Anda di halaman 1dari 8

TEORI EVOLUSI DARWIN

Hazwan
Rihaz
Aidil

Teori yang paling popular diperkatakan asal-usul


kejadian manusia ialah Teori Evolusi Darwin. Teori ini
diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang
bernama Charles Robert Darwin. Beliau menegaskan
dalam teori beliau segala benda yang hidup termasuk
manusia dan haiwan lain berasal dari keturunan yang
sama. Beliau berpendapat keturunan yang awal ini
kemudiannya berubah dari satu tahap kepada satu
tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran yang sering berubah.

Hasil dari perubahan-perubahan yang


mengambil masa bertahun-tahun begitu
berlaku maka lahirlah makhluk yang digelar
manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya
dalam buku hasil karyanya yang betajuk The
Origin of Species by Means of Natural
Selection pada tahun 1859.

Secara dasarnya teori ini menafikan kewujudan


tuhan. Pada hari ini para saintis mula
mempertikaikan pandangan ini. Seorang pakar
sains yang bernama Dr. Lee Spetner telah
mengkaji proses mutasi di peringkat molekul
selama
bertahun-tahun
lamanya.
Beliau
menegaskan proses mutasi mengurangkan dan
bukan meningkatkan maklumat genetik. Dalam
bahasa yang mudah ia bermaksud mutasi
menyebabkan
kecacatan
dan
bukannya
kemantapan.

Justeru, Teori evolusi ini merupakan teori yang


dangkal dan tidak dapat diterima oleh sains. Dari
sudut pandangan agama pula, teori ini
membuang kuasa tuhan dan menggantikannya
dengan Kuasa Kebetulan atau Kuasa Semula Jadi.
Jika kita berpandukan teori ini, akan timbul
pelbagai persoalan. Sebagai contoh, bagaimana
sel pertama wujud? Bagaimana sel ini mampu
berkembang dengan sendiri untuk menjadi
makhluk yang pertama? Bagaimana ia menyusun
protein-protein dengan teratur sehingga mampu
melahirkan makhluk yang kompleks?

Pada hari ini, semakin ramai para saintis yang


mempertikaikan teori evolusi Darwin. Islam
menentang teori Darwin sebagaimana Islam
menentang kesemua teori yang tidak saintifik
apatah lagi yang jelas mengingkari kewujudan
kuasa tuhan. Umat Islam tidak sepatutnya
melupakan sabda Nabi Muhammad S.A.W.
dan firman Allah:

Manusia berasal daripada Adam dan Adam


berasal dari tanah
Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud.

Dalam ayat Al-Quran pula:


Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari
tanah liat yang kering (yang berasal dari lumpur hitam yang
diberi bentuk. Maka apabila aku telah menyempurnakan
kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (cipptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka
bersujudlah para malaikat itu kesemuanya bersama-sama.
Kecuali Iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang
sujud itu. Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya kamu tidak
(ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?. Berkata
Iblis: Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang
Engkau telah ciptakan dari tanah liat kering (yang berasal) dari
lumpur
hitam
yang
diberi
bentuk.
Surah Al-Hijr : 28-33

Anda mungkin juga menyukai