Anda di halaman 1dari 2

MEMILIH SOALAN KEPADA JAWAPAN

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.

Puan Chua telah selamat melahirkan anaknya


yang kedua.
A Bagaimanakah keadaan Puan Chua
sekarang?
B Berapa orangkah anak Puan Chua sekarang?
C Di mana Puan Chua melahirkan anaknya
yang kedua?
D Siapakah yang melahirkan anak Puan Chua?
Saya akan mengadakan pameran solo di Kuala
Lumpur pula, kata pelukis itu.
A Mengapakah saudara hendak mengadakan
pameran solo?
B Apakah rancangan saudara selepas ini?
C Sejak bila saudara mengadakan pameran
solo di Kuala Lumpur?
D Benarkah saudara akan mengadakan
pameran solo esok?

Encik Wong tinggal di kampung itu semasa kecil


dahulu.
A Bilakah Encik Wong tinggal di kampung
itu?
B Pernahkah Encik Wong tinggal di kampung
itu?
C Sudah berapa lamakah Encik Wong tinggal
di kampung itu?
D Adakah Encik Wong masih tinggal di
kampung itu?

Tidak, mereka bertiga tidak belajar di sekolah


yang sama.
A Mengapakah mereka bertiga tidak belajar di
sekolah ini?
B Betulkah mereka bertiga hendak belajar di
sekolah yang sama?
C Apakah nama sekolah Farid, Chong dan
Raju?
D Adakah Farid, Chong, dan Raju belajar di
sekolah yang sama?

Dia mengorek lubang itu untuk menanam tin-tin


kosong dan berkarat ini.
A Bagaimanakah tin-tin kosong dan berkarat
itu ditanam?

B Di manakah tin-tin kosong dan berkarat itu


ditanam?
C Siapakah yang mengorek serta menanam
tin-tin kosong dan berkarat?
D Mengapakah Dahlan mengorek lubang itu?
6

Bagi melahirkan masyarakat penyayang, pihak


pemerintah hendaklah mendidik rakyat
mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.
A Bagaimanakah melahirkan masyarakat
penyayang?
B Mengapakah perlu mewujudkan masyarakat
penyayang?
C Bilakah rakyat perlu mengamalkan nilainilai kemanusiaan sejagat?
D Siapakah yang patut mengamalkan nilainilai kemanusiaan sejagat?

Terdapat segelintir masyarakat remaja yang


beranggapan bahawa kerja-kerja sukarela
mengganggu urusan harian mereka.
A Apakah yang menghalang remaja terlibat
dengan aktiviti-aktiviti sukarela?
B Apakah pandangan sesetengah remaja
tentang kerja-kerja sukarela?
C Adakah para remaja kurang berminat untuk
melakukan kerja-kerja sukarela?
D Bagaimanakah kerja-kerja sukarela boleh
menganggu urusan harian remaja?

Hadi bercita-cita untuk membuka bengkel


membaiki kereta di tempatnya.
A Apakah sebabnya Hadi hendak membuka
bengkel membaiki kereta di tempatnya.
B Di manakah Hadi hendak membuka bengkel
membaiki kereta?
C Apakah cita-cita Hadi selepas tamat
mengikuti kursus kejuruteraan itu nanti?
D Mengapakah Hadi bercita-cita untuk
membuka bengkel membaiki kereta di
tempatnya?

Pihak polis mengesyaki dia melakukan


perbuatan pecah amanah.
A Apakah sebabnya Encik Murugam ditahan
oleh pihak polis?

B Di manakah pihak polis menahan Encik


Murugam?
C Apakah kesalahan yang dilakukan oleh
Encik Murugam?
D Berapa lamakah Encik Murugam akan
ditahan oleh pihak polis?
10 Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya pernah
berguru di sebuah gua batu di hulu negeri
Melaka.
A Di manakah Hang Tuah dan sahabatsahabatnya pernah berguru?
B Pernahkah Hang Tuah dan sahabatsahabatnya pergi berguru?
C Siapakah guru Hang Tuah dan sahabatsahabatnya berguru?
D Bagaimanakah tempat Hang Tuah dan
sahabat-sahabatnya berguru?
11 Rancangan itu akan dibatalkan jika tidak
mendapat sambutan.
A Mengapakah rancangan itu dibatalkan?
B Benarkah rancangan itu akan dibatalkan?
C Apakah keputusan pihak penganjur tentang
rancangan itu?
D Bagaimanakah sambutan terhadap
rancangan itu?
12 Pelajar itu sedang menyalakan unggun api.
A Apakah yang dilakukan oleh pelajar itu?
B Siapakah yang menyalakan unggun api itu?
C Mengapakah pelajar itu menyalakan unggun
api?

Jawapan
1A
6A
11 C

2B
7B
12 A

3A
8C
13 B

4D
9A
14 A

5D
10 A
15 B

D Bilakah pelajar itu menyalakan unggun api?


13 Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Kuantan adalah empat jam.
A Benarkah perjalanan antara Kuala Lumpur
dengan Kuantan memakan masa empat
jam?
B Berapa lamakah tempoh perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Kuantan?
C Berapakah jarak antara Kuala Lumpur
dengan Kuantan?
D Mengapakah kamu selalu berjalan dari
Kuala Lumpur ke Kuantan?
14 Dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit di
hospital.
A Kenapakah Azmi tidak datang ke sekolah
hari ini?
B Apakah penyakit yang dihadapi oleh ibu
Azmi?
C Di manakah ibu Azmi dirawat?
D Mengapakah Azmi terpaksa menjaga ibunya
di hospital?
15 Pameran lukisan itu akan diadakan selama
seminggu mulai hari Isnin depan.
A Bilakah pameran lukisan itu akan diadakan?
B Berapa lamakah pameran lukisan itu akan
diadakan?
C Apakah tujuan pameran lukisan itu
diadakan?
D Di manakah pameran lukisan itu akan
diadakan?

Anda mungkin juga menyukai