Anda di halaman 1dari 9

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET







PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 5.0 ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Membuat penilaian terhadap bahan yang dimuat naik atau dimuat turun dari aspek
etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat.

B. Kandungan Pengajaran
5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet.
5.2 Kod Etika KPM.
5.3 Undang-undang Siber.
5.4 Privasi.

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

2
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet
5.1.1 Kebaikan Internet
1 Perkongsian Maklumat
Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet
tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan
sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya
perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka
inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com
dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan.

2 Alat Komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan
alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah
memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat
meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita
berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing
hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini juga amat berguna
kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi
antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video
Conferencing atau Tele-conference.

3 Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos
panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog
amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan
sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata
caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan
kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai
cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya
dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu
mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat.

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

3
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

4 Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat.
Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan CNN.
Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di
seluruh dunia.

5 Promosi
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet
bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia.
Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan
murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.

6 Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet.
Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman
web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh
dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia.
Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi
dengan kawan-kawan baru di alam maya.

7 Pendidikan Secara Dalam Talian
Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan
secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu
menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan
pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota
pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan
pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu,
keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian.

8 Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel
dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi
memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan
perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

4
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh
menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.

9 Sosial
Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook,
Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung
dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada
minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat
dan berkesan.
5.1.2 Keburukan Internet

1. Ketidaktepatan Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet. Namun demikian,
adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak memastikan sama
ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh
mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak.
Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan
maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan
internet untuk menabur fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang
demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala
virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan
tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer
yang digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada
diceroboh. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer
kita daripada serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus,
malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah
boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini
akan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer seterusnya akan
menganggu prestasi komputer dan juga rangkaian.


KURSUS TMK TAHUN 5 2014

5
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

3. Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-
gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan
remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara
umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah
memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya
perlu, perisian penapisan internet seperti Norton Family, DNS Angel, Bitdefender,
Parental Controls, Family Safety dan lain-lain, perlulah dipasang di komputer yang
digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau
laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka.

4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah,
universiti, jabatan-jabatan kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam
pelayan-pelayan yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah digodam
oleh para penggodam boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data
sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan dalam
mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti rangkaian haruslah dipertingkatkan serta
dikemaskini dari semasa ke semasa.

5. Pembaziran Masa dan Melalaikan
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain permainan dalam
talian, sembang maya dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-
aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah dihadkan.
Laman sosial facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh diguna
seperti permainan dan sembang maya. Sesetengah syarikat menyekat akses ke
laman tersebut kerana boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja
mereka.








KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

5.2 Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

i. Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0.
Dasar ini bertujuan menerangkan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami
dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pekeliling ini boleh dicapai melalui
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict

ii. Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)
Garis panduan ini berkenaan dengan panduan penggunaan dan pengurusan e-mel
KPM di sediakan bagi tujuan sebagai panduan penggunaan dan pengurusan e-mel
semua bahagian khususnya dalam pengurusan penghantaran dokumen melalui e-
mel. Garis panduan ini boleh dicapai melalui pautan
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
iii. Garis Panduan Norma Agihan dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet,
E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran
KPM.
Tujuan kertas ini untuk menyediakan satu garis panduan berkaitan norma
pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan
broadband tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan pengurusan dan
pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini boleh dicapai
melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict

iv. Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus
Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia
Surat Pekeliling ini bermaksud memberi panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian,
Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai
pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan
Malaysia. Surat Pekeliling ini boleh dicapai melalui
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict



KURSUS TMK TAHUN 5 2014

7
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

v. Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman web/
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat pekeliling ini bermaksud memberi garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/
Bahagian untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus
Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan
ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict

5.3 UNDANG-UNDANG SIBER
Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan
undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan
diluluskan, seperti berikut:
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
iii. Akta Tandatangan Digital 1997.
iv. Akta Jenayah Komputer 1997.
v. Akta Teleperubatan 1997.

i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia
menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini
disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila
rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan
Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam
internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah
kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia
di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga,
Air dan Komunikasi (kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan
dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan
berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan
terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di
bawah suruhanjaya ini.


KURSUS TMK TAHUN 5 2014

8
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

iii. Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui
online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah
sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-
undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk
melaksanakan dokumentasi secara online.

iv. Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya
berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini
memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

v. Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan
jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia
memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal
perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

vi. Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997.
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta
induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui
internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

vii. Akta Perdagangan Elektronik 2006
Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang semua
transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak
menghalang transaksi secara konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara
itu akan memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat
transaksi secara elektronik. Akta ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna
itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk
menjalankan transaksi secara elektonik.






KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

viii. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan
undang-undang mesej elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang
awam. Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai
kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan.
Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti
pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG.

5.4 Privasi
5.4.1 Secara umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan:
i. Perlindungan data
Teknologi terkini termasuk enkripsi data digunakan untuk melindungi data yang
dihantar dan mematuhi kepada piawaian keselamatan yang ketat bagi menghalang
capaian yang tidak dibenarkan daripada di akses.

ii. Keselamatan data
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan
disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

5.4.2 Isu-isu berkaitan privasi
i. Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu
keselamatan melibatkan aksi pencerobohan (intrusion) terhadap sistem
maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem.
ii. Penyebaran virus menerusi sistem internet.
iii. Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat.
iv. Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu
pengesahan.
v. Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang
membenarkan perkongsian data tanpa perlu pengesahan.

Anda mungkin juga menyukai