Anda di halaman 1dari 21

Tajuk 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media

Pengajaran. (Model Assure)



Pengenalan:
Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat
digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang
canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata
bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark,
R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk
menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung
pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa
pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang
dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu
sahaja.

Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama
ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang
pengajarannya. Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan
strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat
kepada pelajar-pelajarnya.

Apakah maksud istilah-istilah berikut?
Perancangan
Pemilihan
Penghasilan
Penilaian
Pemilihan Multimedia
Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses
merancang sesuatu topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya.
Aspek ini diperjelaskan oleh Dick & Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu
model reka bentuk pengajaran.

Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti
Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson,
Ryner, Cox, Furman, King, dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor
yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan media dalam proses pengajaran. Berikut
merupakan penjelasan terhadap Model ASSURE.


Jadual 1: Model ASSURE (Heinich dan rakan-rakan, 1996) dalam menentukan
ketepatan dan langkah persediaan dalam pemilihan media.
A Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita
merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk
mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar
dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis
pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar
untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan
aspek-aspek berikut:
Ciri-ciri umum pelajar.
Pengetahuan/pengalaman sedia ada.
Gaya belajar.

1. Ciri-ciri umum:-
Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum
sesuatu media itu dipilih dan digunakan.

Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan
jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada
tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai
untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk
gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan
gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas
pembacaan.

2. Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-
Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini
termasuklah tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar
yang menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau
geografi mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi
atau memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai
pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke
tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan
seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau
memegang objek.

3. Gaya pembelajaran pelajar:-
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran
ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi,
dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya
pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk
individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar
dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya
pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford.
Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat,
membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar.
Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan
menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

S Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu
pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin
digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau
pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran
tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan
dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu
menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang
dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, murid dapat menyebut nama haiwan
setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi,
seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi
pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila
tamat sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar
dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas
dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar
demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991).
Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif
(berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) ,
objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal.
Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran
nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan
bojektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai.
Dengan itu, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran
pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat
membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak
mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas. Akhir
kata, pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru dengan
pelajar. Bagi guru, ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.

Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.
Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah
dikuasai)?


1. Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti
dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran.
Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku
sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental
(berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan siapa yang
hendak capai ---pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar dapat.....

2. Bentuk tingkah laku baharu.
apakah yang hendak dicapai merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina
atau dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif
pengajaran-pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya.
Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan
istilah yang menunjukkan tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai
digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan,
memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.


3. Situasi atau prasyarat perlakuan
Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi
yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-
pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat
diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru
menyediakan suasana, langkah pengajaran-pembelajaran dan media yang sesuai.
Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.

4. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan
Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan
bahawa sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian
minimum ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh
masa yang ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini
membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum
memcapai objektif pengajaran-pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan
sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran.
Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria
kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan,
nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh
dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan
objektif yang baik.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang
mempunyai sultan.
Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-
kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul.
Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan
minimun 80% dalam kumpulan berempat.

Contoh penulisan objektif
Contoh 1: Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan
dapat membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul
mengikut jenisnya dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

Bagi topik pertanian dalam mata pelajaran geografi, misalnya guru boleh membentuk
objektif seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah
memerlukan lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin
menggunakan pelbagai strategi sama ada secara lisan, menonton klip video, atau
melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah
memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian
pembelajaran serta bentuk penilaian.

Contoh 2:

Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta
bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif
dapat menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih
ialah bahan multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk
penilaiannya adalah berbantukan komputer.


S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah,
media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:
Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
Bentuk objektif (the nature of the objectives)
Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif.
Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran.
Ia boleh diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar,
pendekatan yang akan digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan
yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.

Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar
pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan
Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?
Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?


Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah,
dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan
tersebut merangkumi tiga langkah berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.



Penentuan Kaedah
Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang
kaedah yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang
pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih
berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar,
pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran
yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk
menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca
yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat
belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan
dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media
Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan.
Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik,
dan tayangan computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah
menagabil kira beberapa criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/
kumpulan/ individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas
yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan
sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan
sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan
sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih
bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:


Adakah bahan ini menepati kurikulum?
Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
Adakah bahan ini ada kualiti?
Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-
pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada
tidak sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah
suai bahan tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang
sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan
sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan
bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.


U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)
Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-
pembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi
berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan
sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru.
Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan
berikut perlu dilakukan oleh guru.

1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.
Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih
sebelum menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan
bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-
pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik
dan sebagainya. dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa
pengajaran-pembelajaran.

2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah
penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu
mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru
dan pelajar. Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan
bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.
Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan
sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan
dan media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan
kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam
bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.

Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi
kedudukan kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan
supaya sesuai dengan bjektif pembelajaran.

Persoalan
Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?
Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang
hendak disampaikan?
Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar
serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?
Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut
perlu ditayang?
Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik
dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan
dengan kuasa elektrik?
Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan
menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan
memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut
Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka
minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh
berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru
memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi
pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu
tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih
kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai
kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa
penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar
foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada
penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah
diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan
pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai
pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan,
perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila
pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori
pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori
konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar
dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran
yang paling berkesan.

Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap
aktiviti pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik
sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi,
latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan
penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan
menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat
pelajar dalam aktiviti akan berterusan.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan
mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar
bersiri, video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea
dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi
serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara
kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang
dilaksanakan.

Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar
atau membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti
soalan yang berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan
multimedia yang dipaparkan melalui computer.

Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam
penyampaian.

Persoalan
Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?
Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan
sebagainya?
Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer
atau member maklum balas?
Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?
Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons
dan apakah cara mengatasinya?
Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat
oleh pelajar?
Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?

E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)
Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula
perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran
dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-
pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai
dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh
dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa
proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada
masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan
alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah
pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian
pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal.
Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja
pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya.
Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.
Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum balas tentang
pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan
bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran
melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan
pengajaran untuk melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk
melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu
melihat semula perancangan, pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu
ditanya:

Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?
Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?
Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah?
Aktiviti pembelajaran? Latihan?
Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?
Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan
perancangan lebih baik?
Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?

Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud
ia dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat.
Manakala bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi
dinilaikan pada aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan
objektif, pelbagai bentuk respons pelajar sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan
serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan atau apa saja bentuk
ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam sistem penyampaian
sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian
sekirannya perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap
digunakan pada masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan
membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai.
Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk
merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak
tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian
pengajarannya. Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah
pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam
perancangan seterusnya.

Rumusan:
Models ASSURE yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru
membuat satu persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah
asas bagi pemilihan semua jenis media pengajaran.

A Analyze Learners Ciri-ciri umum
Kebolehan awal
Gaya pembelajaran
S State Objectives Matlamat pembelajaran
Syarat pencapaian
Tahap pencapaian minimum
S Select Media, Methods
and Materials
Pemilihan sumber sedia ada
Modifikasi sumber sedia ada
Membina sumber baru
U Utilise Membuat preview
Menyediakan persekitaran
Menyediakan peluang pembelajaran
R Require Learner
Participation
Aktiviti di dalam kelas dan selepas P & P
dijalankan supaya pelajar dapat memproses
pengetahuan tersebut.
E Evaluate and Revise Sebelum, semasa & selepas instruksi
Penilaian ke atas pelajar & medium

Anda mungkin juga menyukai