Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN PENGAKAP
PENDIDIKAN KHAS
SMK TAMAN PUTRI
2013










ANJURAN:
UNIT PENDIDIKAN KHAS
SMK TAMAN PUTRI
JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

PENAUNG
TN. HJ. MUHAMAD MALACK B. MUHAMAD SAID

PENYELARAS
EN. JAIRUDDIN BIN HADJILANI

SETIAUSAHA
PN. MONIS DIANA BT. ABU BAKAR


BENDAHARI
PN. SITI ZAHARAH BT. PUTEK


KEM KOMANDAN
PN. HASYIMAH BT. HASAN


QM
PN. NOOR IZERLEENA BT. SHUHAIMI














1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti Ko-Kurikulum adalah salah satu komponen yang penting dalam proses
pembentukan diri murid Pendidikan Khas dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke
peringkat sekolah menengah. Kepelbagaian aktiviti kokurikulum juga adalah
sebahagian daripada pendidikan yang membantu memantapkan keupayaan dan potensi
yang bertindak sebagai terapi bagi murid-murid kelainan upaya ini. Jueteru, murid-
murid Pendidikan Khas di SMK Taman Putri juga perlu diberi peluang untuk
mengikuti aktiviti perkhemahan mengikut kemampuan fizikal mereka.


2.0 MATLAMAT

Perkhemahan Peringkat Sekolah ini di jalankan bertujuan untuk mendedahkan murid
kepada persekitaran perkhemahan serta menyediakan mereka ke arah mental yang
positif untuk sentiasa meminati aktiviti perkhemahan. Mereka juga diharapkan dapat
memahami situasi, keperluan serta tindakan yang perlu mereka laksanakan semasa
berada di sesuatu perkhemahan. Disamping itu, peraturan keselamatan dan nilai yang
diterpakan sepanjang perkhemahan ini adalah bertujuan untuk membentuk sikap
bertanggungjawab serta disiplin diri yang mereka.


3.0 OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan ini, diharapkan agar:-
3.1 Murid Pendidikan Khas boleh menguasai kemahiran berkomunikasi dan
pergaulan yang aktif sesama rakan dan guru.
3.2 Meningkatkan kemahiran dalam mendirikan khemah, menyediakan makanan
dan minuman semasa perkhemahan.
3.3 Memupuk semangat sukakan cabaran dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
3.4 Meningkatkan kefahaman murid tentang peraturan semasa menyertai
perkhemahan
3.5 Menjadikan perkhemahan ini sebagai latihan untuk kecergasan dan kecerdasan.


4.0 SUMBER TENAGA

4.1 Semua guru Pendidikan Khas SMK Taman Putri
4.2 Semua PPM SMK Taman Putri.


5.0 SEKOLAH TERLIBAT/SASARAN

5.1 Semua Murid Pendidikan Khas SMK Taman Putri yang layak mengikuti
perkhemahan

6.0 CADANGAN TARIKH

Tarikh : 17-18 Mei 2013
Hari : Jumaat & Sabtu
Tapak Perkhemahan : Gelanggang Petanque ,SMK Taman Putri


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber pendapatan peruntukan Pendidikan Khas : WAJIB

Perincian anggaran kos




Bil Keterangan Kuantiti Anggaran Kos RM
1. Air mineral 500ml 3 kotak 36.00
2. Beras 10kg 27.00
3. Minyak masak 10kg 27.00
4. gula 5kg 12.50
5. Biskut jagung 2 tin 25.00
6. Teh / kopi 2 paket 10.00
7. roti 4 bungkus 13.60
8. Planta & kaya 1 tin 18.00
9. Sos tomato 1 liter 7.50
10. Sos cili 1 liter 7.50
11. kicap 1 liter 9.00
12. telur 2 papan 20.00
13. sardin 1 kotak (12 tin) 50.40
14. ayam 3 ekor 45.00
15. kobis 2 biji 10.00
16. cili 200gm 6.00
17. Bawang merah I beg 5.50
18. Bawang putih kg 5.00
19. Ikan bilis 300gram 4.00
20. Garam 1 bungkus 1.00
21. Pati ayam knors 1kotak 5.00
22. halia 300gm 6.00
23. lobak kg 5.30
24. Asam jawa 1 bungkus 4.40
25. pisang 3 kg 40.00
26. Keropok ikan 2kg 30.00
27. Pisau 6 bilah 16.80
28. Plastik sampah hitam tebal 2 paket 9.00
29. Dish wash 3 botol 18.00
30. Cenderahati perasmi 30.00
Jumlah 524.50


8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari 1 : Jumaat ( 17 Mei 2013 )

3.00 Pendaftaran
3.30 Mendirikan khemah
4.30 Taklimat oleh kem komandan
5.00 Solat, minum petang, riadah, mandi, persiapan diri, solat asar
7.00 Solat Magrib & Isyak serta tazkirah
8.45 LDK ujian 1 ( kemahiran pengakap , lencana usaha )
10.45 Minum malam
11.00 Tidur

Hari 2 : Sabtu ( 18 Mei 2013 )

5.00 Bangun, mandi, solat subuh
6.00 Riadah Pagi
6.30 Sarapan
7.00 LDK - Ujian 2 ( Kawad kaki, Istiadat menaikkan Bendera)
9.00 Minum Pagi
9.30 LDK Ujian 3 ( Isyarat Sulit, kecemasan, simpulan & ikatan
11.30 Persediaan Ujian memasak
1.30 Makan tengahari & solat zohor
2.30 Menurunkan khemah& membersihkan kawasan
3.30 Majlis penutup ( En. Ramli Sharip)
4.30 Bersurai
























9.0 PENUTUP

Semoga dengan perkhemahan yang diadakan ini dapat memberi manfaat kepada
murid-murid Pendidikan Khas khususnya serta para guru amnya. Kemenjadian murid
Pendidikan Khas adalah bergantung kepada usaha para guru untuk mencari dan
memberi peluang kepada murid untuk membina kemahiran serta mencungkil
kemampuan diri mereka. Diharapkan usaha yang kecil ini mampu memberi makna
yang besar kepada mereka, Insyaallah.


Disediakan oleh, Disemak oleh ,


............................................... ....................................
(Pn. Monis Diana bt Abu Bakar) (Pn. Siti Zaharah bt Putek )



Diluluskan oleh,


............................................

Anda mungkin juga menyukai