Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran

Matematik

Kelas

1 Aisyah

Tarikh

25 September 2014

Masa

9.00 pagi hingga 10.00 pagi (60 minit)

Bilangan Murid

25 orang

Bidang

Sukatan dan Geometri

Tajuk

Bentuk 3 (tiga) Dimensi

Pengetahuan Sedia Ada

Murid telah mempelajari bentuk - bentuk asas 2


Dimensi semasa di Pra-Sekolah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi Pengajaran dan Pembelajaran, murid murid dapat ;


1) Menguasai Isi Kandungan Pelajaran
Menamakan bentuk 3 Dimensi seperti kuboid,
kubus, kon, piramid tapak segi empat sama,
silinder dan sfera.
Menunjukkan sekurang- kurangnya 4 daripada 6
bentuk 3 Dimensi yang disebut oleh guru.
Menyebut 1 objek lain yang mempunyai 3
Dimensi bagi mewakili setiap satu daripada objek
3 Dimensi tersebut.

2) Membina Kemahiran Saintifik dan Kemahiran


Berfikir.
Memadankan gambar dengan bentuk 3 Dimensi
dengan betul.
Menyatakan perbezaan antara bentuk kubus dan
kuboid.
3) Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Menunjukkan kesungguhan dan minat untuk
mengaitkan objek di sekeliling kelas dengan
bentuk yang telah dipelajari.
Melatih sikap bekerjasama dan saling tolongmenolong dalam melakukan sesuatu.
Pentaksiran

Lembaran kerja 1 & Lembaran kerja 2

Kemahiran Insaniah

Kreativiti dan kerjasama

ABM

1) Kertas mahjung
2) Objek 3 Dimensi
3) Kad Gambar
4) Pen maker
5) Lembaran kerja
6) Gula-gula lolipop

Fasa
Set Induksi

Cadangan Aktiviti
Isi Kandungan :
Mencari persamaan bentuk Dimensi dengan bentuk di sekeliling.

(Permulaan /

Strategi / Teknik :

Mencungkil Idea)

Penyoalan keseluruhan kelas


Kemahiran Berfikir :

10 minit

Menganalisis
Sikap Saintifik dan Nilai :
Bersyukur dan Yakin Diri
1) Guru masuk ke kelas dan memberi salam dengan lafaz
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh" .
2) Murid menjawab salam dan membaca doa untuk belajar.
3) Guru memberi keizinan pelajar untuk duduk.
4) Pelajar duduk di tempat masing - masing sambil mengucapkan "terima kasih,
cikgu".
5) Guru menunjukkan 'kotak ubat gigi' yang berbentuk 'kuboid', 'kotak kapur'
yang berbentuk 'kubus', 'topi hari jadi' yang berbentuk 'kon', 'tin minuman' yang
berbentuk 'silinder', 'bola' yang berbentuk 'sfera' dan 'jam' yang berbentuk
'piramid' kepada semua pelajar sambil bertanya kepada pelajar berkenaan

Cadangan Komunikasi
Contoh Soalan :
Apakah benda yang anda lihat ini?
BBM : - Kotak Ubat Gigi
- Kotak Kapur
- Topi Hari Jadi
- Tin Minuman
- Bola
- Jam
- Gula - gula lolipop
- Papan Putih
- Gambar 3 Dimensi
(Kuboid, Kubus, Kon, Silinder, Sfera dan
Piramid)

dengan objek yang mereka lihat.


6) Pelajar memerhatikan kesemua objek yang ditunjukkan oleh guru.
7) Guru meletakkan gambar bentuk 3 Dimensi di Papan Putih dan memanggil 2
orang pelajar secara sukarela untuk tampil ke hadapan kelas bagi melekatkan
objek 3 Dimensi pada gambar yang ditunjukkan oleh guru.
8) Pelajar tampil ke hadapan dan melekatkan objek seperti yang di arahkan oleh
guru.
9) Guru berbincang mengenai jawapan yang diberikan oleh murid.
10) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.
11) Guru memberikan gula - gula lolipop kepada 2 orang murid yang tampil ke
hadapan sebagai penghargaan untuk mereka dan galakan kepada murid - murid
yang lain.
Isi Kandungan :
langkah 1

Mengenali nama - nama bentuk 3 Dimensi


(Kuboid, Kubus, Kon, Piramid, Sfera, dan Silinder)

(Menstruktur /
Penstrukturan Semula)

Strategi / Teknik :
Pembelajaran Masteri

30 minit
Kemahiran Berfikir :

Contoh Soalan :
Apakah bentuk 3 Dimensi ini?
BBM : - Lembaran Kerja 1
- Kertas A4
- Pen Marker
- Gula - gula lolipop
- Gambar bentuk 3 Dimensi
(Kuboid, Kubus, Kon, Silinder, Sfera dan

Menstruktur

Piramid)

Sikap Saintifik dan Nilai :


Bekerjasama dan Prihatin
1) Guru memperkenalkan satu persatu bentuk 3 Dimensi satu persatu kepada
murid - murid.
2) Guru menampal nama - nama bentuk 3 Dimensi di papan putih dan
membimbing murid untuk menyebut dan mengeja nama - nama bentuk
Tersebut.
3) Murid mengeja dan menyebut nama - nama bentuk yang dipelajari berulangkali
secara kelas, kumpulan dan individu.
4) Guru melaksanakan aktiviti individu kepada semua pelajar - sebagai
Peneguhan.
A) Aktiviti Individu :
a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
b) Murid dikehendaki memadankan gambar bentuk 3 Dimensi dengan
bentuk yang sesuai.
c) Guru membuat perbincangan jawapan bersama - sama dengan pelajar.
d) Pelajar yang dapat memadankan kesemua gambar tersebut dengan tepat

diberikan gula - gula lolipop sebagai penghargaan.


5) Guru melaksanakan aktiviti berkumpulan kepada semua pelajar.
B) Aktiviti Berkumpulan :
a) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang mempunyai 5 orang
ahli bagi setiap kumpulan.
b) Setiap kumpulan diberikan kertas A4 sebanyak 6 helai dan sebatang pen
marker.
c) Guru menunjukkan bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas.
d) Murid diberi masa 3 minit untuk berbincang dengan ahli kumpulan dan
menulis jawapan di atas kertas A4 serta mengangkat kertas yang di tulis
jawapan tersebut.
e) Guru memberikan jawapan kepada setiap bentuk dimensi yang
ditunjukkan selepas 3 minit yang diberikan tamat..
d) Pelajar yang dapat memadankan kesemua gambar tersebut dengan tepat
diberikan gula - gula lolipop sebagai penghargaan.

langkah 2

Isi Kandungan :
Perbezaan bentuk kubus dan kuboid.

(Aplikasi Idea)

Strategi / Teknik :
Pembelajaran Masteri

10 minit

Contoh Soalan :
Apakah perbezaan yang dapat anda
perhatikan di antara kuboid dan
kubus ini?
BBM : - Gambar kuboid dan kubus

Kemahiran Berfikir :
Menganalisis
Sikap Saintifik dan Nilai :
Prihatin
1) Guru menunjukkan bentuk kubus dan kuboid kepada murid - murid.
2) Murid diberi masa 2 minit untuk berfikir mengenai perbezaan di antara bentuk
kubus dengan kuboid
3) Pelajar membuat analisis mengenai perbezaan kubus dan kuboid berdasarkan
objek yang ditunjukkan oleh guru.
4) 2 orang pelajar dipilih untuk menyatakan pendapat mereka berkenaan dengan
perbezaan antara kuboid dan kubus.
5) Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Penutup / Refleksi

1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid - murid dan meminta murid

Contoh Soalan :
Apa yang telah kita pelajari hari

(Membuat

untuk menjawab lembaran kerja tersebut.

Kesimpulan dan
Rumusan)
10 minit

ini?

BBM : - Kotak Ubat Gigi


- Kotak Kapur
- Topi Hari Jadi
3) Murid yang berjaya menjawab kesemua soalan latihan dengan tepat akan diberi
- Tin Minuman
aktiviti pengayaan dan murid yang lemah akan dibimbing secara berkumpulan.
- Bola
- Jam
4) Pelajar mengeja dan menyebut sekali lagi kesemua bentuk 3 Dimensi yang
- Gula - gula lolipop
- Papan Putih
telah dipelajari di awal tadi.
- Gambar 3 Dimensi
(Kuboid,
Kubus, Kon, Silinder, Sfera dan
5) Guru bertanya kepada semua pelajar (kelas) mengenai apa yang telah mereka
Piramid)
pelajari untuk hari ini.
2) Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

6) Semua pelajar menjawab soalan yang ditanya oleh guru mereka.


7) Guru memberikan ucapan tahniah kepada semua pelajar dan memberikan gula
- gula lolipop kepada semua pelajar atas komitmen dan penglibatan mereka.
Refleksi:

23/25 orang murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan dengan tepat. Manakala, 2 orang murid lagi perlu diberi
latihan tambahan sebagai pengukuhan.

Anda mungkin juga menyukai