Anda di halaman 1dari 9

1

1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program wajib yang disertai oleh
semua guru pelatih. Program BIG ini melibatkan guru pelatih PISMP Ambilan
Januari 2012. Pelaksanaan program BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Melalui aktiviti yang
dirancang, para guru pelatih dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Keadaan ini dapat
menyediakan bakal guru bagi menangani cabaran era globalisasi pada masa kini.
Melalui program ini, diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia
di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Program ini juga diharap dapat membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti
serta memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri
yang terpuji.











2

2.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) Semester 5 ini berfokuskan kepada
memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru
yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Guru
pelatih juga didedahkan dengan pengurusan sekolah terutamanya dalam bidang
kurikulum sekolah. Di samping itu, guru pelatih turut akan didedahkan dengan
keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang
berkesan ke arah meningkatkan pencapaian sekolah.
















3

3.0 OBJEKTIF
Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan
insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi dan bermanfaat
kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Melalui program bina insan guru ini para guru pelatih dapat mencapai objektif
berikut:-
3.1 memberi kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap visi dan misi sekolah
cemerlang.
3.2 mendedahkan pelajar dengan bentuk iklim serta budaya kerja guru di
sekolah cemerlang.
3.3 mengetahui struktur dan pelaksanaan kurikulum sekolah cemerlang.
3.4 memahami ciri-ciri kepimpinan berkesan dalam pengurusan sekolah
cemerlang.












4

4.0 JADUAL PELAKSANAAN / TARIKH
Tarikh : 14 Februari 2014
Hari : Jumaat
Masa : 7.00 Pagi 2.00 Petang


5.0 TEMPAT
Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching


6.0 LAPORAN AKTIVITI

Seawal jam 6.45 pagi para guru pelatih yang terdiri daripada kelas BM, PRA &
BC2 telah berkumpul dihadapan taza untuk bersedia bagi melaksanakan lawatan
penanda arasan ke Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Kebanyakan para guru
pelatih merasa begitu teruja sekali untuk melaksanakan lawatan penanda arasan ini
kerana ini merupakan kali pertama mereka berkunjung ke sekolah ini. Lebih kurang
tepat jam 7.30 pagi, majlis perhimpunan dihadapan Taza dilaksankan. Oleh kerana
cuaca yang baik dan juga persekitaran yang selesa, majlis perhimpunan tersebut
berjalan dengan lancar. Apabila para guru pelatih telah berkumpul dihadapan Taza,
upacara bacaan doa dijalankan mengikut kepercayaan masing-masing turut
dijalankan. Saudara Hamzah Bin Masleh telah mengetuai upacara bacaan doa
tersebut. Kemudian disusuli pula dengan upacara nyanyian lagu Negaraku dan juga
Ibu Pertiwiku. Selepas itu, majlis diteruskan dengan mendengar ucapan alu-aluan
daripada Encik Micheal Jelaming Tarang sebagai guru pengiring rombongan
lawatan. Beliau memberi nasihat dan peringatan untuk sentiasa menjunjung nama
IPG Kampus Batu Lintang semasa berada diluar kawasan. Lebih kurang jam 7.45
bas bertolak dari IPG ke Kolej Datu Patinggi.
5

Tepat pada jam 8.27 pagi rombongan IPG Kampus Batu Lintang telah selamat
sampai ke Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Sesampainya rombongan IPG
ke Kolej tersebut, kami disambut oleh 2 orang guru kaunseling, 3 orang guru
pentadbir dan guru besar iaitu Pn Hjh Mastura Bt Hj Anuar. Kedatangan kami
disambut dengan ceria dan hati yang terbuka oleh warga sekolah berkenaan.
Sejurus selepas itu, kami di bawa untuk pergi ke dewan ilmu sekolah bagi
mendengar sesi taklimat dan asal-usul sekolah tersebut. Semasa didalam dewan
tersebut, majlis dipengerusikan oleh Cikgu Siti Maria yang merupakan seorang guru
kaunseling disekolah itu. Selepas mendengar pengerusi majlis menyampaikan
ucapan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran puan pengetua dan guru
pengiring, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Cikgu Salleh
yang merupakan warga pendidik di sekolah berkenaan.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan mendengar ucapan alu-aluan oleh Puan
Pengetua iaitu Pn Hjh Mastura Bt Hj Anuar. Didalam ucapan beliau mengucapkan
ribuan terima kasih diatas kesudian pihak IPG untuk melaksanakan lawatan
penandarasan ke Kolej mereka. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan pula dengan
sesi pengenalan sejarah sekolah dan maklumat mengenai sekolah yang
disampaikan oleh Cikgu Hjh Nurfadilah yang merupakan penolong kanan disekolah
tersebut. Semasa beliau menyampaikan taklimat mengenai sekolah tersebut, beliau
menerangkan mengenai sejarah dan latar belakang kolej, siapakah yang pernah
menyandang jawatan sebagai pengetua yang terdahulu serta kegiatan akademik
dan juga kokurikulum Kolej Datu Patinggi Abdillah tersebut.
Beliau juga turut memaparkan statistik keputusan peperiksaan yang kolej
tersebut perolehi. Sememangya prestasi sekolah berkenaan berada pada tahap
yang amat membanggakan dan sungguh konsisten. Kebanyakan pelajar yang
berada di sekolah tersebut mempunyai keputusan yang cemerlang dan
membanggakan. Cikgu Nurfadilah juga turut memberitahu bahawa peratusan
masalah disiplin disekolah berkenaan juga berada pada tahap yang terkawal dan
tidak membahayakan. Kebanyakan pelajar yang bersekolah di Kolej tersebut terdiri
daripada golongan yang sangat mementingkan pendidikan. Maka tidak hairanlah
peratusan akademik mereka sangat membanggakan dan juga masalah disiplin
dapat dikurangan. Komitmen pihak PIBG kolej tersebut juga sangat jitu dengan
pihak sekolah. Apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan pasti mendapat sokogan.
6

Selepas Cikgu Nurfadilah memberikan taklimat mengenai perkembangan
sekolah, majlis pula disusuli dengan ucapan sekali lagi dari pengetua cemerlang
iaitu Pn Hjh Mastura bagi menyampaikan ucapan nasihat kepada bakal warga
pendidik. Beliau sememangnya seorang yang bersemangat waja dan mempunyai
personaliti yang baik. Semasa beliau memberikan ucapan, kebanyakan para guru
pelatih begitu terinspirasi dan amat kagum dengan kesungguhan dan komitmen
yang diberikan oleh Pn Hj Mastura. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai
pengalaman beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik. Dari seorang yang
langsung tidak tahu untuk mengajar menggunakan teknik yang betul, beliau belajar
dan terus belajar dan akhirnya dapat mengawal sesebuah kelas itu dengan baik dan
berkesan. Beliau juga turut memberikan nasihat untuk tabah, gigih dan ikhlas dalam
mendidik anak-anak bangsa.
Apabila Puan Mastura selesai memberikan ucapan, majlis diteruskan pula
dengan ucapan balas daripada pihak IPG Kampus Batu Lintang, iaitu Encik Ding.
Beliau mewakili IPG memberikan ucapan terima kasih dan amat bersyukur kepada
pihak Kolej Datu Patinggi kerana sudi menerima rombongan lawatan penandarasan
dengan hati yag terbuka. Beliau juga turut teruja dengan tahap pencapaian
akademik dan kokurikulum kolej tersebut yang amat memberangsangkan. Selain
faktor kepimpinan yang beliau sendiri kagumi, beliau juga amat teruja dengan
kemesraan warga sekolah yang amat mesra budaya dan berdedikasi. Selesai
ucapan balas dari pihak IPG, majlis penyampaian cenderahati dan pula turut
diadakan antara kedua-dua belah pihak.
Selesai acara pemberian cenderahati, para guru pelatih pula bergerak ke
bangunan kelas sekolah bagi melihat dan meninjau suasana pembelajaran
disekolah tersebut. Pusat sumber, makmal sains dan dewan perhimpunan sekolah
juga turut dilawati oleh pihak IPG. Kebanyakan para guru pelatih merasa kagum
dengan kemudahan dan fasiliti yang ada di Kolej berkenaan. Kebanyakan para
pelajar juga turut beramah-mesra dengan guru pelatih bagi berkongsi-kongsi
pendapat dan idea antara kedua-dua belah pihak. Sebelum lawatan berakhir, pihak
IPG dan Kolej juga sempat untuk merakamkan foto kenang-kenangan untuk
diabadikan. Sesungguhnya layanan dan sambutan diberikan oleh pihak Kolej Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah sangat baik dan kunjungan balas amat dinanti-nantikan
oleh pihak IPG.
7

7.0 PENILAIAN KENDIRI

Sepanjang program ini berlangsung, saya merasakan bahawa nilai kerjasama
dalam sesebuah pasukan itu adalah sememangnya sangat perlu dalam menyelesai
dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan. Pengalaman bekerja keras
untuk merancang program penanda arasan ini dengan baik adalah amat berguna
apabila menjadi bakal pendidik kelak. Nilai kerjasama dan bantu membantu
sememangnya dapat dilihat pada hari tersebut apabila kawan-kawan dari kumpulan
lain sama-sama untuk memastikan kelancaran program dengan baik. Meskipun
berdepan dengan cabaran dan pelbagai rintangan lain, namun kehadiran rakan-
rakan di sisi yang sekaligus banyak membantu sedikit sebanyak telah
mengurangkan bebanan yang kami rasa. Susah payah ditempuh bersama agar
ukhwah yang terpelihara akan terus mekar terjaga sepanjang masa. Selagi kita
mampu berusaha, pastinya kerja yang diberi terasa mudah untuk dilaksana.
Antara kekuatan yang dapat saya lihat dengan jelas pada program Bina Insan
Guru pada kali ini ialah kerjasama yang tidak berbelah bahagi lagi yang telah
ditunjukkan oleh kesemua peserta bagi program ini. Perkara ini mungkin juga
disebabkan oleh ukhuwah yang sememangnya erat dan telah lama terjalin antara
peserta-peserta yang terdiri daripada Pengajian BM, BC2 dan Prasekolah. Dengan
kerjasama daripada setiap peserta, kesemua kerja-kerja tersebut telah berjaya kami
laksanakan dengan jayanya. Pembahagian tugas seperti pembuatan buku program
dan penyediaan cenderahati dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut tarikh
yang betul.

8

Sokongan daripada pensyarah-pensyarah pembimbing dan juga tutor kelas
adalah sangat memberangsangkan. Tutor kelas kami iatu Encik Murugan sanggup
meluangkan masa untuk bersama-sama melaksanakan program penanda arasan ini
walaupun sesungguhnya bebanan dan komitmen terhadap kerja lain wujud.
Sesungguhnya usaha mereka itu sangat terpuji dan wajar diteruskan. Kami sebagai
guru pelatih merasa begitu terinspirasi dan ingin mencontohi sifat murni tersebut.
Sepanjang aktiviti ini berlangsung, kami juga berkesempatan untuk melihat suasana
pembelajaran disekolah dan bertemu dengan warga pendidik yang berpengalaman
dalam bidang pendidikan. Namun demikian, secara peribadi terdapat juga beberapa
aspek yang dapat saya simpulkan di sini sebagai kelemahan-kelemahan yang dapat
dikenal pasti sepanjang berlangsungnya program Bina Insan Guru pada kali ini.
Kelemahan yang dapat saya kesan ialah masa lawatan penanda arasan yang
terlalu cepat. Kebanyakkan para guru pelatih tidak sempat meneliti seluruh kawasan
sekolah dan tidak mempunyai masa untuk bertegur sapa dengan guru-guru yang
lain serta berkongsi pandangan dan maklumat. Seharusnya pihak penganjur
memanjangkan masa lawatan supaya para guru pelatih dapat menimba ilmu dengan
lebih banyak dan dapat digunapakai sebagai bakal guru pelatih kelak.
Konkulusinya, saya sangat berterima kasih dan merakamkan ribuan
penghargaan kepada insan-insan yang telah banyak membantu kami sepanjang
kami bekerja dan bersama menjalani program Bina Insan Guru kali ini. Terima kasih
kepada rakan-rakan yang sudi bekerjasama, Encik Michael Tarang dan tutor
kumpulan kami yang sudi hadir memantau. Pengalaman ini mudah-mudahan dapat
kami jadikan pengajaran dan manfaatkan untuk aktiviti-aktiviti yang bakal kami
tempuhi setelah bergelar seorang guru pada suatu hari nanti.
9

Akhir kata, program seumpama ini sememangnya telah memberi banyak
pengalaman berharga dan amat berguna terhadap diri saya dan juga rakan-rakan
daripada kelas yang lain. Apa yang saya harapkan melalui program ini ialah saya
dapat mengaplikasikan pelbagai ilmu yang telah saya pelajari disamping dapat
mempersiapkan diri dengan lebih bersungguh-sungguh sebelum bergelar pendidik
pada masa akan datang. Semoga usaha ini akan terus diberkati.

Anda mungkin juga menyukai