Anda di halaman 1dari 6

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET








PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 3.0 PROTOKOL
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengetahui definisi TCP/IP.
2. Menerangkan tentang alamat IP.
3. Mengetahui perbezaan antara DCHP dan IP Tetap.
B. Kandungan Pengajaran
3.1 Definisi TCP/IP.
3.2 Penerangan tentang alamat IP.
3.3 Perbezaan antara DCHP dan IP Tetap.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014

2
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

3.1 Definisi TCP/IP
Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set
peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam
penghantaran data antara komputer.

BAGAIMANA DATA DAPAT DI HANTAR MELALUI INTERNET?
Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini
membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri
daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan
semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar
melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang
pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit
China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul
dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.
















Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet






KURSUS TMK TAHUN 5 2014

3
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis.
1. Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP), mengendalikan
penterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikan
melalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkan
kembali paket ke data yang asal.
2. Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiap
paket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlu
mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yang
berada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebut
berada.

3.2 Penerangan Kepada Alamat IP
Internet adalah sebuah kombinasi sambungan dari banyak komputer di dunia. Dalam
berkomunikasi, komputer-komputer yang berhubung memerlukan alamat supaya data dapat
dihantar ke tempat yang betul. Alamat tersebut menjadi pengenalan diri bagi sesebuah
komputer bertujuan mengenali komputer yang mengirim data kepadanya dan sebaliknya.

Definisi Alamat IP
Alamat IP merupakan singkatan dari alamat Internet Protokol. Pengertian alamat IP adalah
suatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, penghala atau
pencetak yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan Internet
Protokol sebagai cara komunikasi. Alamat IP memiliki dua fungsi:
1. Sebagai alat identifikasi hos atau antaramuka pada jaringan
Fungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut.
Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.

2. Sebagai alamat lokasi jaringan
Fungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kita
berada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuat
informasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai ke
komputer yang dituju.

Alamat IP dibentuk daripada 32 bit binari (1 atau 0) yang dibahagikan ke dalam 4 octet.
Setiap octet ditukarkan ke dalam nombor decimal dengan setiap satu di antara 0 hingga 255
dan dipisahkan dengan titik.

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

4
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Contoh alamat IP:



Kelas alamat IP:
Kelas A: 1.0.0.0 127.255.255.255
Octet 1 Octet 2 Octet 3 Octet 4
1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8
0
Net id Nod id

Kelas B: 128.0.0.0 191.255.255.255
Octet 1 Octet 2 Octet 3 Octet 4
1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8
1 0
Net id Nod id

Kelas C: 192.0.0.0 223.255.255.255
Octet 1 Octet 2 Octet 3 Octet 4
1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8
1 1 0
Net id Nod id

Istilah-istilah kelas ini jarang digunakan dengan pengenalan classless interdomain routing
(CIDR).





KURSUS TMK TAHUN 5 2014

5
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Nama Domain (Domain Name)
Nombor IP sukar untuk diingati, Internet membolehkan perwakilan nombor alamat IP dalam
bentuk teks yang dikenali sebagai nama domain. Seperti alamat IP, nama domain juga
dipisahkan dengan titik.







3.3 Perbezaan Antara DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Dan Fixed IP(IPStatik)

Definisi IP Statik
IP statik ialah memasukkan alamat IP secara manual bagi setiap peranti dalam rangkaian.
Alamat perlu diperuntukkan dengan berhati-hati supaya setiap peranti mempunyai alamat
yang tidak bertindih. Apabila anda menyambung peranti baru, anda perlu memilih "manual"
bagi pilihan konfigurasi dan masukkan alamat IP, subnet mask, default gateway dan DNS
server (s).













Rajah 3.1: Protokol Internet


Menandakan komputer
pelayan web
Organisasi
(SMK Segambut Jaya)
Kod negara
(Malaysia)
Institusi
Pendidikan
(education)

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Definisi DHCP
DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) adalah protokol komunikasi yang
membolehkan pentadbir rangkaian secara berpusat mengurus dan automatik memberikan
alamat IP yang unik untuk setiap komputer dalam rangkaian organisasi. Tanpa DHCP,
alamat IP perlu dimasukkan secara manual pada setiap komputer dan alamat IP yang baru
perlu dimasukkan setiap kali komputer bergerak ke lokasi baru dalam rangkaian.

Fungsi DHCP
Apabila DHCP diaktifkan, peranti baru disambungkan kepada rangkaian meminta pelayan
DHCP untuk alamat, dan pelayan memberikan alamat yang lokasi yang tidak digunakan.
Pelayan DHCP menjejaki alamat yang digunakan, alamat yang sedia ada, dan menyimpan
rekod alamat yang telah diberikan kepada pelbagai peranti. Ini memastikan bahawa alamat
tidak bercanggah antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, peranti yang di luar talian
(offline), jika bersambung kembali berkemungkinan tidak akan mempunyai alamat IP yang
sama.

DHCP IP Statik
Protokol memberikan alamat IP secara
automatik
Elemen tertentu dalam rangkaian yang
mendapat alamat IP yang sama
sepanjang masa
Keutamaan memberikan alamat IP
dinamik tetapi ia juga boleh digunakan
untuk memberikan alamat IP statik
Tidak boleh memberikan alamat IP
dinamik
Digunakan dalam wireless access points
Jika digunakan dalam wireless access
points akan banyak gangguan
Digunakan dalam kebanyakan
rangkaian kerana ia mudah
IP statik masih diperlukan untuk kes-kes
tertentu

Jadual 3.1: Perbezaan IP Statik dan DHCP

Anda mungkin juga menyukai