Anda di halaman 1dari 3

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEMELING 2016

KERTAS KERJA PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PROJEK JOM BELA IKAN

1.0 PENDAHULUAN
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua
pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah
memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri
ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada
pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus
semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat
apa-apa.
Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam
peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian
merumit saban tahun. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula
akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik
pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah
peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada
sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru,
program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan
keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan
memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

2.0 MATLAMAT
1. Program ini diharapkan dapat mengurangkan salahlaku ponteng sekolah di
kalangan muridmurid SK Semeling khususnya murid-murid Tahun 6 .
2.

Ia diharap dapat menyedarkan betapa pentingnya untuk datang ke


sekolah selain secara

tidak langsung dapat mengurangkan gejala-gejala

tidak sihat dan memastikan bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun
dengan menurunnya bilangan murid yang ponteng

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEMELING 2016

3.0 OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran kepada murid mengenai kepentingan hadir ke
sekolah.
2. Mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri
3. Untuk menyemai sikap berdisiplin, bertanggungjawab, cintai sekolah
serta peranan
murid-murid dalam kecemerlangan sekolah.
4. Mewujudkan semangat motivasi yang tinggi dalam diri setiap murid untuk
datang ke
sekolah

4.0 SASARAN
Sasaran utama program ini adalah murid Tahun 6 dari kelas 6 Ibnu Wafiq dan 6
Ibnu Yunus yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah (ponteng).

5.0 JANGKAMASA

6.0 SUMBER KEWANGAN


PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
En Abd Halim bin Zainol Abidin
Guru Besar SK Semeling
Naib Pengerusi / Penyelaras
Pn Wan Rozita bt Wan Osman
PKHEM SK Semeling
Setiausaha
Pn Siti Rhaudatun Nadiah bt Jamaludin

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEMELING 2016

Guru B&K SK Semeling


AJK
Penyelaras aliran Tahun 6
Semua Guru Kelas Tahun 6
6.0 BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Ikan Hiasan
2. Makanan Ikan

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama daripada
semua pihak, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang.
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu
pelajar kita hari ini ke arah insan yang lebih berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Semoga segala perancangan yang
diusahakan mendapat berkat daripada Ilahi. Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai