Anda di halaman 1dari 1

. , . .

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,


Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kerana terasa benar akan kasih sayang Mu ya Allah, di atas limpahan kurnia
kerana mengizinkan kami untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih dalam Majlis Perpisahan Tuan Haji
Osman bin A.Bakar, Pengetua SMK Sg. Puteri dan Puan Zamila binti Zamri, Guru SMK Sg. Puteri pada pagi yang
tenang dan syahdu ini.
Ya Ghaniyyu, Ya Hamid, Ya Mubdia, Ya Muid,
Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia menganugerahkan kepada kami Pengetua dan guru yang
berjiwa besar dan punyai wawasan yang jauh demi memajukan agama, bangsa dan negara. Kami sedar Ya Allah
bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah. Kami tidak berupaya untuk mengelak diri dari melakukan
kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya
sepanjang perkhidmatan kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka
ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, Ya Qawiyyu,Ya Matin ,
Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang yang telah berbakti dan berkorban untuk
melihat kemajuan sekolah kami. Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci demi
kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kami di bawah pimpinan dan bimbingan
mereka yang berwibawa .
Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,
Panjangkanlah usia mereka dengan kesihatan dalam iman dan Islam, semoga dapat terus menyumbang idea, buah
fikiran dan pandangan yang bernas demi kemajuan pendidikan dalam tahun-tahun yang mendatang. Moga kami
dapat mencontohi tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan kegigihan mereka. Engkau lindungilah keluarganya,
kaum kerabatnya dan orang-orang yang dikasihinya.
Ya Allah, Ya zal fadhli wal Ihsan,
Sesungguhnya yang datang akan pergi, yang patah akan tumbuh kembali, setiap yang bermula pasti ada akhirnya,
setiap pertemuan akan ada perpisahan.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami sebelum ini, pertemuan yang diberkati dan dirahmati, dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.





..

Anda mungkin juga menyukai