Anda di halaman 1dari 4

TOKOH YANG DISEGANI

TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA


AL-HAJ




Latar Belakang

Nama : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Pura Al-Haj
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tngkat Tiga,Alor Setar,Kedah
Pengajian :
-Sekolah Melayu,Alor Setar
-Government English School
-Sekolah Debsurin,Bangkok
-Penang Free School
-St. Catherine College
-Universiti Cambridge (1920)
-mendapat Ijazah Sarjana Muda undang-undang dan sejarah
Universiti Cambridge (1925)
-menamatkan pengajian di Inns ofCourt
-mendapat kelayakan undang-undang
Jawatan : Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Bahagian Kedah (26 Ogos 1951)



Sumbangan Tunku Abdul Rahman

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat
kebangsaan di jiwa Almarhum. Almarhum YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres
Melayu Se Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada
tahun 1946. Pada tahun 1949, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah.
Apabila Dato Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden
UMNO, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih
kepimpinan UMNO dari Dato
Onn, Almarhum YTM Tunku
Rahman Putra Al-Haj telah
mewujudkan kerjasama dengan
MCA menubuhkan Perikatan
pada tahun 1952. Sejak itu
Perikatan menjadi badan
dominan yang memperjuangkan
Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak
apabila Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
membacakan pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan
kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-
sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Almarhum
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan
akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina
dan India. Kewibawaan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan
Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak
British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos
1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang
penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis
semasa darurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-
ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan
Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan
tetapi menemui jalan buntu.



PROSES MENUNUTUT KEMERDEKAAN

Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955
memang menjulang tinggi nama Abdul Rahman sebagai pemimpin
paling penting dalam politik persekutuan tanah melayu. Penemuan
Tunku dan Donald MacGillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955,
merupakan langkah dalam proses menuntut kemerdekaan. Inilah
langkah pertama tunku sebagai pemimpin perikatan meminta kuasa
pemerintahan daripada kerajaan British. Namun setelah berbincang
selama 2jam setengah, Tunku gagal untuk membincangkan kuasa veto
Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf
perlembagaan. Keinginan Tunku untuk membolehkan Perikatan
Campur tangan dalam pentadbiran secepat mungkin, seperti yang
dijanjikan dalam pilihan raya yang lepas tidak kesampaian.

Anda mungkin juga menyukai