Anda di halaman 1dari 8

Mutiara Kata

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara


jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan
menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya
akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh
keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk
menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila
diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu
dan suatu kalungan bagi lehermu

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang
bijaksana ada di hatinya

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya
ia menitik

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan
menghasilkan kegelapan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya
datang menghampiri kita

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan


imejna

Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai
keaslian pantai itu

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan


usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata
yang kau titiskan, simpanjadikan tauladan; segala yang kau pandang dan
dengar, simpanbuat pedoman

Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu
kejian

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu
batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari

sutera

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging
daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi
bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik


daripada tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan
cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan
datang

Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah
bertemu

Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci


kekotoran hati

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya
tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana
wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah
yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapiwangi di


mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun
juga. Katakan sahaja ya atau tidak supaya kita tidak berbuat dosa atau
terhukum kerana sumpah itu

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum

ketika menghadapi kerugian

Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu
perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja
yang kecil

Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi
menakluk salah seorangnya sahaja

Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap
bahagia

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila
beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap


seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah
pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja
sama di antara satu sama lain.

Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak
pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka
memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu


sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita
sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji,


berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di

musim panas

Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan
sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan
berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang
mengikut ke mana sahaja kita pergi

Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua
sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengahtengah pipi masyarakat

Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

Seandainya hidup ini punca perpisahan biaralah kematian menyambungnya


semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan biarlah hidup memeberi
erti yang nyata

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu
dibalas dnegan buah

Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di
sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman
yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah


kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali

Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan
kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya
yang mana mereka akan dibebani dosa

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah


untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam
kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda
cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai


oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan
sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan

oleh orang lain

Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan


agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan
atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana
kedua duanya adalah anugerah TUhan

Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan


perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan
perempuan cantik atas dasar akhlaknya

Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian


rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah
kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang
dihajati dalam kerukunan perkahwinan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang
gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang
amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan
terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling
indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan
untuk menakluki bumi Allah

Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik.
Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan
kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar
bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya

Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkantapi


senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah

Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran

Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada
menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat

Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan

orang tuli

Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu
sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan
berpanjangan

Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati
ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang
yang tidak mempunyai hutang

Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian.


Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak
menyelesaikannya

Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan


yang tidak berkesudahan

Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami


kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan
kegembiraan pula belum berputik

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok
adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat
pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan
tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan
suatu penyeksaan

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab
sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari
kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan

Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan
layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal

Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar
belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus
dimakan dikhuatiri beracun

Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran.


Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan
kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana,


menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh

itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan

Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata
kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak
yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya
ketaatan kepada Tuhan

Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa


pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu
abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika
tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi
besoknya

Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila


dedaun berguguran

Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada
bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah


kemanusiaan

Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia
ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu
keimanan yang kukuh

Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang
mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup

Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada
suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan
secukupnya

Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala
usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda

nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti
sebutir peluru yang menembusi dadamu

Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum
tertentu dapat memelihara seorang ibu

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum
bererti ia melihat

Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah
yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang.


Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Anda mungkin juga menyukai