Anda di halaman 1dari 14

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

FOLLOWERS

ABOUT ME

WENWINK KIDU.DUKI

Panda Montel is my Blog. I am just change the name of it since i found one of my follower were
using the exactly blogs name. so now its was Pandamontel. do visit and hit if u free
VIEW MY COMPLETE PROFILE

THURSDAY, DECEMBER 29, 2011

SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

(I like to tell all of you readers, please do not copy the text here)
Senario:
Hafzan merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan comel. Hafzan
adalah anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Hafzan berumur 6
tahun dan bersekolah di prasekolah Sekolah Kebangsaan Bingkor,
Keningau, Sabah. Menurut gurunya, Hafzan sangat cergas dan pintar
dalam melakukan sebarang aktiviti yang diberi. Walaubagaimanapun,
gurunya melihat bahawa Hafzan mempunyai sifat rendah diri dan pemalu.
Hal ini demikian kerana Hafzan selalunya tidak akan melakukan sebarang
aktiviti di dalam kelas jika tidak diminta oleh gurunya terlebih dahulu.
Sehubungan dengan iu, guru tadika Hafzan tesebut menyelidiki punca
yang menyumbang kepada sikap Hafzan itu. Hasil daripada dapatan
gurunya mendapati bahawa Hafzan berasa dirinya terpingir berbanding
kakak dan abangnya. Keadaan ini berlaku disebabkan setiap perkara
membanggakan yang dilakukan oleh Hafzan tidak pernah dihargai oleh
kedua ibu bapanya. Berbanding dengan abang dan kakaknya, kedua
mereka itu sering diberi hadiah dan kata-kata pujian, walhal Hafzan pula

tidak pernah menerima sebarang kata-kata pujian atau hadiah kerana ibu
dan ayahnya beranggapan bahawa Hafzan masih kecil dan tidak perlu
menerima sebarang penghargaan. Hal ini dapat dibuktikan gurunya apabila
kedua ibu bapa hafzan tidak hadir pada hari kecemerlangan pelajar di
prasekolah terbabit. Hal ini mnyebakan emosi Hafzan tergugat, tambahan
lagi apabila dia melihat ibu bapa rakannya yang lain datang untuk samasama melihat kejayaan anak-anak mereka, walaupun mereka hanya
prasekolah.
Perincangan.
Konsep Kendiri atau perasaan harga diri seseorang adalah hasil
daripada gabungan pelbagai aspek pemikiran, perasaan, pengalaman,
pandangan dan penilaian seseorang mengenai diri sendiri sepanjang umur
hidup. Contohnya, seseorang akan berasa tinggi konsep kendiri apabila
hasil kerjanya selalu dipuji. Konsep kendiri memberi kesan terhadap semua
aspek kehidupan. Mereka konsep kendiri yang tinggi, dapat menghadapi
dan menyelesaikan berbagai-bagai cabaran dan tanggungjawab dalam
hidup dengan baik dengan masa yang teratur. Keadaan tersebut
bergantung kepada emosi dalaman, peristiwa, manusi, dan pengalaman
yang mempengaruhi pada masa tersebut. Antara faktor-faktor kanak-kanak
tidak mendapat penghargaan kendiri apabila kanak-kanak tersebut tidak
mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka dan yang tidak mengambil
tahu dan tidak mengambil berat tentang pelajaran mereka, kerana ibu bapa
mereka menganggap mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami.Di
samping itu, tidak terdapat kemesraan fizikal dan keakraban di antara ibu
bapa dengan kanak-kanak tersebut. Kesan daripada hal tersebut kanakkanak terbabit akan mempunyai pandangan negatif atau rendah diri
terhadap diri mereka sendiri. Selain itu, kanak-kanak tersebut juga akan
menjadi seorang kanak-kanak yang tidak suka menerima pendapat orang
lain dan suka menyingung perasaan orang lain disebabkan mereka
merasakan tidak ada orang yang menganggap diri mereka penting. Serta
selalu rasa tidak puas hati dengan apa yang diterimanya kerana kanakkanak tersebut selalu membandingkan apa yang di perolehi oleh mereka
dengan adik-beradik mereka.
1.0 Pendahuluan
Konsep kendiri merupakan salah satu komponen dibawah topik persepsi
kendiri seseorang individu. Sehubungan dengan itu, konsep kendiri sangat
berkait rapat dengan self-estim. Konsep kendiri didefinisikan sebagai
persepsi, tanggapan, pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri yang
akan merangkumi aspek kebolehan, perkara yang disukai, personaliti,
kemahiran dan lain-lain lagi tentang dirinya sendiri. Contohnya, semasa

menerima sesuatu maklumat yang bertentangan dengan konsep kendiri


anda, anda menjadi cemas, bimbang, demikian juga dengan orang lain
yang menerima maklumat yang berlawanan dengan konsep kendiri
mereka. Dua indikator utama yang akan membincangkan konsep kendiri ini
ialah konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Topik ini akan
membincangkan tentang konsep kendiri dalam seseorang kanak-kanak.
Dalam topik ini, beberapa pendekatan lain akan dikupas ialah beberapa
faktor yang mempengaruhi konsep kendiri seorang kanak-kanak, antara
masalah popular yang memberikan impak nyata kepada konsep kendiri,
kesan-kesan konsep kendiri, cara-cara meningkatkan dan mengekalkan
konsep kendiri serta beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan konsep
kendiri. Asas konsep kendiri ialah semasa seseorang individu itu masih
kanak-kanak. Sebarang perkara yang mereka alami semasa kanak-kanak
akan memberikan dampak apabila mereka dewasa ( Lewis dan BrooksGunn, 1979).
Sebagai contoh, kadangkala seorang kanak-kanak mempunyai konsep
kendiri yang lemah jika ibubapanya tidak memberikan galakan yang
sewajarnya kepada mereka ataupun keterlaluan memekik kepada kanakkanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan. Selain itu, konsep
kendiri kanak-kanak juga boleh terganggu semasa berada di dalam kelas.
Guru yang mengajar mugkin menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa
tidak selesa ataupun terdapat perbuatan buliyang berlaku dalam kalangan
mereka melalui perkataan-perkataan yang menyakitkan hati kanak-kanak
tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak pula, mereka boleh cenderung menanggap
kelas yang mereka hadiri di sekolah sangat susah sehingga mereka berfikir
bahawa hal ini akan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan
gred yang baik dalam persekolahannya. Hal ini akan menyebabkan mereka
merasa rendah diri dan hal ini secara langsung mengganggu atau
menggugat konsep kendiri mereka.
2.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
2.1 Keluarga (Ibu bapa)
Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dengan menggunakan
zxdsxz pelbagai alat kajian. Ramai pengkaji yang berusaha mengenal pasti
faktor-faktor yang memepengaruhi konsep kendiri seseorang . Mengikut
Samuel (1982) dan Schwartz (1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu
bapa yang tinggi konsep kendirinya adalah lebih tinggi jika dibandingkan
dengan konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang rendah konsep
kendirinya. Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam
membentuk harga diri ( self-estim ) kanak-kanak. Self-estim adalah kunci

yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa
akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang
sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi
merupakan kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan
memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang positif &
negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanakkanak yang mempunyai self-esteem yang rendah pula akan bertingkah
laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak
diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga
kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang
baru. Kanak-kanakyang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah
keranamendapat sokonganyang berkurangan daripada ibu bapa mereka
iaitu ibu bapa tidak mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran
mereka. Penghargaan kendiri kanak-kanak berkait rapat dengan corak
perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara
penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang
autoritatif.Kanak-kanak merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu
bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Manakala anak lelaki
selalu menjadikan ayah sebagai idola mereka.
2.2 Pengaruh sosio budaya
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan
yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut
cara yang diterima oleh masyarakat serta budaya. Pendek kata
perkembangan sosial melibatkan proses sosiolisasi atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
Dapat dikaji melalui beberapa aspek sosiolisasi yang penting seperti
proses peniruan dan identifaksi,aktiviti bermain, perkembangan kongnisi
sosial ,persahabatan dan pembahagian antara rakan sebaya. Sepanjang
proses sosialisasi sosial mereka. Kanak-kanak mempelajari tradisi,
kerpercayaan, nilai dan cadangan yang dianut oleh kumpulan sosial
mereka. Mereka juga mempelajari peraturan sosiol yang diamalkan oleh
kumpulan social. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks
budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin
dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian banyak tingkah
laku sosial yang bersifat universal merentasi pelbagai kaum etnik dan
budaya.
2.3 Masyarakat sekeliling ( Persahabatan )
Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanakkanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja
yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya. Kanak-kanak

meniru orang yang sebaya dan lebih tua daripadanya. Mereka akan meniru
tingkah laku yang positif ataupun negative. Sebaliknya mendapat sahabat
yang baik maka kanak-kanak akan belajar berdikari lebih pandai
berinteraksi dengan orang lain. Sebaliknya, mungkin dipelajari ialah tingkah
laku agresif, tamak, tidak menghormati orang tua dan lain-lain. Litman dan
Bricker(1967)telah menjalankan kajian tentang pengaruh sahabat terhadap
tingkah laku langsung kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 5 tahun.
Mereka mendapati kanak-kanak yang sering dibuli sering memberi
peneguhan contoh kepada si pembuli itu.
2.4 Pengamatan diri sendiri
Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan
penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri
mereka atau Kendiri-saya . (Harter,1988). Apabila konsep kendiri ini
semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan
tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai
konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan ,sifat dan nilai
yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan
daripada orang lain. Selepas memulakan persekolahan pada peringkat
rendah, konsep kendiri kanak- kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu
daripada aspek ini ialah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan.
Misalnya,mereka melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang
pintar atau sebaliknya, tetapi dengan membandingkan kebolehan diri
sendiri dengan orang lain. (Ruble & Dwek, 1995; Ruble & Fluet, 1988 ;
Pomerantz et al., 1955). Para penyelidikan telah membuat kajian pada
kanak-kanak untuk mendapatkan 20 jawapan daripada soalan tentang
Siapa saya ? di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 18
tahun (Nottlelmann, 1987 ; Zimmerman et al, 1997. Kajian mereka
mendapati bahawa kanak-kanak yang termuda (9 tahun) menghuraikan diri
mereka seperti contoh yang berikut : Nama saya Harun. Mata saya
berwarna coklat.Rambut saya berwarna hitam. Saya berumur 9 tahun.
Saya sukan bersukan. Saya ada sembilan orang adik beradikKenyataan
mereka berbeza dengan kenyataan yang diberi oleh kanak-kanak yang
berumur 11 tahun yang menggambarkan dirinya lebih terperinci : Nama
saya Suria. Saya adalah orang biasa. Saya seorang perempuan. Saya
boleh dipercayai. Saya tidak begitu cantik Saya lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sama usia. Saya adalah
perenang yang baikMereka bukan hanya menggambarkan dirinya secara
luaran sahaja tetapi juga mennghuraikan sikapnya, kebolehannya,
jantinanya, sifatnya dan lain-lain lagi.
2.5 Baka

Faktor baka berkaitan rapat dan mempengaruhi perkembangan kanakkanak.Menurut ahli sosiologi, faktor warisan secara biologi yang
merangkumi faktor biologi dan genetic merupakan faktor yang amat berkait
dengan perkembangan konsep kendiri.Kanak-kanak akan mewarisi gen
dari ibu bapa.Dengan itu,pewarisan seperti emosi,keberanian ,jujuran dan
sebagainya yang berkaitan akan membentuk peribadi kanak-kanak.Secara
lansung,ianya mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
3.0 Beberapa kaedah dan cara-cara mengatasi masalah konsep kendiri.
3.1 Berikut merupakan beberapa saranan kepada para ibubapa dan mereka
yang terlibat dengan kanak-kanak contohnya guru tadika dan pengasuh
dalam proses pembentukan konsep kendiri kanak-kanak.
3.2 Menjaga percakapan semasa bercakap. Kanak-kanak amat sensitif
terhadap apa yang dikatakan oleh ibubapa mereka. Sentiasa ingat bahawa
sangat perlu memberi pujian bukan sahaja atas hasil kerjanya malah dalam
aspek usaha yang dilakukannya. Contohnya, kalau anak tidak berjaya
dipilih dalam pasukan bola sepak, ibubapa perlu memeberitahu anaknya
bahawa kami bangga dengan usaha yang kamu lakukan dalam pasukan
bola sepak.
3.3 Menjadi contoh kepada kanak-kanak. Jika anda secara melampau keras
pada kanak-kanak, pesimistik, atau tidak realistik tentang keupayaan
ibubapa atau oang dewasa dan had-had, anak mungkin akhirnya
mencerminkan ibubapa khususnya. Memupuk harga diri anda sendiri, dan
anak anda akan mempunyai satu model yang baik.
3.4 Mengenal pasti dan mengalihkan kepercayaan kanak-kanak yang tidak
tepat. Penting untuk ibubapa mengenal pasti kepercayaan kanak-kanak
tentang diri mereka, sama ada tentang kesempurnaan mereka, daya
tarikan, keupayaan, atau hal yang lain. Membantu kanak-kanak
menyediakan piawaian yang lebih tepat supaya mereka menjadi lebih
realistik dalam menilai diri mereka selain membantu mereka membina satu
konsep diri yang sihat. Persepsi yang tidak tepat tentang diri boleh berakar
dan menjadi kenyataan bagi kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang kanakkanak yang begitu baik di sekolah tetapi bermasalah dengan subjek
matematik mungkin berkata, "Saya tidak boleh melakukan subjek
matematik. Saya seorang pelajar bodoh." Hal ini bukan sahaja merupakan
satu pengitlakan palsu, malah juga merupakan satu kepercayaan yang
akan menyediakan kanak-kanak itu kearah untuk kegagalan. Kanak-kanak
perlu diberikan galakkan dalam situasi seperti ini. Satu pujukan mungkin
berguna kepada mereka: "Anda seorang pelajar yang baik. Anda
melakukan banyak perkara dengan baik di sekolah. Matematik hanya satu

perkara yang anda kena belajar lebih masa. Kita akan sama-sama
melakukannya.
3.5 Membantu kanak-kanak membuat pengelibatanyang positif. Aktivitiaktiviti yang menggalakkan kerjasama dalam pertandingan terutamanya
adalah berguna dalam memelihara harga diri. Sebagai contoh, programprogram membimbing.Program ini akan melibatkan kanak-kanakyanglebih
tua membantu salah seorang kanak-kanak yang lebih muda untuk belajar
membaca. Kerjasama secara langsung akan dapat dipupuk antara keduadua orang kanak-kanak tersebut.
3.6 Mewujudkan sebuah suasana rumah yang penyayang dan
pengasih. Kanak-kanak yang merasa tidak selamat ataurasa dianiayai
semasa berada di rumah akan menderita lebih teruk berbanding dengan
mereka yang rendah diri. Seorang kanak-kanak yang telah berusaha untuk
menarik perhatian ibu bapa dan berusaha berulang kali untuk
membolehkan dirinya disayangi mungkin menjadi sedih dan akhirnya
berputus asa. Selain itu, mereka juga akan tertunggu-tunggu bentuk atau
tanda-tanda penderaan terhadap orang lain, masalah-masalah di sekolah,
bermasalah dengan rakan sebaya, dan faktor-faktor lain yang mungkin
menjejaskan harga diri kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, adalah
penting untuk sentiasa beringat keperluan untuk menghormati kanakkanak.
3.7 Memberi reaksi yang positif dan maklum balas yang tepat. Ungkapanungkapan seperti "Kamu hanya memikirkan diri kamu sendiri apabila kamu
marah kepada kepadaoang lain!" akan membuatkan kanak-kanak rasa
tidak terkawal semasa mereka sedang marah. Satu ayat atau teguran yang
lebih baik ialah "Walaupun kamu memang benar-benar marah terhadap
abang kamu, . tetapi saya sangat suka jika kamu tidak menengking atau
memukulnya." Hal seperti ini akan meredakan perasaan seorang kanakkanak, dengan memberi pilihan tindakan kepada mereka akan
menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk membuat pilihan tepat ataupun
yang paling hampir dan sesuai.
3.8 Menjadi spontan dan penyayang. Kasih sayang ibubapa dan orang
dewasa akan banyak berfungsi untuk membentuk dan membantu
meningkatkan harga diri seorang kanak-kanak. Berilah pelukan dan
beritahu kanak-kanak bahawa anda bangga mereka. Contohnya,
menyertakan satu nota dalam kotak makanan tengahari anak-anak
contohnya, "Saya rasa anda hebat!" Memberi pujian sesering yang
mungkin dengan jujur, dan tidak membesar-besarkan. Hal ini keranakanakkanak juga boleh mengetahui samada sesuatu itu ikhlas ataupun tidak.
4.0 Kesan-kesan positif dan negatif konsep kendiri.

4.1 Setiap kanak-kanak mempunyai konsep kendiri mereka yang tersendiri.


Konsep kendiri ini tidak dapat diukur dengan seva=barang bentuk piawaian
tetapi boleh dilihat dengan jelas dalam diri seseorang kanak-kanak. Hal ini
adalah keadaan yang disebut sebagai kesan konsep kendiri sama ada
konsep positif ataupun konsep negatif. Kanak-kanak yang mempunyai
konsep kendiri yang positif akan mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi. Kanak-kanak golongan ini akan berminat dan bermotivasi untuk
belajar serta mempunyai matlamat kerjaya pada masa hadapan. Pelajar
juga melihat diri mereka sebagai orang yang
berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
4.2 Kelebihan konsep kendiri tinggi atau positif ini termasuklah dapat menilai diri
mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap atau
berkebolehan; bertindak dengan positif; memikul tanggungjawab; menahan
perasaan kekecewaan dengan baik; rasa dapat mempengaruhi
persekitaran; berasa bangga dengan perlakuan sendiri; pencapaian gred
yang tinggi; lebih bersedia menerima risiko; menerima diri dengan lebih
positif; menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri.
4.3 Kesan negatif konsep kendiri ataupun penghargaan kendiri yang rendah dan
negatif pula memperlihatkan beberapa ciri seperti mereka cenderung untuk
merasa bersalah, takut kepada kegagalan, sering merasa bimbang dan
cepat berkecil hati, mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik yang
rendah,tidak gemar kerja yang mencabar, kurang keyakinan dan
kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar, kurang berminat
untuk mendapatkan maklumbalas dan melihat diri sebagai orang yang
kurang menarik dari segi personaliti.
4.4 Kesan konsep kendiri yang rendah dalam seseorang kanak dapat dilihat
dengan jelas. Kanak-kanak seperti ini akan mudah cenderung berkelakuan
seperti mudah rasa kecewa, sering menyalahkan orang lain kerana
kesalahan diri, mengelak situasi yang sukar, terdapat juga kajian yang
mengtakan bahawa gangguan dalam pemakanan mempunyai signifikan
dengan konsep kendiri yang rendah dan mudah mengikut orang lain
ataupun mudah terpengaruh dan dipengaruhi.
4.5 Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan ibu bapa
boleh diklasifikasikan dalam banyak aspek. Contohnya, seorang kanakkanak yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi selalunya
mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa sentiasa
mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka. Kanakkanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa juga akan
bertumbuh sebagai sebagai seorang anak yang mempunyai penghargaan
kendiri tinggi.

4.6 Selain itu terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku
menyokong ibu bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong,
keakraban, hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan kendiri
seseorang kanak-kanak. Penghargaan kendiri mereka juga berkait rapat
dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif
antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang
autoritatif. Minat, galakan dan sokongan ibu bapa terhadap anak
merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri mereka. Semakin
remaja merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin
rendah penghargaan kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung
kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.
5.0 Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan konsep kendiri
kanak-kanak.
5.1 MELAKAR POTRET SENDIRI
Menggunakan satu buah cermin kecil, biakan pelajar melakar gambar rupa
mereka sendiri. Para pelajar boleh menggunakan pensel ataupun pensel
warna. Lukisan yang dihasilkan tidak perlu tepat, namun perlu
menggambarkan pelajar tersebut. Lakaran-lakaran ini perlu dijurnalkan.
Satu variasi pilihan adalah dengan membahagikan bentuk muka pusat
yang membujur yang dibahagi dua. Separuh daripada muka dilukis satu
gambaran bagaimana pelajar itu melihat dirinya sendiri, dan yang lain
adalah bagaimana beliau berfikir orang lain melihat dirinya. Hal ini disertai
dengan catatan jurnal yang dilakukan yang menggambarkan bagaimana
pelajar itu melihat dirinya lawan bagaimana pelajar lain melihat dirinya.
5.2 EN SQUEAKER: ANDA YANG TIDAK DISAKITI"

PAKAR
Konsep Pembelajaran:
Interaksidengan dan sokongan emosi daripada sebuah boneka
Umur sesuai:
Lencongan 1-6 tahun
Masa:
Berbeza-beza; selagi diperlukan sebelum dan sepanjang proses
rawatan
Objektif
Kanak-kanak akan:

- Mempunyai seorang rakan "sakti" yang beliau boleh bercakap dan


mendapatkan sokongan emosi.
- Tumpuan adalah pada boneka dan elakkan daripada kayu jarum
sepanjang seduhan tersebut.
Keperluan:
- Seorang kanak-kanak, berpakaian boneka seperti binatang yang mungkin
dianimasikan oleh satu anggota kakitangan atau ibu bapa mereka.
Arahan:
Persediaan Tambahan Guru:
1. Beli boneka tangan seperti binatang yang bersaiz besarboneka. Beri
satu nama setiap satunya. ( cth: monyet dan satu lagi dinamakan Mr
Squeaker).
2. Minta jabatan sumber manusia anda untuk memberinya lencana pekerja
dia yang sendiri. Beliau akan bekerja untuk anda, akhirnya!
3. Letakkan boneka pada tangan anda dan amalan berlatih
menggunakannya di hadapan cermin. Cuba lakukan pelbagai corak
pergerakan mengikut kreativiti anda sendiri selain itu anda juga perlu
berlatih menggunakan pelbagai suara.
4. Berlatih menggunakan / menggerakkan boneka tersebut dengan
bercakap dengan teman-teman sekerja anda, berceritalah tentang apapun
dan fikirkan apa yang akan anda persembahkan.
Dengan Kanak-kanak:
1. Sebelum anda masuk kedalam bilik darjah mereka, pakai boneka
tersebut dan intai bilik darja mereka menggunakan boneka tersebut sambil
berkata "helo."
2. Kemudian masuk ke dalam bilik darjah sambil bercakap dengan boneka
tersebut untuk menarik perhatian kanak-kanak dan ibubapa yang ada
dalam perbualan.
3. Jika kanak-kanak tersebut takut kepada boneka, sama ada anda
menanggalkannya segera dan menggantikan dengan sesuatu yang lain
atau duduk dan tanggal dan jauhkan boneka tersebut,tetapi tetap masih
dapat dilihat oleh kanak-kanak itu, dan berbual dengan boneka tersebut
tentang perkara yang menarik dalam bilik itu. Mempunyai boneka
menyatakan kebimbangan si kanak-kanak.
Panduan bagi Mr. Squeaker..
Panduan:
Elakkan daripada bersikap terlalu kaku dengan perlakuan anda mengikut
keselesaan anda, tingkatkan daya imaginasi dan kreativiti anda untuk
mengubah suara dan pergerakan untuk menjadi boneka.

Buat suara dan personaliti boneka berbeza daripada suara dan personaliti
anda.
Anda tidak perlu "berteriak" untuk membolehkan anda berkata-kata sebagai
boneka. Tumpuan kanak-kanak akan tertumpu pada boneka tersebut dan
menjawab atau bercakap dengannya secara spontan.
Kanak-kanak boleh berpegang tangan dengan boneka semasa. Semasa
berpegangan tangan dengan boneka, anak-anak menemui bahawa
Mereka tidak akan terluka" kerana mereka mempunyai seorang kawan
yang mereka boleh berkongsi isihati dan pendapat mereka.
Boneka juga boleh menunjukkan cara empati kepada kanak-kanak dengan
menunjukkan tidakan terhadap seorang kanak-kanak lain yyang
mengalami pendarahan. Kadangkala, rawatan" boneka lebih berkesan
dan afdal.
Kaedah boneka disesuaikan sebagai skim rawatan yang baik, seperti yang
dapat dilihat oleh kanak-kanak, didengar, dan dapat berpegangan tangan
dengan dia.
Lebih banyak anda menggunakan boneka anda dan melihat sambutan yang
baik daripada para pelajar, anda akan menjadi lebih selesa.
5.2 APA YANG HILANG?
Konsep Pembelajaran : Penyahpekaan (bekalan perubatan)
Umur: Tiga tahun hingga lapan tahun
Masa: 5 atau lebih.
Objektif:
Kanak-kanak akan:
Menjadi lebih biasa dan akan mambantu mereka mungurangi rasa takut
dengan ubat-ubatan selain cara-cara menggunkan ubat tersebut.
Tandakan bahan-bahan ubat dengan nama yang jelas.
Bahan-bahan:
Talam
Selimut kecil
Bahan-bahan perubatan (cth: Picagari, stettoskop, penukul refleks, kapas,
kain kasa dsb.) letakkan semuanya di atas talam.
Arahan:
1. Namakan dan bincangkan kegunaan dan car penggunaan setiap objek
tersebut dengan kanak-kanak.
2. Tutup semua objek tersebut dengan selimut kecil tadi.
3. minta semua kanak-kanak untuk menutup mata mereka.
4. Ambil salah satu objek daripada talam tersebut dan sembunyikan.Buka
selimut yang menutumi objek perubatan itu.

5. Minta kanak-kanka membuka mata mereka dan minta mereka teka apakah
alat atau objek yang hilanh atau tidak ada.
Panduan:
Nyanyikan sebuah lagu ketika kanak-kanak sedang menutup mata.
Contohnya, Apakah yang hilang? dan Cuba teka
Jadikan aktiviti menjadi lebih sukar, buka lebih daripada satu objek setiap
kali.
Selepas kanak-kanak sudah biasa dan kenal dengan permainan ini, biarkan
kanak-kanak bermain dengan objek-objek perubatan tersebut dan selimut
tadi dengan cara mereka sendiri.
Permainan ini boleh juga dilakukan dalam bidang lain selain bidang atau
sesi perubatan.
Rumusan
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri
bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi
persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak seseorang bergaul,
pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa
manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah
kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai
keyakinan terhadap dirinya. Dengan ini adalah penting untuk seseorang
memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke
arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih
bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar
pelajar dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.
Bibliografi
Byrne, B. (1990). Self-concept and academic achievement: Investigating
their importance as discriminators of academic track membership in high
school. Canadian Journal of Education, 15(2), 173-182.
David M. Newman ( 1995 ), Sosiology:Exploring the Architecture of
Everyday Life, United States Of America.
Gage, N., & Berliner, D. (1992). Educational psychology (5th ed.). Boston:
Houghton Mifflin.
Grace J. Craig (1996), Human Development, United States of America.
http://kidshealth.org/parent/emotions/feelings/self_esteem.html(David V.
Sheslow, PhD,
November 2008)
http://pedagogi-islam.blogspot.com/2009/02/konsep-kendiri.html
http://psych.rochester.edu/SDT/measures/documents/2000RyanDeciSDT.p
df

http://www.thereforyou.com/caregivers/resources/educationmaterials/management.html
POSTED BY WENWINK KIDU.DUKI AT 7:01 AM

0 COMMENTS:
POST A COMMENT

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Wen is A Nuffies

My Blog List
Blog Archive
2014 (2)
2013 (1)
2012 (4)
2011 (22)
o December (22)
Project Tahun Akhir (KAR) a.k.a THESIS Pendidikan ...
KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANA...
7 Kemahiran Proses Sains
Stop Child Abuse
Kanak-kanak Syndrom Down
Kod-Kod Estetika Dalam Kelas Kanak-kanak
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN...
Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak Sejak Dal...

Pic Dan Vokal Kanak-kanak


SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Penderaan wanita : Keganasan Rumah Tangga
SISTEM PANGGILAN KELUARGA MELAYU
1.0 KONSEP GIMNASTIK
2.0 SEJARAH & PERKEMBANGAN AWAL GIMNASTIK
3.0 GIMNASTIK DI MALAYSIA
4.0 JENIS-JENIS GIMNASTIK
5.0 KEPENTINGAN GIMNASTIK KEPADA KANAK KAN...
6.0 ALATAN GIMNASTIK YANG SESUAI DIGUNAKAN O...
7.0 KOMPONEN-KOMPONEN DALAM GIMNASTIK
8.0 PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK MELALUI ...
9.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI
10.0 APLIKASI PENDIDIKAN GIMNASTIK DALAM PENGAJ...
2010 (1)

NetworkedBlogs
Follow this blog

Powered by Blogger.

DON'T COPY

blog ini diedit oleh fiezah91

Anda mungkin juga menyukai