Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESSIONAL

Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.


Untuk praktikum ini saya akan mengajar selama hampir 3 bulan di Sekolah
Kebangsaan Telok Panglima Garang, sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala
Langat, Selangor. Menerusi praktikum ini saya berharap dapat menimba pengalaman
mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkesan dan
berkualiti dengan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing.
Untuk mencapai hasrat tersebut saya berhasrat untuk menyiapkan diri saya terutama
dari aspek persediaan mengajar sebagai salah satu tahap terpenting teknik pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti.Ini kerana hampir beberapa tahun saya berada di
IPGM Kampus Pendidikan Islam, saya telah didedahkan secara teori bagaimana satu
pengajaran berkualiti adalah yang mencerminkan pengetahuan, pemahaman, dan
penghargaan guru pelatih seperti saya terhadap isi kandungan pelajaran.
Untuk memenuhi standard standard ini saya akan bersedia bersusaha mempelajari
teknik berkesan dalam mengajar dan akan cuba menunjukkan hubungan dalam
pengajaran dan pembelajaran menerusi praktik teori-teori yang telah dipelajari.
TINDAKAN
Sepanjang praktikum saya akan cuba mengalami sendiri suatu suasana pengajaran
dan pembelajaran sebenar di dalam kelas yang diterangkan di dalam teori pedagogi
atau siri tindakan yang dimaksudkan. Apa yang saya jangkaakan berlaku ialah set-set
tindakan ini timbul dalam pelbagai bentuk interaksi pelajar dan guru dan pelajar-pelajar
yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mencapai maksud tersebut, saya juga akan berusaha merancang pelajaran
dengan baik, dengan memilih kaedah mengajar, bahan dan alat sesuai dengan
keadaan pelajar serta pengurusan bilik darjah. Saya juga akan berusaha untuk
merancang isi pengajaran yang disusun dengan baiknya bagi memudahkan
pembelajaran

disamping

penambahbaikan.

berterusan

melakukan

refleksi

kendiri

untuk

tujuan

HASIL (Pengajaran dan Pembelajaran)


Akhir sekali saya komited untuk mencapai hasil yang dimaksudkan sebagai guru
berkesan yang Berjaya mendidik pelajar-pelajarnya. Menerusi praktikum ini saya
harapakan Berjaya dan dapat melatih diri untuk menjadi seorang guru yang
berkebolehan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang
diajar di samping membentuk sikap kualiti dan berkemahiran yang perlu dicapai
daripada pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik
darjah. Oleh itu saya akan cuba berusaha untuk merancangkan satu sesi pembelajaran
yang baik serta dapat menentukan tujuan pelajaran dengan jelas dan sesuai dengan
keadaan sepanjang sesi praktikal ini berlangsung.
Oleh itu saya amat berharap akan dapat menimba sebanyakmana pengetahuan dan
pengalaman bukan sahaja dari barisan pensyarah dan guru pembimbing sahaja malah
dari keseluruhan guru dan pentadbir Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang ini.
InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai