Anda di halaman 1dari 4

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.

Menurut Campbell (1995), Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Maka dengan itu,

muzik boleh diperkenalkan

kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi. Aktiviti
pengajaran muzik didalam prasekolah ini sebenarnya akan dapat memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan,
imaginasi, serta dapat menginterpretasi isi hati mereka melalui muzik. Oleh itu,
setiap respon seorang pelajar prasekolah kepada muzik itu merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana didalam
dunia muzik, tempo dan juga mud pendengar terhadap sesuatu muzik itu tidak dapat
dipisahkan. Untuk praktikum fasa dua ini, kami telah ditempatkan di SK Semerah
Padi bagi menjalankan tugasan projek ini. Selama lebih kurang dua bulan kami telah
mengajar di prasekolah dan menjalankan tugasan projek ini sehinggalah berjaya.
Semasa menjalankan tugasan projek ini, kami telah memilih lagu open shut
them sebagai lagu iringan dan membuat banding beza mud yang didengar dan
meneliti respon yang diterima daripada murid yang kami ajar. Berikut merupakan
hasil dapatan pemerhatian kami semasa menjalankan sesi pengajaran projek ini
didalam kelas prasekolah berkenaan. Sebelum mengajarkan lagu ini didalam kelas,
kami telah menuliskan liriknya dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar
untuk melihat lirik yang dituliskan oleh guru. (Gambar 1)

bar 1: Guru telah menulis lirik dihadapan papan putih bagi memudahkan pelajar melihat lirik dihada

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.


Bagi memastikan sesi pembelajaran dapat menarik perhatian murid untuk terus
belajar, kami juga telah menggunakan alat perkusi seperti marakas, tamborin, loceng
dan juga kastenet untuk mengiringi lagu semasa ianya sedang dimainkan.

(Lihat

Gambar 2). Melalui penggunaan alatan tersebut, guru juga secara tidak langsung
akan dapat mengajarkan murid cara untuk memegang dan memainkan alat perkusi
tersebut dengan betul bagi mendidik murid-murid untuk menggunakannya dengan
kaedah yang tepat pada masa hadapan.

enggunaan alat perkusi untuk mengiringi lagu. Guru juga mengajarkan murid cara yang betul untuk

Apabila murid telah menguasai cara untuk memainkan alat perkusi tersebut
dengan betul, sesi pengajaran pula diteruskan dengan memperdengarkan lagu open
shut them tersebut kepada mud yang riang dan rancak sambil diiringi dengan gaya
lagu yang telah diajarkan. Respon yang kami perolehi adalah murid kelihatan
gembira, ceria dan menunjukkan tindak balas yang aktif dan agresif semasa
mendengar mud lagu tersebut. Hampir kesemua murid didalam kelas tersebut
kelihatan aktif, bersemangat serta rancak seiring dengan iringan muzik. Terdapat
juga dalam kalangan pelajar yang berdiri dan melakukan aksi secara spontan
disebabkan terdengar bunyi muzik yang rancak dan riang tersebut. (Lihat Gambar 3)
Berdasarkan situasi tersebut, dapat dilihat disini bahawa kanak-kanak ini akan
bertindak-balas dengan cepat dan aktif dan rancak apabila terdengar mud muzik
yang riang dan gembira. Secara tidak langsung muzik tersebut akan menarik minat
mereka untuk melakukan pergerakan.
2

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.

Gambar 3: Murid diajarkan dengan gaya dan aksi semasa lagu sedang dimainkan.
Terdapat murid juga berdiri apabila mendengar murid yang riang dan gembira

Apabila mud lagu ditukarkan kepada sederahana yakni lambat dan perlahan ini
pula, murid kelihatannya tidak bermaya dan menunjukkan respon tidak mempunyai
kekuatan untuk meneruskan aksi lagu tersebut. Hal ini seakan-akan mereka sedang
baru sahaja melakukan kerja tugasan berat sehinggakan mereka kelihatan lemah
dan tidak bermaya. Ekspresi murid juga kelihatan tidak gembira jika dibandingkan
dengan mud yang riang dan gembira sebelum ini. Perkara ini berlaku mungkin
disebabkan muzik yang didengar itu tidak seceria dan serancak mud yang gembira
sebelum ini. Respon yang diterima daripada murid juga kelihatan berbeza.
Sehubungan dengan itu, aspek mud ini dapat dibezakan juga melalui pergerakan
yang terhasil semasa mendengar mud tersebut. Untuk mud yang riang dan gembira,
pergerakan yang dilakukan murid juga berbeza. Murid akan bergerak dengan
tangkas dan cepat sambil diiringi muzik. Pergerakan yang dilakukan murid juga
kadang-kadang sukar dikawal dan tidak dapat diramal. Contohnya murid akan
menggerakkan tangan, kaki dan bahu mengikut rentak muzik dengan perasaan yang
gembira dan suka hati walaupun gaya tersebut tidak diajarkan oleh guru. Manakala
untuk mud yang sederhana pula, pergerakan yang terhasil adalah lambat, perlahan
dan tidak mempunyai pergerakan yang tangkas dan cepat sepert mud gembira
sebentar tadi. Contohnya pergerakan menepuk tangan semasa lagu open shut them
dimainkan pergerakan dilakukan murid juga turut lambat dan perlahan. Hal ini sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh mud yang didengari oleh para murid itu berbeza.
3

A. Banding-beza respon murid terhadap mud muzik yang berbeza.


Dari aspek pengeluaran pic suara juga dapat dilihat perbezaannya. Untuk mud
yang riang dan

gembira, pic suara murid kedengaran lebih tinggi dan tempo

nyanyian juga lebih cepat. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh mud muzik yang
gembira yang menggambarkan suasana yang riuh-rendah sedang berlangsung.
Manakala untuk mud yang sederhana dan perlahan, pic suara murid juga turut
berubah. Kebanyakan pic suara murid sedikit rendah jika dibandingkan dengan mud
yang riang dan gembira. Tempo nyanyian juga kedengaran lebih perlahan dan lebih
lembut jika dibandingkan dengan mud yang sebelumnya. Hal ini mungkin
disebabkan dengan pengaruh mud muzik yang lebih perlahan dan lambat yang
didengari oleh para murid. Perkara yang dibincangkan diatas telah menunjukkan
bagaimana mud riang dan sederhana ini dapat dibezakan. (Rujuk Lampiran CD).
Sebagai kesimpulannya, muzik merupakan satu elemen penting yang perlu ada
dalam aktiviti dan program prasekolah ini. Pembelajaran dan pengajaran serta
pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah
memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran
mendengar dan juga kemahiran memainkan alat perkusi. Melalui aktiviti muzik yang
pelbagai

ini,

kanak-kanak

akan

dapat

keseronokkan,

luahan

perasaan,

keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, serta dapat menghargai seni muzik
dan kemahiran muzik sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai