Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN
Pada 6 September 2013 Menteri Pendidikan YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd
Yassin merangkap Timbalan Perdana Menteri secara rasminya melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. Ringkasan eksekutif PPPM sangat komprehensif,
perkara ini merangkumi semua aspek pendidikan arus perdana. Perkara ini adalah pendekatan
bagi membawa perubahan untuk menyediakan generasi muda menghadapi cabaran abad ke-21.
Sifat ilmu dan pendidikan negara ini pada tahap global dan dinamik perlu berubah, terutama
dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia harus proaktif terhadap perubahan ini kerana tahun
2020 negara ini ingin mencapai tahap negara maju sepenuhnya. Oleh itu dasar dan sistem
pendidikan di Malaysia tidak harus statik kerana ia boleh menyebabkan kemunduran terjadi dan
keterpinggiran berlaku. Menyesuaikan diri dengan pendidikan arus dunia tidak bermakna
Malaysia mengorbankan asas-asas fundamental dalam membangun generasinya. Aspek literasi
bahasa masih mengutamakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membenarkan bahasa
sukuan berkembang. Keperluan etika dan nilai menjadi orientasi penting dalam pendidikan untuk
menghasilkan pendidikan holistik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan
vernakular (Sekolah Cina dan Tamil) dibenarkan pada tahap pendidikan rendah supaya
pembelajaran bahasa ibunda tidak dinafikan. Fokus terhadap subjek Sains dan Teknologi
diperkasakan adalah suatu langkah bijak. Suatu ketika Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan di mana bahasa Inggeris menjadi
bahasa pengantar Matematik dan Sains. Ternyata persiapan dan perancangan yang cukup tidak
dibuat dan menyebabkan berlaku masalah dalam pencapaian pelajar terutama di luar bandar,
Sabah dan Sarawak. Langkah Kementerian Pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) semula adalah suatu langkah bijak dan bersikap
jangka panjang supaya bahasa Melayu diletakkan pada tempat yang betul tanpa menafikan
kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ia selari dengan Akta Pendidikan 1996
dan semangat Perlembagaan Negara.
Pada tahun 2016 subjek Bahasa Inggeris akan menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia. Sebelum PPPM ini dilancarkan lagi Kementerian Pendidikan telah
memulakan langkah-langkah strategik bagaimana kualiti pengajaran bahasa Inggeris dapat
ditingkatkan. Perubahan ke arah MBMMBI masih tidak disetujui oleh sesetengah pihak terutama
sebahagian kelompok menengah Melayu dengan andaian bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa
kemajuan. Kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pengajaran Matematik
dan Sains adalah langkah mundur ke belakang. UNESCO menyarankan pengajaran bahasa
ibunda adalah penting untuk menguasai ilmu pengetahuan. Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan
China menggunakan bahasa ibunda untuk maju dalam ilmu dan pendidikan.Berdekad-dekad
yang lalu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia
dan banyak universiti lagi menghasilkan graduan dalam bahasa Melayu. Sebahagian mereka
melanjutkan pelajaran lebih tinggi dan mengkhusus dalam sesuatu bidang dalam bahasa Inggeris.
Mereka tidak ada masalah besar untuk menjadi pakar dan mencapai kelulusan tinggi dalam
bidang masing-masing kerana bahasa Inggeris diajar dalam sistem kita.Hal yang sama
penentangan Dong Zong dan Dong Ziau Jong terhadap PPPM ini adalah tidak berasas melainkan
politik yang melatarinya adalah cauvinistik. Sekolah vernakular dikekalkan dan pengajaran
bahasa Cina dan Tamil dibenarkan. Apa yang penting dilihat ialah soal perpaduan negara
menjadi sesuatu yang paling utama. Malaysia tidak mahu orientasi kurikulum Taiwan dijadikan
asas untuk menghasilkan perpaduan. PPPM memberikan landasan transformatif dalam konteks
pendidikan arus perdana Malaysia. Sekiranya setiap warga Malaysia bersama-sama
mendukungnya, Malaysia boleh menjadi negara maju acuan kita sendiri.















1.1 Dasar Pendidikan Di Malaysia

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat
dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek
politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara.
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara penting bukan sahaja kerana
fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak - kanak dididik untuk menjadi insan
yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai
wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan
tentang kefahaman serta nilai - nilai positif untuk perpaduan kaum dalam kalangan para pelajar.
Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala
tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.
Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini.
Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan
menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi
pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien
dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula,
ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam
menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan
sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat
diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai
kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan
dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah
yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan
menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua
sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah
dan guru guru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan
perguruan yang sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan
orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik,
kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan amalan pedagogi di bilik- bilik darjah
yang bersesuaian , maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri- ciri
tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.



























2.0 OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21
berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini
berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik
sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan
dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta
memaksimumkan keberkesanan sistem;
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi
13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan
sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam














3.0 PELAN TINDAKAN: PEMBENTUKAN DAN APLIKASI KURIKULUM DAN
PENAKSIRAN
3.1 Penambahbaikan Kurikulum Sedia Ada Dan Persedian Untuk Perubahan
Sekitar.
Hasrat kementerian bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti kurikulum dan
pentaksiran, tetapi juga mencapai kesepaduan yang lebih kukuh antara kedua-dua
aspek ini.
1. Penambahbaikan Kerangka Pentaksiran Bagi Meningkatkan Jumlah
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pemantauan rutin yang kerap akan memastikan sekolah yang menghadapi
kesukaran untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dikenal pasti
dengan cepat. Guru dan guru besar daripada sekolah ini akan menerima latihan
daripada SISC+ di sekolah mereka tentang cara menetapkan dan menjalankan
pentaksiran berasaskan sekolah, terutamanya mengenai pemarkahan mengikut
rujukan standard. Disamping itu, KPM juga akan menambah secara sistematik
bilangan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran berasaskan
sekolah dan peperiksaan awam.
5. Memperkenalkan LINUS 2.0 Dan Meluaskan Skop Untuk Literasi Bahasa Inggeris
Linus 2.0 akan dibentuk berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani isu literasi bahasa
Inggeris serta literasi bahasa Malaysia, dan isu numerasi. Murid yang ketinggalan akan
dikumpulkan di dalam kelas yang tertentu dan diajar berdasarkan keperluan mereka. Guru yang
mengajar murid ini akan menerima latihan khusus bagi memastikan mereka dapat
mengaplikasikan strategi terbaik yang dapat membantu murid ini menguasai kemahiran yang
dikehendaki dan akan diserapkan semula dalam kurikulum arus perdana.
3.1 3. PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PENGUASAAN BAHASA SECARA
MELUAS
GELOMBANG 1 (2013-2015): MEMPERKUKUH SISTEM SEDIA ADA
Memberi tumpuan kepada penambahbaikkan sistem sedia ada. Dalam masa tiga tahun akan
datang kementerian akan menumpukan usaha kepada menyelaraskan standard kurikulum Bahasa
Malaysia yang sama di semua sekolah, meningkatkan sistem penyampaian dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris, dan menambahkan peluang untuk mempelajari bahasa tambahan
bagi murid yang bukan dari SJK .
1. Meningkatkan Standard Bahasa Malaysia Terutama Di Sekolah Jenis Kebangsaan
Bagi mengatasi masalah tahap penguasaan bahasa Malaysia yang rendah di SJK, pada tahun
2014 kohort Tahun 4 akan menggunakan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama dengan sekolah
kebangsaan tetapi akan mengekalkan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
bagi mata pelajaran lain. Selain itu, untuk Tahun 4 hingga 6, kelas pemulihan sehingga lima jam
seminggu akan diadakan untuk murid yang mengalami masalah dalam Bahasa Malaysia.
2. Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu
Selaras dengan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI), bahasa Malaysia akan menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan,
termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik . Manakala SJK akan terus menjadi bahasa
pengantar iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Selain itu, menggalakkan ahli akedemik
menghasilkan lebih banyak penulisan dalam bahasa Malaysia. Di samping itu institut Tejemahan
buku Malaysia turut diperkasa untuk menterjemah lebih banyak kajian antarabangsa dan istilah
penting dalam Bahasa Malaysia. Latihan kursus dan kursus juga dalam bahasa Malaysia yang
dikendalikan oleh dewan Bahasa dan Pustaka dan universiti tempatan ditambah.
3. Memperkukuh Pengajaran Bahasa Inggeris
Kementerian akan menguji tahap kemahiran 70,000 guru bahasa Inggeris menjelang akhir tahun
2012 menggunakan Cambrige Placement Test (CPT). Guru akan diklasifikasikan mengikut tiga
kategori berdasarkan keputusan ujian mereka, iaitu cekap, memerlukan latihan tambahan separuh
masa berbentuk imersif lebih setahun untuk mencapai tahap kemahiran, dan memerlukan latihan
tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih dua tahun untuk mencapai tahap kemahiran.
Guru yang tidak mencapai tahap kemahiran akan diberi kursus intensif bahasa inggeris pada
tahun 2013. Kursus intersif ini melibatkan lapan minggu program imersi dan lapan minggu
kursus pembelajaran kendiri. Pada akhir tahun, guru ini akan dinilai dan mereka yang maseh
belum mencapai tahap kemahiran minimum dalam Cambrige Placement Test akan diberi masa
dua tahun untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka.
Hal yang demikian, peranan English Langguage Training Centre (ElTC) dalam kementerian akan
diperkukuhkan untuk memberikan latihan secara berkesan kepada guru bahasa Inggeris serta
membangunkan program dan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kementerian
juga akan melancarkan beberapa siri inisiatif MBMMBI untuk memperkukuh sistem
penyampaian bahasa Inggeris. Program Oral Proficiency in English for Secondary School (OPS
English) memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur yang
sekarang ini dalam proses pemurnian selepas menempa kejayaan dalam program rintis yang
dijalankan.


3.2 . PELAN TINDAKAN: MEMANFAATKAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN
GELOMBANG 1 ( 2013 HINGGA 2015 ): MEPERTINGKATKAN ASAS ICT
Di dalam Gelombang 1 ini, Kementerian meningkatkan keupayaan ICT dengan asas sedia ada
bagi memastikan kemudahan ICT asas dan kompentensi baik dan tidak terikat dengan mana-
mana landasan teknologi khusus. Keutamaan adalah untuk;
Memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup dengan peralatan ICT,
Menyediakan pendidikan dengan platform pembelajaran dengan jaringan jalur lebar yang
mencukupi bagi pemgunaan ICT,
Memastikan guru dan murid mempunyai kemahiran asas dalam ICT dan menambahbaik sistem
pemantauan bagi menyediakan pentaksiran yang tepat kemajuan ICT
1. Menyediakan Infrastruktur Untuk Jaringan Dan Landasan Pembelajaran Melalui 1BestariNet
Di bawah projek ini, 10000 sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara akan dilengkapi
akses internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya ( virtual learning environment (VLE)
pada penghujung 2013. Kementerian akan memastikan semua guru dilatih dan cekap
mengunakan VLE menjelang 2015.
2. Pembekalan Lebih Banyak Peralatan ICT
Kementerian akan memberi tumpuan kapada pembekalan lebih banyak peralatan ICT, kepada
murid dan guru selain komputer seperti tablet atau komputer pintar, kerana peranti digital
semakin lama semakin bersepadu serta terbaru. Selain alternatif kepada kemudahan ICT sedia
ada ( makmal komputer), Kemeterian akan menguji penggunaan kaedah terbaru yang kurang
mengunakan sumber seperti kaedah perpustakaan dan pusat sumber. Sasaran untuk nisbah
minimum satu komputer untuk 10 orang murid dalam usaha menyediakan komputer yang
mencukupibagi murid untuk mempelajari ICT.
3. Memastikan Semua Guru Damn Pegawai Celik ICT
Kerajaan akan memastikan semua guru berada dalam tahap mininum literasi ICT pada akhir
2015 bagi mencapai standard sebahagian daripada latihan praperkhidmatan guru dengan
pembangunan profesional yang dikenali dalam VLE 1BestariNet. Kakitangan bukan
Kementerian juga akan sentiasa dilatih dalam ICT untuk memastikan mereka berkemahiran di
dalam menyelesaikan tugas.

. PELAN TINDAKAN: MENUJU KE ARAH SISTEM PEMBELAJARAN
GELOMBANG 1(2013-2015): MENYOKONG PENGLIBATAN IBUBAPA DAN INISIATIF
SEKTOR SWASTA
1. Menggalakkan Kesedaran Melalui Kempen Pendidikan Kebangsaan
Akan menjalankan kajian kebangsaan tentang tahap penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam
pendidikan. Kajian ini akan dijalankan di seluruh negara pada 2013
2. Pelancaran Sarana Penglibatan Untuk Sekolah
Kementerian akan mewajibkan sekolah membangunkan prospektus sendiri bagi menyediakan
ibu bapa dengan matlamat berkaitan aspirasi sekolah supaya ibu bapa dapat merasai
tanggungjawab bersama. Akan menyediakan instrumen untuk mentafsir tahap penglibatan yang
terkini di samping langkah-langkah yang jelas dan menentukan bidang keutamaan .
3. Penyusunan Semula Bantuan Kewanag Bagi Mengukuhkan Penglibatan Ibu Bapa
Kementerian Pelajaran bercadang untuk menyusun semula program bantuan kewangan masa kini
yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan kos untuk
menghantar anak ke sekolah. Bantuan akan diagihkan dua kali setahun dengan menetapkan
kehadiran murid yang minimum dan diwajibkan sebagai syarat pengagihan kedua.
4. Meningkatkan Program Pengambilan Sekolah Angkat
Kementerian telah melancarkan program PINTAR (Promotion Intelligrnce, Nurturing Talent
And Advocating Responsibility) pada tahun 2006 bagi menggalakkan syarikat untuk
berkerjasama denagn sekolah yang kurang mendapat kemudahan dengan memperkenalkan
teknologi baru, aktiviti lepas sekolah, projek literasi, klinik pendidikan dan ceramah motivasi
kepada murid
ANJAKAN STRATEGI PELAN PEMBANGUNAN PELAJARAN MALAYSIA(PPPM)
MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI
BERTARAF KEBANGSAAN
Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,matematik dan sains dengan taraf
antarabangsa
Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) dan semakan semula kurikulum
sekolah rendah (KSSR) pada 2017
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap
kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6tahun kepada 11tahun bermula pada umur 6 + tahun,
disokong dengan program pengekalan yangdisasarkan dan latiahn vokasional sebagi persediaan
untuk pekerjaan
Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan
khusus
MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN
BAHASA INGGERIS
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan
sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan
terhadap Bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
Memperkukukan pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat
untuk tamat persekolahan menjelang 2017
Memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih focus ke atas teras nilai
dan falsafah agama utama menjelang 2017
Memperkembangan murid secara holistic dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 Sukan , 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan cara interaksi antara
jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA
MELUAS
Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu
bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksaan kurikulum setempat dan
kualiti guru mulai 2016
1000 biasiswa daripada sector swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk
belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
Memperluas modal Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan
kumpulan dan NGO yg berpotensi sebagai pengajur




Rujukan
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Anda mungkin juga menyukai