Anda di halaman 1dari 3

Corak Pertumbuhan Manusia

Pertumbuhan (growth) adalah satu proses yang dialami di dalam


semua organisma hidup.

Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh dipaparkan


melalui lengkung pertumbuhan (growth curve). Lengkung
pertumbuhan ini adalahberbentuk S (S-shaped) atau sigmoid.

Proses pertumbuhan adalah melibatkan:


Peningkatan saiz (pembesaran) organisma.
Perubahan penampilan / rupa organisma.
Peningkatan dalam bilangan sel-sel.
Pembangunan fungsi organ organisma.
Pertumbuhan Manusia
Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua
cara, iaitu melalui:
Ketinggian badan (body height)
Berat badan (body weight)
Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada
beberapa peringkat. Pada setiap peringkat, akan terdapat
perubahan dari segi bentuk, saiz dan rupa.
Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada
manusia:
Peringkat awal (infancy)
Zaman kanak-kanak (childhood)
Remaja (adolescence)
Dewasa (adulthood)
Usia tua (old age)

Lengkung pertumbuhan manusia.


Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran manusia terbahagi kepada
peringkat berikut:
Peringkat awal (peringkat I).
Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1 tahun. Kadar pertumbuhan

pada peringkat ini adalah cepat.


Usia tua (peringkat V).

Zaman kanak-kanak (peringkat II).


Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun.
Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan
sehinggalah remaja.

Remaja (peringkat III).


Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20 tahun. Kadar
pertumbuhan pada peringkat ini terdapat sedikit peningkatan.

Dewasa (peringkat IV).


Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah malar (constant)
atau sifar. Ini bermakna bahawa pertumbuhan/tumbesaran
manusia telah berhenti. Walau bagaimanapun, terdapat bahagian
yang tumbuh sepanjang hayat, iaitu kulit, kuku dan rambut.

Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan adalah negatif dan saiz


tubuh manusia juga mula mengurang. Peringkat ini berakhir
dengan kematian.
Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve) manusia
secara umumnya adalah sigmoid, tetapi terdapat perbezaan
dalam pertumbuhan pada lelaki dan wanita.

Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.


Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan
perempuan/wanita di atas;
Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti budak
perempuan semasa peringkat awal (bayi).
Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak lelaki adalah
melebihi budak perempuan semasa zaman kanak-kanak.
Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan adalah dilebihi
oleh budak perempuan. Ini adalah kerana seorang budak
perempuan mencapai akil baligh (puberty) pada usia yang lebih
awal (kira-kira 12 tahun) dan zaman remajanya juga berakhir
awal (kira-kira 16 tahun).
Seorang budak lelaki mencapai akil baligh pada usia lewat
sedikit (kira-kira 14 tahun) dan zaman remajanya pula berakhir
pada umur kira-kira 18 tahun. Jadi, ketinggian perempuan adalah
melebihi lelaki pada peringkat remaja.
Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang lelaki adalah lebih
panjang, jadi ketinggian seorang lelaki melebihi seorang
perempuan, adalah pada umur 18 tahun dan ke atas.
Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat yang paling
penting dalam pertumbuhan manusia. Jadi, kanak-kanak
mestilah diberi:
Diet yang seimbang kerana nutrien seperti karbohidrat, protein,
lemak, vitamin dan garam mineral boleh memastikan
pertumbuhan yang sihat dan mencegah pelbagai
penyakit kekurangan seperti marasmus (lemah seluruh badan),
riket, kwashiorkor dan beri-beri.
Bimbingan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan bagi
memastikan pertumbuhan rohani yang sempurna.

Anda mungkin juga menyukai