Anda di halaman 1dari 7

KURSUS:

HSN2013 KENEGARAAN
GROUP: EL-M03
PENSYARAH:

TAJUK TUGASAN:
TUGASAN 3
NAMA:
NOR AZWIN BINTI AZLAN

NO. MATRIK:
D20102044905

Konsep Satu Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak setelah
memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Bincangkan kepentingan dan fungsi
dasar ini dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik,
ekonomi dan sosial.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.
Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan PrinsipPrinsip Rukun Negara. Konsep 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan,
telah diperkenalkan oleh Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik
sebagai Perdana MenteriMalaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul
daripada pengenalan konsepini yang dikatakan menyamai konsep Malaysian Malaysia yang
diperkenalkan oleh parti politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada
ideologi politik yangdiperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik
tempatan.
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri
oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan.
Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri terdahulu. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama
diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Usaha-usaha membangunkan
rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana
Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan
negara.
Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu
naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotism
yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi
menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara

sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar Bangsa Malaysia dan
menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.
Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi
adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman
dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting
bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia.
Semua kaum dan kumpulan etnik di negara ini wajar mendapat pertolongan dan
pembelaan daripada keadaan sekarang selari dengan konsep 1 Malaysia. Pengertian 1 Malaysia
dari sudut dasar kerajaan juga membawa maksud bahawa usaha untuk menolong mana-mana
pihak menjurus kepada pertimbangan supaya akan wujud sebuah negara Malaysia yang berpaksi
kepada prinsip keadilan sosial. Setiap kelompok masyarakat sama ada dari Bandar mahupun di
luar bandar perlu mendapat sentuhan daripada pembelaan kerajaan. 1 Malaysia ini boleh
dirungkaikan dengan tiga perkara. Pertama, mengenai hasrat kepimpinan untuk melihat
perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Ini boleh dicapai kerana berdasarkan sejarah
kita melalui Sejarah kesultanan Melayu Melaka 500 tahun lalu telah mempamerkan contoh
terbaik. Pemimpin negara ketika itu yang terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera mampu
mewujudkan satu masyarakat kosmopolitan. Sejarah negeri Melaka misalnya ketika itu
mempunyai 25 bahasa dan 250,000 penduduk terdiri daripada pelbagai bangsa hidup secara
harmonis 110 tahun. Ini adalah satu manifestasi dari perpaduan dalam kepelbagaian. Ini berbeza
dengan banyak negara lain seperti di Afrika dan negara Balkan contohnya yang mana walaupun
berasal dari satu rumpun tetapi akibat beberapa perbezaan mereka saling menumpahkan darah
antara satu sama lain.
Faktor kedua di bawah 1 Malaysia ialah kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Tidak
akan wujud satu perpaduan atau satu Malaysia jika kaum-kaum tertentu tidak mempunyai tahap
ekonomi yang saksama atau lompang yang jauh yang boleh menimbulkan kecemburuan atau
sakit hati dan ragu-ragu antara kaum atau kumpulan tertentu. Oleh itu kita harus mencorak satu
Malaysia menuju ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Matlamat ketiga ialah menghormati dan mengiktiraf hak setiap warga negara sebagai mana yang
Perdana Menteri tekankan. Maknanya hak sesiapa pun asalkan dia seorang warga negara adalah
tanggungjawab sesuai dengan Perlembagaan Malaysia sebagai asas pembinaan sistem

kenegaraan. Kita menghormati hak sesiapa pun tetapi mesti berlandaskan keperluan
Perlembagaan.
Oleh itu tiga perkara ini iaitu perpaduan dalam kepelbagaian, kesejahteraan dan
kemakmuran bersama dan menghormati dan mengiktiraf hak setiap warga negara adalah asas
untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. Nilai murni ini bolah dilaksanakandi peringkat awal
lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1
Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Tanpa tiga perkara ini adalah sukar
untuk kita menjadikan konsep ini satu kenyataan. Dalam erti kata lain konsep ini menjelmakan
Malaysian patriotisme iaitu perasaan kasih, sayang dan cinta kepada negara.
Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar Pecah dan Perintah
yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan.
Meskipun sudah 54 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas
kelihatan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diwujudkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 70-an

untuk membanteras kemiskinan serta menyusun semula masyarakat. 1 Malaysia sebenarnya


bertujuan untuk mengurangkan politiking, salah faham dan kebingungan yang berlaku ketika ini.
Berasaskan sejarah ekonomi negara khusus kepada membela mereka yang berpendapatan rendah
yang rata-ratanya bumiputera dan Melayu. Hasrat membanteras kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat telah berjaya menjadi ukuran. Dari segi membanteras kemiskinan kita telah
berjaya melakukannya dalam pelbagai bidang. Ini adalah hasil kejayaan banyak pihak
termasuklah kepimpinan negara, pihak perkhidmatan awam, pihak swasta dan sebagainya. Yang
menjadi masalah kita ialah penyusunan semula masyarakat yang pada pandangan pucuk
pimpinan negara akan menjadi asas untuk membekalkan keadilan dan keharmonian.
Membanteras kemiskinan satu masalah dan menyusun semula masyarakat adalah usaha untuk
memberikan kestabilan yang lebih kukuh kepada negara. Ini merupakan untung nasib mereka
yang tinggal di negara ini dan rata-ratanya adalah bumiputera dan Melayu yang telah berjuang
untuk dasar ini. Namun pencapaian mereka masih tenggelam timbul dan tidak menentu malah
sehingga sekarang masih ada persepsi bahawa tiada jaminan bahawa golongan ini akan dapat
mencapai sasaran penguasaan ekuiti 30 peratus pada tahun 2020 nanti. Dari segi penyusunan
semula ini masalah masyarakat berpendapatan rendah rata-ratanya bumiputera dan Melayu mesti
diambil penyelesaian kognitif. Selain itu masalah dan cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk

menjayakan DEB ini ialah kita perlu menghasilkan kek ekonomi yang lebih berkembang untuk
dikongsi bersama.
Pertama sekali, pertumbuhan ekonomi akan menentukan kejayaan kita menyusun semula
masyarakat. Pada masa lalu kita bergantung sebahagian besar kepada perbelanjaan. Maknanya
kita bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat dan negeri. Perbelanjaan ini dibuat dan
dilaksanakan mengikut program, aktiviti dan projek mengikut keperluan masyarakat berdasarkan
beberapa panduan. Usaha menyusun semula masyarakat dan pembangunan ekonomi negara
sangat bergantung kepada keadaan ekonomi global. Keduanya ialah sistem penyampaian
kerajaan maknanya perkhidmatan awam yang akan melaksanakan perancangan kepada
kumpulan sasaran. Masih terdapat beberapa kelemahan dalam melihat sejauh mana sistem
penyampaian ini berfungsi dalam melaksanakan aspirasi yang telah disasarkan. Misalnya
permasalahan yang kita laksanakan sekarang ini terdapat pegawai yang tidak melihat dasar
ekonomi yang dilaksanakan adalah untuk rakyat jelata iaitu bumiputera dan bukan bumiputera.
Terdapat mereka ini yang merasakan semangat kemelayuan yang berlebihan akhirnya operasi
kementerian itu akan terhalang. Seharusnya kementerian atau GLC terbabit harus menumpukan
kepada membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan bukan menolong Melayu dan
bumiputera sahaja.
Perkara ketiga ialah sikap dan paradigma masyarakat Melayu yang telah dibantu sejak
dari tahun 70-an lagi namun masih ramai yang gagal. Sikap orang Melayu itu sendiri sama ada
masih mahu menjadi kuda tunggangan dan kemudian berharap akan mendapat habuan lagi. Ini
berkaitan dengan sikap dan paradigma kita mesti betul. Yang terakhir ialah persediaan untuk
bekerjasama rapat dengan masyarakat bukan bumiputera. Ini penting untuk memastikan
penyusunan masyarakat adalah berjaya sejajar dengan konsep 1 Malaysia. Kita mahu melihat
sikap yang lebih terbuka kerana dari segi fakta dan sejarah ekonomi dikuasai oleh bukan Melayu.
Oleh itu dalam usaha kita memanjangkan DEB kita perlu bekerjasama dan berkongsi masa depan
dengan mereka dari segi perkongsian politik, ekonomi dan sebagainya bersama-sama. Kita tahu
dasar ini adalah relevan bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum tetapi keutamaan
untuk mereka yang berpendapatan rendah. Dasar ini telah berjaya memajukan negara kepada
tahap yang tinggi dan memperbaiki kedudukan kaum Melayu melalui penguasaan ekuiti yang
walaupun tidak tinggi tetapi ia tetap satu kejayaan.

Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada
kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada
bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan
serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum
mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa
tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan
Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada
kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangatkepada individu yang berusaha untuk
menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara
mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.
Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman
politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama
dalammenjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik
mereka.Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang
harusdidahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik
yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan
yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik
perludiketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna
kepadamasyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia
yanglebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa
Malaysia.Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus
kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia
dapatdiperkukuhkan.

Anda mungkin juga menyukai