Anda di halaman 1dari 2

Forum 4

Antara bentuk tranformasi & inovasi pendidikan yang boleh saya cadangkan untuk meningkatkan
kecemerlangan pendidikan negara bertaraf dunia ialah seseorang guru itu haruslah mengetahui bahawa
inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat
dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan
teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan
perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan
inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif
dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu
kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba. Sebaliknya, sifat orang yang tidak
mempunyai kreativiti dan inovasi antaranya adalah tidak gemar kepada perubahan dan pembaharuan.
Golongan ini juga tidak berminat untuk mencuba dan takut kepada kegagalan di samping bersikap
mudah putus asa. Ciri negatif lain yang dimiliki oleh mereka adalah memandang remeh usaha-usaha
pembaharuan orang lain serta berperasaan hasad dan dengki. Ini kerana Tan Sri Muhyiddin juga
menyebutkan bahawa, "Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan
ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah
membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata. Guru berinovasi
mementingkan aplikasi ilmu oleh para murid sebagaimana yang dikemukakan oleh Haliya Hamzah dan
Joy Nesamalar Samuel dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku bahawa mutu pendidikan dapat
dibuktikan melalui kefahaman murid yang mendalam terhadap topik yang dikaji serta dapat
menggunakan pilihan tersebut dalam situasi-situasi yang memerlukan.












Benar apa yang dikatakan oleh kamu, Ini kerana guru berinovasi juga termasuklah guru yang
berupaya menilai pencapaian dan potensi murid dan pelajar secara holistik serta sentiasa
mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di
dunia yang semakin mencabar. Proses ini juga adalah sandaran informasi yang digunakan pakai
bagi tujuan mengetahui keberhasilan dan kekurangan dalam meraih tujuan-tujuan umum yang
terkandung oleh sistem pendidikan. Menurut kamus dewan edisi keempat holistik membawa
makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang
menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Dengan memberi penekanan
terhadap pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang bermula bagi murid tahun satu
2011 diyakini perkara ini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai