Anda di halaman 1dari 16

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN































NO ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Kajian Ilmiah
3.0 Metadologi
4.0 Hasil Dapatan
4.1 Isi Kandungan
4.2 Aspek Teknikal
5.0 Perbincangan
6.0 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran





















1.0 PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran atau
pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk
disampaikan melalui komputer. Di Amerika, PPBK dikenali sebagai Computer Assisted
Instruction (CAI), yang bermaksud program bahan pengajaran dipersembahkan melalui
komputer atau sistem komputer (Encyclopedia Britannica, 2014). Perisian kursus ini
menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk
menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan
berkesan. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini membawa kepada
perkembangan pesat teknologi telefon pintar dan tablet. Perkembangan ini menyebabkan
lambakan aplikasi Android mahupun Apple Apps berbentuk pendidikan dalam telefon pintar
dan tablet. Aplikasi mudah alih adalah program komputer yang direka khas untuk beroperasi
dalam telefon pintar, komputer tablet dan peranti mudah alih lain. Guru perlu mengambil
peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi percuma yang mudah didapati dan mudah
diakses sebagai persediaan untuk menyokong pengajaran mereka. Sekali imbas, aplikasi-
aplikasi seumpama ini dilihat sesuai digunakan sebagai bahan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) kerana boleh meningkatkan minat dan
motivasi pelajar sekali gus mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses
pembelajaran (Analisa Hamdan, 2012). Bagaimanapun, sebagai guru, adalah penting untuk
memastikan ianya sesuai untuk kandungan pelajaran yang hendak disampaikan serta dapat
membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, guru seharusnya membuat
penilaian terhadap sesebuah aplikasi sebelum digunakan dalam PPBK bagi menentukan
keberkesanan aplikasi tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, tugasan
ini bertujuan mengadakan penilaian sumatif untuk mendapat maklumbalas daripada guru-
guru Matematik Tahun 2 sekolah rendah aspek isi kandungan dan teknikal sebuah aplikasi
berbentuk pendidikan iaitu Clock For Kids. Perbincangan pula adalah tentang kekuatan dan
kelemahan aplikasi tersebut daripada aspek isi kandungan dan aspek teknikal. Tugasan ini
juga menyertakan hasil kajian ilmiah berkaitan penilaian perisian atau aplikasi Pengajaran
dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

2.0 KAJIAN ILMIAH
Menurut Robiah Sidin (1992), penilaian ialah satu prinsip pengukur pencapaian secara
sistematik. Penilaian pembangunan perisian pula adalah satu proses berterusan yang
dilakukan semasa peringkat pembanguan. Penilaian sumatif pula adalah penilaian yang
dilakukan di akhir proses pembangunan dan boleh menentukan sama ada ia dapat mencapai
objektif yang ditetapkan. Penilaian sesebuah perisian adalah penting bagi memastikan hanya
perisian yang sesuai sahaja digunakan sekolah-sekolah serta dapat mencapai objektif yang
ditetapkan. Menurut Saifol (2003), perlaksanaan perisian kursus secara optimum akan gagal
sekiranya penilaian terhadap kursus tidak dilakukan dengan baik. Penilaian perlu
menitikberatkan beberapa aspek agar kelemahan-kelemahan dapat dikenal pasti dan
pemilihan yang tepat dapat dilakukan. Terdapat dua tujuan utama penilaian iaitu untuk
mengukur kesesuaianya untuk pengajaran dan pembelajaran, serta memberi maklum balas
dari segi teknikal. Dalam membuat pemilihan perisian kursus, adalah penting untuk
menetapkan kriteria pemilihan perisian agar ia bersesuaian dengan tujuan penilaian. Diana et
al (2012) mencadangkan sepuluh kriteria yang perlu dalam menilai sesebuah aplikasi
berbentuk pendidikan. Salah satu kriteria tersebut ialah dari segi rekabentuk dan kegunaan
aplikasi yang merangkumi tulisan, interaksi perisian-pelajar dan mesra pengguna. Kriteria ini
mempengaruhi keberkesanan penggunaan aplikasi dalam PPBK dari segi menarik minat dan
tumpuan pelajar. Penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran
membaca juga amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan (Abd.Rashid et al, 2012). Selain itu kriteria dari segi kesesuaian kandungan
visual dan bertulis terhadap kumpulan sasaran juga perlu diambil kira. Ini termasuklah
kejelasan gambar, video atau teks dalam aplikasi. Sebagai guru, aspek ini sangat penting
kerana pembelajaran yang melibatkan penayangan video atau gambar perlu jelas dan
berkualiti. Bagi menilai perisian risian kursus berbentuk pendidikan, kriteria-kriteria yang
dicadangkan oleh Evalutech adalah lebih sesuai digunakan. Kriteria-kriteria tersebut
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi.
Kategori isi kandungan merangkumi kriteria ketepatan, kesesuaian dan skop kandungan
topik. Manakala aspek teknikal termasuklah navigasi, ciri-ciri penyimpanan data,
persembahan dan kualiti aplikasi. Dokumentasi pula termasuklah penerangan tentang
pengoperasian perisian dan panduan pengguna. Justeru dalam kajian ini, kriteria yang
digunakan dalam penilaian adalah berdasarkan cadangan Evalutech iaitu dari aspek isi
kandungan dan teknikal aplikasi.

3.0 METADOLOGI KAJIAN
Bahagian ini akan menerangkan kaedah yang digunakan dalam menjalankan penilaian
sumatif terhadap aplikasi android berbentuk pendidikan iaitu Clock For Kids. Aplikasi ini
adalah sebuah aplikasi yang membantu kanak-kanak memahami konsep asas masa dan
waktu. Aplikasi ini dipilih kerana boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
salah satu topik dalam subjek Matematik tahun dua iaitu di bawah topik masa dan waktu.
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Menurut Mohd Majid
(2005), penggunaan soal selidik adalah untuk memperoleh maklumat yang berkenaan fakta-
fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Satu set borang soal selidik akan
digunakan oleh para guru yang menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan segala maklum
balas berkaitan isi kandungan dan aspek teknikal aplikasi tersebut. Soal selidik ini dihasilkan
berdasarkan kriteria-kriteria yang dicadangkan oleh Evalutech seperti yang dinyatakan dalam
Modul Kursus HBEF2303: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Soal selidik yang dibina
adalah sebanyak 30 item dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian A (10 item): Isi
Kandungan dan bahagian B (17 item): Aspek Teknikal. Kajian ini menggunakan empat skala
Likert, iaitu 1 = tidak setuju, 2 = kurang setuju, 3 = setuju dan 4 = sangat setuju. Justeru,
kajian ini melibatkan 10 orang guru yang mengajar subjek Matematik Tahun 2 dari empat
buah sekolah rendah sebagai sampel atau responden. Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji
terlebih dahulu telah memilih aplikasi android berbentuk pendidikan iaitu aplikasi Clock For
Kids. Kemudian sampel kajian atau responden diminta memuat turun aplikasi dari Play Store
ke dalam telefon pintar mereka serta menggunakan aplikasi ini. Seterusnya, responden
melaksanakan penilaian mereka dengan mengisi borang soal selidik yang diberikan. Data
yang diperoleh ini dianalisis secara statistik deskriptif dengan mencari peratusan dan min.

4.0 HASIL DAPATAN
4.1 Aplikasi Menepati Isi Kandungan
Dapatan kajian berkaitan persepsi responden terhadap isi kandungan aplikasi Clock For Kid
dari segi ketepatan, kesesuaian dan skop ditunjukkan dalam Jadual 4.1a-4.1c. Secara
puratanya, sebanyak 20% responden memilih sangat setuju dan 53.33% memilih setuju
terhadap item di bawah kriteria ketepatan. Manakala 23.33% memilih kurang setuju dan
hanya 3.33% responden yang memberi tidak bersetuju. Dapatan ini menunjukkan bahawa
majoriti responden bersetuju bahawa aplikasi menggunakan maklumat yang betul, tepat dan
terkini. Selain itu, ia juga menggambarkan bahawa aplikasi menggunakan bahasa yang betul
dari segi nahu, ejaan dan struktur ayat.



Jadual 4.1a : Kriteria Ketepatan

Dalam kriteria kesesuaian pula, separuh daripada responden memilih pernyataan sangat
setuju (10%) dan setuju (40%). 30% responden memilih pernyataan kurang setuju dan hanya
20% memilih tidak setuju. Jika diteliti dalam Jadual 2, peratus yag menyumbang kepada
pernyataan tidak setuju adalah dalam item 4 iaitu dari segi konsep dan bahasa yang
digunakan dalam aplikasi. Bahasa yang digunakan dalam aplikasi adalah bahasa Inggeris
sedangkan bahasa pengantar bagi subjek Matematik Tahun 2 adalah bahasa Melayu.
Mungkin kumpulan sasaran iaitu pelajar Tahun 2 kurang memahami konsep jika disampaikan
menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa juga mempengaruhi interaksi aplikasi-pelajar, di
mana pelajar kurang berinteraksi dengan aplikasi jika kurang memahami bahasa yang
digunakan dalam aplikasi.
Jadual 4.1b : Kriteria Kesesuian

Dalam kriteria skop, hasil analisis mendapati, 40% responden memilih sangat setuju dan
43.33% memilih setuju. Manakala 13.33% memilih kurang setuju dan hanya 3.33 memilih
Kriteria : Ketepatan Peratus %
No. Item TS KS S SS
1. Maklumat bebas daripada kesilapan. 0 20 50 30
2. Maklumat yang disampaikan/digunakan adalah
terkini.
0 20 60 20
3. Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu, ejaan
dan struktur ayat.
10 30 50 10
Purata 3.33 23.33 53.33 20
Kriteria: Kesesuaian Peratus %
No. Item TS KS S SS
4. Konsep dan bahasa sesuai dengan kumpulan sasar. 30 40 30 00
5. Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
0 20 60 20
6. Interaksi aplikasi-pelajar adalah sesuai dengan kumpulan
sasar.
30 30 30 10
Purata 20 30 40 10
tidak setuju. Ini menunjukkan aplikasi Clock For Kids menepati kandungan dalam skop
topik Masa dan Waktu Matematik tahun 2. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa
kandungan pelajaran disampaikan mengikut susunan dan isi pelajaran mudah difahami.
Responden juga bersetuju bahawa terdapat kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti dalam
aplikasi tersebut.

Kriteria : Skop Peratus %
No. Item TS KS S SS
7. Kandungan yang disampaikan berada dalam skop topik
yang hendak diajar.
0 10 60 30
8. Kandungan disampaikan mengikut susunan yang sesuai. 0 10 50 40
9. Isi pelajaran mudah difahami. 0 10 40 50
10. Terdapat kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti. 10 20 40 30
Purata 3.33 13.33 43.33 40
Jadual 4.1c : Kriteria Skop

Secara keseluruhannya, responden yang terdiri daripada 10 orang guru Matematik Tahun Dua
sekolah rendah sangat setuju (23.33 %) dan setuju (45.56%) bahawa aplikasi ini menepati isi
kandungan topik yang hendak disampaikan kepada kumpulan sasaran. Sebanyak 22.22% lagi
kurang setuju dan hanya 8.89% tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa aplikasi ini sesuai
digunakan untuk PPBK berdasarkan isi kandungannya. Graf 4.1 di bawah menunjukkan
peratus keseluruhan persepsi responden terhadap isi kandungan aplikasi Clock For Kids.



Graf 4.1 : Peratus Aspek Isi Kandungan

4.2 Aspek Teknikal Yang Cemerlang
Dapatan kajian berkaitan persepsi responden terhadap aspek teknikal aplikasi Clock For Kid
dari navigasi, cirri-ciri penyimpanan data, persembahan dan kualiti ditunjukkan dalam Jadual
4.2a-4.2d. Hasil analisis mendapati kebanyakan responden bersetuju bahawa navigasi pada
aplikasi mudah digunakan. Jadual 4.2a menunjukkan secara puratanya, 30% responden
sangat setuju, 42.50% setuju, 20% kurang setuju dan 0% tidak bersetuju tentang pernyataan-
pernyataan item dalam kriteria navigasi. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa aplikasi ini
memudahkan pengguna untuk mencari maklumat yang diingini. Menu dan ikon dalam
aplikasi juga amat mudah digunakan. Di samping itu, arahan dalam bentuk audio dan teks
adalah jelas dan mudah difahami. Selain itu, aplikasi ini menyediakan pilihan untuk
mengawal perjalanan aplikasi seperti berhenti, keluar dan sebagaianya.

Kriteria : Navigasi Peratus
No. Item TS KS S SS
1. Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat. 0 10 50 40
2. Penggunaan menu dan ikon adalah mudah. 0 20 40 40
3. Arahan yang diberikan jelas dan mudah difahami. 0 20 40 40
4. Ada pilihan untuk mengawal perjalanan aplikasi, berhenti 0 30 40 30
Tidak
Setuju
8.89
Kurang
Setuju
22.22
Setuju
45.56
Sangat
Setuju
23.33
0.00
5.00
10.00
15.00
20.00
25.00
30.00
35.00
40.00
45.00
50.00
1 2 3 4
P
e
r
a
t
u
s

%

Skala
Isi Kandungan
atau keluar.
Purata 0 20 42.50 37.50
Jadual 4.2a : Kriteria Navigasi

Hasil dapatan yang seterusnya dalam aspek teknikal ialah dari segi kemudahan penyimpanan
data. Secara puratanya, sebanyak 66.67% responden tidak setuju tentang pernyataan-
pernyataan item dan 20% setuju dan 13.33% sangat setuju. Tidak ada responden yang
memilih skala 2 (kurang setuju) dalam semua pernyataan tersebut. Jika diteliti, semua
responden memilih skala 1 (tidak setuju) terhadap pernyataan Item 5 dan Item 6. Ini
bermaksud aplikasi ini tidak ada kemudahan untuk mencetak maklumat dalam aplikasi. Ia
juga tidak kemudahan untuk merekod penggunaan aplikasi bagi tujuan pemantauan pelajar.
Jadual berikut menunjukkan peratus responden yang memberi maklum balas setiap item
dalam kriteria ciri-ciri penyimpanan data:

Kriteria : Ciri-Ciri Penyimpanan Data Peratus
No. Item TS KS S SS
5. Ada kemudahan untuk mencetak maklumat. 100 0 0 0`
6. Boleh menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa
dalam suatu aplikasi atau permainan.
0 0 60 40
7. Ada rekod penggunaan aplikasi pelajar untuk memantau
pelajar.
100 0 0 0
Purata 66.67 0 20 13.33
Jadual 4.2b : Kriteria Ciri-Ciri Penyimpanan Data

Seterusnya, hasil dapatan menunjukkan lebih daripada separuh responden bersetuju bahawa
aspek teknikal dari segi persembahan adalah baik. Analisis data menunjukkan 18.33% sangat
setuju dan 48.33% setuju dengan pernyataan dalam item 8-14. Manakala 23.33 kurang setuju
dan hanya 10% tidak bersetuju. Jika dilihat secara terperinici, peratus yang menyumbang
kepada skala 1 (tidak setuju) dan 2 (kurang setuju) ini ialah dalam item 14 iaitu bentuk,
warna dan saiz huruf pada skrin mudah dibaca dan sesuai dengan kumpulan sasaran, di mana
sebanyak 50% kurang setuju dan 30% tidak setuju. Ini bermakna bentuk, warna dan saiz
huruf pada skrin agak sukar dibaca atau kurang sesuai dengan kumpulan sasaran. Berikut
menunjukkan peratus responden yang memberi maklum balas item dalam kriteria
persembahan aplikasi:


Kriteria : Persembahan Peratus
No. Item TS KS S SS
8. Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat
merangsang pemikiran pelajar.
10 30 60 0
9. Aktiviti menggalakkan penyelesaian masalah secara
kreatif.
20 20 60 0
10. Maklum balas yang membina. 0 10 40 50
11. Ada kemudahan untuk mendapatkan bantuan. 0 20 60 20
12. Susun atur paparan yang baik. 10 20 50 20
13. Penerangan yang mencukupi bagi visual. 0 20 60 20
14. Bentuk, warna dan saiz huruf pada skrin mudah dibaca
dan sesuai dengan kumpulan sasaran.
30 50 40 0
Purata 10 23.33 48.33 18.33
Jadual 4.2c : Kriteria Persembahan

Kriteria kualiti pula menunjukkan bahawa secara puratanya, sebanyak 10% sangat setuju dan
60% setuju dengan pernyataan item 15-17. Manakala 30% kurang setuju dan hanya 6.67%
tidak bersetuju dengan pernyataan-pernyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa secara
keseluruhannnya, aspek teknikal dari segi kualiti visual dan audio adalah baik. Jadual berikut
menunjukkan perincian peratus dalam kriteria kualiti:
Kriteria : Kualiti Peratus
No. Item TS KS S SS
15. Visual adalah sesuai dengan kandungan pelajaran. 10 20 70 0
16. Audio adalah jelas dan mudah difahami serta boleh
dikawal.
10 20 60 10
17. Ada suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan
visual.
0 30 60 10
Purata 6.67 23.33 63.33 6.67
Jadual 4.2d : Kriteria Kualiti

Berdasarkan perbincangan sebelumnya, aplikasi ini mempunyai aspek teknikal yang agak
baik. Ini dapat dilihat dalam Graf 4.2 yang menunjukkan 18.96% sangat setuju, 43.54 setuju,
16.67% kurang setuju dan 20% tidak setuju.

Graf 4.2 : Teknikal
5.0 PERBINCANGAN
Kekuatan aplikasi Clock For Kids dalam aspek isi kandungan adalah dari segi ketepatan dan
skop isi pelajaran yang dipersembahkan. Manakala kelemahan utamanaya pula adalah dari
segi kesesuaian bahasa yang digunakan dalam aplikasi. Kebanyakan responden tidak
bersetuju dengan kesesuaian bahasa yang digunakan iaitu bahasa Inggeris kerana bahasa
pengantar subjek Matematik Tahun 2 adalah bahasa Melayu. Ini mengurangkan interaksi
aplikasi-pelajar dan menyukarkan pelajar memahami isi pelajaran kerana tidak semua pelajar
mahir dalam bahasa Inggeris. Menurut kajian Abd. Rashid et al, 2012, penggunaan
multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca amat berkesan dan berjaya
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kekuatan dari aspek
teknikal ialah aplikasi ini mempunyai navigasi yang mudah dan mesra pengguna. Ini dapat
mengurangkan kebergantungan pelajar kepada guru kerana murid dapat mengggunakan
aplikasi tanpa banyak bantuan guru. Menurut satu kajian, guru juga mendapat manfaat
daripada penggunaan PPBK kerana ia meringankan beban pengajaran mereka, di mana guru
bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran murid kerana perisian dibina
untuk pelajar meneroka isi pengajarannya sendiri (Zamri & Nur Aisyah, 2011). Selain itu,
cara isi kandungan disampaikan dapat meransang pemikiran pelajar. Kelebihan yang lain
adalah dari segi susun atur paparan yang baik, maklum balas membina, visual yang sesuai
Tidak
Setuju
20.83
Kurang
Setuju
16.67
Setuju
43.54
Sangat
Setuju
18.96
0.00
5.00
10.00
15.00
20.00
25.00
30.00
35.00
40.00
45.00
50.00
1 2 3 4
P
e
r
a
t
u
s

%

Skala
Aspek Teknikal
serta audio yang jelas. Dari aspek teknikal kelemahan utama adalah aplikasi tidak ada
kemudahan untuk mencetak maklumat dan tiada rekod penggunaan aplikasi pelajar bagi
tujuan pemantauan. Tanpa kemudahan mencetak dan rekod penggunaan aplikasi, guru sukar
untuk melihat perkembangan pembelajaran pelajar. Bagaimanapun, berdasarkan analisis
akhir dan keseluruhan (rujuk Graf 4.1 dan Graf 4.2), lebih dari separuh responden bersetuju
bahawa aplikasi ini seseuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer. Berikut adalah beberapa screenshot aplikasi Clock For Kids:




















Gambar 5.0a : Aplikasi Clock For Kids Gambar 5.0b: Tahap Pembelajaran























Gambar 5.0c:Penerangan Fungsi Ikon Gambar 5.0d: Maklum Balas Membina

6.0 KESIMPULAN
Perkembangan penggunaan aplikasi berbentuk pendidikan dalam telefon pintar dan tablet
memberi alternatif kepada para pendidik untuk memilih bahan bagi PPBK. Walaupun
penggunakan aplikasi seumpama ini dalam pendidikan masih belum meluas namun guru
seharusnya bersedia lebih awal menghadapi perkembangan teknologi pintar ini kerana suatu
masa ia mungkin diperluaskan secara formal di sekolah. Tidak mustahil ada guru yang mula
menggunakan aplikasi-aplikasi telefon pintar dalam pengajaran mereka di sekolah. Oleh itu,
guru perlu ada pengetahuan dan kemahiran asas dalam menilai sesebuah aplikasi atau
perisian agar dapat memilih aplikasi yang sesuai, berkualiti serta memenuhi keperluan
pelajar. Penilaian terhadap sesuatu aplikasi adalah sangat penting kerana ia akan menentukan
keberkesanan aplikasi tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pemilihan yang
teliti akan menyebabkan guru memilih aplikasi yang tidak dapat mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran, tidak mengikut kurikulum, tidak sensitif terhadap budaya dan
agama murid atau tidak sesuai dengan tahap umur pelajar.

Rujukan
Analisa, H., Rosseni, D. & Siti, Z.A.M,. (2012). Penerimaan m-pembelajaran dalam sistem
pendidikan di malaysia melalui the unified theory of acceptance and use of
technology(utaut): Satu Analisis Literatur: 1st International Conference on Mobil
Learning, Applications, and Services (mobilcase2012). Dicapai pada 10 Jun 2014 dari
https://www.academia.edu/5956093/.

Computer-assisted instruction (CAI). (2014). Encyclopdia Britannica.

David et al. (2011). Modul Kursus HBEF2503: Kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Open
University Malaysia.
Hsu, Y., Rice, K., & Dawley, L. (2012). Empowering educators with Google's Android App
Inventor: An online workshop in mobile app design. British Journal Of Educational
Technology, 43(1), E1-E5. doi:10.1111/j.1467-8535.2011.01241.
Jonas-Dwyer, D. D., Clark, C., Celenza, A., & Siddiqui, Z. S. (2012). Evaluating Apps for
Learning and Teaching. International Journal Of Emerging Technologies In
Learning, 7(1), 54. http://online-journals.org/index.php/i-jet/article/view/1901/2144.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul teras asas matematik tahun dua. Dokumen
Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya:Bahgaian Pembangunan
Kurikulum.
Lai, C. H., Yang, J. C., Chen, F. C., Ho, C. W., & Chan, T. W. (2007). Affordances of mobile
technologies for experiential learning: the interplay of technology and pedagogical
practices. Journal Of Computer Assisted Learning, 23(4), 326-337. doi:10.1111/j.1365-
2729.2007.00237.
Rashid, A., Hashim, N., Othman, S. ( 2012). Multimedia interaktif mempertingkatkan
pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim (Interactive Multimedia
Enhancing PROBIM Students Reading Skills) Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2
(Nov. 2012): 46-53
Zakaria, O., Sulaiaman, S.B., Ahmad, H. & Abdullah, A. (2014). Modul Kursus HBEF2013:
Teknologi maklumat dalam pendidikan. (Edisi Ke-2). Open University Malaysia.



Lampiran

Lampiran 1 (Analisis Soal Selidik Aplikasi Android Clock For Kids-Isi Kandungan)

Kriteria Item
Skala/Peratus
1=TS % 2=KS % 3=S % 4=SS %
Ketepatan
1 0 0 2 20 5 50 3 30
2 0 0 2 20 6 60 2 20
3 1 10 3 30 5 50 1 10
Min 0.33 3.33 2.33 23.33 5.33 53.33 2.00 20
Kesesuaian
4 3 30 4 40 3 30 0 0
5 0 0 2 20 6 60 2 20
6 3 30 3 30 3 30 1 10
Min 2.00 20.00 3.00 30.00 4.00 40.00 1.00 10.00
Skop
7 0 0 1 10 6 60 3 30
8 0 0 1 10 5 50 4 40
9 0 0 1 10 4 40 5 50
10 1 10 2 20 4 40 3 30
Min 0.25 3.33 1.25 13.33 4.75 43.33 3.75 40.00
Jumlah Keseluruhan 1 8.89 2 22.22 5 45.56 2 23.33


Lampiran 2 (Analisis Soal Selidik Aplikasi Android Clock For Kids-Aspek Teknikal)
Kriteria Item
Skala/Peratus
1=TS % 2=KS % 3=S % 4=SS %
Navigasi
1 0 0 1 10 5 50 4 40
2 0 0 2 20 4 40 4 40
3 0 0 2 20 4 40 4 40
4 0 0 3 30 4 40 3 30
Min 0.00 0 2.00 20.00 4.25 42.50 3.75 37.50
Penyimpanan Data
5 10 100 0 0 0 0 0 0
6 0 0 0 0 6 60 4 40
7 10 100 0 0 0 0 0 0
Min 7 66.67 0 0.00 2 20.00 1 13.33
Persembahan
8 1 10 3 30 6 60 0 0
9 2 20 2 20 6 60 0 0
10 0 0 1 10 4 40 5 50
11 0 0 2 20 6 60 2 20
12 1 10 2 20 5 50 2 20
13 0 0 2 20 6 60 2 20
14 3 30 5 50 2 20 0 0
Min 1 10.00 2 23.33 5 48.33 2 18.33
Kualiti
15 1 10 2 20 7 70 0 0
16 1 10 2 20 6 60 1 10
17 0 0 3 30 6 60 1 10
Min 1 6.67 2 23.33 6 63.33 1 6.67
Jumlah Keseluruhan 3 20.83 1 16.67 4 43.54 2 18.96

Anda mungkin juga menyukai