Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN III :

Perbincangan penggunaan kartun bersiri dengan isu-isu pengajaran dan


pembelajaran matematik rendah

Matematik adalah satu matapelajaran yang sangat penting untuk diajar, kerana ia
mempunyai perkaitan dengan mata pelajaran lain, dan akan diaplikasikan dalam kehidupan
sehari-hari. Dalam kehidupan manusia sememangnya tidak

terlepas dari matematik, baik

secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, kemampuan di bidang matematik
dimiliki sepenuhnya oleh setiap pelajar.

Matematik

merupakan subjek utama yang diajarkan di semua sekolah, mulai dari

peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi dengan tujuan agar setiap
individu iaitu pelajar memiliki kemampuan yang baik dalam bidang matematik. Selain itu, salah
satu tujuan diajarkan mata pelajaran matematik di sekolah adalah agar pelajar memiliki sikap
menghargai kegunaan matematik dalam kehidupan, iaitu memiliki rasa ingin tahu, perhatian,
dan minat dalam mempelajari matematik,serta dapat mencari solusi dan percaya pada diri jika
menghadapi masalah.

Tujuan matematik tidak akan tercapai jika masih banyak pelajar yang tidak meminati
mata pelajaran matematik. Adanya sikap mudah merasa jemu dan terbeban terhadap pelajaran
matematik mengakibatkan rendahnya hasil pembelajaran atau prestasi pelajar dalam matematik
dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Kurangnya minat pelajar terhadap matematik perlu
dikaji dari berbagai komponen pembelajaran, antara lain guru (pengajar), pelajar, situasi
pengajaran, dan persekitaran. Namun dalam proses pembelajaran, guru memiliki peranan yang
sangat penting serta merupakan kunci utama dalam mencapai objektif dan hasil pembelajaran.

Sebagai tenaga profesional, guru harus berusaha dengan berbagai cara agar mata
pelajaran matematik menjadi mata pelajaran yang disenangi pelajar, yang pada tujuannya untuk
meningkatkan hasil belajar dan prestasi.. Salah satu kemampuan guru untuk menarik minat
pelajar dalam belajar adalah dalam hal memilih dan menggunakan media yang relevan dengan
materi pelajaran dan tahap perkembangan pelajar. Penggunaan media dalam bentuk gambar
dapat membangkitkan semangat dan motivasi murid, terutama murid Sekolah Rendah untuk
dapat menerima pelajaran matematik dengan baik. Oleh karena itu, dengan melibatkan

gambar-gambar kartun dalam pembelajaran diharapkan pelajar dapat menerima pelajaran yang
dipelajarinya.

Kartun-kartun yang digunakan dalam pembelajaran matematik akan dipersembahkan


oleh guru didalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Pelajar akan memperhatikan isi
pelajaran yang diberikan oleh guru sejalan dengan alur cerita kartun. Proses awal dari
penggunaan

kartun

dalam

pembelajaran

matematik

adalah

menarik

pelajar

untuk

memperhatikan pelajaran yang disajikan oleh guru. Proses selanjutnya adalah memasukkan isi
pelajaran kedalam pikiran pelajar melalui kartun. Setelah proses tersebut tercapai maka kartun
berfungsi sebagai media pengingat tentang pelajaran yang diajarkan oleh guru. Jika prosesproses tersebut telah terlaksana dengan baik, maka pelajar akan mengingat isi pelajaran ketika
teringat kartun yang telah dilihatnya pada proses pembelajaran matematik. Untuk lebih efektif
dan disenangi oleh siswa, maka guru boleh menciptakan suasana nyaman dan menghibur.

Seorang guru melaporkan hasil efektif dari penggunaan kartun-kartun dalam


menggambarkan konsep penerapan dalam mata pelajaran matematika. Sebahagian digunakan
untuk mengemukakan beberapa pertanyaan tentang ada tidaknya bentuk karakter yang dapat
digambarkan dalam bentuk kartun. Sebahagian lagi menggambarkan kesalahan-kesalahan
dalam menafsirkan isi yang terkandung dalam kartun. Hal ini bermakna kartun dapat digunakan
sebagai ilustrasi dalam kegiatan pengajaran. Namun demikian, guru perlu selektif dalam
memilih kartun untuk menjaga reaksi pelajar yang berlebih diantara pelajar agar tidak
kehilangan perhatian terhadap bagian terinci yang tidak ada hubungannya dengan pelajaran.

Di Malaysia, pengajaran dengan menggunakan berbagai alat visual semakin popular.


Salah satu yang dapat digunakan ialah kartun, misalnya Din Teksi dan Epit.

Kini sistem

pendidikan di Malaysia telah berkembang maju seiring dengan kemajuan yang telah dikecapi.,
Corak pengajaran guru tidak lagi difokuskan kepada peperiksaan. Oleh itu, guru harus lebih
kreatif dalam menyampaikan pengajaran. Ini kerana pengajaran adalah suatu proses
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, guru-guru perlu memilih bahan bantu
mengajar yang sesuai bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid-murid.

Kartun sebagai salah satu bentuk komunikasi grafik adalah suatu gambar interpretatif
yang menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan pesan-pesan secara cepat dan ringkas
atau suatu sikap terhadap orang, situasi, atau kejadian-kejadian tertentu. Kemampuannya untuk
menarik perhatian, mempengaruhi sikap mahupun tingkah laku. Kartun biasanya hanya
menangkap pesan yang harus disampaikan dan menuangkannya ke dalam gambar sederhana
tanpa detail dengan menggunakan simbol-simbol serta karakter yang mudah dikenal dan
dimengerti dengan cepat. Kalau kartun mengena, pesan yang besar bisa disajikan secara
ringkas dan kesannya akan tahan lama diingatkan.

Penggunaan kartun sebagai media pembelajaran memiliki peranan penting karena


dalam tahap ini pelajar sangat meminati

visual yang lucu, menarik, dan praktis. Menurut

Dawyer dan Maizuriah (2000), kartun merupakan bentuk visual dengan minat kanak-kanak
boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran. Penggunaan visual telah lama diketahui
berkeupayaan merangsang pembelajaran.
Komik, kartun dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Senario ini
kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Mereka beranggapan bahawa bahanbahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak mereka.
Sebenarnya jika komik, kartun dan seumpamanya diaplikasikan dengan baik, maka
kesan positifnya amatlah ketara. Komik dan kartun memainkan peranan yang besar dalam
menggalakkan budaya minat membaca dalam kalangan kanak-kanak seterusnya menjadi
pemangkin ke arah pembentukan budaya ilmu.
Komik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ataupun bahan bantu mengajar
bukan lagi perkara baharu yang kita dengar. Namun begitu, komik masih jarang-jarang
digunakan sebagai bahan kreatif bagi menjanakan minda dengan idea yang bernas walhal
bahan tersebut sebenarnya lebih menarik dan berpotensi untuk menguatkan daya ingatan
murid. Istilah komik sebenarnya ditakrifkan berdasarkan perkataan comic itu sendiri. Perkataan
comic dalam bahasa Inggeris juga membawa maksud lucu.
Terdapat segelintir masyarakat yang menganggap bahawa bahan komik sebagai bahan
bacaan picisan dan kurang bermoral walhal sekiranya kita melihat lebih jauh, negara Jepun
sendiri sudah pun melebarkan sayapnya dengan mengambil pelbagai siri komik popularnya,
seperti Doraemon, sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran moden. Hal ini terbukti apabila

syarikat penerbit Doraemon, Shogakukan, memberikan persetujuan kepada Institut Terjemahan


dan Buku Malaysia (ITBM) untuk menterjemahkan buku Sains dan Matematik yang
menggunakan watak Doraemon.
Sebagai bahan seni yang diminati oleh golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa,
kartun mengandungi dimensi kritikan kehidupan masyarakat secara khusus tetapi bersifat
santai. Memandangkan sifatnya yang sedemikian, bahan kartun dapat dijadikan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan kartun dapat digunakan dengan baik
dalam bahagian set induksi, bahagian isi pengajaran, pengukuhan, penilaian ataupun rumusan
dalam suatu pengajaran.
Kebolehan guru dan kemampuan guru bagi melihatnya dari demensi mana kartun dapat
disesuaikan sebelum mengintegrasikannya dalam proses pengajaran dan pengajaran dengan
berkesan dan bermakna, teruji dengan baiknya disini.
Oleh hal yang demikian, tidak ada alasan sekiranya bahan komik tidak boleh dijadikan
sebagai bahan bantu mengajar oleh guru meskipun senario ini kadang-kadang tidak boleh
diterima oleh para ibu bapa, yang beranggapan bahawa bahan bacaan seperti ini akan
menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai