Anda di halaman 1dari 2

RPH - Fasa-Fasa Bulan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tahun : 5 Cerdik
Masa : 8.15 9.15 pagi
SK : 11.2
SP : 11.2.1
11.2.2
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menyatakan Bulan tidak mengeluarkan cahaya tetapi
memantulkan
cahaya daripada matahari.
Memerihalkan Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang
sama beredar mengelilingi bumi dari aspek arah dan tempoh dengan
menjalankan simulasi

Bahan Bantu Mengajar:
Video fasa-fasa bulan,
Kemahiran Proses Sains:
Memerhati, menganalisis, menghubungkait, menjana idea.

Nilai-nilai murni :
Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh tuhan.

Langkah-langkah pengajaran :
Set induksi :
Guru memainkan komponen pengenalan ( menggunakan video fasa-fasa
bulan ). Galakkan murid berfikir adakah Bulan mengeluarkan cahaya.
Galakkan murid menjawab semua soalan yang diberikan. Terima semua
jawapan yang diberikan oleh murid.
Langkah 1
Guru memainkan komponen kandungan. Hentikan CD dari masa ke semasa
untuk meminta murid menjawab soalan yang diberikan di dalam pengajaran
(CD). Guru menerangkan mengapa kita melihat Bulan bersinar terang
walaupun Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri.
Guru menyoal murid tentang bentuk-bentuk bulan yang kelihatan berubah-
ubah sepanjang bulan. Terima semua jawapan murid.
Guru menerangkan kepada murid tentang bentuk bulan yang kelhatan
berbeza-beza adalah fasa-fasa Bulan.
Komponen : isi kandungan.

Langkah 2
Guru meneruskan dengan komponen isi kandungan. Untuk menjalankan
aktiviti ( Frame 3 ) guru sediakan bahan-bahan sebelum kelas bermula.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti berdasarkan aktiviti dalam
komponen isi kandungan. Murid melukiskan bahagian bola keranjang yang
berwarna putih yang boleh dilihat.
Guru menerangkan perubahan saiz bahagian yang berwarna putih pada bola
keranjang mewakili perubahan fasa-fasa Bulan.
Guru memainkan CD seterusnya. Guru membimbing murid memahami
bahawa fasa-fasa Bulan berlaku bergantung kepada kedudukan Bulan dari
Matahari dan Bumi. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk menerangkan
lebih lanjut mengenai fasa-fasa Bulan. Benarkan murid menyoal soalan
berkaitan kejadian fasa-fasa Bulan.
Komponen : Isi kandungan.

Langkah 3
Guru memainkan komponen aktiviti. Galakkan murid menjalankan aktiviti di
rumah ( Menulis diari fasa-fasa Bulan setiap hari )
Komponen : aktivti

Langkah 4
Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam komponen penilaian.
Komponen : penilaian

Langkah 5
Guru memainkan komponen lanjutan / sambungan. Hentikan CD dari masa
kesemasa untuk berbincang tentang calendar yang dibuat berdasarkan
peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Murid memberikan contoh calendar yang
menggunakan Takwim Qamari yang mereka tahu.
Komponen : lanjutan

Langkah 6
Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan. Bincangkan
jawapan .

Penutup
Guru membuat kesimpulan dengan memainkan komponen ringkasan untuk
mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang pelajaran ini.

Anda mungkin juga menyukai