Anda di halaman 1dari 3

Serius pada pendidikan

PERJUANGAN UMNO dalam membela agenda pendidikan orang Melayu akan diteruskan.
Namun, retorik dan mekaniknya perlu berjalan seiringan.

Sebab itulah dalam UMNO perlu ada cendekiawan yang cekal dan serius, yang mampu
menterjemahkan perjuangan dan pemikiran UMNO dalam bentuk tindakan.

Hal ini kerana beberapa isu pendidikan tidak boleh ditangani dalam satu musyawarah
sesingkat Perhimpunan Agung UMNO.

Suara majoriti, atau ucapan yang muluk atau berapi-api belum tentu signifikannya untuk
menentukan hala tuju pendidikan orang Melayu. Sebahagiannya hanya dikutip di sana
sini.

Pendidikan orang Melayu memerlukan lebih daripada itu, kerana ia menentukan hidup
dan mati kaum Melayu.

Sebab itulah, lebih wajar kalau Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini memikirkan
pembentukan satu kumpulan ahli fikir Melayu – dan memikirkan sekali bentuk
keanggotaannya – untuk menangani beberapa isu yang baru, atau yang isu lama yang
dibangkitkan semula.

Hal ini penting untuk tujuan pemutusan, bagi mengelakkan syak wasangka dan curiga
mencurigai selepas sesuatu dasar dilaksanakan.

Sudah tentulah kumpulan pemikir ini bukan bertujuan untuk menggantikan, atau
menjadi petanding kepada fungsi Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian
Tinggi.

Fungsi kumpulan ini terhad kepada ruang lingkup kepentingan UMNO serta memantau
keperluan anak orang Melayu dalam satu jangka masa tertentu, seperti mana yang
dipersetujui semasa Perhimpunan Agung UMNO. Hal ini juga untuk mengelakkan
menteri terbeban keseorangan dalam melaksanakan apa yang dipersetujui semasa
setiap Perhimpunan Agung UMNO.

Kumpulan seperti ini tidak akan merugikan sesiapa, sebaliknya memantapkan lagi
perjuangan UMNO dalam pendidikan.

Sebuah kursi yang khusus boleh dibentuk di setiap universiti dengan nama yang
berlainan mengikut kategori atau keperluan mengikut bidang.

Kursi ini akan dianggotai oleh para profesor dari dalam dan luar negara, dan seterusnya
membentangkan tesis masing-masing kepada Presiden UMNO pada bila-bila masa yang
difikirkan sesuai.
Malah, tidak keterlaluan jika Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi ketua sekretariat
dengan membentangkan apa-apa perkembangan pada sesi khas semasa Perhimpunan
Agung UMNO berikutnya.

Ahli-ahli UMNO sendiri perlu menyedari bahawa sesuatu dasar tidak mudah untuk
dilaksanakan semudah menyebutnya.

Sebagai contoh, isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI), meritokrasi atau pengambilan bukan Melayu ke sekolah berasrama
Mara sebenarnya telah menghalalkan apa yang disebut sebagai pencerobohan hak
keistimewaan Melayu.

Yang anehnya, ia adalah inisiatif orang Melayu sendiri yang sanggup berjudi nasib
menggadaikan hak mereka kepada bangsa lain.

Kemasukan ke universiti dengan meritokrasi diperkenalkan sejak sesi kemasukan


2002/2003.

Sedikit pengubahsuaian dilakukan pada tahun depan, apabila syarat kokurikulum


disisipkan dalam amalan pengambilan meritokrasi.

Kerajaan memperkenalkan semula dasar pengambilan pelajar ke institusi pengajian


tinggi awam (IPTA) berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus
markah akademik dan 10 peratus kokurikulum mulai sesi akademik 2006/2007, Julai ini.

Ada yang menyatakan meritokrasi ialah alat untuk mensabotaj satu usaha membantu
anak Melayu dalam bidang akademik.

Kenyataan itu disokong pula oleh statistik yang kononnya membuktikan pengurangan
pelajar Melayu dalam jurusan kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan undang-
undang sejak sistem itu bermula tiga tahun lalu.

Tiada yang mahu melihat meritokrasi sebagai satu usaha membina penanda aras
kepada kemampuan tulen pelajar Melayu dalam akademik.

Kita takut untuk menggunakan peluang membina dan membangunkan pelajar Melayu
yang mampu bersaing ketika negara kita berada dalam keadaan berbilang kaum
sekarang.

Dalam usia tiga tahun, kita tidak boleh menilai keberkesanan meritokrasi berbanding 50
tahun Melayu diberi gula-gula subsidi dan kuota.

Sebenarnya, dalam bidang akademik, bersaing kita kalah, dalam kelompok sendiri pun
kita kalah.

Kita sentiasa hendak dipaksa, disediakan infrastruktur dan dipaksa belajar. Sebahagian
besar kita dibesarkan dalam era pendidikan yang dipaksakan.
Pepatah orang Cina ada menyebut bahawa, jika hendak membantu orang, jangan
berikan ikan, tetapi berikan kail, supaya orang itu boleh mengail sendiri.

Namun bagi orang Melayu, hendak mengail pun terasa susah, atau disusahkan, seperti
mana pepatah Melayu menyebut, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan
cuba diduga.

Mengambil pengajaran daripada al- Quran: 2:249, golongan yang sedikit tidak perlu
takut untuk berhadapan dengan golongan yang jauh lebih besar, dan Allah s.w.t. telah
menjanjikan kemenangan kepada golongan yang kecil ini, tetapi jika mereka mengikut
garis-garis merit yang telah ditentukan.

Kita yakin bahawa anak Melayu mempunyai kemampuan setara dengan kaum-kaum lain
kerana tidak ada istimewa sesuatu keturunan dalam mencapai kejayaan.

Pada masa yang sama, kita tidak mahu melihat UiTM semata-mata menjadi simbol
kejayaan prasarana fizikal Melayu.

Begitu juga dengan PPSMI, kita tidak wajar menyerah kalah dan mengubah dasar dalam
waktu yang begitu singkat tanpa menangani cabarannya secar bersungguh-sungguh.

Terdapat dua hujah daripada kalangan Melayu supaya PPSMI dimansuhkan. Pertama,
soal nasionalisme bahasa. Kedua, soal ketinggalan anak-anak Melayu dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik kerana kegagalan penguasaan bahasa.

Soal nasionalisme sudah dijawab pada masa awal lagi semasa isu PPSMI mula
diperkenal. Maknanya, masalah yang dihadapi adalah soal daya saing, maka tidak timbul
soal mengetepikan bahasa Melayu dalam pelaksanaan PPSMI.

Maka perhatian wajar ditumpukan kepada menjayakan PPSMI. Maka soal kedua, iaitu
kelemahan para pelajar yang dikatakan amat ketinggalan dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik disebabkan bahasa perlu perhatian yang lebih serius dan dianggap
sebagai isu kritikal.

Di satu pihak, usaha mesti lebih ditingkatkan bagi mencari penyelesaian isu ini. Jika
perlu, satu tindakan radikal dilakukan bagi menyelamatkan anak- anak Melayu daripada
terus gagal menguasai Sains dan Matematik.

Anda mungkin juga menyukai