Anda di halaman 1dari 4

Memperkasa Bidang kokurikulum

Bidang kokurikulum sebagai agen pengimbang dalam sistem pendidikan yang bertujuan
untuk mengembangkan potensi dan bakat serta minat pelajar selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu bagi melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani. Yang pada akhirnya untuk menghasilkan modal
insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Bidang kokurikulum yang dibahagikan kepada tiga komponen iaitu persatuan, sukan
dan badan uniform sudah pasti dapat melahirkan pelajar yang berbakat dan berpotensi
seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
Penglibatan pelajar dalam kokurikulum khususnya badan uniform yang menekankan
pembentukkan disiplin diri pelajar. Pelajar dilatih dengan ketepatan masa, mematuhi
arahan ketua, sentiasa bersedia dan semangat juang serta kerjasama yang tinggi mampu
membendung pelajar daripada terjerumus ke kancah kesalahan disiplin. Melalui aktiviti
bersukan, penekanan diberi terhadap kekuatan fizikal dan mental. Pelajar akan
didedahkan dengan teknik dan kaedah yang membolehkan pelajar mempunyai tahap
kesihatan yang baik seterusnya melahirkan generasi yang mempunyai badan yang cergas
dan minda yang cerdas. Oleh itu, dengan memperkenalkan dan memperkasakan
kokurikulum mampu menangani

Pembentukan peribadian
Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah di antara aktiviti yang mampu memupuk dan membentuk
keperibadian pelajar. Melalui kelab dan persatuan misalnya murid dilatih untuk memegang
beberapa jawatan penting yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang dirancang. Etika
bermesyuarat berbincang dan membuat keputusan adalah tertakluk kepada perlembagaan yang
digubal.

Dalam hal ini murid sudah dilatih prinsip-prinsip asas yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila
mereka berada dalama dunia pekerjaan. Pendedahan seumpama ini mampu memantapkan
kemahiran generik yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja yang berwawasan. Melalui badan
beruniform banyak perkara yang menyentuh soal disiplin didedahkan. Kepekaan terhadap masa,
keperihatinan terhadap rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai-nilai murni
yang sentiasa diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan
yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri, Kadet Remaja Sekolah, dan
Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian
tanpa bergantung kepada orang lain serta disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan
dalam sesebuah pertubuhan tidak dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan
tindakan tatatertib. Oleh itu, kegiatan kokurikulum terutamanya kegiatan badan-badan beruniform
dapat membentuk pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya
amat penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.
Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika
terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa,
kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan
kegiatan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan
mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi
arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah.
Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari
melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan
kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi
antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan
patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang
berguna (Wee Eng Hoe, 1996).

Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik darjah yang
mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan
ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Penglibatan
pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih mereka supaya bersifat
bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.
Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu masa dahulu kurang terserlah kerana di
kalangan ibubapa menganggap penglibatan anakanak mereka dalam kokurikulum menjejaskan
pencapaian akademik. Tambahan pula guruguru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti
kokurikulum sangat sedikit bilangannya

1. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid.
- mematuhi etika berpakaian.
- mematuhi masa.
- mengikuti peraturan yang ditetapkan.

4. Aktiviti kokurikulum menghindarkan murid daripada terlibat dalam gejala sosial.
- Murid tidak membuang masa tanpa tujuan.
- Murid tidak melepak dan terlibat dengan aktiviti bercorak negatif.

Faktor-faktor menyebabkan pelajar-pelajar dan masyarakat tidak mementingkan aktivitik
kokurikulum ialah tangapan yang salah terhadap kegiatan kokurikulum. Ini adalah kerana
kokurikulum bukan berbentuk akademik dan kegiatan ini tidak diberi penilaian atau gred seperti
kurikulum yang berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif. Oleh yang demikian,
kebanyakan ibu bapa enggan menggalakkan anak-anak mereka menceburi kegiatan kokurikulum dan
sebaliknya menggunakan masa itu untuk anak mereka ke kelas tambahan, muzik dan membuat kerja
sekolah.
Dari perspektif yang lain, terdapat juga beberapa kelemahan pihak-pihak tertentu dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Mereka tidak menitikberatkan kegiatan kokurikulum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan pihak guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum masih pada tahap kurang memuaskan dan ini mungkin disebabkan mereka tidak
memahami garis panduan yang dapat dipegang sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan
jelas selain daripada kurang kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Langkah-langkah yang boleh diusaha untuk mengembangkan aktiviti kokurikulum iaitu pihak sekolah,
ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memberi perhatian. Mereka tidak seharusnya berdiam diri
dan menutup mata seterusnya membiarkan pelajar-pelajar tersebut terus tersesat dalam
keseronokan dunia remaja tanpa pendidikan yang sempurna. Tindakan yang tegas perlu diambil oleh
pihak tertentu seperti mengenakan denda kepada pelajar sekolah yang melepak dan ponteng
sekolah atau mengenakan tindakan disiplin di sekolah. Dengan adanya penegasan dan perhatian
sebegini, diharapkan mutu disiplin pelajar-pelajar yang bermasalah ini dapat ditingkatkan dan
kegiatan seperti gengsterisme dapat dicegah sebelum ia menjadi lebih berleluasa dan menjatuhkan
imej pendidikan Negara.





Ketabahan diri segelintir pelajar sering tercabar apabila mereka menjadi golongan minoriti
didalam sesebuah persatuan. Punca perkara ini berlaku disebabkan pergaulan hiduphanya di dalam
kelompok kaum atau agama yang sama. Pelajar akan menjadi kekok dan mendapati dirinya seperti
orang asing apabila digabungkan dangan golongan majoriti atau yang berbeza kaum atau agama
dengannya. Menggabungkan pelbagai kaum didalam persatuan kokurikulum merupakan perkara
yang baik dan amat penting bagi membentuk perpaduan. Atas sebab inilah nilai ketabahan diri yang
kuat akan mengubah sikap pelajar untuk bergaul dan mengenali sesama mereka walaupun berbeza
kaum dan agama.
Perpaduan akan terbentuk jika saling memahami antara satu sama lain dan tabah berhadapan
dengan dugaan yang dihadapi oleh persatuan. Oleh itu, kepentingan kokurikulum memperlihatkan ia
mampu menjadikan pelajar mempunyai nilai tabah yang tinggi untuk berdepan dengan dugaan dan
cabaran umtuk kejayaandiri dan negara
Akhir sekali, tidak lengkap jika tidak wujud nilai integriti atau kejujuran dalam kokurikulum. Amatlah
penting bagi sifat jujur ini ada dalam jiwa pelajar. Sudah pasti bidang kokurikulum merupakan pihak
yang amat penting bagi memupuk nilai integriti. Pelajar-pelajar akan mendapat keyakinan dan
kepercayaan oleh mana-mana pihak jika bersikap jujur. Perbuatan yang tidak jujur akan memberi
impak negatif kepada diri mereka. oleh sebab itu, perpaduan akan wujud jika semua pelajar yang
berbilang kaum bersifat jujur dalam perbuatan dan percakapanmereka. Segala kritikan, teguran dan
komen perlulah diterima dengan hati yang terbukawalaupun kadangkala ianya tidak dapat diterima
dan sungguh menyakitkan. Namun begitu, ianya bukanlah satu penghinaan, sebaliknya sebagai
petunjuk bagi memperbetulkan sesalahan yangtelah dilakukan

Anda mungkin juga menyukai