400 METER X X - X X -
JUMLAH ACARA 17 16 08 17 16 08

1
2.3 ACARA 80 METER LARI BERPAGAR

Pagar 1 dari Pagar 8 ke


Bil
Tinggi pagar Pagar ke pagar garisan
pagar Garisan permulaan penamat
8 0.762 meter 12.0 meter 8.0 meter 12.0 meter

2.4 ACARA 100 METER LARI BERPAGAR

Garisan Pagar akhir ke


Bil Pagar ke
Kategori Tinggi Pagar Permulaan Garisan
Pagar Pagar
ke Pagar 1 penamat
Perempuan
10 0.762 meter 13.0 meter 8.50 meter 10.50 meter
18TKB
Perempuan
10 0.762 meter 13.0 meter 8.50 meter 10.50 meter
15TKB

2.5 ACARA 110 METER LARI BERPAGAR

Garisan Pagar akhir ke


Bil Pagar ke
Kategori Tinggi Pagar Permulaan Garisan
Pagar Pagar
Ke Pagar 1 penamat
Lelaki
10 0.914 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter
18TKB
Lelaki
10 0.838 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter
15TKB

2.6 ACARA 200 METER LARI BERPAGAR

Pagar 1 dari Pagar akhir ke


Bil Pagar ke
Kategori Tinggi Pagar garisan garisan
pagar Pagar
permulaan penamat
Lelaki
5 0.838 meter 20.0 meter 35.0 meter 40.0 meter
15TKB
Perempuan
5 0.762 meter 20.0 meter 35.0 meter 40.0 meter
15TKB

2
2.7 ACARA 400 METER LARI BERPAGAR

Pagar akhir
Garisan
Bil Pagar ke ke
Kategori Tinggi Pagar permulaan
Pagar Pagar Garisan
Ke Pagar 1
penamat
Lelaki
10 0.838 meter 45.0 meter 35.0 meter 40.0 meter
18TKB
Perempuan
10 0.762 meter 45.0 meter 35.0 meter 40.0 meter
18TKB

2.8 ACARA 4 X 200 METER

2.8.1 Pelari pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula
di garisan 1 ½ seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400
meter.

2.8.2 Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger (takat) yang


disediakan

2.8.3 Pelari ketiga akan bersedia di garisan ½ ( seperti pelari kedua


dalam 4 x 400 meter ) Selepas menerima baton dari kedua
pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga
ke selekoh pertama dan kemudiannya memotong masuk ke
lorong dalam.

2.8.4 Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton


mengikut kedudukan lorong pelari pertama.

3.0 HADIAH-HADIAH

3.1 Acara individu sehingga 1500 meter : Pertama, Ke-2, Ke-3

3.2 Acara individu 3000 meter dan jarak lebih : Pertama, Ke-2, Ke-3.

daripadanya

3.3 Acara Berpasukan : Empat pingat akan diberikan kepada


setiap pasukan yang berjaya di tempat pertama, ke-2 dan ke-3

4.0 ACARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap Majlis Sukan Sekolah-sekolah dibenarkan menghantar TIDAK


LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan
satu (1) pasukan sahaja bagi acara lari berganti-ganti.

3
4.2 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti

Kategori Individu Berpasukan

18 tahun dan ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2

15 tahun dan ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2

12 tahun dan ke bawah 2 2

4.3 Acara ‘Terbuka’ hanya dibenarkan untuk peserta Sekolah Menengah


sahaja.

5.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada jam


23.59, 21.07.2023 (Khamis) di laman sesawang
https://jsports.com.my/sabah/mssdtelupidtongod/daftar iaitu, dua
minggu sebelum kejohanan dengan mendaftar peserta dan
mencetak Borang Penyertaan Rasmi dalam sistem pendaftaran atas
talian. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah disahkan oleh
Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah masing-masing
ataupun Setiausaha Sukan masing-masing.

5.2 Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara lari


berganti-ganti juga dikehendaki mendaftar.

5.3 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran


Individu(Borang RO1/MO1) secara individu berserta gambar
berukuran pasport dengan menyertakan salinan sijil kelahiran/kad
pengenalan yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong
Kanan sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh
Pengurus Pasukan serta setiausaha sukan.

5.4 Peserta-peserta bawah 12 tahun ke bawah wajib membawa sijil lahir


asal dan tiap-tiap MSS sekolah masing-masing hendaklah
menyampaikan BORANG KHAS PERIBADI BERGAMBAR.

5.5 Peserta-peserta 18 dan 15 tahun ke bawah WAJIB membawa kad


pengenalan asal atau yang setaraf dengannya, sebagai pengesahan
rasmi. Surat Akuan Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN
DITERIMA (Sila rujuk Peraturan AM (4) MSSM). Walau bagaimanapun
pelajar tingkatan satu yang berdaftar 19 Mac tahun 2023 dibenarkan
menggunakan surat beranak dan resit kad pengenalan sekiranya kad
pengenalan belum ada.

5.6 Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai


dokumen JPN KP09/KPPK 09 dengan gambar ukuran passport dari
Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala peserta yang sedang
memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu

4
menunjukkan dokumen JPN KPII/KPPK II dengan gambar ukuran
passport dari Jabatan Pendaftaran Negara.

5.7 Pelajar-pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke


Tingkatan Enam Rendah dari Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) wajib disahkan pendaftaran oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan. Jawatankuasa
Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan peserta yang tidak
lengkap sebagaimana kehendak seperti (5.1).

6.0 PENARIKAN DAN PENGGANTIAN

6.1 Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan (31.Julai,2023)

6.1.1 Semasa taklimat untuk Pengurus-pengurus Pasukan, hanya


perkara-perkara berikut tentang peserta boleh dilakukan

6.1.1.1 Penarikan diri peserta tanpa pengganti.

6.1.1.2 Pengesahan peserta dan acara yang diambil.

6.2 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan. (Peraturan


142.4-Failure to participate)

6.2.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan pada taklimat


Pengurus-pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian
dalam sesuatu acara kecuali dengan mengemukakan surat
pengesahan Pegawai Perubatan Kejohanan, maka peserta itu
dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab. Oleh yang
demikian, peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai
acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.2.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana


acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal
tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan adalah dianggap sebagai menarik diri
daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.

6.2.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana


acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya
boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara yang
didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut
mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

6.3 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti

6.3.1 Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dihadkan kepada


dua (2) orang peserta yang didaftarkan dalam Borang

5
Penyertaan Rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di
pusingan separuh akhir dan akhir.

7.0 MELAPOR DIRI

7.1 Semua peserta hendaklah melapor diri sekurang-kurangya 30 minit


bagi acara balapan dan 40 minit bagi acara padang sebelum waktu
yang dijadualkan. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat
pertandingan oleh Hakim Bilik Panggilan.

7.2 Peserta-peserta yang lewat melapor diri sebelum acara mereka


dimulakan, Referi Bilik Panggilan BOLEH MEMBATALKAN
PENYERTEAAN dalam acara tersebut dan akan dianggap menarik
diri.

7.3 Para peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada


Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

7.4 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri


bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta
peserta melaporkan diri adalah tanggungjawab jurulatih
masing-masing berpandukan jadual pertandingan. Hebahan hanya
akan dibuat sekiranya terdapat pertukaran dalam susunan acara atau
program kejohanan.

7.5 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap nombor-nombor


mereka mesti disematkan dengan dengan pin pada setiap penjuru di
baju lari masing-masing.

7.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti
menunjukkan nombor Peserta kepada Penyelia Peserta berkenaan.
Jika arahan ini tidak dipatuhi, peserta yang berkenaan TIDAK AKAN
DEBENARKAN menyertai acara itu

7.6 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta


mesti menunjukkan nombor bib kepada Hakim Bilik Panggilan
berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan
TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

8.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar


daripada Arena pertandingan diiringi Pembantu Khas/ Hakim Bilik
Panggilan

8.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat,


peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing,
berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk
menunjukkan nombor mereka (jika diberi arahan).

6
9.0 MEMANASKAN BADAN

9.1 Peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang


ditentukan.

10.0 BLOK PERMULAAN ( STARTING BLOCK )

10.1 Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk umur 18 dan 15 tahun
ke bawah Lelaki dan Perempuan, mulaan dekam (crouch start) dan
blok permulaan (starting blok) MESTI DIGUNAKAN :-

100 meter 100 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter


200 meter 110 meter Lari Berpagar 4 x 400 meter
400 meter 400 meter Lari Berpagar 200 m Lari Berpagar
10.2 Bagi acara-acara yang tersebut umur 12 tahun ke bawah Lelaki dan
Perempuan, mulaan dekam (crouch start) MESTI DIGUNAKAN, tetapi
penggunaan blok permulaan (starting block) adalah digalakkan dan
terpulang kepada peserta itu sendiri.

100 meter 80 meter Lari Berpagar 4 x 100 meter


200 meter 4 x 200 meter

11.0 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

11.1 Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan atas balapan jenis sintetik.
Panjang maksimum paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 6mm,
kecuali Untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk
acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 9 mm.

11.2 Peralatan : Blok permulaan disediakan Jawatankuasa Pengelola.


Peserta dibenarkan menggunakan peralatan sendiri dengan syarat ia
diserahkan kepada Pengurus Teknik terlebih dahulu untuk disahkan.
Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan peralatan orang lain
kecuali mendapat kebenaran dari pemiliknya.

12.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain


bahan sepertinya untuk menandakan tempat-tempat pertandingan.
Mereka hendaklah Menggunakan pita yang disediakan oleh pihak
Pengelola atau disediakan sendiri oleh peserta tetapi disahkan oleh
penganjur. Peraturan 163.4 peserta tidak dibenarkan meletak tanda/
penanda bantuan di atas / dalam atau di sisi lorong larian untuk
membantu mereka.

7
13.0 UKURAN TINGGI PERMULAAN

Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti


berikut :

13.1 Lompat Tinggi (Ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya)

Kategori Warmup Mula Kenaikan Seterusnya( dalam meter)

L18 1.45 1.60 1.65 1.70 1.75 1.79 1.83 1.87 1.90 1.93 1.96 1.98 2.00

P18 1.15 1.20 1.25 1.30 1.35 1.39 1.43 1.47 1.50 1.53 1.56 1.58 1.60

L15 1.45 1.50 1.55 1.60 1.65 1.69 1.73 1.77 1.80 1.83 1.86 1.88 1.90

P15 1.00 1.10 1.15 1.20 1.25 1.29 1.33 1.37 1.40 1.43 1.46 1.48 1.50

L12 1.15 1.20 1.25 1.30 1.35 1.39 1.43 1.47 1.50 1.53 1.56 1.58 1.60

P12 0.95 1.00 1.05 1.15 1.20 1.24 1.28 1.32 1.35 1.38 1.41 1.43 1.45

14.0 PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG

14.1 Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang
adalah seperti berikut:-

KELAS LELAKI PEREMPUAN

18TKB 11/9 meter 7 meter

15TKB 9 meter 7 meter

15.0 BANTAHAN

15.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOAM,


kecuali perkara-perkara di bawah :

15.1.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang


sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta
dan tidak lewat daripada :

a) 15 (Lima belas minit ) setelah keputusan rasmi


diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.

b) 30 (Tiga puluh minit ) setelah keputuan rasmi


diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

c) Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti


disertakan acara individu hendaklah disertakan dengan
wang pertaruhan bagi acara individu sebanyak

8
RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus sahaja) dan acara
berpasukan RM300.00 (Ringgit: Tiga Ratus sahaja).
Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan tidak berasas.

16.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN

16.1 Penentuan peserta terbaik

16.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberikan kepada peserta


terbaik lelaki 18TKB, lelaki 15TKB, lelaki 12TKB, perempuan
18TKB, perempuan 15TKB dan perempuan 12TKB
berdasarkan pencapaian catatan rekod baru.

16.2.2 Sekiranya tiada rekod diatasi atau dicatat, jumlah pungutan


pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.

16.2.3 Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan perak dan


gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

16.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama, maka keputusan akan


dibuat berdasarkan jadual mengira mata IAAF bagi pencapaian
terbaik dalam acara tertentu bagi setiap peserta.

16.2.5 Johan keseluruhannya kontinjen yang memenangi emas


terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan ingat perak terbanyak akan
diambil kira. Jika masih seri, kiraan gangsa terbanyak akan
diambil kira.

17.0 SEPARUH AKHIR

17.1 Dua (2) separuh akhir

Tiga (3) peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua (2)
lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada
kedua-dua separuh akhir layak memasuki separuh akhir.

17.2 Tiga (3) separuh akhir

Peserta yang mendapat tempat pertama dan kedua setiap


larian akan masuk akhir dan dua lagi masa terpantas daripada
semua larian akan masuk akhir.

17.3 Empat (4) separuh akhir

Empat peserta yang menduduki tempat pertama daripada


setiap akan masuk akhir dan empat lagi yang mencatat masa
terpantas daripada semua larian akan masuk akhir
17.4 Lima (5) separuh akhir dan Enam (6) separuh akhir

Lapan catatan masa terpantas akan memasuki peringkat akhir.

9
17.5 Semua pengundiaan untuk acara akhir, setiap peserta atau
pasukan akan disusun dengan Random computer generated(RCG) untuk
menentukan lorong masing-masing

18.0 PEMBAHAGIAN LORONG

18.1 Semua pembahagian lorong adalah tanggungjawab Jawatankuasa


Teknikal dan Jawatankuasa Pertandingan Olahraga MSSD
Telupid/Tongod 2023.

18.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta atau pasukan akan disusun
dengan Random computer generated(RCG) untuk menentukan
lorong masing-masing.

18.3 Penentuan pusingan seterusnya adalah berdasarkan peraturan 166.3.

19.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

19.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti
yang ditetapkan, tetapi jawatankuasa Pengelola, dengan persetujuan
Wakil Teknikal Kejohanan, berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-pengurus Pasukan
akan diberitahu.

19.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang


tidak Tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini.
Peraturan-peraturan Am MSSM atau Peraturan-peraturan
Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM atau Peraturan-Peraturan
Pertandingan Kejohanan Olaharaga MSS Sabah dan
Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olaharaga MSSD
Telupid/Tongod .

20.0 BIB NOMBOR PENGENALAN MSS SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH

20.1 Huruf, Nombor Peserta dan Warna Baju


SEKOLAH MENENGAH
PASUKAN NOMBOR WARNA BAJU

SMK Telupid 001 - 099 Merah

SMK Entilibon 100 – 199 Kuning

SMK Penangah 200 – 299 Oren

SMK Tongod 300 – 399 Biru

K9 SK Buis 400 - 499 Hijau

K9 SK Menanam 500 - 599 Putih

SMK Ulu Sapi 800 – 899 Purple

10
SEKOLAH RENDAH

NAMA SEKOLAH NOMBOR BIL NAMA SEKOLAH NOMBOR


BIL

1 SK.KOPURON 001 17 SK.KIANDONGO 321

2 SK.GABUNGAN 021 18 SK.IMBAK 341

3 SK.WONOD 041 19 SK.KERAMUAK 361

4 SK.TELUPID 061 20 SK.KENANG-KENANGAN 381

5 SK.PEKAN TELUPID 081 21 SK.TAMPASAK 401

6 SK.TANGKUNGON 101 22 SK.SAGUON 421

7 SK.ANSUAN 121 23 SK.PENANGAH 441

8 SK.ULU ANSUAN 141 24 SK.MENGKAWAGO 461

9 SK.BUIS 161 25 SK.MASAUM 481

10 SK.KIABAU 181 26 SK.INARAD 501

11 SK.ULU SAPI 201 27 SK.MINUSUH 521

12 SK.BINTANG MAS 221 28 SK.MALIAU 541

13 SK.ENTILIBON 241 29 SK.MENANAM 561

14 SK.KIRONGGU 261 30 SK.LANGKABONG 581

15 SK.LINAYUKAN 281 31 SRK PEKAN TONGOD 601

16 SK.SOGO-SOGO 301

21.0 HAL-HAL LAIN

21.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan


pegawai-Pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke
tempat-tempat khas tersebut.

21.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan


peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN
DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

21.3 Kelayakan umur peserta :

18 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2005

15 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2008

12 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2011

11
21.4 False start (salah mula) peraturan 162.7: Berkuatkuasa 1 Januari 2010,
mana-mana peserta yang melakukan salah mula akan dibatalkan.

21.5 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggujawab ke atas kemalangan,


kematian, Kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta
benda atau sebarang Kecederaan.

19.6.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke pusat


pertandingan dan sebaliknya

19.6.2 Semasa kejohanan dijlalankan.

19.6.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan

19.6.4 Di tempat-tempat penginapan.

21.6 Walaubagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha


untuk mengambil langkah-langkah bagi keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin, setakat mana yang
munasabah.

12

Anda mungkin juga menyukai