Anda di halaman 1dari 5

Ceramah Di Masjid Siri ( 1 )

PENGENALAN
Firman Allah Ta'ala dalam surah Al Baqarah pada ayat 30 berbunyi:

Maksudnya: " dan apabila berkata tuhanmu kepada para malaikat, sesungguhnya akanku jadikan
(ciptakan) di muka bumi suatu golongan yang menjadi khalifah".
Melalui firman Allah di atas dapatlah kita fahami tentang tanggungjawab kita yang sebenarnya
sebagai makhluk ciptaan Allah yang telah dipilih daripada sekalian makhluk untuk menjadi khalifah
atau pengimarah muka bumi kepunyaan Allah ini.
Amanah yang diberikan oleh Allah ini amatlah besar dan tidak boleh dianggap remeh dan ia perlulah
ditunaikan dengan sebaik mungkin. Keingkaran dan kegagalan dalam menunaikan amanah ini akan
mengundang kemurkaan Allah.
Sesungguhnya usaha mentadbir atau mengimarahkan duniawi ini bukan sekadar menghiasinya
dengan pembangunan material semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang,
bahkan Allah lebih mementingkan pembangunan akhlak dan rohani. Pembangunan kedua-dua
elemen inilah yang bakal mewujudkan pembangunan material yang bertepatan dengan kehendak
Allah. Seorang arkitek yang memiliki fahaman agama yang baik dan bersifat dengan sifat-sifat terpuji
dan mempunyai iman yang mantap pasti tidak akan melakukan penipuan dalam urusan kerjanya.
Begitu juga seorang anggota atau pegawai penguatkuasa undang-undang seperti Polis - Diraja
Malaysia yang ada padanya modal-modal insan yang murni serta keimanan yang mantap pasti akan
telus dalam khidmat baktinya. Kealpaan kita dalam menangani isu-isu kerohanian dan akhlak ini ai(an
mengundang lahirnya tingkahlaku-tingkahlaku yang lebih melampau yang disebut sebagai
Vperbuatan jenayah. Mereka yang tidak mengendahkan perintah Allah ini diibaratkan seperti
binatang ternak yang mudah terjerumus pada perbuatan salah dan mereka akan dicampakkan ke
dalam neraka disebabkan kelalaian mereka. Perkara ini jelas dirakamkam oleh kalam Allah menerusi
firmanNya dalam surah Al 'Araf ayat 179:

Maksudnya: " Dan sesungguhnya Kaml jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai
telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".
roMelalui ayat ini, Allah menjelaskan tentang mereka yang melakukan perlakuan jenayah seperti
pembunuhan, peras ugut, ragut, rogol, merompak dan seumpamanya diklasifikasikan sebagai
perbuatan zalim dan kejam. Perbuatan jenayah ini jelas melanggar hukum Allah SWT dan menggugat
keselamatan rang lain. Allah S.W.T sangat membenci mereka yang melakukan kezaliman.
[ Allah SWT berfirman lagi dalam surah Hud ayat 113 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu
cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka
akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian
(dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan".
Suasana aman yang kita nikmati pada hari ini sebahagian besarnya datang daripada usaha
perjuangan dan pengorbanan pasukan polis. Mereka telah menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab dan amanah.
Usaha dan tanggungjawab mengimarahkan muka bumi ini merangkumi memelihara kesentosaan,
keamanan dan keseiamatan penghuni bumi daripada sebarang bahaya perbuatan jenayah. Mereka
yang mengaku beriman dengan Allah pasti tidak dapat menafikan tentang tanggungjawab yang telah
ditetapkan Allah melalui firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 110:

Maksudnya: " Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji).... ".










Ceramah Di Masjid Siri ( 2 )
TANGGUNGJAWAB MENCEGAH JENAYAH
Usaha mencegah atau memerangi jenayah ini bukanlah usaha yang ia adalah satu jihad. Bagi
memastikan ia dapat dilaksanakan dencidn maka pihak pemerintah perlu mewujudkan suatu unit
atau kumpulan yang berperanan secara khusus dalam usaha memerangi jenayah. Kewujuddn
institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang yang lebih bersistematik ini amat diperlukan.
Walaupun begitu ia tidak menafikan tanggungjawab setiap individu dalam komuniti untuk sama-
sama menangani dan memerangi jenayah.
Sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai kapasiti penduduk ydng terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama serta budaya. la tidak terkecuali dan bertanggungjawab untuk melindungi
penduduknya daripada sudut keselamatan dan kesejahteraan. Selaras dengan itu pasukan polis
diwujudkan untuk menangani isu-isu keselamatan dalam negeri seperti jenayah. Langkah yang
diambil ini sesuai dengan perintah dari Allah menerusi firmanNya dalam surah Ali ilmran ayat 104 :

Maksudnya : " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat sega/a perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya".
Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan agar diwujudkan di kalangan kita suatu golongan yang
berperanan sebagai pencegah kemungkaran dan penyeru kepada kebaikan.







Ceramah Di Masjid Siri ( 3 )
POLIS DIRAJA MALAYSIA - SELAYANG PANDANG
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukanPolis yang dianggotai oleh 126, 000 pegawai dan
anggota. PDRM adalah unik berbanding dengan negara lain, kerana ia adalah terpusat , iaitu segala
bentuk kepolisan daripada polis tugas am hingga bidang perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.
Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah
diiktiraf sebagai pasukan polis yarg terbaik di dunia pabila PDRM memberi pencapaian dalam
menyelesaikan 73,281 kes daripada 198, 622 kes yang dilapor (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan
pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada
kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa
sebanyak dua kali berturut-turut, dimana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284
daripada 157,459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.
Kini umur PDRM telah menjangkau 204 tahun. Segala kejayaan yang dicapai adalah hasil dari
penglibatan pelbagai pihak dalam memberi kerjasama samada dalam fizikal atau buah fikiran.
















Ceramah Di Masjid Siri ( 4 )
PERINTAH KE ARAH PENCEGAHAN JENAYAH
1. Firman Allah Ta'ala :

Maksudnya: " Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji).... ". Al Baqarah ayat 110
Pengiktirafan Allah kepada umat Islam antaranya adalah disebablen oleh tanggungjawab besar yang
telah Allah amanahkan kepada mere Amanah tersebut ialah berkaitan tanggungjawab mencegah
kemungkaran dan menyeru kepada kebaikan.
2. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya
dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan
lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman". (Riwayat Muslim
dari Abi Said Al-Khudri)
Pernyataan daripada hadith Rasulullah ini jelas memerintahkan kita agar turut serta dalam usaha
mencegah perbuatan mungkar atau jenayah dalam apa cara sekalipun sekiranya perbuatan-
perbuatan mungkar tersebut berada dalam pengetahuan kita dan lebih-lebih lagi jika ia berlaku di
kalangan orang di bawah pimpinan kita. lni disokong oleh sabda Rasulullah :

Maksudnya : "Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang
orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (pemimpin negara) adalah pemimpin dan ia akan ditanya
tentang rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki/suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan ia
akan ditanya tentang mereka. .."Riwayat Muslim

Anda mungkin juga menyukai