Anda di halaman 1dari 19

BENGKEL MEMBINA ITEM REKA CIPTA

Konstruk yang ditaksir oleh LP

Pengetahuan Kebolehan intelek dan kemahiran Nilai

P00 PENGETAHUAN
Mengingati bahan pelajaran yang telah dipelajari sama ada pengalaman dan pemerhatian yang diterima secara terus / melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang

P01 PENGETAHUAN TENTANG TERMINOLOGI


Pengetahuan tentang nama , istilah atau memberi definisi sesuatu perkara.
Contoh : Apakah yang dimaksudkan dengan mock up ?

P02 PENGETAHUAN TENTANG FAKTA


Pengetahuan tentang maklumat am atau Khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan seuatu komponen Contoh : Nyatakan tiga faktor pemilihan reka bentuk?

P03PENGETAHUAN TENTANG KONVENSYEN


Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim Contoh : Apakah maksud simbol yang terdapat pada gambarajah 2?

P04 PENGETAHUAN TENTANG ALIRAN DAN URUTAN


Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti atau tindakan yang berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti Contoh : Susunkan langkah-langkah kerja membuat tanggam parit?

P05 PENGETAHUAN TENTANG PENGELASAN DAN PENGKATEGORIAN


Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan Contoh : Kelaskan antara produk pengguna dan produk industri pada Jadual 3

P06 PENGETAHUAN TENTANG KRITERIA


Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlua ada (Standard, pertimbangan) pada sesuatu perkara. Contoh : Senaraikan empat ciri-ciri seseorang pereka cipta?

P07 PENGETAHUAN TENTANG METODOLOGI


Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja. Contoh : Susun pernyataan di bawah mengikut urutan kerja yang betul dengan menulis 1, 2, 3, 5 atau 6 di dalam petak yang disediakan.

P08 PENGETAHUAN TENTANG PRINSIP DAN GENERALISASI


Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan pemerhatian atau terhadap sesuatu kejadian, kajian atau ketetapan Contoh : Hitungkan harga jualan seunit bagi produk pada jadual 4.

P09 PENGETAHUAN TENTANG TEORI DAN STRUKTUR


Pengetahuan tentang badan prinsip yang menjadikan dasar pembetukan sesuatu fenomena yang dapat dibutikan dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikan atau pemerhatian Contoh : Apakah yang menyebabkan kek naik dan mengeras apabila dibakar?

KEBOLEHAN INTELEK DAN KEMAHIRAN (INTELLECTUAL ABILITIES AND SKILLS)

CO1 KEFAHAMAN
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan/memperlihatkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. Kemahiran menghuraikan perkaitan antara satu maklumat dengan maklumat yang lain

Contoh : Huraikan/bagaimana gelombang mikro bertindak ke ata potongan ayam yang sedang dipanggang sehingga masak

A01 APLIKASI
Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi (pernyataan umum) pada sesuatu masalah dan situasi baru. Kemahiran menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi untuk menangani situasi baru dalam kehidupan.

Contoh : Hitungkan jumlah keuntungan yang diperolehi di Jadual 12(a)

N01 ANALISIS
Kebolehan memisahkan sesuatu set komunikasi kepada beberapa bahagian sehingga sesuatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas, Contoh : Nyatakan jenis dua reka bentuk jenama di Rajah 8?

T01 SINTESIS
Kebolehan menggabungkan bahagianbahagian untuk membentuk suatu set komunikasi yang tidak jelas sebelumnya. Contoh : Lakarkan reka bentuk jenama bentuk Cap Dagangan untuk susu kambing.

V01 PENILAIAN
Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah , kriteria / standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan ( Kesesuaian,kecekapan,prosedur, keberkesanan dll) Contoh : Huraikan empat faktor pemilihan reka bentuk pada jawapan anda di 21 (a).

TERIMA KASIH
SEMOGA PEMBINAAN ITEM KITA SEMAKIN BAIK DARI MASA KE SEMASA. KERJASAMA AHLI JAWATANKUASA KITA AMAT SAYA HARGAI.

Anda mungkin juga menyukai