Anda di halaman 1dari 66

UNIT 3

NOTA
KAKI,KUTIPAN,PARAFRASA.MERINGKAS
MAKLUMAT.BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
MAKSUD:
Gagasan, pandangan, pendapat atau idea
yang diambil daripada pelbagai sumber.
Proses pengambilan gagasan itu
dijelaskan sebagai mengutip daripada
kamus, jurnal, laporan, artikel, majalah,
internet dan sebagainya.


kutipan yang ditulis dalam susunan ayat asal
tanpa mengalami sebarang perubahan dan
diberi tempat tersendiri dan terpisah dari teks.
Diperlukan apabila:
a. Penulis tidak dapat menjelaskan idea
dalam kutipan asal dengan ayat sendiri
b. Petikan asal mengandungi bahasa yang
terlalu teknikal sehingga pengubahan
perkataan sendiri dikhuatiri akan mengubah
makna asal
KUTIPAN
LANGSUNG

mengungkap kembali pendapat, ringkasan, gagasan
pokok atau kesimpulan daripada sesebuah penulisan
dengan gaya, bahasa dan ayat sendiri.

Lebih menarik jika penulis berjaya mengolah semula
petikan yang dipetik bagi tujuan memudahkan
pemahaman pembaca

Jika terdapat sebarang perubahan daripada teks asal,
penulis perlu memaklumkan kepada pembaca dengan
menyatakan nama penulis dan tahun bahan diterbitkan.





KUTIPAN
TIDAK
LANGSUNG
Untuk menegaskan isi huraian
Untuk membuktikan kebenaran pernyataan yang
dibuat penulis
Untuk memperlihatkan kepada pembaca teori
yang digunakan
Untuk mengkaji interprestasi/tanggapan penulis
terhadap bahan kutipan yang digunakan
Untuk menunjukkan aspek topik yang akan
dibahaskan
Untuk mencegah plagiat
Kutipan berkaitan dengan penggunaan teori
Jangan terlalu banyak menggunakan kutipan
langsung
Penulis mempertimbangkan kutipan yang perlu
sahaja
Penulisan mempertimbangkan jenis kutipan dan
kaitannya dengan penulisan
Penulis bertanggungjawab penuh terhadap
ketepatan dan ketelitian dalam kutipan

KUTIPAN
KUTIPAN
LANGSUNG
Kutipan Langsung Pendek
Kutipan Langsung
Panjang
KUTIPAN
TIDAK
LANGSUNG
SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN
KUTIPAN LANGSUNG
Untuk membuat perbandingan

Untuk mengungkapkan pernyataan yang memberi
gambaran menyeluruh tentang isu

Untuk mempertahankan keaslian tulisan atau bahan
orang lain tanpa pengubahan bentuk



KUTIPAN LANGSUNG PENDEK
KURANG 40 P.P

Diberi tanda petik ()
Perlu nyatakan nama penulis dan muka surat
Kedudukan kutipan perlu dimasukkan dalam teks
Perhatikan contoh berikut:







Marzali (2010) menjelaskan, Tamadun Melayu yang
kawasannya melingkupi Melayu-Polinesia adalah satu
dugaan sahaja (hlm.21), dan tidak disokong oleh bukti-
bukti adat dan bahasa.
KUTIPAN PENDEK DI AKHIR AYAT
sertakan petikan dalam tanda petik tanpa memasukkan tanda baca asal.
Perhatikan contoh berikut:
a. Petikan teks asal
Sumber: Koesnoe, R.
Tahun: 1979
Halaman: 14
Kutipan asal: Bali terkenal dengan tiga kategori adat, iaitu gama,
sima dan perarem
b. Petikan teks setelah mengalami pengubahsuaian


Dalam pada itu, menurut Koesnoe (1979), Bali terkenal dengan
tigakategori adat iaitu gama,sima, dan perarem (hlm.14).
KUTIPAN LANGSUNG PANJANG
Kutipan lebih 40 p.p.
Dibuat dalam perenggan khusus (indentation)
Saiz huruf dalam petikan kutipan hendaklah 1 poin lebih kecil daripada
saiz taip teks
Ditaip langkau 1 baris (spacing 1.0)
Perhatikan contoh berikut:

Vollenhoven (1972) membahaskan:


Misteri keindahan yang tergambar dalam fikiran dan yang
hadir di hadapan mata atau yang dapat dirasai dan dinikmati
oleh pancaindera dan perasaan hanya dapat difahami jika kita
memahami rahsia dalam penciptaan manusia itu sendiri
(hlm.45).
CARA-CARA MENULIS KUTIPAN

DUA PENULIS
Namakan kedua-dua penulis
Gunakan perkataan "dan" di antara nama-nama penulis


TIGA HINGGA LIMA PENULIS
Senaraikan semua nama untuk kali pertama memetik kutipan
Gunakan perkataan "dan" di antara nama-nama penulis di dalam kutipan
Dalam petikan berikutnya, hanya menggunakan nama penulis pertama
diikuti dengan "et al." dalam kurungan.







CARA-CARA MENULIS KUTIPAN
ENAM ATAU LEBIH PENULIS
gunakan nama pengarang pertama diikuti oleh et al. dalam kurungan atau
nama pengarang dan et al. berada sekali dalam kurungan.

TANPA NAMA
Jika tiada nama penulis, gunakan perkataan pertama atau dua dalam
kurungan. Judul buku dan laporan ditulis dengan huruf condong atau garis
bawah; tajuk, bab, dan laman web adalah dalam tanda petikan.
Dalam senarai rujukan, gunakan (tanpa nama, 2002)








CARA-CARA MENULIS KUTIPAN
DUA ATAU LEBIH PENULIS YANG SAMA
PADA TAHUN YANG SAMA
gunakan huruf lower- (a, b, c) dengan tahun dalam senarai rujukan

ORGANISASI
Nama organisasi dinyatakan pada kali pertama memetik sumber.
Jika organisasi mempunyai singkatan terkenal, termasuk singkatan dalam
kurungan pertama kali sumber itu dipetik dan kemudian hanya
menggunakan singkatan dalam petikan kemudian.









CARA-CARA MENULIS KUTIPAN
MEMETIK PENGENALAN, PRAKATA, KATA
PENGANTAR
Kaedah menulis rujukan yang sama digunakan

PENULIS DENGAN NAMA AKHIR YANG
SAMA
untuk mengelakkan kekeliruan, susun nama akhir mengikut alphabet.

KOMUNIKASI PERIBADI
Digunakan untuk untuk temuduga, surat, e-mel, dan komunikasi
Masukkan nama, tarikh,bulan dan tahun












CARA-CARA MENULIS KUTIPAN
SUMBER YANG DIPETIK DALAM SUMBER
LAIN
Namakan sumber asal
Senaraikan sumber sekunder dalam senarai rujukan termasuk sumber
sekunder dalam kurungan
Nama kedua-dua pengarang perlu dimasukkan dalam bibliografi













CARA-CARA MENULIS KUTIPAN
SUMBER ELEKTRONIK:Tanpa Penulis dan
Tarikh
Jika tiada pengarang atau tarikh dalam diberikan, gunakan gelaran atau
perkataan pertama atau dua tajuk dalam kurungan diikuti singkatan "t.t"
(untuk "tiada tarikh").


Ada Penulis dan Tarikh
Jika boleh, carilah bahan yang mengandungi penulis dan tarikh












CARA-CARA MENULIS KUTIPAN
Sumber Tanpa Halaman

Apabila sumber elektronik tidak mempunyai nombor halaman, gunakan
singkatan "para" diikuti dengan nombor perenggan (Hall, 2001, para.5).
Jika perenggan tidak menyatakan perenggan yang di bawah tajuk,
contohnya dalam beberapa sumber elektronik, seperti laman web, orang
ramai boleh menggunakan fungsi dalam pelayar mereka untuk mencari
apa-apa petikan.
Jangan gunakan nombor muka surat laman web yang dicetak kerana
laman web komputer yang dicetak berbeza dengan penomboran halaman
dokumen yang diambil.














ungkapan kembali pendapat, ringkasan, gagasan pokok atau kesimpulan
daripada sesebuah penulisan dengan gaya, bahasa dan ayat sendiri (Mohd
Azhar Abd Hamid, 2001).

Lebih menarik jika penulis berjaya mengolah semula petikan yang dipetik
bagi tujuan memudahkan pemahaman pembaca.

Penulis perlu memaklumkan nama penulis dan tahun bahan yang
diterbitkan jika terdapat sebarang perubahan daripada teks asal.

Tujuan kutipan ini adalah untuk menyokong idea penulis asal dan
bukannya menambah maklumat sedia ada.

Meringkas
Menyajikan suatu karangan atau bahagian karangan yang panjang
dalam bentuk ringkasan.
Tujuan meringkas adalah untuk mengembangkan ekspresi
penulisan, memudahkan pemahaman naskah asal dan memperkuat
bukti.
Iktisar
Menyajikan suatu karangan yang panjang dalam bentuk ringkas dari
naskah asal tetapi tidak mempertahankan urutan, tidak menyajikan
keseluruhan isi dan menjelaskan secara langsung kepada inti
bahasan yang berkait dengan masalah yang hendak diperjelas.
Pengungkapan kembali sesuatu idea atau penulisan
dengan cara lain dalam bahasa yang sama, tanpa
mengubah maknanya.

PARAFRASA: CIRI-CIRI
1
Bentuk idea berbeza
2
Makna idea yang sama
3
Bahasa atau cara penyampaian yang
berbeza
LANGKAH-LANGKAH BUAT
PARAFRASA
PERTAMA
Membaca teks secara menyeluruh
KEDUA
Menentukan idea-idea dalam pemikiran acana
KETIGA
Menentukan idea yang hendak dijadikan idea
utama
LANGKAH-LANGKAH BUAT
PARAFRASA
KEEMPAT
Menyusun idea tanpa mengubah
maksud
KELIMA
Menyempurnakan idea utama
CONTOH PARAFRASA
PENULISAN ILMIAH
PETIKAN ASAL:
Jam sintetik bukan sahaja penting secara saintifik, malahan ianya
mempengaruhi produktiviti dan kesihatan. Kesan jangka panjang akibat
percanggahan antara jam sintetik dan waktu kerja masih tidak diketahui
dan belum ada lagi kajian yang dilakukan. Dalam jangka pendek, kesannya
boleh dilihat ke atas tidur, sistem penghadaman, kadar kemalangan dan
masalah sosial.

Sumber dipetik daripada: Jam sintetik: Produktiviti dan kesihatan
Nama Pengarang: Karamratnam
Tahun: 2002
Halaman: 1001
PERUBAHAN:
Karamratnam (2002) berhujah bahawa di samping kepentingan saintifik,
konsep jam sintetik juga adalah penting dari sudut ekonomi dan sosial
sesebuah negara. Beliau seterusnya memberikan contoh-contoh masalah
kesihatan dan sosial yang berpunca dari percanggahan amalan waktu kerja
dengan jam sintetik seseorang.

Meringkas atau merumuskan maklumat merupakan teknik yang digunakan
penulis bagi menyimpulkan semua bahan yang dibaca mengikut
pemahaman masing-masing secara mudah dan ringkas
dapat mengelakkan penggunaan kata mubazir.

Judul Penyelidikan: Jam sintetik: Produktiviti dan kesihatan
Nama Pengarang: Karamratnam
Tahun: 2002
Tempat Terbit: Bangi
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia
Secara ringkasnya, Karamratnam (2002) dalam penyelidikannya terhadap jam
biologi telah merumuskan tentang kemungkinan-kemungkinan negatif ke atas
kesihatan ekonomi dan sosial negara apabila waktu kerja yang bercanggah
dengan jam biologi yang sering diamalkan.
NOTA KAKI
maklumat tambahan yang dimuatkan dalam sesebuah penulisan.
Penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan tesis dalam
bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Diperlukan sebagai catatan tambahan tentang asal-usul sumber yang
boleh dirujuk yang disediakan oleh penulis bagi menyokong dan
menunjang maklumat yang sedang dibuatnya.
Digunakan dalam bidang sejarah.
Hendaklah dinomborkan mengikut nombor berturutan dan selaras dengan
urutan (bilangan).

FUNGSI NOTA
Memberi maklumat lengkap tentang asal usul
sumber
Memberi maklumat tentang sumber yang
dirujuk
Membuat rujukan silang
Memberi rujukan tambahan
Memindahkan petikan langsung kepada bahagian
nota kaki
GAYA NOTA KAKI
APA
American Psychological Association
MLA

Modern Language Association of America
CMS
The Chicago Manual Style
DEWAN
Dewan
American Psychological Association (APA)

JENIS
1









Nota Kandungan (Content Notes)
CONTOH:
Penghormatan terhadap orang tua harus diamalkan dan
diteruskan bagi menunjukkan betapa seseorang itu mendapat
didikan sempurna dengan nilai-nilai budaya yang dipandang
tinggi oleh masyarakat Bugis-Makasar .
__________________________________
16
lihat Adam (2005), khususnya bab 3 dan 4, untuk
keterangan lanjut.








16
American Psychological Association (APA)

JENIS
2


Nota Kebenaran (Copyright Permission Notes)


CONTOH:

Nota. Daripada Title of the article, oleh D.Mark dan P.Smith,
Journal Title, 31, hlm. Hak Cipta 2013 oleh Amazon
Scopers. Dicetak dengan kebenaran.

TEKNIK TULIS NOTA KAKI:MLA
Modern Language Association of America
(MLA) (*)









Contoh:

Wanita juga adalah waris yang lemah dan perlu dijaga
kebajikannya khususnya dalam membuka tanah-tanah
baru untuk pertanian dan kediaman.
_______________________________

Ably Marcuse, A Survey of Human Right (New
York: Harper, 2013) 56.

1
1
TEKNIK TULIS NOTA KAKI:CMS
The Chicago Manual Style (Chicago)(*)

CONTOH:

Mereka terpaksa menerima hakikat tentang kemusnahan
terhadap sumber alam Persekitaran yang didiami, kekayaan
biodiversiti dan ekologi, di samping impak menjejas budaya.
____________________________________________
Henry James, The Environment (Rockville: Serenity,
2009), 34-40.

4
4
TEKNIK TULIS NOTA KAKI: CMS
The Chicago Manual Style (Chicago)(*)


Jika berulang penggunaan nama pengarang yang nama
lebih daripada sekali, gunakan kependekan

James, The Environment, 14.


4
TEKNIK TULIS NOTA KAKI: Dewan

CONTOH

Ibu bapa khususnya harus sentiasa bersedia mendengar setiap
keluhan kanak-kanak . Jangan mengangap keluhan mereka terlalu
remeh untuk didengar.
_________________________________

Rahimah Adam , (2014). Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 45-49.


7
7
(*) Sekiranya terdapat nota kaki yang lebih daripada satu baris,
baris pertama hendaklah dijarakkan 5 daripada garisan sisi.
Manakala, barisan seterusnya tidak perlu dijarakkan.


Contoh:

______________________________________________
Awang Sariyan, Strategi Penulisan yang Mantap
dalam bahasa Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2013), 78-89.
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
- Penulisan yang baik mempunyai senarai bibliografi
atau rujukan
- Terdiri daripada bahan media cetak dan media
elektronik seperti buku, jurnal, artikel, tesis atau laman
web.
- Membantu pembaca dan penulis mengetahui sumber
bahan yang dikutip atau disebutkan dalam penulisan.
PERBEZAAN ISTILAH
BIBLIOGRAFI
senarai bahan yang dirujuk dan tidak dirujuk,
tetapi berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan
dalam sesebuah karya yang diterbitkan itu.
RUJUKAN
senarai semua sumber bahan yang dirujuk dan
digunakan dalam sesebuah penulisan.
Kedua-duanya mengandungi nama
pengarang, tahun dan sumber
maklumat yang dirujuk.
RUJUKAN
DAN
BIBLIOGRAFI
BIDANG PENGGUNAAN
BIBLIOGRAFI ATAU RUJUKAN
APA
Sains Sosial
MLA

Kemanusiaan (Pengajian bahasa Inggeris, bahasa
moden dan kesusasteraan)
CMS
Kemanusiaan (Kesusasteraan, sejarah dan keseniaan)
Dewan
Penggunaan khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Supaya sesebuah penulisan tidak dianggap
sebagai meniru atau mencuri idea penulis
lain
Penting kepada pembaca yang ingin
mengetahui maklumat lanjut sesuatu idea
yang dikemukan dalam bahan yang
sedang dirujuk
Memberi gambaran atau fakta selanjutnya
terhadap bahan yang dibaca
CARA TULIS NAMA PENGARANG
1
MELAYU
PROF.MADYA DR.HALIM HARUN
HALIM HARUN
BARAT
DAVID WRAY WRAY, D.
CINA
PANG NYOK GING PANG,N.G.
CARA TULIS NAMA PENGARANG
2
INDIA
KASTURI A/P MUTHUSAMY
KASTURI MUTHUSAMY
SIKH
KARENJIT KAUR KARENJIT
KAUR
ARAB
SYARIFAH QAFFIF Al-TABRANI
AL-TABRANI, SYARIFAH QAFFIF
FORMAT PENULISAN
BIBLIOGRAFI APA : BUKU
Satu
penulis
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti.
Baker,C.(1992). Attitude language. Clevedon, Avon: Multilingual
Matters Ltd.
Dua-
tujuh
Cargill,O., Charvat,T., Krause, K.,Alash,Y., Bonhner, H. &
Dunhene, S.(2006). The publication of academic
writing. New York: Modern Language Association.
Lebih
Cooper, L., Eagle, K., Hoe, L., Robertson, A., Taylor D., Reims,O.,
Smith, A. (2008). How to stay younger while growing
older: For all ages. London: Macmillan.
Tanpa
Penulis
Experimental psychology. (2003). New York: Holt.
Tanpa
Tahun
Smith, J. Morality in masquerade.London: Churchill.
Buku Edisi
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul
Hamid Mahmod. (2008).Tatabahasa Dewan (Edisi
ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
APA: SUNTINGAN DAN
TERJEMAHAN
BUKU SUNTINGAN
American Chemical Society (Pnyt.). (2003). Handbook for authors of American
chemical society publications. Washington, D.C: American Chemical
Society.
TERJEMAHAN
Braundel, F. (2003). A history of civilizations (Mayne,R., Penterjemah). New York:
Penguin Books. (Terbitan asal 1962).
APA:BUKU ORGANISASI
BUKU INSTITUSI ATAU ORGANISASI
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010).
Kurikulum standard prasekolah
kebangsaan. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
BUKU YANG TELAH DIEDIT
Asmah Haji Omar. (2003). Pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing:
Kaedah dan prinsip. Dalam Atiah Hj. Mohd Salleh & Ramlah
Muhammad (Pnyt.). Pengajaran Bahasa Melayu untuk penutur
asing. (hlm 1-16). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
APA:ARTIKEL
AKHBAR TANPA PENGARANG
REHDA sedia runding isu harga rumah. (2013, Jun 29). Berita
Harian, 4.
JURNAL
Awang Sariyan. (2008). Bahasa kacukan: Antara realiti sosiolinguistik
dengan perancangan bahasa. Jurnal Bahasa, 6 (1), 541-560.
MAJALAH
Eugene, R.H. (2003, Julai 6). Informative writing.
Newsweek, 111 (5), 18-20.
AKHBAR BERPENGARANG
Aininulniza Mohd Yusof. (2013, Jun 29). Perlis haram
shisha. Berita Harian, 1.
TESIS ATAU
DISERTASI
Mancall, J. C. (2009). Resources used by high school students in preparing
independent study projects: A bibliometric approach (Disertasi Ph.D yang
tidak diterbitkan). University of Western Sydney, Sydney.
KERTAS KERJA PERSIDANGAN
Schnase. (Pnyt.). (2005).Proceedings of CSCL 2005: The First International
Conference on Computer Support. Mahah, N.Y.: Erlbaum.
VIDEO
Mass, J.B., & Gluck, D.H. (2004). Deeper into hypnosis [MIG picture]. Englewood Cliffs,
NJ:Prentice Hall.
PROGRAM TELEVISYEN
Pratt, C., & David, T. (2001, December 2). Face the nation [Television broadcast].
Washington, DC:CBS News.
PERBUALAN LISAN
Burnitz, J. ( 2000, Oktober 3). Perbualan Lisan
ARTIKEL DALAM AKHBAR
Bukhari Anas. (2010, Februari 28). Tidak ada masalah
kekurangan doktor. Berita Harian. Diperoleh
daripada http://www.bharian.com.my/Current
Bh/Sunday/Muktahir/20100111493/Article/Index.html
Robert, K.F. (1998).Federal regulation of chemical in the
enviroment [Slaid Powerpoint]. Diperoleh daripada
http://siri .uvm.edu./ppt40hrenv/index.html
NOTA ATAU SLAID
APA:BAHAN ELEKTRONIK
BUKU ELEKTRONIK
Vibert, C. (2000). Web-based analysis for competitive intelligence. Diperoleh
daripada http://site.ebrary.com.eserv.
um.edu.my/lib/uum/Top?%3Fnosr=1&id=10017981&layout=document.
htm
Meor Ahmad Shukri bin Zainal Abidin. (2006). The study of e-
book in learning and teaching: primary
and secondary school. (Tesis Sarjana, Universiti
Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman). Diambil
daripada
http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Tesis/200521.pdf
TESIS ATAU DISERTASI
APA:BAHAN ELEKTRONIK
KERTAS PROSIDING
Miller, Y. (2000). Introduction to manufacturing simulation. Dalam Proceedings of
the 2000 Winter Simulation Conference, (hlm. 53-56). Diperoleh
daripada http://www.informs-sim.org/ww00papers/011.PDF
BAB DALAM BUKU ELEKTRONIK
Symonds, P.M. (2008). Human drivers. In C.L. Stacey & M. DeMartino (Eds.),
Understanding human motivation (hlm. 11-19). Diperoleh daripada
PsycBooks database.
APA:BAHAN ELEKTRONIK
ARTIKEL DALAM JURNAL ELEKTRONIK
Kerin, J. (2002). Doctors from teen novel approach. The Australian, 4.
Diperoleh daripada http://www.theaustralian.com.au
ARTIKEL DARIPADA INTERNET DENGAN DOI
Serena, H., Com, Y., & Golt, K. S. (2012). Physical activity: How do high
school students play? Journal of Adolescent Health, 38 (4), 450-
455. doi: 10.1116/j.jadohealth.2012.V11.024

ARTIKEL DARIPADA INTERNET TANPA DOI
Harriz, B., & Danny, D. (2014). The development of knowledge in a New Zealand
Maori-language. Anthropology and education, 37 (3), 67-72. Diperoleh
daripada ProQuest Education Journal database.
E-MEL
Kinz, H.D. (2013, Januari 27). New resources for visual [Mesej 34]. Mesej
dihantar kepada http://groups. yahoo.com/message/9.
APA:BAHAN ELEKTRONIK
ENSIKLOPEDIA
Brandon, H. R. (2001). Dalam Cambridge encyclopedia of adult.
Diperoleh daripada http://0-
www.credoreference.com.library.muhlenberg.edu:90/entry/ad
ult
BUKU
Goodlet, James. The Making of Tropical Community. Kota
Kinabalu: Opus Publication, 2011 . Bercetak/Elektronik.
BUKU
Awang Sariyan. Tuntutan Bahasa Asas Pegangan
Pelajar. Petaling Jaya: Person Malaysia
Sdn.Bhd, 2004.
BUKU
Mana Sikana, 2013. Koleksi Teori Sastera Klasik,
Tradisional, Moden, Pascamoden dan
Tempatan.Selangor: Pustaka Karya.
SLIDE TAMAT

Anda mungkin juga menyukai