Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN B : ESEI

Apakah analisis anda terhadap kepimpinan Encik Ahmad sebagai guru besar SK Damai?
Saya berpendapat bahawa Encik Ahmad ialah seorang guru besar yang
tidakm e l a k s a n a k a n t u g a s n y a d e n g a n b a i k . E n c i k A h m a d t i d a k
mengambil apa-apatindakan semasa mendengar aduan tentang etika
p r o f e s s i o n a l P u a n S i t i p a d a mulanya dan tidak menjumpa i Puan Siti dengan
segera. Ini menunjuk kan Encik Ahmad seorang guru besar yang tidak bertanggungjawab
dan tidak bertindak secaraspontan. Encik Ahmad membiarkan masalah berlaruta n
beberapa tahun sehingga masalah bertambah teruk

Pada pandangan saya, Encik Saad tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Pn. Rogayah kerana jika dilihat dari sudut
keperluan guru besar itu tersebut, sokongan ahli institusi adalah merupakan kekuatan utama sesebuah organisasi.
Beliau yang tidak ingin menjejaskan sumber manusia sekolah itu tidak sanggup mengambil sebarang tindakan kerana
mungkin akan mewujudkan konflik. Dengan menyedari kesalahan yang dilakukan oleh Pn Rogayah, beliau tidak mengambil
sebarang tindakan kerana tidak mahu berlaku sebarang konflik dari serta masalah dari segi hubungan
dan komunikasi SK Dusun. Oleh itu beliau ingin memastikan kecekapan dalam hubungan manusia iaitu hubungan
personal dan komunikasi dalam pengurusan terpelihara. Beliau merasakan bahawa dengan mengambil
tindakan terhadap Pn. Rogayah, ini akan menjejaskan hubungan dengan guru sekolah tersebut. Di samping itu juga, saya
berpendapat bahawa Encik Saad mempunyai sifat kurang yakin atau tidak komited dalam membuat keputusan.
Beliau mempunyai masalah dalam membuat keputusan. Beliau tidak megambil tindakan pada masa bermulanya
masalah ini dan kini masih tidak yakin akan tindakan yang perlu diambilnya. Perbuatan yang tidak menjurus kepada tugas dan
tanggungjawab yang sambil lewa menyebabkan beliau tidak begitu teliti atau mudah kata tidak peduli terhadap
masalah yang ditimbulkan oleh Puan Rogayah. Ini menjurus kepada masalah yang dihadapinya sekarang dan tidak dapat
memupuk kata sepakat sebagai seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah tersebut

Kepimpinan yang teguh dan gagah menjadi tulang belakang kepada pembangunan sesebuah institusi pendidikan.
Sekolah yang diterajui oleh seorang guru besar sebagai pemimpin merupakan sebuah elemen yang sangat penting.
Ini adalah untuk memastikan kejayaan dan pencapaian matlamat sekolah tersebut.

Dalam konteks pendidikan, Kim dan Maubourgne (1992) mendefinisikan kepemimpinan sebagai
kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan
manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, analisis yang dilaksanakan adalah difokuskan
kepada tugas serta tanggungjawab En Saad sebagai pemimpin SK Dusun. Sebagai seorang
guru besar, beliau memainkan peranan paling penting dan berpengaruh dalam menyelesaikan masalah yang
berlaku di sekolah tersebut. Beliau sebagai nadi kepada sekolah tersebut seharusnya menjadi pemimpin
yang menetapkan matlamat sekolah tersebut, mewujudkan iklim yang positif, mewujudkan sifat
professionalisme serta mewujudkan sebuah institusi yang kukuh serta prihatin terhadap muridmurid. Sifat kepimpinan adalah salah satu elemen yang penting untuk mewujudkan satu perhubungan dengan
ahli institusi tersebut. Seorang guru besar seharusnya boleh mempengaruhi guru-guru sekolah
tersebut. Menurut Murphy (1988), kepemimpinan tidak harus diperkaitkan dengan ciri-ciri pemimpin
sahaja. Kepimpinan juga harus diperkaitkan dengan interaksi pemimpin dengan pengikutnya, pengaruh pengikut
terhadap pemimpin dan dalam konteks di tempat beliau berada. Namun begitu dalam situasi sebegini, Encik
Saad kurang mempengaruhi guru-gurunya dalam mempertimbangkan masalah yang mereka hadapi
sebaliknya membiarkan begitu sahaja dan mendapat tanggapan daripada pihak ketiga tanpa
mengambil inisiatif untuk mendalami isu ini secara terus terang terhadap pihak yang terlibat.
Sebagai seorang pemimpin, adalah penting untuk mengawal keadaan dan mempunyai pemahaman serta
kawalan terhadap ahlinya iaitu guru sekolah tersebut.

Apakah isu etika profesionalisme dalam kes di atas dan pada pandangan anda
bagaimana isu seperti ini perlu ditangani pada peringkat sekolah?
Begitu juga keadaanya di sekolah, guru yang baru sahajaditempatkan di sana perlu menghormati guruguru senior yangberpengalaman. Jika tidak, sudah tentulah guru baru tersebut akandipandang sinis dan
tidak menghormati norma-norma budaya setempat.Selain itu, kepemimpinan semula jadi ini lebih
kepada amalan budayayang biasa diamalkan dan turunkan daripada segenap lapisan generasi.

Selain itu, guru besar perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi memperolehi
kerjasama yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila hubungan guru
besar dan guru berada dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah untuk menjalankan
tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar murid-murid. Guru juga akan berusaha
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas. Seterusnya, muridmurid juga akan berasa seronok untuk belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang
bersemangat dan inovatif. Mengikut kajian Arfah (1994) ke atas 85 orang guru dan 5 orang guru
besar sekolah rendah di Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi dikalangan guru ialah
kesefahaman dengan guru besar, sokongan dari guru besar, persekitaran kerja yang sihat dan
hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan guru besar dan
rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Guru besar dan

pengetua perlu sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya persekitaran dan
kecemerlangan sekolah. Jika seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin akan berasa dirinya
dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap lebih berkesan.

Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang ada pada seorang guru besar atau pengetua. Seorang
guru besar mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar, dan
menentukan naik pangkat seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi menyokong proses
kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada pada seseorang guru besar telah membantunya untuk
meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah. Guru besar perlu bijak menggunakan
kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik dan seterusnya
mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di sekolah.

Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem


pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan
cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di
kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem
pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara
yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya
betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak
pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan
kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke
arah yang terpesong daripada profesionnya.
Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan
tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak
berterusan.

Ketegasan

pihak

pentadbir

dalam

menguruskan

hal

salah

laku

sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru.
Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru
permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel
menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-guru
sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

Jika anda Encik Ali, bagaimana anda menasihati Encik Ahmad dalam isu di atas?
sekiranya saya Encik Saad atau menghadapi masalah seperti mana yang dihadapinya, saya tidak akan membiarkannya sahaja dan
menghadapi masalah ini dengan lebih telus. Seboleh-bolehnya adalah perlu untuk mengenali dan memahami semua guru
dan juga kakitangan sekolah tersebut. Adalah penting untuk seorang pemimpin menjadi seorang
sahabat kepada ahli organisasi tersebut. Dengan ini, dia dapat mengenali setiap individu dalam organisasi tersebut
dan seterusnya mengetahui keperluan mereka. Perhubungan yang rapat dengan guru dan staf akan
membolehkan En Saad tidak menghadapi masalah dalam memberikan arahan atau melaksanakan kerja di sekolah.
Kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi system kepercayaan, tindakan dan pegangan ahli-ahli dalam
kumpulannya (Leithwood & Janti, 1999). Selain itu juga, saya akan bertemu dengan kedua-dua guru tersebut
dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, saya perlulah memahami kedua-dua guru tersebut
dan juga situasi ini. Dengan mengetahui punca masalah ini, saya dapat membantu guru tersebut dalam menyelesaikan
masalah ini. Jika masalah ini terus berleluasa, adalah perlu bagi mencari penyelesaian yang lebih besar seperti membawa
guru tersebut kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Lagipun, menggunakan kaedah tegas dan keras tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah ini. Saya akan
cuba untuk mewujudkan hubungan dengan semua ahli sekolah tersebut terutamanya guru sekolah tersebut.
Penyemaian semangat kekitaan antara satu sama lain serta perhubungan erat dapat membantu saya
sewaktu mengambil keputusan kerana saya akan mendapat sokongan guru dan staf sekolah tersebut.

Bincangkan nilai-nilai keguruan yang anda boleh pelajari daripada kes di atas

Unsur-unsur pengajaran yang dapat diambil sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan berdasarkan kes di sekolah tersebut
adalah mewujudkan perhubungan dalam sekolah tersebut. Guru besar sebagai pemimpin dalam sekolah
tersebut mesti mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan semua guru, staf dan murid sekolah
tersebut. Mereka tidak seharusnya tidak tetapi hormat dan taat kepada guru besar tersebut. Guru besar
perlulah bersikap adil dan saksama dengan semua dan sentiasa mengetahui keperluan orang bawahannya.
Sebagai seorang pemimpin, adalah penting untuk dirinya sedar dan tahu masalah yang berlaku. Sekiranya tidak pasti,
adalah mesti untuk cuba mengetahui masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian. Memberikan
arahan tanpa usul periksa adalah tidak betul dan akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Seorang pemimpin
hendaklah sentiasa lebih mengetahui daripada orang lain dan cuba menjadi agen perubahan serta penyelesai masalah kepada
orang lain. Di samping itu juga, seorang pemimpin haruslah berfikir akan kebaikan orang bawahannya. Dia seharusnya cuba
membangunkan dirinya dan juga diri orang bawahannya. Pengagihan tugasan serta perkara lain hendaklah dilaksanakan dengan
betul. Guru besar perlulah berfikir dahulu sebelum membuat keputusan tetapi perlu berfikiran teguh
terhadap keputusannya dan boleh menghadapi sebarang masalah atau tentangan. Sifat ini adalah sangat penting dalam diri
seorang guru itu

Selain itu, adalah perlu untuk seseorang itu menyelesaikan sesebuah masalah sebelum masalah itu menjadi lebih besar.
Isu Pn. Rogayah ini boleh selesai sekiranya usaha penyelesaian diambil terlebih dahulu. Guru besar juga perlulah sedar
bahawa bukan semua orang adalah sama dan bertindak selaras dengannya. Adalah penting untuk sentiasa bersedia dalam
mengambil keputusan yang betul dan mewujudkan sebuah institusi pendidikan yang aman dan berprestasi tinggi.
Ini adalah selaras dengan matlamat PIPP iaitu untuk membangunkan satu system pendidikan bertaraf
dunia sebagai memenuhi hasrat Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri

Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari denganperedaran zaman dan tuntutan
keperluan negara. Sehubungan itu
erdapat beberapa bentuk perubahan dari segi kepimpinan sekolah yangperlu diberi perhatian.
Antaranya ialah pemimpin perlu mempunyai ilmupengetahuan yang luas. Ilmu tersebut merangkumi
ilmu berteraskanikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuansemasa. Ilmu
ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagimemastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti
guru, kakitangansekolah, serta murid dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengankeperluan
semasa di samping memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasiamat diperlukan oleh pemimpin di
sekolah bagi memastikan layanan dankemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan
dengan baik disamping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu, pengetahuan yangluas tentang isu
semasa bakal menjadikan minda pemimpin akan sentiasamengikut peredaran zaman dan bersedia untuk
menghadapi sebarangkemungkinan yang mendatang. Pemimpin sebegini sudah tentumerupakan guru
yang pakar di bidang pengurusan serta bidangprofesionnya.

Seterusnya, bentuk perubahan kepimpinan sekolah yang perludiambil peduli oleh pemimpin ialah
berkaitan pengurusan kewangan.Pemimpin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pengurusankewangan. Pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam
pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikanpenggunaan wang berlaku secara optima.
Pemimpin perlu mengagihkanperuntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi
keperluankurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah

Antara bentuk perubahan dari segi kepimpinan yang perlu diberiperhatian ialah mereka harus
mempunyai ketinggian peribadi yang kukuh.Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata
bukan sahajadari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untukberkomunikasi
dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yangdiberikan seharusnya bersifat membina
bukannya merendah-rendahkanmartabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur
dengantingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong danmemberikan layanan kepada

semua pihak tanpa memilih bulu dan penuhhikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak
mengatur kata,
penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jati diri dan integriti yangtinggi.Perkara di atas
akan membawa kepada pengaruh melalui tauladan
.
Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkanoleh pemimpin
berdasarkan perkara yang diungkapkannya. Pemimpinulung harus menunjukkan contoh
tauladan kepada komuniti di bawahnyamelalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan
niat untukditeladani oleh semua. Pemimpin berjiwa rakyat sebegini akan dipandangtinggi oleh
komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampumengotakan janjinya melalui tauladan.
Sebagai contohnya pemimpin yangingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja
pastimenonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripadayang lain
Pemimpin juga harus mampu untuk membimbing kakitangannyabagi menjamin kelangsungan budaya
kerja berkualiti .Guru-guru mudaterutamanya yang baru mula bertugas perlu dibimbing agar
cepatmenyesuaikan diri dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangandirinya sebaik mungkin.
Manakala guru senior pula yang mempunyaikepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus
kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaranserta
menggalakkan budaya kajian tindakan.Kesimpulannya, pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas
merekabukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir,pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dansebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya
membuatkeputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapiterbaik kepada semua
pihak yang lain. Justeru itu, pemimpin perlumelakukan perubahan yang sesuai dalam aspek
kepimpinannya supayaorganisasi sentiasa maju ke hadapan dan berjaya memperolehkecemerlangan
yang maksima.

Anda mungkin juga menyukai