Anda di halaman 1dari 2

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

Nama Teori:
MUDAH SERONOK

Penerangan Teori:
Saya mempunyai masalah dalam kawalan kelas semasa memulakan praktikum
fasa ini di mana murid-murid dalam kelas tidak mahu mendengar arahan dan sukar
untuk mengikuti kehendak yang saya inginkan. Hal ini menyebabkan aktiviti tidak
dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran
dan keseronokan murid-murid.
Masalah ni timbul disebabkan oleh perancangan aktiviti yang terlalu kompleks di
mana murid-murid tidak dapat memahami kehendak sebenar sesuatu permainan.
Selain itu juga, aktiviti tersebut terdapat banyak arahan serta peraturan. Ini
menyebabkan murid-murid tidak dapat mengikuti aktiviti dengan baik dan
menyebabkan mereka tidak seronok. Tunjuk ajar pelaksanaan aktiviti juga kurang
jelas dan menyebabkan guru terpaksa menghentikan aktiviti secara berkali-kali
untuk membetulkan murid. Contohnya bagi murid yang tidak pernah bermain
permainan Musang dan Pencuri pastinya merasa sukar kerana peraturan yang agak
banyak serta mengelirukan
Oleh itu, saya telah menghasilkan teori ini bagi mengatasi kekurangan yang saya
ada dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Teori ini menekankan pemilihan aktiviti
yang mudah dan tidak terlalu kompleks tetapi masih menarik dan menyeronokkan
murid-murid. Aktiviti yang mudah seperti Belalang Belatuk tidak memerlukan banyak
penerangan dan arahan serta peraturan dipilih dan dalam masa yang sama juga
aktiviti ini dapat menyeronokkan murid-murid.
Pemilihan aktiviti yang pernah dimainkan oleh murid-murid juga diberikan
keutamaan agar mereka mendapat gambaran awal mengenai aktiviti yang ingin
dijalankan. Namun pengubahsuaian dari segi bahan dan peraturan dilakukan sedikit
agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Kesimpulannya, guru perlu memilih aktiviti yang mudah dan menarik dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat terus memberikan perhatian
dalam kelas. Apabila murid-murid menumpukan perhatian dan merasa seronok
melakukan aktiviti maka tidak akan timbul masalah kawalan kelas dan murid tidak
mahu mendengar arahan guru.

Anda mungkin juga menyukai