Anda di halaman 1dari 9

1

PENGENALAN

Buku Siri Cara Membaca Suku Kata Terbuka Jilid 2


ini mempunyai 44 halaman yang menerangkan konsep suku
kata

terbuka

lingkungan
memberi

yang

tujuh

sesuai

hingga

penekanan

bagi

lapan

tahap

murid

tahun.

yang

yang
Buku

berumur

berlainan

ini

juga

dari

segi

kemahiran, pendekatan dan teknik yang digunakan. Murid


didedahkan dengan huruf-huruf suku kata terbuka. Bagi
memudahkan murid membaca buku ini, teknik penggabungan
suku

kata

minat

dengan

bantuan

murid-murid.

gambar

yang

Seterusnya,

dapat
murid

menarik
dapat

menyembunyikan suku kata itu melalui sebutan terhadap


gambar yang dikenali oleh murid.

Justeru

itu,

untuk

lebih

mudah

lagi

untuk

membezakan setiap suku kata itu, setiap suku kata yang


diperkenalkan dipecahkan dengan huruf berwarna. Dengan
cara ini dapat memudahkan murid menyebut dan mengenali
perbezaan

suku

kata

tersebut.

Buku

ini

juga

memperkenalkan gabungan huruf konsonan yang terpilih


bagi

memudahkan

murid

untuk

menyebut

berbanding

diletakkan semua huruf konsonan yang ada.

Walau bagaimanapun, huruf vokal yang digabungkan


dilakukan secara berperingkat bagi memudahkan muridmurid menyebut. Huruf konsonan yang diperkenalkan juga
diletakkan bersama huruf kecil dan huruf besar dengan
tujuan

murid

dapat

mengenali

serentak

bagi

setiap

huruf sama ada huruf besar atau huruf kecil dan suku
kata yang berwarna.

APLIKASI
Buku Siri Cara Membaca Suku Kata Terbuka Jilid 2
ini menggunakan suku kata yang bermaksud satu ujaran
terkecil

daripada

daripada

satu

sebuah

vokal

kata.

dan

Suku

satu

kata

konsonan.

terdiri

Suku

kata

terbuka merupakan suku kata yang diakhiri oleh vokal.


Contoh suku kata yang ada dalam buku ini ialah ya,
aku, saya, kayu.

Setiap

konsonan

mesti

digabungkan

dengan

huruf

vokal. Huruf konsonan yang digunakan seperti konsonan


b, d, k, m, r, s, l, p, t, g, dan c. Contohnya,
konsonan
b : ba ra dan ba pa. Seterusnya dengan adanya kaedah
ini murid dapat mengenal dan mengeja serta menyebut
huruf

konsonan

pembelajaran
didedahkan
huruf

dan

dalam

dengan

konsonan

dan

vokal
tajuk

dengan
yang

perkataan
suku

kata

betul.

terakhir

dan

baca

terbuka

yang disebut dengan sebutan yang betul.

Pada

akhir

murid

huruf
yang

akan

vokal,
bermakna

TEORI
Dalam Buku Siri Membaca ini teori yang digunakan
ialah

teori

Berdasarkan

psikologi

kepada

dan

teori

teori

psikologi

linguistik.

terdapat

model

behavioris yang berkaitan dengan proses membaca. Ini


kerana

berdasarkan

aktiviti

kepada

pembelajaran

pembentukan

tabiat

aliran
yang

atau

behavioris,
melibatkan

kebiasaan

semua
proses

melalui

hubungan

antara rangsangan dan tindak balas adalah merupakan


asas

kepada

terhadap

aliran

tindak

ini.

balas

Tumpuan

yang

teori

melibatkan

ini

adalah

tingkah

laku

reflektif, pembentukan tabiat, pengulangan dan latih


tubi dalam proses pembelajaran.

Dalam

buku

diaplikasikan
menguasai

ini,

kepada

kemahiran

teori

proses
membaca,

psikologi

membaca
murid

boleh

kerana
perlu

untuk

berlatih

membaca dengan mengecam huruf terlebih dahulu sebelum


diikuti dengan mengecam perkataan. Selain itu, murid
diberi penekanan kepada makna daripada perkataan dan
ayat

secara

membaca.
dada,

automatik

Contohnya,

dadu

yang

setelah

babu,

disebut

menguasai

biru,
dan

bola,

dieja

kemahiran

besi,

cili,

berulang

kali.

Dengan memilih teori murid dapat mengetahui sesuatu


perkataan dan makna dengan mudah.

Dengan

menggunakan

teori

ini,

sesuatu

tingkah

laku murid akan menjadi kebiasaan jika dibuat secara

berulang kali. Hal ini sama juga seperti dalam proses


pembacaan.
lebih

Murid

baik

dapat

sekiranya

membaca
proses

dan

menyebut

pembacaan

yang

dengan
dibuat

berulang-ulang.Paris (1987) berpendapat bahawa kanakkanak boleh digalakkan membaca teks seolah-olah mereka
adalah reading detectives dengan meneliti teks untuk
mencari klu bagi menghasilkan pembacaan yang bermakna.

Teori yang seterusnya ialah teori linguistik yang


mengatakan

bahawa

seseorang

kanak-kanak

boleh

menggunakan kebolehan berbahasa yang diperolehi sejak


lahir

untuk

mendapatkan

persekitarannya.Buku

siri

pengetahuan

membaca

suku

daripada

kata

terbuka

ini merupakan bahan bacaan yang terdiri daripada huruf


konsonan

dan

vokal

yang

mempunyai

proses

bacaan,

mengingati dan proses mengatur huruf sehingga menjadi


perkataan dan rangkai kata yang lengkap.

Teori
sebagai

ini
satu

telah

mendefinisikan

proses

bahan

bacaan

psikolinguistik

yang

memperlihatkan makna yang diperolehi melalui hubungan


media linguistik. Goodman (1976) berpendapat membaca
adalah a psycholinguistic guessing game kerana dalam
bacaan ini murid cuba untuk mendapatkan gambaran yang
dibaca dengan melihat gambar. Beliau turut berpendapat
dengan

membuat

generalisasi,

mentafsir maklumat dengan tepat.

murid

turut

boleh

TEKNIK MEMBACA SQ3R


Teknik

ini

berpencapaian

digunakan

baik

dan

pada
mahir

tahap

pelajar

membaca.

Tujuan

menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar


berdasarkan

bahan

atau

teks

yang

dibaca

untuk

menyelesaikan tugasan yang dibaca untuk menyelesaikan


tugasan.

SQ3R

adalah

bacaan

secara

kritis

yang

dipelopori Robinson (1941).

Teknik
Pelajar

yang

membaca

digunakan
secara

ialah

pantas

tinjau
untuk

(survey).
mendapatkan

gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya


sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa
yang

dibaca.

Pelajar

hanya

memfokuskan/menumpukan

bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar,


simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.

Teknik
skimming

bacaan

yang

dan

seterusnya

ialah

scanning.

(penyoalan/pertayaan)Pelajar

boleh

teknik

Q-QUESTION
menyenaraikan

beberapa huruf konsonan terbuka dan huruf-huruf vokal.


Pelajar

akan

bertanya

dengan

guru.Di

wujudnya dua hala antara guru dan pelajar.

sini

akan

Setelah
pada

pelajar

peringkat

membaca

ini

keseluruhan

pelajar

teks/bahan,

dikehendaki

mengingat

kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam


teks. Pelajar
dengan

menyenaraikan

soalan

dapatlah

atau

menjawab

maklumat

tugasan.

semua

yang

berkaitan

Seterusnya

soalan

tugasan

pelajar

berdasarkan

maklumat dalam teks.

Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan


kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat
teks.

Pelajar

boleh

mereka.Seterusnya
(Baca

semula)

membaca

semula

membandingkan

teknik

Pada
huruf

yang

peringkat
konsonan

ketepatan

digunakan
ini,
dan

ialah

pelajar

vokal

jawapan
R-REVIEW

dikehendaki

tersebut.

Murid

akan membaca dan menyebut huruf vokal dan suku kata secara
berulang-ulang dan berkumpulan.

KAEDAH
Dalam buku bacaan ini kaedah yang digunakan adalah
kaedah

mengeja.

Kaedah

ini

menekankan

perbuatan

mengeja

perkataan . Ia dimulakan dengan suku kata yang mudah-mudah


yang

melibatkan

suku

kata

terbuka

dan

suku

kata

tertutup.Suku-suku kata ini kemudiannya digabungkan menjadi


perkataan. Apabila murid-murid boleh membatang suku kata,
mereka kemudiannya diminta mengeja terus sesuatu perkataan
itu. Contohnya :
a) Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a = ba

b)

Kemudian

suku

kata

ini

digabungkan

menjadi

perkataan
Contohnya:ba,ju = baju
c) Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b,a,ju=baju

Kemudian kaedah lain yang digunakan dalam buku


bacaan

ini

ialah

kaedah

pandang

sebut.Kaedah

ini

mementingkan dua perkara iaitu pertama menyembunyikan


perkataan

atau

rangkai

kata

berdasarkan

pengalaman

melalui gambar dan yang keduanya menyembunyikan ayat


melalui gambar yang ada cerita.

Kaedah ini dimulakan

dengan aktiviti mengecam dan mengenal perkataan dengan


memandang

keseluruhannya.

Setelah

dicam

tanpa

dibunyikan dan tidak juga murid-murid terus diminta


menyebut perkataan itu. Pada peringkat awal perkataanperkataan

yang

disampaikan

mengikut

kaeadah

iniu

disertakan dengan gambar.

Dalam hal mempelajari ayat-ayat pula, kanak-kanak


diminta
bapan

mengecamayat-ayat

yang

tidak

perlu

pendek
mengeja

dan

mudah

satu-satu

seperti
perkataan

yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, mereka


diminta

terus

membaca.

Pengulanganserta

latih

tubi

perlu diperbanyakkan. Kaedah ini dikenali juga dengan


kedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.
Dengan

adanya

kaedah

pandang

dengar

dan

sebut

ini

gambarajah dan warna tulisan memberi kesan yang sangat


besar

iaitu

gambar

itu

mestilah

jelas

dan

warna

tulisan mestilah terang dan menarik minat murid-murid.

PENUTUP

Akhir kata dengan menggunakan kaedah, teknik dan


pendekatan yang betul dapat menghasilkan murid-murid
yang

pandai

konsonan

dan

mengeja,
suku

kata

menyebut

dan

terbuka

menulis

dengan

lebih

huruf
baik.

Murid-murid dapat menyebut suku kata terbuka dengan


betul dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
dicapai

dengan

huruf-huruf
gambarajah

baik.Murid

vokal
yang

dan

diberi

juga

konsonan
sesuai

boleh

membunyikan

serta

dengan

mengetahui

perkatan

dan

huruf vokal serta konsanan yang tepat. Akhirnya, murid


dapat

menulis,

mengeja

dan

membuat

ayat

perkataan suku kata terbuka itu dengan baik.

daripada

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof , Omar Hisham Mohd Baharin,


Azli Ariffin (t.t) Prinsip Pengajaran Bacaan

Gama Ismail Jilid 2 Siri Membaca Suku Kata Terbuka KIA2M


( Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis )

Anda mungkin juga menyukai