Anda di halaman 1dari 2

Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini.

Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke
dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil.
Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu
tone yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza
mengikut batch jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor batch
yang sama.
erdapat dua jenis cat yang utama. !edua"duanya bersi#at cair. Selalunya dikenali
sebagai cat berasaskan minyak $gloss% untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air
$emulsion% untuk dinding dan siling.
&da
pelbagai
jenama
cat yang
boleh
anda
pilih.
'ang
penting
anda tahu
spesikasi
cat yang
anda
perlukan.
Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau undercoat terlebih dulu.
Cat emulsion tidak perlu undercoat tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas
sesuatu permukaan bagi memadamkan warna permukaan asal. Lapisan pertama cat
emulsion bertindak sebagai undercoat.
(enis yang kedua ) dirumus khas untuk yang baru belajar ) adalah cat tidak menitis yang
juga digelar takut"leleh, jeli atau cat satu lapisan.
Cat ini kelihatan seperti jeli dan menjadi cair apabila disapu di atas permukaan.
!emudian ia bertukar menjadi jeli semula dan oleh itu tidak menitis atau meleleh.
Cat ini baik kerana ia lebih pekat dari cat biasa serta sedia mengandungi undercoat di
dalamnya. *leh sebab itu walaupun harganya lebih mahal tetapi dalam jangkamasa
panjang ia berbaloi.
Cat emulsion tidak menitis juga terdapat dalam bentuk pejal. Bagi cat pejal, pengelek
yang digunakan akan menyerap cat secukupnya untuk diaplikasi. !erana tidak menitis, ia
sangat sesuai untuk mengecat siling.
(angan sesekali mengacau cat tidak menitis sebelum digunakan walaupun ia nampak
berketul di dalam tin. (ika ia cair kerana telah digoncang atau dikacau secara tidak
sengaja, biarkan ia kembali ke bentuk asalnya sebelum digunakan.
Lapisan cat paling atas $#inal coat+topcoat% ) boleh diakhiri dengan cat gloss, semi"gloss
atau matt. ,ama lain bagi semi"gloss adalah seperti mutiara, sutera, satin dan sebagainya
bergantung kepada suka hati pengeluar cat.
Semakin glossy cat yang digunakan semakin kuat dan tahan permukaan yang
dikenakan. Cat juga lebih kuat dan tahan"cuaca apabila mengandungi resin sintetik
seperti polyurathane.
&da cat mengandungi aditi# yang menjadikan ia lebih tahan api. Cat seperti ini membantu
menahan api dari merebak dan kualiti itu menjadikan ia sesuai untuk digunakan ke atas
permukaan atau bahan mudah terbakar seperti kayu dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai