Anda di halaman 1dari 3

PK 07/3

SEKOLAH : SMK TAMAN PUTRI

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNIKAL BIL 3/ TAHUN 2009

Tarikh : 22 Jun 2009


Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Salun Putri Anggun, SMK Taman Putri
Pengerusi : Pn Rosnah binti Othman
Kehadiran (Bilangan) : 4 orang
Nama yang Hadir : -Pn Rosnah binti Othman
-En Ng Hwa Teik
-Pn Nor Marzlinda binti Mohamad
-Pn Zatulnataain binti Zainal Abidin
Nama Yang Tidak hadir : Tiada
Turut hadir (Jika Ada) : Tiada

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima


kasih atas kesudian semua guru-guru Panitia Teknikal menghadiri mesyuarat
kali ke-3 tahun 2009.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi mengharapkan agar semua guru-guru di bawah Panitia Teknikal


dapat terus memberikan komitmen yang padu untuk sama-sama
melaksanakan segala tugas mengikut Sasaran Kerja Tahunan yang telah
ditetapkan tanpa mengenl erti jemu dan putus asa.
Tindakan : Semua Guru Teknikal

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS

2.1 Setiausaha telah membentangkan minit panitia ke-2 yang telah diadakan
pada 16 April 2009 di Salon Putri Anggun, SMK Taman Putri.
Tindakan : Makluman

2.2 Minit Mesyuaat Panitia Teknikal ke-2 2009 dicadangkan diterima oleh En
Ng Hwa Teik dan disokong oleh Pn Zatulnataain.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn Nor Marzlinda memaklumkan bahawa cadangan ke Pekan Baru, Riau


akan diteruskan pada cuti pertengahan tahun 2010 memandangkan tarikh
tersebut dapat memberikan peluang kepada pengajur merancang dan
No. Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa
01 06 JANUARI 2009 00 00 28 APRIL 2009
melaksanakan program dengan lebih baik.
Tindakan : Pn Nor Marzlinda

3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa program motivasi LK dan TK akan


dilaksanakan bermula pada penhujung bulan Julai 2009. Program ini
dilaksanakan dengan mengabungjalinkan elemen motivasi dalam P&P ketika
Tutorial Berfokus.
Tindakan : Pn Rosnah dan En Ng Hwa Teik

3.3 Berhubung dengan kerosakkan sekiranya berlaku di bengkel, kerja-kerja


pembaikkan boleh menggunakan peruntukkan dari Unit pembangunan
selepas pelajar membayar yuran.
Tindakan : Semua Panitia Teknikal/Penyelaras Bilik Khas

4.0 LAPORAN UNIT

4.1 Pengerusi memaklumkan Panitia Teknikal (Lukisan Kejuruteraan) sedang


dalam usaha untuk menghabiskan silibus bagi murid tingkatan 5 sebelum
Ogos 2009. Ini sebagai langkah untuk memberikan lebih masa kepada semua
calon SPM untuk membuat banyak latih-tubi. Selain itu, program Tutorial
Berfokus akan dilaksanakan mengikut keperluan murid sehingga
menjelangnya SPM 2009. Selain itu Modul Latihan mengikut Pencapaian
murid juga akan disediakan.
Tindakan : Pn Rosnah

4.2 Bagi Panitia Teknikal (Teknologi Kejuruteraan) pula, En Ng memaklumkan


modul mengikut tahap pencapaian murid akan disediakan untuk murid
tingkatan 5. Selain itu juga, silibus untuk tingkatan 5 juga akan dihabiskan
sebelum bulan Ogos 2009.
Tindakan : En Ng Hwa Teik

4.3 Pn Nor Mazlinda memaklumkan, strategi yang akan digunakan bagi Panitia
Teknikal (PMDR) selain menghabiskan silibus sebelum Ogos ialah
memperbanyakkan latih-tubi melalui kaedah tunjukcara dan demontrasi. Ini
sangat membantu murid untuk menjawab soalan SPM dengan baik.
Tindakan : Pn Nor Mazlinda dan Pn Zatulnataain

5.0 ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

5.1 Bagi Lukisan Kejuruteraan, terdapat 7 orang murid yang masih gagal.
Walaupun terdapat murid yang memperolehi markah 10, namun Pengerusi
tetap memberikan harapan kepada murid tersebut untuk lulus dalam SPM.
Ini bermakna, Pengerusi akan memberikan bimbingan kepada semua murid
secara maksima sehingga menjelangnya SPM. Analisis item akan
dilakukan agar program yang bakal dilaksanakan bersesuaian mengikut
tahap pencapaian murid.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa
01 06 JANUARI 2009 00 00 28 APRIL 2009
Tindakan : Pn Rosnah

5.2 En Ng Hwa Teik memaklumkan, terdapat 9 orang murid masih gagal.


Walaubagaimanapun markah terendah adalah 20. ini memberikan
gambaran, semua murid berpotensi untuk lulus sekiranya mereka bersedia
menerima program yang bakal dilaksanakan.
Tindakan : En Ng Hwa Teik

5.3 Pn Zatulnataain menyatakan terdapat 4 orang murid PMDR yang masih


gagal. Walaubagaimanapun, markah terendah adalah 33. Bimbingan akan
diberikan kepada setiap murid sehingga kesemuanya dapat lulus dalam
SPM dan mengekalkan prestasi 100% kelulusan.
Tindakan : Pn Nor Mazlinda dan Pn Zatulnataain

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 En Ng Hwa Teik mengingatkan agar semua guru di bawah panitia ini agar
membuat laporan aktiviti setiap kali selepas program dilaksanakan.

Tindakan : Semua Guru Teknikal

6.2 Pengerusi memaklumkan, 10 buah meja Lukisan Kejuruteraan dari SMK


Taman Putri akan disumbangkan kepada SMK Indahpura 1. Selain itu kerja
kursus LK telah siap 100%.
Tindakan : Makluman

6.3 Pn Nor Mazlinda memaklumkan kerja kursus PMDR juga telah 100% siap.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(PN NOR MAZLINDA BINTI MOHAMAD) (PN ROSNAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha Pengerusi
Panitia Teknikal SMK Taman Putri Panitia Teknikal SMK Taman Putri

No. Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa


01 06 JANUARI 2009 00 00 28 APRIL 2009

Anda mungkin juga menyukai