Anda di halaman 1dari 2

Kepada pesakit Diabetis.

Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan
haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar
"ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu
hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada
penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan,
untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat
merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak
(merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan
banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu
diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah
untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu
saudara saya ketika admit di Hospital Putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga
anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...
~~~Disalin dari wall facebook rakan saya, dipersilakan SHARE jika ianya dapat memberi manafaat~~~
Nasi Basmati berempah. Resepi baru. Bon Appetit
Bahan2nya
4 cawan beras basmati - direndam dahulu - 15 mins
2 ulas bawang besar di hiris2 nipis/kisar
4 ulas bawang putih di hiris2/kisar
1 inch halia di hiris lebar/kisar
1 batang rempah kayu manis
2 biji rempah bunga lawang
7 biji rempah buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 sudu teh serbuk jintan halus (cumin)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar rempah biryani
1 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
Stok daging atau ayam, secukup untuk tanak nasi nya
8 biji buah tomato cheri di belah dua
Minyak masak
50 gm mentega
4 sudu besar tairu biasa
2 sudu besar air mawar
1 sudu besar Jus lemon dan 2 hiris lemon
Cara2nya
Panaskan minyak dikuali bersama mentega. Secukup ia panas, masuk biji2 rempah, kayu manis, bunga lawang,
pelaga & cengkih. Kemudian masuk bawang2 yang di hiris atau yang di kisar halus. Biarkan semua nya goreng
hingga ia bangkit bau nya. Tuangkan tairu dan gaulkan, masukkan beras basmathi yang sudah di rendam. Gaulkan
beras bersama rencah nya.Tuangkan stok air daging/ayam nya secukup. Letakan garam secukup rasa. Perahkan jus

lemon dan letakan 2 keping hirisan lemon. Tutup periok anda supaya ia tanak. Kalau hendak di masak dalam periok
eletrik pun boleh. Sesudah rencah di goreng tuangkan dalam periok nasi. Letakan stok daging/ayam dan sedikit air
mawar. Tutup periok letrik, biarkan nasi nya tanak. Sesudah masak buka dan taburkan bawang merah goreng dan
daun ketumbar. Kuwes nasi anda supaya ia kelihatan segar, tak melekat2. Sajikan panas2 bersama lauk2 dan
hidangan istimewa anda. selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai