Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Ke - 4
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 8 Ogos 2014
Tajuk Jurnal : 1) Masalah murid tidak menyiapkan latihan lembaran
aktiviti yang diberikan.
1. Masalah / Peristiwa
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini, aktiviti pengajaran bagi kelas
saya iaitu 4 Amanah telah berjalan seperti biasa mengikut rancangan pengajaran yang telah
ditetapkan. Namun begitu, saya mengalami sedikit masalah di mana terdapat segelintir
murid saya yang tidak menyiapkan latihan lembaran aktiviti (kerja rumah) yang telah saya
berikan. Mereka seakan akan tidak mengambil peduli arahan saya supaya mereka perlu
menyiapkan latihan kerja rumah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan
ia mendorong murid-murid lain untuk turut tidak menyiapkan kerja rumah yang telah saya
berikan seterusnya menyebabkan saya sukar membuat penilaian kendiri ke atas mereka jika
sesuatu topik itu sudah selesai diajar.
2. Analisis
Masalah ini mungkin timbul disebabkan saya kurang tegas semasa mengajar di
dalam bilik darjah menyebabkan murid kurang hormat terhadap saya dan mengambil
tindakan sambil lewa apabila saya meminta mereka menyiapkan latihan kerja rumah yang
telah saya berikan. Hal ini sememangnya menyebabkan proses PnP dalam bilik darjah
terganggu dan seterusnya akan cenderung berlakunya masalah kawalan murid dalam bilik
darjah.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu mengenakan tindakan yang sepatutnya terhadap murid yang tidak
menyiapkan kerja rumah yang diberikan contohnya meminta murid menyiapkan
kerja rumah tersebut di sekolah sebelum pulang ke rumah.
b) Saya perlu lebih tegas dan menggunakan suara yang kuat semasa memberikan
arahan atau penerangan tentang sesuatu pengajaran kepada murid agar mereka
mendengar arahan yang saya berikan
c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing bagaimana cara mengatasi masalah ini dengan baik.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada aktiviti kelas yang seterusnya. Perancangan
pengajaran yang baik adalah perlu bagi memastikan kelas dapat dijalankan dengan lancar
dan efektif. Sekiranya masalah ini tidak diatasi berkemungkinan murid tidak akan fokus
semasa saya memberikan arahan atau pengajaran

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :___________________ Tandatangan :___________________
Nama :___________________ Nama :___________________
Tarikh :___________________ Tarikh :___________________

Anda mungkin juga menyukai