Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya dasar pendidikan khas Negara telah banyak membantu dan

membimbing prestasi akademik kanak-kanak bekeperluan khas ini agar ia searas/setanding


dengan pendidikan kanak-kanak di aliran perdana. Hal ini kerana pihak yang berwajib seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya telah merangka sistem kurikulum dan kokurikulum
yang selaras dengan standard murid perdana.
Sebagai contoh 1: murid pendidikan khas juga perlu menjalani Ujian LINUS yang mana
objektifnya adalah untuk membantu guru-guru menjalankan intervensi bagi meningkatkan
domain perkembangan individu murid bekeperluan khas.
Contoh yang ke 2: Murid pendidikan khas diterapkan dengan KSSR yang mana
pelaksanaannya mengikut kategori murid samada murid bermasalah pendengaran,
bermasalah pembelajaran atau bermasalah penglihatan.
Contoh yang ke 3: Murid pendidikan khas juga tidak dinafikan hak mereka untuk mendapat
pendidikan yang terbaik contohnya dengan menginklusifkan mereka yang berpotensi.
Contoh yang ke 4: Murid pendidikan khas juga digalakkan mengambil peperiksaan yang besar
seperti UPSR,PMR dan SPM.

Konklusinya dasar pendidikan khas Negara banyak membina peluang yang cerah kepada
murid-murid bekeperluan khas standing dengan dasar itu sendiri memastikan murid
bekeperluan khas mendapat akses dan ekuiti kepada pendidikan yang berkualiti selaras
dengan pembangunan pendidikan kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai