Anda di halaman 1dari 6

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN

Lawatan Kerja Kakitangan Pejabat Sekolah Siswazah ke Universiti


Sains Malaysia pada 22 hingga 24 April 2008

Tujuan

1. Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa


Eksekutif Universiti Malaysia Terengganu bagi mengadakan lawatan kerja
Kakitangan Pejabat Sekolah Siswazah ke Pejabat Pengurusan Pelajar
pasca siswazah Universiti Sains Malaysia pada 22 hingga 24 April 2008.

Latarbelakang

2. Sekolah Siswazah merupakan sebuah PTJ yang mengendalikan urusan


akademik dan kebajikan pelajar pasca siswazah di Universiti Malaysia
Terengganu. Buat masa sekarang Sekolah Siswazah belum mempunyai
sistem pengurusan yang benar-benar mantap.

3. Sehubungan itu, kakitangan Pejabat Sekolah Siswazah perlu mendapat


pendedahan mengenai sistem pengurusan yang lebih efektif yang
digunapakai oleh pihak pengurusan pasca siswazah di universiti yang lebih
berpengalaman.

4. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti tempatan


yang telah memiliki satu sistem pengurusan pelajar pasca siswazah yang
lebih baik. Lawatan kerja dengan pihak USM sedikit sebanyak boleh
memberi gambaran dan idea kepada pihak Sekolah Siswazah untuk
memantapkan pengurusan pelajar pasca siswazah di UMT.

Disediakan oleh,
Sekolah Siswazah UMT
1
5. Sehubungan dengan itu, amatlah sesuai untuk staf Sekolah Siswazah
melihat dengan lebih dekat sistem pengurusan pelajar Pusat Pengajian
Siswazah USM agar urusan dan sistem penyampaian mereka dapat
ditingkatkan di masa hadapan.

Objektif

6. Dengan lawatan kerja ini staf-staf Sekolah Siswazah akan dapat berkongsi
maklumat, mempelajari kaedah baru dan melihat keberkesanan
pembangunan sistem maklumat pelajar siswazah di Pusat Pengajian
Siswazah USM.

7. Mencari idea dan pendekatan terbaik bagi mempertingkatkan sistem


penyampaian bagi urusan akademik pelajar pasca siswazah.

8. Dapat menjalinkan hubungan antara Sekolah Siswazah UMT dan Pusat


Pengajian Siswazah USM.

Perancangan

9. Lawatan ini akan disertai seramai 12 orang kakitangan staf Sekolah


Siswazah, 2 orang staf PTM dan 2 orang staf Bendahari yang turut terlibat
secara langsung dengan pengurusan pelajar siswazah. Senarai nama staf
yang akan menyertai lawatan ini sebagaimana di lampiran 1.

10.Pengisian program adalah sebagaimana di Lampiran 2.

Implikasi Kos

11.Kos adalah sebagaimana di lampiran 3.


Disediakan oleh,
Sekolah Siswazah UMT
2
Syor

12.Jawatankuasa Eksekutif adalah disyorkan untuk mempertimbangkan dan


seterusnya meluluskan cadangan Lawatan Kerja Kakitangan staf Sekolah
Siswazah ke Pusat Pengajian Siswazah USM pada 22 hingga 24 April 2008
dengan perbelanjaan sebanyak RM 6,908.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ribu
Sembilan Ratus Lapan Sahaja).

Disediakan oleh,
Sekolah Siswazah UMT
3
Lampiran 1
Senarai Rombongan Lawatan Kerja
Pejabat Sekolah Siswazah
ke Pusat Pengajian Siswazah USM

Bil Nama Jawatan


1 Prof. Dr. Mohd Azmi bin Ambak Dekan
2 Prof. Madya Dr. Nakisah binti Mat Amin Timbalan Dekan
3 Zulkarni bin Ismail Penolong Pendaftar
4 Muhamad Safre bin Muhamad Sani Penolong Pendaftar
5 Aznurulain binti Mohamad Penolong Pegawai Tadbir
6 Mohamed Riduan Mohamed Rakhazali Penolong Bendahari Kanan
7 Mohamad Shukri bin Hashim Pem. Akauntan (Kanan)
8 Al-Muzmi bin Abdul Hamid Peg. Tek. Maklumat (Kanan)
9 Norlili binti Omar Pen. Peg. Tek. Maklumat
10 Rosnani bt. Abd. Ghani Pem. Tadbir (P/O)
11 Abdul Rahim Hj. Uzip @ Othman Pem. Tadbir (P/O)
12 Khadijah binti Mamat Pem. Tadbir (P/O)
13 Zuria Asmayati bt Alis Pem. Tadbir (Kew)
14 Nor Aslinda binti Razek Pem. Tadbir (S/U)
15 Wan Rosfarina binti Wan Mohamad Pem. Tadbir (S/U)
16 Othman Salleh Pemandu

Disediakan oleh,
Sekolah Siswazah UMT
4
Lampiran 2

Tentatif Lawatan Kerja


Pejabat Sekolah Siswazah
ke Pusat Pengajian Siswazah USM

22 April 2008 (Khamis)


8.30 pagi - Bertolak dari UMT
12.00 tengahari - Makan tengahari di Gua Musang
5.00 petang - Tiba di Minden, Pulau pinang
2.30 petang - Check-in di Hotel Equatorial, Cameron Highlands
4.00 petang - Melawat tanaman teh di Cameron Bharat/Boh
7.00 malam - Makan malam
9.00 malam - Aktiviti bebas

23 April 2008 (Jumaat)


8.00 pagi - Makan pagi
9.00 pagi - Lawatan ke MARDI Cameron Highlands
12.00 tengahari - Makan tengahari / solat jumaat
3.00 petang - Lawatan ke Jabatan Pertanian
5.00 petang - Meninjau ladang sayur-sayuran/buah-buahan/bunga
7.00 malam - Makan malam
9.00 malam - Aktiviti bebas

24 April 2008 (Sabtu)


8.00 pagi - Makan pagi
9.00 pagi - Meninjau pasar pagi di Cameron Highlands
11.00 pagi - Bertolak pulang ke UMT
5.00 petang - Tiba di UMT

Disediakan oleh,
Sekolah Siswazah UMT
5
Lampiran 3

Anggaran Kos Bagi Lawatan Kerja


Pejabat Sekolah Siswazah
ke Pusat Pengajian Siswazah USM

Butiran Perincian Jumlah (RM)

Penginapan (Seorang Sebilik) RM 200 x 2 orang x 2 malam 800.00


Dekan dan seorang Timbalan Dekan

Penginapan (Seorang Sebilik) RM 160 x 4 orang x 2 malam 1,280.00

Penginapan (Dua orang Sebilik) RM 180 x 5 bilik x 2 malam 1,800.00

Sewa Bas RM 800 x 3 hari 2,400.00

Kontigensi 10% drp jumlah keseluruhan 6280.00

Jumlah Besar 6,908.00

Disediakan oleh,
Sekolah Siswazah UMT
6

Anda mungkin juga menyukai