Anda di halaman 1dari 19

BENGKEL MEMBINA ITEM

REKA CIPTA
Konstruk yang ditaksir oleh LP
Pengetahuan
Kebolehan intelek dan kemahiran
Nilai

P00 PENGETAHUAN

Mengingati bahan pelajaran yang telah
dipelajari sama ada pengalaman dan
pemerhatian yang diterima secara terus /
melalui pembacaan dan diberitahu oleh
seseorang lain merupakan cebisan maklumat
dan menjadi sebahagian daripada struktur
pengetahuan dalam mental seseorang
P01 PENGETAHUAN TENTANG
TERMINOLOGI
Pengetahuan tentang nama , istilah atau
memberi definisi sesuatu perkara.

Contoh : Apakah yang dimaksudkan dengan
mock up ?
P02 PENGETAHUAN TENTANG FAKTA
Pengetahuan tentang maklumat am atau
Khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan
atau tujuan seuatu komponen

Contoh :
Nyatakan tiga faktor pemilihan reka bentuk?
P03PENGETAHUAN TENTANG
KONVENSYEN
Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima
atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti
simbol atau tanda lazim

Contoh :
Apakah maksud simbol yang terdapat pada
gambarajah 2?
P04 PENGETAHUAN TENTANG
ALIRAN DAN URUTAN
Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti
atau tindakan yang berlaku secara tersusun
mengikut aturan atau prosedur yang telah
dikenal pasti

Contoh :
Susunkan langkah-langkah kerja membuat
tanggam parit?
P05 PENGETAHUAN TENTANG
PENGELASAN DAN PENGKATEGORIAN
Pengetahuan tentang pembahagian,
pengkategorian atau mengelompokkan
sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah
satu kumpulan

Contoh :
Kelaskan antara produk pengguna dan produk
industri pada Jadual 3




P06 PENGETAHUAN TENTANG
KRITERIA
Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang
berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen
yang perlua ada (Standard, pertimbangan)
pada sesuatu perkara.

Contoh :
Senaraikan empat ciri-ciri seseorang pereka
cipta?
P07 PENGETAHUAN TENTANG
METODOLOGI
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau
teknik yang standard dalam melaksanakan
sesuatu tugasan, arahan atau kerja.

Contoh :
Susun pernyataan di bawah mengikut urutan
kerja yang betul dengan menulis 1, 2, 3, 5 atau
6 di dalam petak yang disediakan.
P08 PENGETAHUAN TENTANG PRINSIP
DAN GENERALISASI
Pengetahuan tentang idea atau pegangan
tertentu yang menyimpulkan pemerhatian
atau terhadap sesuatu kejadian, kajian atau
ketetapan

Contoh :
Hitungkan harga jualan seunit bagi produk
pada jadual 4.
P09 PENGETAHUAN TENTANG
TEORI DAN STRUKTUR
Pengetahuan tentang badan prinsip yang
menjadikan dasar pembetukan sesuatu
fenomena yang dapat dibutikan dengan kukuh
hasil daripada kajian, penyelidikan atau
pemerhatian

Contoh :
Apakah yang menyebabkan kek naik dan
mengeras apabila dibakar?
KEBOLEHAN INTELEK
DAN
KEMAHIRAN
(INTELLECTUAL ABILITIES
AND SKILLS)
CO1 KEFAHAMAN
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak
memerlukan/memperlihatkan tentang implikasi
terhadap pengetahuan tersebut.
Kemahiran menghuraikan perkaitan antara satu
maklumat dengan maklumat yang lain

Contoh : Huraikan/bagaimana gelombang mikro
bertindak ke ata potongan ayam yang sedang
dipanggang sehingga masak
A01 APLIKASI
Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan
generalisasi (pernyataan umum) pada sesuatu
masalah dan situasi baru.
Kemahiran menggunakan pengetahuan yang telah
diperolehi untuk menangani situasi baru dalam
kehidupan.

Contoh :
Hitungkan jumlah keuntungan yang diperolehi di
Jadual 12(a)
N01 ANALISIS
Kebolehan memisahkan sesuatu set
komunikasi kepada beberapa bahagian
sehingga sesuatu bentuk pertalian antara
bahagian yang membina set komunikasi itu
dapat dilihat dengan jelas,
Contoh :
Nyatakan jenis dua reka bentuk jenama di
Rajah 8?
T01 SINTESIS
Kebolehan menggabungkan bahagian-
bahagian untuk membentuk suatu set
komunikasi yang tidak jelas sebelumnya.

Contoh :
Lakarkan reka bentuk jenama bentuk Cap
Dagangan untuk susu kambing.
V01 PENILAIAN
Kebolehan membuat pertimbangan dengan
menggunakan kaedah , kriteria / standard
untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan
( Kesesuaian,kecekapan,prosedur,
keberkesanan dll)

Contoh :
Huraikan empat faktor pemilihan reka bentuk
pada jawapan anda di 21 (a).
TERIMA KASIH
SEMOGA PEMBINAAN ITEM KITA
SEMAKIN BAIK DARI MASA KE
SEMASA. KERJASAMA AHLI
JAWATANKUASA KITA AMAT SAYA
HARGAI.

Anda mungkin juga menyukai