Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

(RIMUP)
KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru
dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama
kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi
cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah
dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas
secara bersama.
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara
sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatankegiatan khas secara bersam-sama.

NKEA PENDIDIKAN (BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA


Pendidikan adalah satu daripada pemacu paling kritikal dalam transformasi kita
daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi disebabkan
oleh impaknya terhadap produktiviti dan pembangunan modal insan. Ia juga adalah
satu enjin pertumbuhan yang harus diiktiraf. Sektor ini sahaja menyumbang lebih
kurang RM27 bilion atau 4 peratus Pendapatan Negara Kasar (GNI) pada 2009.
Terdapat beberapa ruang penting untuk penambahbaikan kerana sektor pendidikan
sekarang penuh dengan perusahaan kecil sederhana (SME) bawah skala, penumpuan
antarabangsa yang terhad dan pengawalseliaan yang tidak terharmoni.
Wawasan masa depan
Tumpuan NKEA Pendidikan adalah terhadap pengukuhan sektor perkhidmatan
pendidikan swasta dengan cara meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta serta
mengembangkan eksport pendidikan. Kami mencadangkan satu penjenamaan semula
untuk Malaysia dari lokasi laluan hentian bagi pendidikan ke sebuah pusat
pendidikan utama terpilih serta sebuah hab penting dalam rangkaian pendidikan
global. Kami juga membayangkan tahun 2020 yang akan menyaksikan pendidikan di
Malaysia menjadi satu perniagaan besar yang dapat menyampaikan impak GNI yang
mantap, meluas dan mampan, dan terus meningkatkan standard dan memperluas

akses. Itulah cara Malaysia dapat membangunkan asas bakat bertaraf dunia yang
diperlukan.
Sasaran dan aspirasi
NKEA Pendidikan disasarkan akan meningkat jumlah sumbangan GNI sebanyak
RM34 bilion untuk mencapai RM61 bilion pada 2020. Oleh kerana pertumbuhan
sektor awam dijangka terhad, sasaran bagi GNI ini memerlukan sektor pendidikan
swasta bertumbuh enam kali ganda.
Dalam usaha mencapai matlamat yang diutarakan ini, 536,000 pekerjaan tambahan
akan diwujudkan, dengan majoriti dalam bidang teknikal dan profesional. Kami juga
bercita-cita untuk menambahkan pendaftaran pelajar asing sebanyak tiga kali ganda,
daripada lebih kurang 70,000 kini kepada 200,000 pada 2020.
Sejumlah 13 EPP telah dibangunkan merentasi tiga tema untuk meningkatkan
standard pendidikan secara keseluruhan dan menyampaikan keputusan ketara
dalam jangka masa 10 tahun.
Peningkatan Inisiatif dengan Pantas
Satu cabaran utama industri ialah perpecahan dan kekurangan skala. Dengan
itu, kita perlu sama ada menggalakkan pembekal yang sedia ada untuk
meningkatkan kapasiti, atau menjadikan lebih mudah bagi pembekal baharu
memasuki pasaran. Pada masa yang sama, kita perlu mengekalkan standard
kualiti tinggi dan mengelak sebarang penyisihan ke atas pembekal yang sedia
ada.
Inisiatif penumpuan dan pengkhususan
Kluster disiplin adalah satu rangkaian institusi akademik dan pengusaha
industri yang bekerjasama untuk mempertingkatkan penawaran dan standard
untuk memperluaskan jangkauan dan pengiktirafan mereka. Pewujudan kluster
ini membolehkan institusi-institusi di Malaysia menangani cabaran
kekurangan skala dan kemerosotan kualiti yang melanda industri dengan
membenarkan mereka memanfaatkan sumber-sumber yang dikongsi, bersamasama mengurangkan risiko dan membangunkan standard-standard untuk
kualiti hak milik sejajar dengan industri. Kluster pelbagai disiplin akan
dibangunkan untuk memenuhi keperluan modal insan yang akan diperlukan
oleh setiap sektor NKEA.
Inisiatif penjanaan permintaan
Terdapat peluang ketara merentasi sektor pendidikan untuk meningkatkan
kesediaan individu untuk membayar bagi kursus-kursus berkualiti tinggi serta
untuk mengeksportkan pendidikan dengan membangunkan Malaysia sebagai
hab pendidikan serantau.
Membolehkan pertumbuhan
Bagi mencapai aspirasi kami untuk menggandakan pertumbuhan sebanyak enam kali
akan memerlukan pembiayaan sebanyak RM20 bilion selama 10 tahun berikut, di
mana hanya 6 peratus merupakan pembiayaan awam yang baharu.

Kami telah mengenal pasti lima pemboleh sektor yang meluas dan penting untuk
merealisasikan potensi penuh pasaran pendidikan swasta iaitu daripada peningkatan
akses kepada hinggalah kepada dan peningkatan kualiti melalui pembaharuan kawal
selia. Pemboleh ini akan membantu pembekal swasta memenuhi peluang permintaan,
mempromosikan lebih perkongsian awam-swasta dalam pembiayaan pendidikan dan
memantapkan hak para pelajar dan keluarga sebagai pengguna yang membayar.

Anda mungkin juga menyukai